Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



MH370: Kawasan Objek Yang Dikesan Adalah Kawasan Laut Paling Ganas Di Dunia




20/3/2014 - Seorang pengkaji ilmu lautan menjangka usaha mencari dan menyelamat di kawasan yang dikesan pihak berkuasa Australia mungkin menemui kesukaran.

Profesor Chari Pattiaratchi dari University of Southern Australia berkata, kawasan berkenaan dikenali dengan keadaan laut bergelora dan kedalamannya mencecah lima kilometer.

Menurutnya, kawasan yang dekat dengan kawasan badai Roaring Forties itu menjadi tumpuan apabila PM Australia mengumumkan satelitnya mengesan objek disyaki serpihan dari pesawat MH370.

Roaring Forties itu merujuk badai yang melanda di kedudukan 40 darjah ke selatan.

“Anda mungkin menemui serpihan di permukaan tetapi keseluruhan besar pesawat mungkin di dasar laut.

“Usaha mengeluarkan sesuatu dari kedalaman lima kilometer di kawasan laut paling ganas di dunia akan berdepan keadaan ekstrem,” katanya seperti dipetik dalam laporan Sydney Morning Herald.



Pengkaji University of Western Australia itu menjangkakan menjangkakan serpihan berkenaan mungkin dibawa arus selaju satu knot atau satu kilometer sejam dari barat ke timur.

Kawasan itu pula tidak mempunyai sebarang daratan, yang menyumbang kepada ombak kuat yang menggunung, katanya.

“Jika ia berterusan, ia akan pergi ke selatan Perth atau selatan Australia,” katanya.

Sementara itu, laporan CBCNews pula melaporkan kenyataan ketua projek mencari dan menyelamat AD, David Gallo yang menyatakan keyakinan ke atas penemuan yang diumumkan PM Australia.

Beliau berkata, pakar lautan memberitahunya bahawa terdapat kawasan di lautan itu yang merekodkan keadaan cuaca baik sejak beberapa hari lalu.

Oleh yang demikian, serpihan pesawat, sekiranya benar-benar dari MH370, mungkin berada dalam kelompok sama. - Sumber




MH370: Operasi AMSA diteruskan Jumaat, cuaca jejas pencarian objek


KUALA LUMPUR - 20/3/2014: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan Australia untuk pesawat Malaysia Airlines MH370 di kawasan Lautan Hindi tamat untuk hari ini sebelum disambung esok.

Menurut laman web Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), empat kapal terbang digunakan untuk meliputi kawasan seluas 23,000 kilometer persegi, 2500 kilometer daya barat Perth.

Dua pesawat tentera udara Australia (RAAF), Orion dan Hercules, kapal P8 Poseidon milik Amerika Syarikat dan pesawat tentera udara New Zealand Orion digunakan dalam misi ini.

AMSA juga melaporkan bahawa cuaca mendung dan jarak penglihatan terhad menjejaskan operasi mencari objek yang terapung di Lautan Hindi

Awal hari ini, pihak AMSA mengesahakan objek berkenaan terapung di Lautan Hindi namun menekankan bahawa objek-objek berkenaan mungkin tiada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac.

Pada sidang media di Hotel Sama-Sama, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata penemuan dua objek oleh satelit Australia boleh dipercayai namun ia masih belum dapat disahkan.




MH370: Kapal Norway sudah tiba, misi SAR hanya boleh bermula pada Jumaat


KUALA LUMPUR - 20/3/2014: Sebuah kapal milik Norway telah tiba di kawasan lautan Hindi berhampiran Australia di mana dua objek terapung dipercayai dapat membantu membantu siasatan mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu

Menurut laporan Reuters, kapal berkenaan menghala ke Madagascar dari Melbourne namun mendapat permintaan dari pihak berkuasa Australia untuk membantu misi mencara objek yang dijumpai melalui satelit empat hari lepas.

“Kami menerima permintaan dari pihak berkuasa Australia untuk menyiasat kawasan berkenaan. Kami akan membantu selagi diperlukan,”

"Kapal kami sahaja yang sudah sampai. Kapal Australia dijangka tiba dalam masa 12 hingga 18 jam," kata Kristian Olsen, jurucakap Hoegh Autoliners.


Tambah beliau, oleh kerana ia sudah malam, krew kapal agak terhad untuk melakukan sebarang carian.

"Kami akan teruskan misi pencarian esok pagi," tambahnya pada sidang media khas.



Cuaca mendung dan jarak penglihatan terhad menjejaskan operasi Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA).

Semetara itu, pada sidang media di Hotel Sama-Sama, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata penemuan dua objek oleh satelit Australia boleh dipercayai namun ia masih belum dapat disahkan.



Baca juga di sini

MH370: Terkini, AMSA Gagal Mencari Objek Berukuran 24 Meter Yang Ditemui Satelit Australia


2 comments:

Semoga dipermudahkan Allah.

21 March 2014 at 02:09 comment-delete

Semoga itu bkn serpihan mh370...mudah-mudahan mereka masih selamt..insyaallh

Anonymous
22 March 2014 at 18:07 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ