Kenangan Tragedi Tanjung Kupang Dari Sudut Berlainan



Kenangan Tragedi Tanjung Kupang


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bila saya mengikuti perkembangan insiden kehilangan pesawat MH370 tu, saya teringat cerita yang disampaikan oleh Cik Mah kepada saya. Katanya seorang anak kapal itu adalah rakan sekolahnya semasa menuntut di sebuah sekolah menengah di Muar. Dia tak sangka kawannya tu jadi pramugari kerana kawannya tu cemerlang juga dalam pelajarannya berbanding dengan dia.

Lepas tu bila Cik Mah masuk maktab perguruan, dia dah tak dengar lagi berita tentang kawannya tu. Tiba-tiba dia dapat berita tentang kemalangan kapal terbang MAS tu dan dia sungguh terperanjat kerana gambar kawannya tu terpampang di dada akhbar sebagai seorang krew dalam pesawat tu.

Dalam laporan media, kakinya saja yang terjumpa di dalam selut paya bakau di Tanjung Kupang tu. Dengar khabar, masa tu dia dah bertunang dengan seoran doktor. Kemudiannya, Cik Mah ditempatkan di sebuah sekolah di Muar sebagai sekolah pertama untuknya bertugas. Di sekolah tu ada seorang guru lelaki yang tunangnya juga ialah seorang anak kapal dalam insiden tu.

Dia seorang guru yang pendiam dan tak suka nak bercerita. Jadi, Cik Mah tak berani nak tanya apa-apa tentang tunang nya tu.

Rakyat tertanya-tanya apa yang menyebabkan insiden tu tetapi persoalan tu tak pernah dijawab. Kerajaan masa tu tidak mendedahkan tentang rampasan (hijack) kapal terbang yang berlaku di dalam kapal terbang tu. Bila berlaku pergelutan, pesawat tu jadi terumbang- ambing dan terdengar letupan sebelum kapal terbang tu berkecai bersama-sama dengan isi-perutnya di kawasan paya bakau tu.

Itulah yang di ceritakan oleh nelayan yang berada di kawasan tu sewaktu kejadian itu berlaku. Cik Mah kata dia baru tahu tentang rampasan pesawat tu bila seorang kenalannya sewaktu mereka menunaikan ibadah Haji dan Umrah pada tahun 2003 menceritakan tentang kejadian tu. Tapi kerajaan tak pernah nak dedahkan laporan siasatan kes tragedi tu. Mungkin kalau didedahkan, semua orang yang nak pergi menunaikan Haji dan Umrah masih lagi naik kapal laut. tak!

Bila Cik Mah mengajar di sebuah sekolah swasta, ada seorang cikgu menceritakan pada Cik Mah banyak perkara misteri yang berlaku selepas peristiwa yang dahsyat tu. Ada orang kata, kaum keluarga mangsa tak dapat tidur lena kerana sering diganggu oleh roh mangsa tragedi tu. Ada yang kata, pintu hadapan rumah mereka sering diketuk. Bila dibuka, mereka dapati tak de siapa yang ada di situ. Ada yang dengar kuali dan periuk berbunyi bising seperti orang tengah masak, tapi masalahnya bunyi tu hanya kedengaran pada waktu tengah malam.

Lama jugak keadaan tu berlaku. Mungkin roh-roh mangsa tragedi tu terkejut dan tak boleh terima yang jasadnya sudah hancur secara mengejut. Entahlah, walallahu alam. Itulah yang disampaikan kepada saya.

Mungkin anda tak percaya tetapi bagi orang yang telah mengalami kehilangan orang yang tersayang dalam tragedi seperti ini, mereka tentu ada mengalami keadaan misteri seperti itu. Bila novel “Tragedi 4 Disember” tu dijadikan sebagai cerpen untuk Komsas Bahasa Melayu S.P.M. Cik Mah akan menceritakan peristiwa tu kepada anak muridnya.

Itulah satu kisah untuk direnungkan.

Sekian, Wassalam.

-Artikel ditulis oleh Sang Pencheritera.

0 comments:

Post a Comment

Misteri MH370: Jangan Marah-Marah




Sesiapa yang dah baca teori konspirasi bertajuk SIAPA YANG RUGI? SATU LAGI TEORI KONSPIRASI YANG PATUT BACA!! ini adalah pesanan dari penulis asal. Ida semakin berdebar-debar tetapi kita kena terima hakikat bahawa "Manusia merancang ALLAH juga merancang dan DIA lah sebaik2 perancang."


Jangan marah-marah.

Saya percaya ramai yang tidak sabar menanti jawapan kepada pengakhiran MH370. Ramai juga yang pastinya tidak bersedia untuk menghadapi hari mendatang selepas peristiwa MH370 ini. Tinggal 3 hari sahaja lagi sebelum tarikh 24 Mac 2014. Ada apa pada 24 Mac? Saya pun tak tahu sebab saya tak boleh ramal masa depan. Yang pasti, kita tunggu sahaja keputusannya nanti.

Andai kata pesawat ditemui dalam masa terdekat ini, tak kira di mana pun ia berada, sama ada di Laut China Selatan, Andaman, Hindia, Diego dan lain-lain lokasi, saya percaya kotak hitam dan laporan analisanya hanya akan di dedahkan lama selepas kejadian ini berakhir. Ia akan memakan masa mungkin berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Namun saya masih berpegang dengan pendirian saya bahawa MH370 yang asli sudahpun tenggelam di Laut China Selatan. Tak kira apa definisi tenggelam bagi korang, saya tidak berganjak selagi belum terbukti kerana saya sudahpun membaca skrip yang sedang dipentaskan. Saya tidak ada ilmu scan, tidak tahu pun cara nak scan dan tak pernah belajar ilmu scan. Jangan pula marah-marah andai kata MH370 muncul di perairan Koridor Selatan waima di Diego Garcia, kerana saya telahpun menjelaskan sebab-sebab yang akan berlaku sekiranya pesawat tiba-tiba muncul di lautan lain selain LCS. Boleh rujuk artikel bertajuk "MH370: Siapa Rugi?".

Saya tidak pernah menyuruh anda untuk mengikuti wall ini terus-terusan kerana sebelum terjadinya kes MH370, saya sudahpun menulis banyak siri pendedahan seawal pendedahan mengenai Kes Lahad Datu, 901 Jalan Duta, Raja Nusantara dan banyak lagi kes-kes yang terjadi dalam negara kita melibatkan pelbagai tipu muslihat. Banyak yang telah saya ceritakan. Namun, sejak MH370 ini, saya tidak menyangka artikel saya meletup dan telah dibaca melebihi 2 juta pembaca secara keseluruhannya.

Saya amat yakin artikel saya telahpun sampai ke tangan-tangan yang tidak sepatutnya dan juga telah dibaca oleh pihak berkuasa termasuklah PDRM, DCA, MKN dan unit-unit perisikan baik tempatan waima antarabangsa. Artikel juga telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan disebarkan sejauh negara-negara jiran dan juga negara Eropah. Saya juga telah mendapat ribuan email dan mesej berhubung pendedahan saya dan juga dakwaan aneh saya bahawa MH370 masih di Laut China Selatan.

Apapun, kita tunggu kemunculan Dato Seri Najib di kaca TV pada sidang media. Tak kira petang ini atau petang esok lusa. Yang pasti, jawapan kepada pengakhiran hanya ada ditangannya. Silap keputusan yang dibuat oleh DSN, maka silaplah hala tuju negara ini. Maka, berdoalah agar beliau tidak tersalah buat keputusan. Jangan kerana silap seorang, negara tergadai.

Oh ya, hari ini sudah lebih 10 hari MH370 hilang. Saya yakin ramai yang sudah mula hilang kepercayaan dan mereka sudah mula merasa bosan dan malas mengambil tahu mengenai MH370. Maka, ketika itulah rencana yang lebih besar akan direncanakan dan ia akan menyebabkan lebih banyak siri episod drama baru di negara kita....

22 Mac 2014, KDYMM Sultan Abd Halim Muadzam Shah berangkat mencemar duli ke luar negara. (Boleh betulkan sy jika sy silap)

23 Mac 2014, PRK Kajang. Saya tak sokong sesiapa. Tapi saya berharap PKR kalah di sana.

24 Mac 2014, tarikh yang amat saya tunggu-tunggu.

Sekian.

-bradokapak-
Pengkaji Ilmu Akhir Zaman.
Freelance Internet Marketer.

2 comments:

Post a Comment

MH370: Transkrip Komunikasi, Tiada Yang Pelik Seperti Didakwa The Telegraph - Hishammuddin



KUALA LUMPUR - 22/3/2013: Transkrip komunikasi pesawat MH370 bersama menara kawalan tidak menunjukkan sebarang keadaan luar biasa namun masih lagi dalam siasatan, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Transkrip berkenaan kini di tangan pasukan penyiasat untuk diteliti selanjutnya.

"Seperti amalan kebiasaan ketika siasatan dilakukan, transkrip berkenaan tidak boleh didedahkan kepada umum. Namun saya boleh mengesahkan bahawa transkrip berkenaan tidak menunjukkan sebarang keadaan luar biasa," katanya dalam sidang media di hotel Sama-Sama di Sepang.

Susulan pendedahan The Telegraph yang menerbitkan transkrip komunikasi juruterbang bersama menara kawalan pada 54 minit terakhir, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkatan laporan itu "tidak sahih dan tidak tepat."

Apabila diminta oleh pihak media untuk mengulas tentang transkrip berkenaan, beliau sekali lagi menegaskan, "Laporan The Telegraph itu tidak tepat."

Seperti yang dilaporkan akhbar bahasa Inggeris itu, transkrip bermula pada 00.25 dengan arahan am daripada menara kawalan kepada juruterbang pesawat Boeing 777-200ER milik Penerbangan Malaysia (MAS). Perbualan terperinci bermula pada 00.36.

Ia termasuk pertukaran dari satu lokasi di mana penyiasat percaya pesawat itu telah disabotaj, dan juga perkataan terakhir pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid , 27: "All right, good night. "




Baca juga di sini:

MH370: Komunikasi 54 Minit Terakhir Didedahkan - Mungkin Di Sabotaj

MH370: Pasukan penyiasat teliti 'panggilan misteri' Kapten Zaharie

MH370: Panggilan Dari Kokpit Cuma Spekulasi - Polis

0 comments:

Post a Comment

MH370: Terkini! China Kesan Objek 22 Meter Panjang DiLautan Hindi Di Zon Tumpuan





SEPANG - 22/3/2014: Satelit pihak berkuasa China merakamkan imej sebuah objek berukuran 22 meter panjang dan 13 meter lebar di kawasan Lautan Hindi yang kini menjadi zon tumpuan mengesan pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak dua minggu lalu.

Imej itu dirakamkan pada pukul 12 tengahari, 18 Mac lepas di kawasan yang terletak kira-kira 120 kilometer ke arah barat daya dari lokasi dua objek terapung dirakamkan oleh sebuah satelit lain dua hari sebelumnya.

Perkembangan terkini itu dimaklumkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang media harian di sini petang tadi selepas menerima nota daripada Duta China ke Malaysia, Huang Huikang.

“Saya ada berita terbaru," kata Hishammuddin sebelum membaca nota bertulis tangan yang ada pada tangannya.


0 comments:

Post a Comment

Wajah Sayu Perdana Menteri Saya…



Sebab apa Ida kata Perdana Menteri saya? Sebab ada setengah orang tak suka dia...jadi lebih baik cakap Perdana Menteri saya hehehe..

Sayu wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari kejauhan. Sebagai umat Islam, sebesar mana pun jawatan apabila berhadapan dengan Yang Maha Esa untuk mengadu segala kesulitan, inilah potret seorang hamba yang akhirnya akur hanya padaNyalah segala rintihan dan harapan dipanjatkan.

Jika kita berasa bingung dan bimbang tentang kehilangan pesawat MH370 yang turut membingungkan kuasa-kuasa besar dunia, pasti berat lagi tanggung jawab yang tergalas di bahu perdana menteri saya ini.

Ada yang berkata pemerintahan beliau sudah berada di hujung tanduk seperti yang di ramalkan di dalam artikel teori konspirasi di sini (klik)


3 comments:

Post a Comment

Bayi Dalam Kandungan Ibu Tercampak Keluar Ketika Kemalangan




XIAMEN – Seorang saksi satu kemalangan ngeri membabitkan pasangan suami isteri melihat bayi yang berada dalam kandungan ibunya itu tercampak keluar selepas motosikal pasangan itu dilanggar lori.

Wang Zhau, 40, yang sarat mengandung dalam perjalanan ke hospital bersama suaminya Mao, 42, apabila motosikal mereka dirempuh lori.

Saksi berkata lori itu kemudian menggilis wanita berkenaan menyebabkan bayi yang berada dalam kandungannya terkeluar dan tercampak sejauh tiga meter.

Pasangan berkenaan mati di tempat kejadian namun bayi mereka selamat dan dibawa ke hospital di wilayah Fujian China.


Bayi yang diberi nama Xiao Zhao oleh kakitangan hopital itu hanya calar-balar.

Jurucakap polis, Chan Chien berkata: “Ada saksi yang berkata wanita itu sempat melahirkan anaknya sebelum mati selepas dilanggar lori berkenaan manakala yang lain berkata, impak daripada perlanggaran itu menyebabkan bayi seberat 4.2 kilogram itu terkeluar dari rahim ibunya dan tercampak sejauh tiga meter.

Wanita itu sepatutnya dimasukkan ke bilik bersalin pada jam 8.30 pagi waktu tempatan dan suaminya membuat keputusan untuk tidak menunggu ambulans.

Dia menghantar isterinya ke hospital menaiki motosikal.

Kemalangan berlaku ketika mereka tiba di simpang antara Maqing Lu dan Jiaosong Lu” kata Chan.

Polis mengesahkan mereka menahan pemandu lori berusia 45 tahun itu untuk membantu siasatan.

Kejadian yang menggemparkan yang menimpa bayi malang itu menjadi tajuk utama akhbar di China dan Badan Kebajikan Xiamen menyumbangkan 5,000 yuan (RM 2,658) untuk penjagaan bayi terbabit.

Orang ramai yang mengetahui berita itu turut melawatnya di hospital dengan membawa pelbagai hadiah untuk bayi berkenaan. – Agensi




2 comments:

Post a Comment

Penyokong Liar : JDT Dan Kelantan Didenda Lebih RM15,000




PETALING JAYA, 21 Mac - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) didenda sejumlah RM19,458.14 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana tindakan liar segelintir penyokongnya pada perlawanan Liga Super menentang Perak di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, 18 Jan lepas.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Ednan Othman berkata JDT didenda selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan iaitu memecahkan kereta pengurus pasukan Perak, Datuk Azhar Ahmad; menyalakan suar selepas tamat perlawanan selain gagal menyediakan kawalan keselamatan yang mencukupi.

Beliau berkata setiap pertuduhan berkenaan membawa denda RM5,000 manakala bagi kos kerosakan kereta sebanyak RM4,458.14, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berkenaan di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, Jumaat.

Selain JDT, katanya pasukan Kelantan didenda sebanyak RM15,000 selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan ketika melayan kunjungan pasukan Sime Darby FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, 18 Jan lepas.

Tiga pertuduhan tersebut adalah membakar kertas 'flash card', mengeluarkan kata-kata kesat selain tidak menyediakan kawalan keselamatan yang mencukupi.

"Setiap pertuduhan berkenaan dikenakan denda sebanyak RM5,000," katanya.

Dalam pada itu, Ednan berkata jawatankuasa berkenaan akan memanggil dua pemain import JDT dari Argentina; Pablo Aimar dan Luciano Figueroa, minggu depan.

Dua pemain berkenaan dikatakan mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman kepada pertahanan Pahang, Damion Stewart dari Jamaica pada aksi Liga Super di antara kedua-dua pasukan berkenaan di Stadium Darul Makmur, 7 Feb lepas.

Pada masa yang sama, Ednan memaklumkan pihaknya akan membicarakan insiden 'terowong Larkin' melibatkan pasukan JDT dan T-Team pada minggu depan, namun enggan mengesahkan mana-mana individu bakal dipanggil untuk memberikan keterangan di hadapan jawatan berkenaan.

"Kita akan bincang dengan pihak Sekretariat FAM dan rujuk kepada Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib (Datuk Taufik Abdul Razak) sebelum membuat keputusan kerana kes ini berprofil tinggi.

"Bukan kita sengaja melambatkan kes ini...kita akan ambil tindakan dan kes berkenaan dijangka selesai dibicarakan pada bulan ini," katanya.

Perlawanan antara JDT dan T-Team diberhentikan selepas T-Team tidak mahu meneruskan perlawanan susulan kekecohan membabitkan kedua-dua pasukan sebaik tamat aksi separuh masa pertama kempen Piala FA, yang berlaku di dalam terowong menuju ke bilik persalinan, 1 Feb lepas.


Baca juga di sini

Bola Sepak: Selangor, Pahang, Terengganu, Perak Didenda RM75,000

0 comments:

Post a Comment

MH370 : Bukan Manggis Yang Bernilai Tapi Pekerja Freescale Semiconductor Bebenarnya..





Satu lagi teori spekulasi....dipetik dari anak sungai derhaka blogspot... kira menarik juga, jom baca tapi awas! yang berminat saja... yang tak minat jangan baca nanti pening hehehe 




Tiga hari yang lalu dalam satu sidang media Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada sidang media telah mendedahkan Pesawat Malaysia Airlines MH370 tidak membawa kargo berbahaya atau bernilai tinggi tetapi beberapa tan manggis.

Ianya bagi menjawab beberapa spekulasi yang mengatakan pesawat itu mungkin dirampas kerana membawa kargo yang bernilai tinggi..

Ianya juga bagi menjawab spekulasi yang mengatakan pesawat tersebut telah meletup diudara dan menjunam ke dalam laut selari dengan beberapa laporan Polis yang telah dibuat di beberapa negeri di pantai timur Semenanjug.

Penilaiannya itu sebenarnya kurang tepat jika dikatakan manggis itu adalah kargo yang bernilai tinggi..

Sebenarnya beliau sepatutnya mengambil kira siapakah penumpang yang di bawa pesawat tersebut kerana bagi kebanyakkan industri, pekerja yang mahir dan proffesional itu adalah aset yang amat berharga..

Dalam hal ini 20 pekerja Freescale itu adalah aset..

Baca laporan ini dulu..


Kehilangan mereka adalah satu kehilangan yang amat besar buat firma Freescale itu.. dan ianya hampir menyerupai tragedi terhempasnya pesawat JAL 123 dan ianya mewujudkan satu lagi spekulasi..

Di mana dalam tragedi JAL 123 ianya telah membunuh 17 Jurutera dari satu firma yang membangunkan satu perisian hasil dari kajian seorang Proffesor dari Tokyo University.

Apa yang dibangunkan oleh mereka ialah perisian TRON dimana pada ketika itu TRON didakwa jauh lebih maju dari Google Chrome yang ada pada masa ini.

Ianya adalah percuma dan akan digunakan oleh seluruh sektor awam dinegara Jepun.

Pembangunan perisian tersebut terbantut bilamana seluruh Jurutera yang terlibat terbunuh dalam tragedi itu dan oleh itu Microsoft menguasai pasaran..

Apa yang berbeza antara Jurutera TRON itu dengan pekerja Freescale ini ialah, para Jurutera itu telah terbunuh manakala nasi para pekerja dari Freescale pula tidak diketahui lagi hingga ke hari ini..

Ramai yang tidak tahu bahawa dari 20 orang pekerja Freescale itu 4 orang adalah antara 5 pemegang hakcipta ataupun 'Patent' yang baru didaftarkan mereka.

Apa yang hendak di 'patent' kan oleh mereka ialah memaksimakan 'dies' dalam sekeping 'wafer'.

Apake bendanya 'dies' dan apa pulaknya 'wafer'?..

'Dies' adalah litar atau 'circuit' yang dibina di atas 'Wafer', 'Dies' adalah apa terkandung didalam mikrochip.

Bergantung kepada tujuan ianya dibina saiz 'Dies' adalah berbeza antara satu sama lain dan ianya dibina di atas wafer yang diperbuat dari silikon dan seramik.

Oleh itu jumlahnya juga adalah berbeza bergantung kepada saiz 'wafer' yang biasanya bergarispusat 4",6" atau 8.

Dalam setiap 'wafer' biasanya terkandung lebih atau kurang dari 5,000 'dies'.

Kalau tak faham juga tanyalah kawan-kawan korang yang bekerja dalam bidang semikonduktor..

Untuk makluman kebanyakkan peralatan elokronik kini dikuasai atau digerakkan oleh 'dies' yang terdapat dalam mikrochip.

Silicon adalah bahan yang sesuai digunakan untuk membangunkan 'chips' yang advanced dan bahan ini adalah mahal.

Memaksimakan 'dies' di dalam sekeping 'wafer' bermakna memaksimakan keuntungan.

Dalam hal pekerja Freescale Semiconductor of Austin ini pula hakcipta ataupun 'Patent' yang baru didaftarkan itu berada dibawah pegangan 5 individu dengan setiap individu menguasai 20% dari royalti.

Dimana 20% dikuasai oleh Peidong Wang, dari Freescale Semiconductor of Suzhou, China, 20% dikuasai oleh Zhijun Chen, juga dari Freescale Semiconductor of Suzhou, China.

20% dikuasai oleh Zhihong Cheng, dari Freescale Semiconductor of Suzhou, China, 20% Li Ying, dari Freescale Semiconductor of Suzhou, China dan Freescale Semiconductor sendiri 20%..

Jika salah seorang dari di atas terbunuh atau hilang maka ianya tetap akan dibahagikan sama rata.. dan jika empat dari lima itu ternunuh atau hilang maka keseluruhan royalti akan dibayar kepada yang tinggal..

Siapa pemilik Freescale Semiconductor?.. seorang Yahudi yang terkenal,,, siapa dia?.. Jacob Rothschild melalui Blackstone

Apapun ini hanyalah salah satu kebarangkalian yang ada..betul atau tidak kita tunggulah apa hasil siasatan rasmi pihak yang berkuasa..


Sementara pihak berkuasa dari lebih dari 20 buah negara mencari bersamalah kita mendoakannya..

0 comments:

Post a Comment

Ratusan ribu hadiri Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul




PUTRAJAYA - 22/3/2014: Ratusan ribu umat Islam yang menghadiri majlis Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul di dataran Masjid Putra di sini malam tadi mengambarkan kejayaan program tersebut.

Ia merupakan perhimpunan selawat terbesar pernah dianjurkan di pusat pentadbiran negara bertemakan bertemakan ‘Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan’.

Perhimpunan itu bertambah seri dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Hujan renyai tidak menghalang orang ramai yang kebanyakannya berpakaian jubah putih memenuhi dataran Masjid Putra seawal jam 6 petang bagi mengikuti pelbagai pengisian program berbentuk keagamaan disediakan penganjur.

Para peserta antaranya terdiri daripada ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), belia, pelajar sekolah, mahasiswa universiti tempatan dan luar negara, golongan profesional serta ahli korporat.

Tokoh agama terkenal nusantara, Habib Syech Abdul Qodir Asseqaf dan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid memimpin qasidah dan selawat yang dialunkan memuji Rasullah SAW.

Para hadirin turut menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah, selain disajikan dengan zikir terapi dan bacaan al-Quran berduet oleh peserta Imam Muda Amiril Md. Banin serta Pencetus Ummah (PU) sepanjang empat jam program tersebut berlangsung.

Hadirin juga disajikan dengan dua tazkirah duet oleh para peserta rancangan PU iaitu Fakhrul Islam Md. Zarin, Rahmat Ikhsan Mohd. Sofyan, Salman Maslori, Shahul Hamid Seeni MD dan Attan Thowi Yusof.




Selepas solat Isyak, Perdana Menteri menyertai hadirin daripada pelbagai latar belakang dan usia menunaikan solat hajat serta bacaan doa bagi memohon supaya operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dipermudahkan.

Solat hajat dan bacaan doa tersebut dipimpin oleh Jamil Khir di Masjid Putra.

Pengarah Publisiti dan Promosi program itu Izelan Basar berkata pihaknya menyasarkan kira-kira 500,000 orang menghadiri program itu, yang buat pertama kalinya diadakan secara besar-besaran.

Program itu disiarkan secara langsung di TV1 Radio Televisyen Malaysia, TV Al-Hijrah dan Astro Oasis serta Radio Ikim.








1 comments:

Post a Comment

MH370: Malaysia Mohon Bantuan Amerika Usaha Mencari Di Dasar Laut

Pentagon, Washington


WASHINGTON - 22/3/2014: Malaysia pada Jumaat meminta Amerika Syarikat menyediakan teknologi pengawasan dasar laut untuk membantu usaha mencari dan menyelamat (SAR) pesawat yang hilang, kata para pegawai Pentagon.

AFP melaporkan permintaan itu dibuat setelah dua minggu misi SAR gagal menemui sebarang petunjuk dari Boeing 777 yang hilang dari radar selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 Mac.

Dalam satu panggilan telefon kepada ketua Pentagon Chuck Hagel , Menteri Pertahanan Malaysia yang juga pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein "meminta agar Amerika Syarikat mempertimbangkan menyediakan beberapa peralatan pengawasan dasar laut," kata jurucakap Pentagon Laksamana John Kirby.

Hagel meyakinkan rakan sejawatnya bahawa dia akan "menilai kemampuan dan utiliti teknologi dasar laut tentera untuk tugas seperti itu dan akan memaklumkan dalam masa terdekat ," kata Kirby dalam satu kenyataan.

Pegawai itu tidak menyatakan dengan tepat jenis peralatan yang mungkin disediakan Pentagon tetapi tentera Amerika telah melabur dalam teknologi robotik yang direka untuk pengawasan laut terhadap kapal selam atau torpedo.

Hishammuddin merakamkan penghargaan kepada Hagel atas bantuan Tentera Laut Amerika Syarikat dalam misi SAR ke atas Penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Pesawat Boeing 777-200ER milik MAS itu membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangannya ke Beijing awal pagi 8 Mac.

Dua Pesawat Pengawasan Maritim Tentera Laut Amerika Syarikat, sebuah pesawat P-3 Orion dan P-8 Poseidon, telah mengambil bahagian dalam misi tersebut.

P-8 Poseidon bersama pesawat Australia telah terbang ke selatan Lautan Hindi, manakala P-3 Orion ke kawasan Teluk Bengal untuk misi di zon selatan, kata pegawai tersebut.

Usaha carian di hari Jumaat di kawasan terpencil di Lautan Hindi membuat kesimpulan "tanpa apa-apa penemuan," kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia ( AMSA ) dalam satu kenyataan.


0 comments:

Post a Comment

MH370: Dasar Lautan Hindi Sedalam 10 Kali Ganda KLCC




KUALA LUMPUR- 22/3/2014: Cabaran mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu kini bertambah rumit dengan jangka hayat bateri kotak hitam itu kini hanya mempunyai masa lebih kurang dua minggu sahaja lagi untuk dikesan.

Menurut Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Industri dan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Rizal Arshad, kedalaman lautan Hindi yang mencecah 4000 meter membuatkan misi mencari menjadi semakin sukar.

Beliau membuat perbandingan dimana kedalaman Lautan Hindi adalah sembilan hingga sepuluh kali ganda daripada ketinggian Menara Berkembar Petronas iaitu 420 meter.

“Di sesetengah kawasan kedalamannya mencecah hingga 7000 meter. Kotak hitam itu kini mempunyai masa lebih kurang dua minggu untuk mengeluarkan isyarat sonar.

“Selain itu cabaran seterusnya ialah mengenal pasti lokasi. Kita tidak tahu dimana lokasinya dan dengan dengan Lautan Hindi yang bersifat dinamik dimana ia berubah menyukarkan lagi proses mencari,” kata Dr Rizal.

Beliau menambah, Lautan Hindi merupakan antara lautan yang kuat arusnya selain dasarnya yang kerap berubah.

Oleh itu menurut beliau jika kotak hitam tersebut bergerak atau dilitupi pasir di dasar laut, ia akan merencatkan isyarat yang boleh diberikan.



Selain itu, kekangan teknologi juga antara faktor yang memberi cabaran kepada pasukan mencari dan menyelamat meneruskan usaha mereka.

Lautan Hindi atau juga dikenali sebagai ‘Lonely Ocean’ amat jarang dikunjungi pedagang untuk belayar di kawasan tersebut.

Menurut Dr Rizal, rata-rata teknologi yang ada kini hanya boleh mengesan objek sedalam 500 meter sahaja dimana beliau mencerminkan Lautan Hindi sebagai lautan yang ‘ganas’.

“Isunya ialah menggunakan kapal untuk kita menggunakan teknologi sonar, iaitu tenaga bunyi untuk melakukan pemetaan di dasar laut. Kapal-kapal ini kebanyakkannya hanya boleh melakukan pemetaan pada kedalam 1000 meter sahaja,” katanya.



Sementara itu, beliau turut membuat perbandingan antara misi pencarian pesawat Air France 447 yang terhempas di lautan Atlantik pada 2009 dengan kehilangan MH370 dimana menurutnya ia amat berbeza.

“Kotak hitam tidak direka untuk menahan tekanan yang besar dalam lautan dengan kedalaman melebihi 4000 meter. Dalam kes Air France 447, mereka tahu lokasi pesawat itu terhempas, tetapi kita tidak tahu dimana MH370 berada.



“Disebabkan mereka tahu lokasi Air France 447, jadi ini telah memudahkan mereka untuk menggunakan segala jenis teknologi yang ada untuk mengesan kotak hitam pesawat tersebut,” kata beliau semasa menjadi tetamu dalam program bual bicara Agenda AWANI pada Jumaat.


Baca juga di sini:


MH370: Kawasan Objek Yang Dikesan Adalah Kawasan Laut Paling Ganas Di Dunia

1 comments:

Post a Comment

Kapten Wanita Mengetuai Tentera Laut Australia Dalam Operasi Mencari MH370


Kapten Wanita Mengetuai Tentera Laut Australia Dalam Operasi Mencari MH370
Kapten Allison Norris



Seorang wanita Australia memainkan peranan penting dalam operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.

Kapten Allison Norris adalah Pegawai Memerintah kapal kedua terbesar tentera laut Australia, HMAS Success, yang akan tiba di kawasan pencarian pagi ini, memberitahu News Corp menerusi telefon satelit, beliau dan 220 anak kapal sudah bersedia untuk berdepan apa juga cabaran.

Norris menjangkakan operasi mencari berdepan kesukaran berikutan keadaan cuaca dijangka merosot pada hujung minggu ini dengan keadaan laut bergelora dan ombak setinggi tiga dan empat atau 2.5 meter dan tiupan angin sederhana.

"Ini tidak menjejaskan keupayaan kami dalam misi mencari," katanya.

Sekiranya menemui sebarang serpihan daripada pesawat hilang itu, anak kapal akan cuba mengambilnya dengan menggunakan bot penyelamat dan mungkin kren, katanya kepada akhbar itu.

Norris berkata anak kapal sedar akan betapa pentingnya operasi itu dan mereka telah diberikan taklimat mengenai apa yang perlu dicari.


Kapten Wanita Mengetuai Tentera Laut Australia Dalam Operasi Mencari MH370

Misi mereka - mencari objek sepanjang 24 meter yang mungkin dapat merungkai misteri kehilangan pesawat itu, katanya.

Pelayaran kapal itu lancar tetapi dalam keadaan cuaca mendung dengan suhu 15 darjah.

Norris menyertai tentera laut sejak 1987 sebagai pegawai dan pakar perang.

Beliau merupakan pegawai memerintah kapal frigat HMAS Melbourne sebelum ditugaskan di daratan dan kemudiannya dilantik pegawai memerintah HMAS Success pada Disember 2012.

Beliau merupakan pegawai eksekutif di Melbourne semasa dikerahkan bertugas di Teluk di bawah operasi "Operation Catalyst" dan pernah berkhidmat di HMAS Sydney di Timur Tengah.

Pada 2010 beliau disenaraikan sebagai finalis bagi kategori komuniti dan kerajaan bagi bahagian ACT anugerah 'Telstra Business Woman'.

0 comments:

Post a Comment

10 Permintaan IBLIS Yang Dikabulkan ALLAH S.W.T

10 Permintaan IBLIS Yang Dikabulkan ALLAH S.W.T


10 Permintaan Iblis Kepada Allah Swt adalah sebagai berikut:


1. Aku meminta agar Allah membiarkanku berkongsi alam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan " Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka (tetapi) tidaklah janji syaitan kecuali semua itu tipuan"(QS.Al Isra-64)

Aku akan makan dari harta yang tidak dizakatkan. Aku juga makan makanan haram yang bercampur dengan riba. Aku juga makan makanan yang tidak dibacakan atas nama Allah.


2. Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang-orang yang berhubungan (bersetubuh) dengan isterinya tanpa berlindung kepada Allah. Syaitan akan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

3. Aku minta agar aku boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan yang berjalan tidak untuk tujuan yang halal.

4. Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi/tandas sebagai rumahku.

5. Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

6. Aku minta agar Allah menjadikan sya'ir ( dari penyair) sebagai qur'anku.

7. Aku meminta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

8. Aku meminta agar Allah memberikanku saudara, iaitu orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat Allah berfirman "Orang yang boros adalah saudara-saudara syaitan." (QS.Al Isra' 27)

9. Aku minta agar Allah membuatku dapat melihat manusia sementara mereka tidak dapat melihatku  (dengan seizin Allah hanya sebahagian sahaja yang boleh melihat iblis)

10. Aku meminta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia. Allah menjawab " silakan " dan aku bangga dengan kemampuan tersebut hingga hari kiamat kerana sebahagian besar manusia bersamaku dihari kiamat.


Baca juga di sini

Awas Perangkap Syaitan

1 comments:

Post a Comment

MH370: Komunikasi 54 Minit Terakhir Didedahkan - Mungkin Di Sabotaj



KUALA LUMPUR- 22/3/2014: Komunikasi pada 54 minit terakhir antara pesawat MH370 yang hilang pada awal pagi 8 Mac dengan menara kawalan didedahkan The Telegraph.

Laporan itu juga mendedahkan transkrip komunikasi juruterbang bersama dan menara kawalan, dan lain-lain pengawal trafik udara , bermula dari masa Boeing 777-200ER itu berlepas dari landasan hingga ke kedudukannya di ketinggian yang mencecah puluhan ribu kaki di atas Laut China Selatan.

Transkrip bermula pada 00.25 dengan arahan am daripada menara kawalan kepada juruterbang pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS). Perbualan terperinci bermula pada 00.36.

Ia termasuk pertukaran dari satu lokasi di mana penyiasat percaya pesawat itu telah disabotaj, dan juga perkataan terakhir pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid , 27: "All right, good night. "

Penganalisis berkata urutan mesej yang muncul sebagai "perfectly routine". Walau bagaimanapun, mereka berkata terdapat dua ciri yang menonjol sebagai berpotensi ganjil.




Yang pertama adalah mesej dari kokpit pada 01:07. yang memberitahu menara kawalan, pesawat itu terbang pada 35,000 kaki. Ini mengulangi mesej yang disampaikan enam minit lebih awal.

Tetapi, ia berlaku pada 1:07, ketika ACARS, peranti isyarat pesawat, menghantar mesej terakhir sebelum ia dipadamkan dalam masa 30 minit kemudian, seperti disengajakan. Satu transponder berasingan telah dipadamkan pada 01:21, namun penyiasat percaya ACARS telah ditutup sebelum 01:19 iaitu ketika komunikasi dari Fariq.

Ciri lain yang pelik, yang boleh dijadikan sebab pesawat itu disyaki mengalami kemalangan adalah bila hilangnya komunkasi dan seterusnya penyerahan pengawal trafik udara di Kuala Lumpur kepada petugas di Bandaraya Ho Chi Minh.

"Jika saya mahu merampas pesawat tersebut, ia akan menjadi point di mana saya akan melakukannya," kata Stephen Buzdygan, bekas juruterbang British Airways yang memandu 777s.

"Mungkin ada sedikit ruang kosong di antara pengawal trafik udara ... Ia adalah satu-satunya masa semasa penerbangan mereka akan mungkin tidak telah dapat dilihat dari bawah," katanya.

Maklumat yang didedah The Telegraph itu menambah spekulasi mengenai nasib MH370, sama ada ia adalah mangsa kemalangan tiba-tiba atau dirampas. Transkrip ini juga menunjukkan bahawa jika juruterbang yang terlibat, mereka sangat berhati-hati untuk menyembunyikan niat sebenar mereka.

Menurut transkrip kokpit, dari saat tanda masuk di 12.36 apabila pesawat itu masih di atas darat, Fariq, melakukan rutinnya memberitahu lokasi, kenaikan dan ketinggian.

Walaupun dia telah mengambil pendekatan yang sedikit kasual dan pada masa-masa berlepas dari kata-kata rasminya, tidak apa-apa tanda bahawa kapal terbang akan hilang.

Sesetengah pakar berkata mereka tidak melihat apa-apa yang boleh membuatkan mereka merasa ada perbuatan jahat mungkin telah berlaku.

The Telegraph mendakwa mereka telah berulang kali meminta pihak MAS, Pihak Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan pejabat Perdana Menteri untuk mengesahkan rekod komunikasi ini namun hanya pejabat Perdana Menteri memberi jawapan bahawa data itu tidak akan didedahkan.

Pesawat MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi 8 Mac dalam penerbangannya ke Beijing.

Namun pesawat itu dilaporkan hilang dari radar awal pagi 8 Mac dan masih hilang hingga ke hari ini.


0 comments:

Post a Comment

MH370 - Satu Lagi Teori Konspirasi Hebat ! Jom baca...


Prof Ida kata, orang yang tidak suka kepada spekulasi atau teori konspirasi ni adalah orang yang malas berfikir...ermm macam tu pula... hehe






Mengikut laporan, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia ( AMSA ) melaporkan bahawa cuaca mendung dan jarak penglihatan terhad menjejaskan operasi mencari objek yang terapung di Lautan Hindi.- Astroawani.

Pencarian bersambung esok.

Semoga pencarian esok menghasilkan pertemuan dengan objek berkenaan supaya proses pengenalan dapat dilakukan dengan segera bagi mengenal pasti apakah ia datang dari pesawat MH370.

Jika dapat pengesahan, gengan ini misi pencarian dikawasan2 lain dapat dihentikan dan ditumpukan kepada satu kawasan bagi mencari kotak hitam yang bakal merungkai misteri disebalik kehilangan nya.

Panjang lagi yang mahu saya tulis berkaitan .... tapi biarlah semua itu bermain2 dikepala ....saya dan anda juga.

Saya teringat satu artikel yang saya baca dua hari lepas di mana sebuah badan pemantau PBB, CTDTO yang berpusat di Vienna yang tugasnya mengesan sebarang bentuk letupan kuat dimana2 saja didunia menggunakan beberapa teknologi International Monitoring System ( IMS ) telah mengesahkan yang ia tidak ada mengesan sebarang letupan atau hempasan yang boleh dikaitkan dengan MH370 baik di atas darat maupun laut.


"Regarding the missing Malaysian Airlines flight... the Vienna-based Comprehensive Nuclear-Test-Ban Treaty Organization (CTBTO) confirmed that neither an explosion nor a plane crash on land or on water had been detected so far," Spokesman for UN Secretary-General Ban Ki-moon Stephane Dujarric told reporters here yesterday.

Dujarric said plane accidents may be detected, depending on individual circumstances, by three of the four technologies used by the CTBTO's International Monitoring System (IMS).

While the verification system has been put in place to detect nuclear explosions, it is also able to detect the explosion of a larger aircraft, as well as its impact on the ground or on water.



Ramai pakar2 dalam pelbagai bidang yang berkait secara langsung atau tidak langsung antara satu sama lain dalam memberi maklumat tambahan.Seperti juga para pakar yang tak bertauliah, mereka yang bertauliah juga sering bercanggah antara satu sama lain ... Garis pemisah antara Spekulasi dan Maklumat menjadi semakin kabur ....


Kita layan je lah .... asal jangan kita terlampau percaya dan taksub dengan satu2 teori itu sehingga membutakan minda kita kepada teori2 lain yang juga sama kuat hujahnya.


Sekurang2nya banyak juga pengetahuan yang kita dapat bila melayan semua ini. Saya sendiri tak pernah tahu kewujudan sebuah pulau bernama Diego Garcia (Pengkalan Tentera Rahsia Amerika Di Pulau Diego Garcia) yang menjadi pelabuhan kepada tentera Amerika. Errr .... Kepulauan Maldives pun saya sebelum ini tak berapa nak yakin di mana kedudukannya !

Sekarang siap baca portal dari Maldives lagi !

Ni ada satu lagi spekulasi gempak ..... anda pernah dengar Kem U-Tapao milik Amerika di Thailand berhampiran sempadan dengan Cambodia ?

Dan apa spekulasi yang mengaitkan kem ini dengan MH370 ? Ia ada kaitan dengan eksekutif Freescales, Teknologi Ketenteraan dan siapa lagi kalau bukan Amerika. Oya, Diego Garcia juga terkait ! - sumber

Rujuk sini:

Flight MH370 and the CIA's secret interrogation base at U-Tapao Thailand

Selebihnya fikirlah sendiri hahaha

2 comments:

Post a Comment

MH370 - Kenapa Tidak Ada Media Asing Perdana Laporkan Tentang Sightings Di Maldives?





MH370 - Tidak Ada Media Asing Perdana Laporkan Tentang Sightings Di Maldives ....Kerana Diego Garcia Melibatkan Amerika?

Sebelum ini heboh pengakuan beberapa penduduk Kepulauan Maldives yang mereka ada melihat sebuah sebuah pesawat Jumbo putih berjalur merah terbang rendah pada 8 Mac jam 6:15am. ( KLiK )

Sekadar info, jam 6:15am itu adalah waktu lokal mereka dan untuk diselaraskan dengan waktu kita di Malaysia, kita kena tambah 3 jam yakni sekitar jam 9:15am.

Satu lagi, jarak antara Diego Garcia dengan Addu City, yang terletak diselatan Kepulauan Maldives ( Pulau Addu ) adalah 740km.

Sementara jarak Diego Garcia - KL = 3500 dan Addu City-KL = 3200

DAN jarak KL-Beijing adalah 4335km.

Secara teorinya, MH370 mampu sampai ke DG walaupun setelah melalui tambahan penerbangan ke Laut China Selatan dan patah balik, dengan bekalan bahanapi yang ada untuk sampai ke Beijing.

Diharap pihak kerajaan dan mereka yang terlibat dalam misi pencarian MH370 dapat memberikan perhatian kepada laporan dari Maldives ini secara serius sepertimana perhatian diberikan kepada laporan2 penemuan lain ( yang akhirnya ternyata palsu ).

Bukan apa, dari awal nama Diego Garcia dikemukakan, ia telah ditolak mentah2. Kerajaan menolak kemungkinan MH370 ke Diego Garcia atas alasan - ia tidak berasas.




Mudah sekali..... tapi diharap dengan adanya laporan eye-witness dari beberapa penduduk Maldives ini, ia mampu berikan ASAS untuk kerajaan melihatnya dengan lebih serius.

Seperkara lagi, media2 asing juga langsung tidak beri liputan kepada kemungkinan pesawat itu ke Diego Garcia. Malahan berita dari Maldives itu juga langsung tidak diberi perhatian.

Adakah kerana ia bakal melibatkan Amerika yang punya kemudahan pelabuhan dan airport ketenteraan di sana ? Sebarang dakwaan MH370 ke sana hanya menyabitkan penglibatan kuasa besar Amerika ( kerana menyembunyikan fakta ...... adalah tidak mungkin mereka tidak tahu melainkan mereka terbabit ) dan secara mudah perkara seumpama itu dianggap MUSTAHIL?


Bagaimana dengan penemuan landasan Diego Garcia sebagai salah satu yang ditemui dalam simulator Kapten Zaharie ?

Saya pasti berpuluh lagi landasan terdapat dalam simulator berkenaan yang berada dalam radius pesawat MH370 tapi berapa banyak yang punya laporan sightings berdekatan oleh penduduk tempatan ?

Mungkin secara kebetulan semuanya ...... dan mungkin juga ia masih juga satu laporan palsu ...... tapi tidak salah jika disiasat dengan serius ...... walaupun ia melibatkan Amerika.

PS - Bukankah kita tidak menolak sebarang kemungkinan ? Bagaimana kalau kemungkinan itu melibatkan pihak2 tertentu Amerika ? - kredit dinturtle


Baca juga di sini

Penduduk Pulau Maldives Nampak Pesawat Besar Terbang Rendah Pagi 8 Mac 2014

0 comments:

Post a Comment

PRK KAJANG: GANJARAN RM1000 UNTUK TANGKAP PENGUNDI HANTU


Jom kita cari pengundi hantu...dapat 5 orang dah 5 ribu. Mereka mendakwa dah ramai pengundi hantu di bawa masuk ke Kajang...tak kan 1 pun tak jumpa nanti...apa lagi jom serbu!! 


KUALA LUMPUR- 21/3/2014: Sewaktu terdapat desas-desus mendakwa Kajang kini dibanjiri pengundi hantu, MCA hari ini melancarkan ‘kempen banteras hantu’ menawarkan ganjaran RM1,000 buat mereka yang berjaya menangkap pengundi sedemikian di Kajang.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong berkata ini adalah bukti jelas parti itu mengamalkan sikap langsung tidak bertolak ansur dengan pengundi hantu dan pekerja asing yang tidak layak mengundi.

Wee menegaskan yang ganjaran itu akan hanya diberi apabila pengundi hantu yang ditangkap itu didakwa di mahkamah.

0 comments:

Post a Comment

Imej Pocong Dirakam Atas Jambatan Kedua P. Pinang?


Selepas Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang dibuka kepada umum 1 Mac lalu, sudah ada kegemparan berlaku iaitu cubaan kes bunuh diri.

Individu yang mencatat ‘rekod’ sebagai orang pertama terjun dari jambatan tersebut adalah pelajar jurusan undang-undang berusia 27 tahun yang merupakan anak saudara seorang timbalan menteri.

Mujurlah dia berjaya diselamatkan nelayan yang berada berhampiran jambatan.

Kini, sebuah lagi kisah sensasi melibatkan Jambatan Kedua Pulau Pinang kembali disebarkan iaitu kemunculan pocong yang berjaya dirakam imejnya.


Imej yang disebarkan berupaya bayangan sesuatu berwarna putih yang salah satunya kelihatan seperti berada dalam kedudukan sedang meloncat.

Bagaimanapun sejauh mana kebenaran cerita ini masih boleh dipertikaikan apatah lagi kisah hantu atas jambatan bukan modal baru dalam dunia mistik tanah air. - Sumber


4 comments:

Post a Comment

MH370: Pencarian Pada Jumaat Berakhir Tanpa ‘Apa-Apa Dapat Dikesan’



PERTH - 21/3/2014: Pesawat pengesan menamatkan hari kedua pencarian di Lautan Hindi tanpa hasil apabila tiada serpihan atau bangkai yang boleh dikaitkan dengan pesawat MH370 ditemui.

Pesawat tentera Australia dan Amerika Syarikat yang biasanya digunakan untuk operasi laut dalam menyeberang kawasan carian terpencil di 2,500 km barat daya Perth bagi mencari dua objek terapung yang dirakamkan satelit beberapa hari sebelum ini.

Walaupun imej itu nampak kurang jelas untuk ia disahkan sebagai serpihan dari penerbangan MH370, pegawai Australia dan Malaysia berkata ia adalah petunjuk paling boleh dipercayai untuk meneruskan usaha mencari pesawat dengan 239 penumpang dan anak kapal.

Kesimpulannya, pencarian pada Jumaat adalah ‘tiada apa-apa yang dikesan’, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata dalam satu kenyataan.

Pesawat terbang rendah di bawah awan dan tidak bergantung kepada radar, selepas cuaca buruk hari sebelumnya menghalang carian.

Jarak dari pantai barat Australia membolehkan pesawat membuat carian kira-kira dua jam sebelum kembali ke Perth dengan bahan api yang cukup.- mstar.

0 comments:

Post a Comment

MH370: Pasukan penyiasat teliti 'panggilan misteri' Kapten Zaharie



SEPANG - 21/3/2014: Pihak penyiasat sedang meneliti petikan perbualan telefon yang dipercayai dibuat oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, beberapa minit sebelum pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 berlepas ke Beijing.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Datuk Ahmad Jauhari Yahya hari ini mengesahkan panggilan telah dibuat oleh jurutebang pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.

“Kami telah memberikan maklumat panggilan ini kepada pihak penyiasat dan mereka akan menyiasatnya,” katanya dalam sidang media di KLIA petang tadi.

Akhbar United Kingdom The Sun sebelum ini melaporkan wujud satu ‘panggilan misteri’ sejurus sebelum pesawat MH370 itu berlepas.

“Diharapkan pihak yang menerima panggilan itu dapat memberikan petunjuk mengenai misteri kehilangan pesawat,” lapor akhbar itu lagi.

Kapten Zaharie dan pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid sedang disiasat bagi mengenalpasti samada mereka terbabit dalam kehilangan pesawat Boeing 777-200ER itu.

Siasatan turut merangkumi simulator pesawat milik Kapten Zaharie. Polis memaklumkan pihaknya sedang meneliti kandungan simulator terbabit dimana beberapa fail dikatakan telah dipadamkan pada 3 Feb lalu.

Pasukan penyiasat tempatan dan antarabangsa kini sedang cuba untuk mengesan kembali fail yang hilang dengan harapan dapat memberikan petunjuk kepada kehilangan pesawat.


Sebelum ini Malaysiakini melaporkan - MH370: Panggilan Dari Kokpit Cuma Spekulasi  (klik)

0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ