Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



MH370: Pencarian Pesawat Menjadi Keutamaan Amerika Syarikat, Kata Obama




WASHINGTON - 20/3/2014: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama hari ini berkata pencarian untuk pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 yang hilang menjadi keutamaan untuk negara itu.

Menurut laporan AFP, Obama berkata Amerika Syarikat menawarkan semua pertolongan yang mungkin termasuk FBI, untuk tujuan itu.

Obama turut berkata beliau menawarkan doa kepada saudara-mara penumpang hilang.

“Kami ingin memberi keyakinan bahawa kita mengutamakan perkara ini.

“Kami mempunyai kerjasama yang rapat dengan kerajaan Malaysia,” kata Obama dalm satu temubual di Rumah Putih.

Pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang, jam 2.40 pagi pada 8 Mac lalu.

Sejumlah 239 penumpang dari pelbagai negara termasuk anak kapal berada di dalam penerbangan tersebut dan ia masih belum ditemui lagi.


Apakah ada khazanah berharga yang berada di dalam MH370 itu membuatkan Obama berkata begitu... huhu menarik ni... kalau nak tahu apa khazanah berharga tu baca di sini MISTERI MH370: SIAPA YANG RUGI? SATU LAGI TEORI KONSPIRASI YANG PATUT BACA!!


1 comments:

Jangan ada udang di sebalik batu sudah.

20 March 2014 at 17:42 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ