Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



MH370: Rakan Kapten Zaharie Dedah Email Perbualan Mengenai Pembelian Gadjet Simulator




Alhamdulillah...Pihak polis juga ada mengumumkan memiliki simulator BUKAN menjadi satu kesalahan. Semoga dengan ini dapat membersihkan nama baik Kapten Zaharie. Ida pun tidak pernah menuduh Kapten Zaharie bersalah seperti yang di salah anggap oleh seseorang blogger popular. Ida hanya mendedahkan teori konspirasi melalui spekulasi kerana Ida memang berminat dengan teori konspirasi yang selalunya benar. Semua artikel yang Ida masukkan berasaskan kepada sumber dan bukanlah tulisan Ida yang sebenar... anda juga berhak untuk tidak mempercayainya.. so tak payahlah marah-marah ya. Kalau anda mengikuti blog ini dari awal ada dua lagi teori konspirasi yang ada di blog ini selain dari teori konspirasi Kapten Zaharie iaitu:

MISTERI PESAWAT MH370: 'RED FLAG' ATAU 'FALSE FLAG'? dan

MISTERI MH370: SIAPA YANG RUGI? SATU LAGI TEORI KONSPIRASI YANG PATUT BACA!!

Sebab tu dinasihatkan kepada pengunjung blog jangan hanya baca tajuk jer...baca lah isinya sekali supaya anda mendapat gambaran yang jelas. Sama-samalah kita berdoa agar usaha pencarian hari ke 14 ini menemukan kejayaan..inshaAllah...




*********************************************************************************

KUALA LUMPUR - 21/3/2014: Rakan juruterbang MH 370, Thanos Kontogiannis mendedahkan perbualannya dengan Kapten Zaharie Ahmad Shah bagi menjawab fitnah terhadap rakannya itu.

Kontogiannis juga tidak puas hati ada pihak yang memburukkan imej Kapten Zaharie semata-mata dia memiliki sebuah simulator penerbangan di rumahnya.

Di laman blognya, Kontogiannis yang merupakan moderator X Sim DE berkongsi mesej perbualan mereka menerusi email.

Dalam perbualan itu mereka berkongsi maklumat dan idea untuk membina simulator yang lebih baik.

Kontogiannis seorang jurutera di Qualcomm membekalkan komponen Motion Controller bagi menaik taraf simulator Kapten Zaharie dan juruterbang lain.

Dalam blog itu juga, Kontogiannis menjelaskan hampir semua juruterbang berminat memiliki simulator penerbangan.

Dalam hal ini, Kapten zaharie mempunyai minat yang mendalam sehingga membina simulator penerbangan sendiri.

Bagi Kontogiannis segala tuduhan dan fitnah terhadap Kapten Zaharie adalah tidak berasas.

Thanos Kontogiannis melontarkan persoalan dengan memberikan contoh dunia perlumbaan kereta. Setiap pelumba kereta mempunyai simulator perlumbaan di rumah masing-masing. Adakah ini bermakna mereka itu pengganas?

Bersama-sama ini, Thanos Kontogiannis ada berkongsi koleksi emailnya dengan pilot MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah untuk tujuan pesanan simulator penerbangan :

Koleksi Email Thanos Kontogiannis Dengan Pilot MH370, Kapten Zaharie:









Di bawah ini pula adalah gadjet-gadjet yang dihantar oleh Thanos Kontogianniskepada pilot MH370, Kapten Zaharie:





Luahan Hati Thanos Kontogiannis Terhadap Tuduhan Pilot MH370



Sumber





1 comments:

Saya tetap sokong Kapten Zaharie! Roger Kapten...kapten ada di mana? Kami akan hantar bantuan...don't worry :(

21 March 2014 at 11:12 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ