Adlin Aman Ramlie Di Tahan Polis Atas Kesalahan Penipuan Dalam Perlaburan Syarikat HiGHWAY GROUP?




Bersumberkan forum cari.com.my di sini menyebarkan bahawa artis popular Adlin Aman Ramlie telah di tahan polis di atas kesalahan Penipuan dalam perlaburan.




Dapat whatsapp dari group komuniti rumah iols, ada lah dato' ni dia orang kuat pdrm iols rasa anto whatsapp PENIPUAN PELABURAN OLEH SYARIKAT HIGHWAY GROUP / RICH HERITAGE which terselit nama adlin aman ramlie. Ada CSI boleh cek kan?



As'salam & Selamat Pagi Ydh Dato Sri Pjsjk, Dato2, Tn2 & Pn2.

OPERASI NURI 2 ( 2016 )

PENIPUAN PELABURAN OLEH SYARIKAT HIGHWAY GROUP / RICH HERITAGE.

MASTERMIND

1. Dato Seri Zawawi b. Yas
48 th. Alt. Tanah Merah,
Kelantan.
( Pengasas )

2. Dato Azir b. Abu Samah
43 th. Alt. Shah Alam, Sel.
( Buka pasaran kpd
Orang2 Cina di Penang ).

( Gelaran2 dibeli dari Tgku
Chik, Perak ).

Bil. Keahlian: 500,000 orang
Kutipan: RM 35,000,000
Tiada rekod pendaftaran yg teratur dan hilang kawalan.
Mangsa kebanyakan guru dan artist.

STRUCTURE

Board Members
District Supervisors
Leaders
Agents
Members.

( A ) TANGKAPAN
Pada 20/7/2016. Bahagian Operasi, Risikan, Teknikal, Jsjk Bukit Aman & Pksb & Amla, serta bantuan RO Melaka, Pahang, Kelantan, P/Pinang. Berjaya tangkap ( 14 ) Ahli2 Sindiket termasuk masterminds. 9 lelaki & 5 wanita.

( B ) SENARAI TANGKAPAN

1. Dato Seri Zawawi b. Yas
48 th. Alt. Tanah Merah,
Kelantan.
( Peranan: mastermind )

2. Dato Azir b. Abu Samah.
43 th. Alt. Shah Alam, Sel.
( Peranan: mastermind
Kegiatan di Penang ).

3. Adlin bin Aman Ramlie
44 th. Alt. Cyberjaya, Sel.
( Artist/ pelakon - Adik
AR Badul. Anak Tompel )
( Peranan: Melindungi
mastermind. Sediakan
rumah dan kemudahan2
lain.

4. Ronzi bin Buang.
47 th. Alt. Ketereh,
Kelantan.

5. Shahrul Azli b. Aibadillah
38 th. Alt. Machang,
Kelantan.

6. Arkeh bin Jusoh
46 th. Alt. Ketereh,
Kelantan.

7. Noraznita bt Abd. Rahmat
40 th. Alt. Kuantan,
Pahang.
( Peranan: Mengurus
Akaun Syarikat Highway)

8. Mohd Yuhanis b. Mustaffa
30 th. Alt. Machang,
Kelantan.

9. Rilawati bt. Idris
43 th. Alt. Durian Daun,
Melaka.

10. Rosmah kertini binti
Abdul Rahim.
39 th. Alt. Selangor.

11. Che Esah binti Hussein.
47 th. Alt. Tanah Merah,
Kelantan.

12. Quah Tiew Beng
58 th. Lelaki Cina.
Alt. Georgetown, Penang

13. Catherine Gan Suat Yuen
28 th. Wanita Cina.
Alt. Wakaf Baru,
Kelantan.

14. Cheng Kit Chai.
28 th. Lelaki Cina.
Alt. Georgetown, Penang.

( C ) RAMPASAN

( 9 ) buah kereta di sita: Range Rover Evoque, Mercedis, Honda Accord, Volkswagen, Toyota Caldina, Toyota Prius, Toyota Vios, Proton.

Nilai: Hampir Rm 1 Juta.

Barang2 kemas, bag2 jenama utk sitaan db Amla.

Sejumlah buku2 bank, kad2 bank, borang2 pelaburan, talipon, komputer.

( D ) KES2 SELESAI

Laporan Polis 2016: 175
KS/ IP di buka: 14
Kerugian: Rm 10.5 Juta.

( E ) GAMBAR2 DI KEPILKAN.

Makloman Ydh Dato Seri, Dato2, Tn2, Pn2. T/ Kasih

TP RO

p/s: jangan hencap iols, iols nak share info/dapat info jew

0 comments:

Post a Comment

Gambar Intim Tersebar, Kami Masih Belum Berkahwin - Nora Danish



Gambar intim bersama Nedim, Nora Danish tolak dakwaan sudah berkahwin.




Nora Danish menolak dakwaan sudah berkahwin secara rahsia bersama kekasihnya Nedim Nazri seperti yang diperkatakan pelayar laman sosial.

PELAKON Nora Danish menolak dakwaan sudah berkahwin secara rahsia bersama kekasihnya Nedim Nazri seperti yang diperkatakan pelayar laman sosial.

Dakwaan tersebut timbul selepas Nedim memuat naik sekeping foto mesranya bersama Nora di akaun Instagram (IG) @boss_ned pada 8 Julai lalu.

Nora ketika ditanya mengenai perkara tersebut berkata, dakwaan sudah bernikah secara rahsia adalah tidak benar sama sekali.

“Saya dan Nedim masih belum berkahwin. Saya akan beritahu kepada semua jika sudah bergelar isteri kepada Nedim.

“Bagaimanapun, saya tidak nafikan kami sudah mempunyai perancangan untuk mengakhiri hubungan kami di jinjang pelamin pada tahun ini,” katanya kepada Astro Gempak.

Tambahnya lagi, dia dan Nedim turut merancang untuk mengadakan majlis resepsi di Bali, Indonesia.

“Perkahwinan pantai itu memang idaman saya. Kami akan mengadakan resepsi di Bali tetapi majlis di Kuala Lumpur juga akan diadakan, Insya-Allah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran muzik video Raniaku di e@curve, Mutiara Damansara.

Mengulas mengenai kontraknya bersama Safi Rania Gold, Nora memberitahu tahun ini merupakan tahun keduanya sebagai duta produk penjagaan wajah tersebut.

“Kontrak di antara saya dan Safi Rania Gold ialah selama dua tahun, tetapi setakat ini saya belum menerima sebarang tawaran untuk menyambung kontrak sebagai duta.

“Bagaimanapun, saya berpuas hati dapat menjayakan muzik video pertama Safi Rania Gold berjudul ‘Raniaku’ kerana dapat bekerja dengan ‘team’ yang bagus.

“Pertama kali saya dengar lagu ‘Raniaku’ ciptaan Aizat Amdan, saya terus jatuh cinta dan tiada masalah sepanjang penggambaran berlangsung,” katanya yang bergandingan dengan aktor Remy Ishak menerusi muzik video tersebut.

Dalam pada itu Nora turut berkongsi rasa gementarnya bergandingan dengan Remy Ishak.

“Kali terakhir saya berlakon disamping Remy ialah 5 tahun lalu. Pada mulanya saya cuak kerana orang cakap Remy ada ‘angin’ dia.

“Tapi bila jumpa, dia sangat mudah beri kerjasama dan kelakar orangnya,” katanya ketawa.

Muzik video Raniaku menjalani penggambaran selama enam hari di bawah arahan Nan Salleh dan telah dilancarkan di laman Youtube bermula petang semalam.

Sumber: Astro Awani

0 comments:

Post a Comment

Kak Mawar ‘Henjut’ Dituduh Pondan, Betul Ke?



Kak Mawar ‘Henjut’ Dituduh Pondan, Betul Ke?

NAMA Kak Mawar mula menjadi perhatian di laman sosial selepas tersebar siri video memaparkan aksi ‘ghairahnya’ yang menerima kecaman hebat orang ramai.

Malah di halaman Facebook Mynewshub, posting berkenaan video ‘henjut’ Kak Mawar menerima banyak kecaman dengan rata-rata menempelak imejnya yang tidak mencerminkan seorang wanita Islam.


Ramai juga yang mengatakan Kak Mawar sebenarnya bukan wanita tulen sebaliknya seorang pondan, kerana tidak dapat menerima hakikat jika aksi terlampau berani itu dilakukan kaum hawa.
















Seorang pengguna Facebook, Sham Suzana tampil mengatakan dia mengenali Kak Mawar yang merupakan seorang ‘nyah’ ketika berkerja di pasaraya Jusco. Jadi, benarkah dakwaan dan sangkaan mereka ini?

Bagi merungkai spekulasi, kami lakukan sedikit penyelidikan dan apa yang boleh dikatakan, wanita ini begitu mirip dengan pengasas kecantikan yang pernah menjadi sensasi suatu ketika dahulu, iaitu Sri Wani Choo Abdullah.



Ya, sebenarnya wanita yang menggunakan gimik nama Kak Mawar ini adalah pengasas produk kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah.

Sekitar tahun 2012, nama Sri Wani pernah menjadi bualan ramai dek kerana suaminya, Dr. Baharom Sanugi mengfailkan permohonan faraq (dipisahkan) selepas meragui jantina sebenarnya.

Teka-teki berhubung jantina pengusaha produk itu akhirnya terungkai dengan pengesahan bahawa dia adalah seorang perempuan.

Memetik laporan akhbar Sinar Harian pada 2012, pengesahan jantina itu dibuat oleh ibu saudara Sri Wani, Connie Chee, 45, yang merupakan seorang kerani di sebuah syarikat swasta.

Connie memberitahu, Sri Wani diserahkan kepada ibu bapanya (Connie) sejak lahir dan anak saudaranya itu membesar sebagai seorang perempuan.

“Sampai bila-bila pun dia tetap perempuan kerana itu adalah dia. Saya ada bukti kukuh. Saya dan adik-beradik lain membesar bersamanya, malah saya yang mandikan dia.

“Dari kecil sampai sekarang, Sri Wani tidak rahsiakan apa-apa dengan saya. (Oleh itu) hentikanlah fitnah. Kasihankan dia,” katanya dalam nada sedih mengenangkan nasib Sri Wani.

Connie menambah, MyKad Sri Wani bukan sahaja tertera perkataan perempuan, malah kad perakuan Islam Sri Wani juga mencatat Sri Wani sebagai perempuan.

Maka terbuktilah yang ‘akak henjut’ kita ini bukanlah seorang lelaki atau pondan, sebalik benar-benar perempuan. – MYNEWSHUB.CC


0 comments:

Post a Comment

Turki - Misi Sebenar Adalah Plot Membunuh Erdogan!




Misi Sebenar Adalah Plot Membunuh Erdogan!



Agak ngeri mendengar pelbagai pendedahan yang dibuat Presiden Turki, Racep Tayyib Erdogan ketika menghadapi detik-detik rampasan kuasa yang dilancarkan pihak tentera yang khianat beberapa hari lalu.


Kudeta selama lima jam itu bermula selepas tengah malam, membunuh 290 nyawa termasuk 165 anggota tentera yang khianat.

Dalam wawancara sejam bersama wartawan Becky Anderson, Erdogan, 64, mendedahkan detik-detik malam jahanam itu sebagai misi strategik untuk membunuhnya.

Untuk pertama kali, dunia mendengar rahsia besar di sebalik tabir kejadian yang menggemparkan itu. Misi sebenar, bukan sekadar menjatuhkan kerajaan demokrasi Tukri, tetapi merangkumi plot untuk membunuh pemimpin AKP itu, yang dianggap sebagai profil ahli politik Islam paling berpengaruh di dunia.

Erdogan ketika itu berada di Marmaris, lokasi percutian pantai mengadap lautan Mediteranean. Selepas tengah malam, dua bandaraya utama, Istanbul dan Ankara dihujani tembakan peluru yang bergema pada awal 11 Syawal.

“Setelah menyedari berlaku rampasan kuasa, saya mahu segera terbang ke Istanbul. Namun, inteligen memaklumkan saya memerlukan empat jam untuk sampai ke sana,” katanya tenang dalam wawancara eksklusif dengan CNN yang selama ini sentiasa bersikap ‘tidak mesra’ Erdogan.

Erdogan menjadi Presiden ke 12 Turki pada 28 Ogos 2014. Sebelum itu menjadi Perdana Menteri Turki pada 2003 hingga 2014 setelah Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) memenangi pilihanraya.

Menceritakan detik-detik tegang dan penuh maut pada malam kejadian, Erdogan menjelaskan, inteligen menasihatkan untuk tidak tergesa-gesa terbang ke Istanbul.

Katanya, dia tidak boleh berbuat demikian kerana Menara Kawalan Udara Lapangan Terbang Istanbul dikuasai pengkhianat. Malah, inteligen mendedahkan, sebahagian plot rampasan kuasa ialah menantikan beliau menaiki kapal terbang dan menggunakan laluan udara yang mudah dikesan.

Apa risikonya?

“Sekiranya saya menggunakan laluan udara, ia akan dikesan melalui menara kawalan di Istanbul. Pada masa itu, sudah ada pesawat tentera menanti untuk memintas dan menembak jatuh kapal terbang kami,” jelasnya.

Erdogan yang terkenal dengan kehebatan mengawal emosi pada reaksi wajahnya, menjelaskan dengan terperinci segala tindakan yang dirancang ketika dia nekad kembali ke Istanbul untuk muncul di khalayak ramai bagi membuktikan rampasan kuasa itu tidak berjaya.

“Kami mengatur tindakan pantas,” katanya: “Unit taktikal polis menyerbu dan mengambil alih menara kawalan udara. Setelah disahkan selamat, saya terbang pulang,” jelasnya.

Ini penjelasan pertama dan paling detils oleh Erdogan.

Matlamat utama rampasan kuasa menyasarkan pembunuhan ke atasnya. Cuma Erdogan memiliki barisan inteligen yang mahir menghidu plot yang dirancang. Pengkhianat memilih tarikh tengah malam 19 Julai kerana itu masa yang sangat strategik. Memandangkan Erdogan bercuti, ia detik terbaik untuk membunuhnya ketika berada di udara.

Huru-hara yang dicetuskan 3,000 tentera kudeta di Istanbul dan Ankara sebenarnya hanyalah umpan.

Matlamat utama pengkhianat, mahukan Erdogan segera terbang pulang pada tengah malam itu juga. Apabila pesawatnya berada di ruang udara dan berjaya dikesan, sebuah jet pejuang akan menembak jatuh kapal terbang tersebut.

Kematian Erdogan ialah plot utama. Soal merampas lapangan terbang dan beberapa lokasi strategik oleh pengkhianat hanyalah plot kecil untuk mengumpan Erdogan.

Justeru, tidak hairanlah mengapa pengkhianat melancarkan rampasan kuasa secara tergesa-gesa. Rupanya tindakan kudeta bukan bermotifkan untuk mengambil alih lokasi strategik dan menguasai lapangan terbang serta Bangunan Parlimen. Misi paling penting ialah membunuh Erdogan.

Banyak yang disentuh Erdogan dalam wawancara sejam itu. Namun paling mengejutkan ialah pendedahan plot pembunuhannya!

Sumber-MYNEWSHUB.CC


0 comments:

Post a Comment

42 Helikopter Hilang, Bimbang Rampasan Kuasa Kedua Di Turki




Bimbang Kemungkinan Berlaku Rampasan Kuasa kedua Di Turki Ekoran 42 Buah Helikopter Hilang



ANKARA: Berikutan kehilangan sekurang-kurangnya 42 helikopter daripada inventori tentera Turki semasa cubaan rapasan kuasa Jumaat lalu, Tukri menyatakan kebimbangan kemungkinan berlaku cubaan rampasan kuasa kali kedua.

Wartawan CNN Turk, Serdar Tuncer, menggambarkan kehilangan aset ketenteraan itu seolah-olah da pihak mahu mengulangi cubaan rampasan kuasa.



"Adakah mereka berjaya? Tidak! Tetapi adakah mereka akan mencuba?" katanya.

Cubaan rampasan kuasa daripada pihak tentera sebelum ini telah menyebabkan 265 terbunuh dan lebih 2,000 cedera yang kebanyakannya adalah penduduk awam yang menyahut seruan Erdogan supaya menentang cubaan rampasan kuasa itu.

Kerajaan Turki dalam satu kenyataan membaritahu mereka telah berjawa mengawal keadaan sepenuhnya dan memulakan sistem pembersihan tentera di mana 2,745 hakim telah dipecat dan lebih 2,800 anggota tentera termasuk penasihat ketenteraan Erdogan ditangkap.

Berikutan tindakan yang dianggap khianat itu, Edrogon tidak menolak kemungkinan mengenakan hukuman mati ke atas mereka.

0 comments:

Post a Comment

Imilah Wajah Dalang Dalam Cubaan Rampas Kuasa Di Turki




Kolonel Muharrem Kose, sosok ini disebut-sebut sebagai sosok di sebalik usaha rampasan kuasa yang berlaku di Turki. Percubaan rampasan kuasa di Turki berlangsung pada Jumaat malam waktu tempatan, atau Sabtu (16/7) dinihari waktu Indonesia barat.

Kose, seperti diberitakan pejabat berita Turki, Anadolu News Agency bukanlah anggota tentera aktif. Dia diketahui telah dipecat secara tidak hormat dari ketenteraan Turki pada bulan Mac lalu.

Anadolu melaporkan, Kose dipecat kerana dituduh mempunyai hubungan dengan tokoh anti-kerajaan yang pada masa ini berada di Amerika Syarikat (AS), Fethullah Gulen.

Tidak lama selepas dipecat, Kose mengumumkan pembentukan Dewan Keamanan, yakni kerajaan sementara untuk memulihkan demokrasi dan hak asasi manusia di Turki yang disebut-sebut mula dilucutkan oleh kerajaan Turki di bawah pimpinan Tayyip Erdogan.

Dengan bantuan anggota yang setia kepada dirinya, Kose melancarkan aksi kudeta kelmarin. Dia berjaya merebut stesen televisyen TRT, menduduki jambatan, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk.

Namun, aksi Kose dan pasukannya tidak bertahan lama. Mereka berjaya dipukul mundur oleh pasukan Turki yang setia kepada Erdogan, setelah sebelumnya sempat terjadi pertempuran antara dua kubu tersebut di Ankara.





0 comments:

Post a Comment

HUKUM LELAKI BERAMBUT PANJANG DALAM ISLAM



Sesungguhnya memanjangkan rambut adalah sunnah. Sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Ahmad rahimahullah taala : memanjangkan rambut itu adalah sunnah, seandainya kita mampu pasti kita sudah memanjangkannya. Akan tetapi hal ini perlu penjagaan dan perhatian.

Ibnu Qayyim dalam kitabnya (Zadul Maad) berkata: Rasulullah tidak diketahui membotak kepala , kecuali dalam ibadah (haji dan umrah).

Sesungguhnya sudah datang hadis-hadis sahih yang menerangkan akan sifat (model) rambut Rasulullah Alaihi as-sholatu was-sallam. Di dalam kitab (Al-Mughni), dikatakan; Dan rambut manusia itu disukai seperti model rambut Nabi Sholallahu alaihi wa sallam, apabila panjang sampai ke bahu, dan apabila pendek sampai ke cuping telinganya. Kalau dipanjangkan tidak apa-apa. Imam Ahmad telah menyatakan seperti itu.

Sesungguhnya memanjangkan rambut itu mesti mempunyai beberapa hal yang harus diperhatikan, di antaranya :

1). Ikhlas kerana Allah Taala, dan mengikuti petunjuk Rasul, supaya mendapatkan balasan dan pahala.

2). Dalam memanjangkan rambut tersebut, hendaknya tidak menyerupai wanita, sehingga dia melakukan apa yang dilakukan wanita terhadap rambutnya, dari jenis dandanan yang khusus bagi wanita.

3). Dia tidak bermaksud untuk menyerupai ahli kitab ( kristen dan yahudi), atau penyembah berhala, atau orang-orang yang bermaksiat dari kalangan muslimin seperti seniman-seniman dan artis (panyanyi dan pelakon filem), atau orang-orang yang mengikuti langkah mereka, seperti bintang sukan, dalam model potongan rambut mereka serta dandanannya.



4). Membersihkan rambut dan menyisirnya (sikat). Dianjurkan memakai minyak dan wangi-wangian serta membelahnya dari pertengahan kepala. Apabila rambutnya panjang dia menjadikannya berkepang-kepang (anyam/jalin).
Adapun berkenaan botak, Syeikh Ibnu Taimiyah telah membahas secara terperinci. Dia membagi pembahasannya menjadi empat bagian. Ringkasan pembahasannya (secara bebas ) :




Apabila botak itu kerana melaksanakan haji, umrah, atau untuk keperluan seperti berubat, maka hal ini sudah konsisten dan disyariatkan, berdasarkan Al-Kitab (Al-Quran) dan Sunnah, bahkan tidak ada keraguan dalam pembolehannya.

Adapun selain itu, maka hal tersebut tidak akan keluar dari salah satu, dari dua permasalahan :

Pertama: Dia membotakkanya berdasarkan (beranggapan botak itu) adalah ibadah, (cermin) keagamaan, atau kezuhudan, bukan karena haji atau umrah. Seperti orang menjadikannya botak itu sebagai simbol dari ahli ibadah (orang yang banyak ibadahnya) dan ahli agama. Atau dia menjadikannya sebagai simbol kesempurnaan zuhud dan ibadah.

Maka dalam hal ini, Syeikh Islam telah berkata: Membotak kepala adalah bidah yang tidak pernah diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Dan bukan pula hal yang wajib atau disukai oleh seorang pun dari pemimpin-pemimpin agama. Tidak pernah diperbuat oleh salah seorang dari sahabat-sahabat dan pengikut mereka yang baik. Juga tidak pernah dilakukan oleh syeikh-syeikh kaum muslimin yang terkenal dengan kezuhudan dan ibadah; baik (mereka) itu dari kalangan sahabat, tabiin, dan tabi tabiin serta orang-orang sesudah mereka.

Kedua: Dia membotakkan kepala bukan pada saat ibadah haji atau umrah, dan bukan karena keperluan ( berubat ), serta bukan juga atas dasar mendekatkan ( diri kepada Allah ) dan ritual, dalam masalah ini ulama mempunyai dua pendapat :

Pendapat yang pertama: Karahiyah (dibenci).
Pendapat ini adalah mazhab Malik, dan lainnya. Juga salah satu riwayat dari Ahmad. Beliau berkata : Mereka ( ulama ) membenci hal itu ( botak tanpa sebab ). Hujjah orang yang berpendapat dengan pendapat ini adalah bahwa membotakkan kepala adalah syiar (simbol ) ahli bid’ah ( khawarij ). Karena khawarij membotakkan kepala mereka.

Sungguh Nabi shollallahu alaihi wa sallam telah bersabda tentang mereka : Ciri-ciri mereka adalah botak . Sebagaimana sebagian orang khawarij menganggap botak kepala itu merupakan bagian dari kesempurnaan taubat dan ibadah. Di dalam kitab shohih Bukhori dan Muslim disebutkan : sesungguhnya tatkala Nabi shollallahu alaihi wa sallam membagi (harta rampasan perang ) pada tahun fath ( pembebasan Mekah ), dia didatangi seorang laki-laki yang janggotnya lebat lagi ( kapalanya ) botak. Di dalam musnad Imam Ahmad diriwayatkan dari Nabi Shollallahu alaihi wa sallam “Bukan dari golongan kami orang yang membotak kepala” . Ibnu Abbas berkata : Orang membotakkan kepalanya di seluruh negeri adalah syaitan .

Pendapat yang kedua: Mubah ( dibolehkan membotakkan kepala ). Pendapat ini terkenal di kalangan pengikut Abu Hanifah dan Syafii. Juga merupakan riwayat dari Ahmad.

Dalil mereka adalah, apa yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Nasai, dengan sanad yang sahih sebagaimana yang dikatakan oleh pengarang kitab Al- Muntaqo dari Ibnu Umar, sesungguhnya Nabi shollallahu alaihi wa sallam melihat seorang anak ( bayi ) sebagian kapalanya sudah dibotak dan sebagian yang lain ditanggalkan ( tidak dibotak ), maka dia melarang dari perbuatan tersebut, lantas bersabda “Cukurlah keseluruhannya ( botak merata ) atau biarkan keseluruhannya ( tidak dicukur sama sekali )”. Dan ( juga ) dihadapkan kepada baginda shollallahu alaihi wa sallam anak-anak yang kecil setelah tiga ( hari dari kelahirannya ) lalu membotakkan kepala mereka.

Dan kerana Nabi shollallahu alaihi wa sallam melarang dari Qaza. Qaza itu adalah membotak sebagian ( kepala ). Maka hal ini menunjukkan bolehnya membotak secara keseluruhan.



Syaukani rahimahullah berkata di dalam kitab Nail Authoor di waktu dia berbicara tentang hadits yang dicantumkan oleh pengarang Al-Muntaqo tadi : Di dalam hadits tadi terdapat dalil bolehnya membotakkan kepala secara keseluruhannya. Ghazali berkata, Tidak apa-apa ( membotakkan kepala ) bagi siapa menginginkan kebersihan. Dan di dalam hadits itu ( juga ) terdapat bantahan kepada orang yang membencinya ( botak ).

Oleh kerana itu tidak ada bagi seorang pun dari kalangan pemuda yang ditimpa penyakit suka menyerupai ( mencontoh ) orang-orang kafir dan fasiq, pada rambut mereka, untuk bertamengkan sunnah. Sesungguhnya hal tersebut adalah sunnah adat kebiasaan, bukan sunnah ibadah. Apalagi kebanyakan dari mereka tidak mencontoh Nabi shollallahu alaihi wa sallam pada apa yang diwajibkan kepada mereka, seperti menggunting kumis dan memelihara janggot.

Artinya : Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai hati atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya (Surat : 50, ayat : 37 ).



Lelaki ingin menyimpan rambut panjang; tidaklah dilarang agama kerana rambut Nabi -shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri adakalanya beliau membiarkan panjang hingga ke bahu. Dalam Saheh al-Bukhari, terdapat hadis dari Anas yang menceritakan; “Rambut Rasulullah mencecah dua bahunnya” (Saheh al-Bukhari, kitab al-Libas, bab al-Ja’di, hadis no. 5452).

Walau bagaimanapun, hendaklah dipastikan gaya rambut tidak menyerupai orang kafir atau orang-orang fasik kerana Nabi bersabda; “Sesiapa menyerupai suatu kaum, ia dari kalangan mereka” (HR Imam Abu Daud dari Ibnu ‘Umar. Lihat; Sunan Abi Daud, kitab al-Libas, bab Fi Lubsi as-Syuhrah, hadis no. 3512).

Apa guna kepuk di ladang
Kalau tidak berisi padi
Apa guna berambut panjang
Kalau tidak berani mati..


Sumber: mindaahad.wordpress.com

0 comments:

Post a Comment

BENARKAH MINUM AIR JAMPI BOLEH BUAT ORANG JAHAT JADI BAIK?



Menarik sekali Dr Maza bagi contoh terbaik... kalau betul dgn minum air jampi, orang jahat boleh jadi baik... lebih baik Nabi buat dari zaman dulu lagi... jampi jer air telaga zam2 tu supaya kaum quraisy tu jadi baik...

Jom dengar penjelasan Dr. MAZA dalam video di bawah:


0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ