Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



SEBAK RASANYA MELIHAT GAMBAR INI..



Sebak rasanya melihat situasi ini..jangan lah kita berkata apa-apa..mungkin di tempat tersebut pernah ada kenangan yang tidak boleh d lupakan..mungkin kasih seorang ibu pada anak, kasih seorang istri pada suami, kasih seorang anak pada orang tuanya..renung-renungkan..jika kita berada di tempatnya


Gambar ini Ida terima dari whatsapp seorang rakan sekolah yang berlaku di Jalan Maharajalela KL. Terharu sehingga menitiskan air mata...
SEBAK RASANYA MELIHAT GAMBAR INI



SEBAK RASANYA MELIHAT GAMBAR INI



Update - Sumber dari blog www.cikguazli.com


Gambar Anita Shiar Solat Tepi Jalan

Gambar Anita Shiar Solat Tepi Jalan. Gambar yang dikongsi di laman sosial menunjukkan seorang anggota polis trafik sedang mengawal lalu lintas di lokasi wanita warga Indonesia menunaikan solat di atas jejambat berhampiran bangunan DBP, Kuala Lumpur.

Mendakwa mendapat ‘hidayah’ untuk berubah, seorang wanita warga Indonesia mencetuskan tanda tanya apabila dilihat menunaikan solat dan membaca al-Quran di atas jejambat berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka.


Gambar wanita berkenaan mula tersebar di laman sosial sejak tengah hari Sabtu hingga menjadi viral apabila dia yang lengkap bertelekung sedang membaca al-Quran di atas sejadah ditepi jalan. Maklumat awal mendapati Anita Shiar, 27, mendakwa dia bermimpi ditimpa sesuatu perkara yang tidak baik lalu bertindak bersembahyang di merata tempat.

Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan. Menurut Zainuddin, wanita yang ditemui tanpa dokumen pengenalan diri itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut. Sementara itu jurucakap HKL mengesahkan wanita itu kini sedang menerima rawatan di hospital berkenaan. 

1 comments:

Post a Comment

Gempar!! Bila Pelajar Wanita Diarah Jalani Pemeriksaan Vagina!


Gempar!! Bila Pelajar Wanita Diarah Jalani Pemeriksaan Vagina!


Seisi sekolah tinggi di Savage, Minnesota, Amerika Syarikat gempar apabila sepucuk surat meminta pelajar perempuan menghadiri ‘pemeriksaan vagina’ diterima lebih 50 keluarga pelajar.

Surat yang mempunyai kepala surat Sekolah Tinggi Prior Lake itu meminta pelajar perempuan menghadiri pemeriksaan tersebut pada 23 Mei dan 25 Mei depan di gim sekolah.

Pelajar turut diingatkan supaya menanggalkan subang di bahagian kemaluan jika ada atau mereka akan dikira gagal serta merta dalam ujian tersebut.


Gempar!! Bila Pelajar Wanita Diarah Jalani Pemeriksaan Vagina!


Kononnya, pelajar yang tidak menghadiri pemeriksaan vagina atau gagal dalam ujian tidak akan dibenarkan menamatkan pengajian.

Dipercayai surat ini merupakan satu gurauan ‘kasar’ oleh pelajar senior di sekolah terbabit dan rata-rata pelajar menganggapnya sesuatu yang lucu.

Bagaimanapun sebagai mana video di bawah, para ibu bapa menganggapnya satu gurauan murah dan lucah. Justeru, pihak polis sedang menyiasat pihak yang bertanggung jawab melakukannya. - Mynewshub





Baca juga di sini:

Kokurikulum Sekolah Memaksa Murid Mencukur Bulu Kemaluan

1 comments:

Post a Comment

Minyak Dan Gas Malaysia Raih Jualan RM1.27 Bilion di OTC Houston




KUALA LUMPUR- 16/5/2015: Syarikat minyak dan gas Malaysia menjana jualan sebanyak RM1.27 bilion pada Persidangan Teknologi Luar Pesisir (OTC) di Houston, Amerika Syarikat pada awal bulan ini.

Menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), jualan itu dijana daripada 208 mesyuarat perniagaan bersemuka yang diatur oleh agensi penggalakkan perdagangan negara itu.

Persidangan yang berlangsung pada 5 Mei hingga 8 Mei, merupakan platform bagi syarikat-syarikat perkhidmatan dan produk luar pesisir menjalankan perniagaan dan meneroka teknologi baharu dalam industri minyak dan gas.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Matrade Datuk Dzulkifli Mahmud berkata kebanyakan jualan berkenaan diperoleh dalam sektor perkhidmatan termasuk logistik luar pesisir dan sistem perlindungan katodik.

Pavilion Malaysian di OTC Houston melibatkan 25 syarikat yang terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat minyak dan gas utama Malaysia serta agensi kerajaan.

"Meskipun saiz yang kecil, PKS minyak dan gas Malaysia dapat menunjukkan kelebihan mereka di OTC," katanya.

Dzulkifli berkata syarikat yang lebih kecil perlu bersama-sama membentuk perkongsian dalam kalangan mereka untuk merealisasi ekonomi bidangan yang lebih besar bagi membolehkan mereka berada dalam rantaian bekalan dengan peserta industri yang lebih besar.

Matrade akan terus mempromosikan sektor minyak dan gas ke pasaran dunia dan menyediakan platform untuk PKS yang sedia mengeksport untuk memanfaatkan peluang dalam sektor minyak dan gas, kata Dzulkifli. - mstar


Nota: Kadang2 tak faham, kalau dah untung berbilion ringgit tu kenapa masih bebankan rakyat dengan kenaikkan harga minyak dan gas?

1 comments:

Post a Comment

BUKAN GAMBAR BOGEL SAYA






Seorang wanita terpaksa berdepan cemuhan rakan dan keluarga apabila mukanya digunakan di sebuah laman sosial yang mempromosikan khidmat seks.

Bukan itu saja, gambar mukanya itu turut diubah suai menggunakan teknik super imposed bersama gambar tubuh badan yang mengghairahkan.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 20, mengetahui mengenai laman sosial terbabit sejak Mei tahun lalu, namun tidak menyangka ia berlarutan.

Saya diberitahu rakan mengenai laman sosial terbabit yang menggunakan gambar muka saya dan melaporkannya kepada pengurusan laman sosial itu.

Selepas itu, saya tidak lagi dapat melihat profil berkenaan yang menggunakan nama Jessy Srikembangan dan menganggap ia sudah dikenakan tindakan oleh pengurusan laman sosial terbabit, katanya ketika sidang media di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA, di Jalan Ampang, di sini, semalam.



Tetapi, dia sekali lagi dihubungi rakannya pada Ogos lalu dan bertanya sama ada dia terdesak memerlukan wang kerana terjumpa laman sosial menawarkan perkhidmatan seks menggunakan gambarnya.

Katanya, dia membuat siasatan sendiri dan menemui profil Jessy Srikembangan serta Lisa Carino yang menggunakan gambar wajahnya.

Saya menghubungi nombor telefon yang disertakan di satu daripada profil berkenaan menggunakan SMS dan mereka memberikan nombor akaun bank atas nama Jessy Ling Kok Diong sebelum meminta saya memasukkan wang ke akaun itu.

Kini saudara-mara saya juga mengetahui mengenai profil berkenaan selepas rakan-rakan memasuki profil itu, katanya.

Wanita berasal dari Shah Alam itu membuat laporan di Balai Polis Shah Alam sebelum mendapatkan bantuan Biro Pengaduan Awam MCA bagi membersihkan namanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro, Datuk Seri Michael Chong berkata, ini kes pertama diterima pihaknya menggunakan modus operandi berkenaan.

Ini cara penipuan baru digunakan sindiket untuk mengaut keuntungan segera dengan menggunakan maklumat peribadi serta gambar individu lain.

Kami serahkan pada polis menyiasat perkara ini supaya tindakan lanjut boleh diambil, katanya.- kredit

0 comments:

Post a Comment

GAMBAR PERKAHWINAN MAK MAH @ RUMINAH SIDEK


GAMBAR PERSANDINGAN MAK MAH @ RUMINAH SIDEK



KLANG - 17/5/2014: Hanya dengan sekali lafaz, pelakon vetaran Ruminah Sidek akhirnya selamat bergelar isteri kepada peneroka Felda Jelai Negeri Sembilan, Al Fatah Rahim Ismail, 70, dalam satu majlis yang diadakan di kediaman abang ipar pelakon itu, di sini,hari ini.

Majlis Akad nikah itu disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid As Syarif, Meru Klang dan disaksikan oleh adik lelaki pengantin perempuan Mohd Jani Sarman kira-kira pukul 9.20 pagi.

Ruminah atau lebih dikenali sebagai Mak Mah, 68, menerima mas kahwin sebanyak RM300, tanpa wang hantaran.

Ruminah menerima sebanyak tujuh dulang hantaran yang berupa kek, Al-Quran, beg tangan, kasut, sejadah, air minuman Twister, dan telekung.

Pihak lelaki pula menerima satu set wangian, kek, tepak sirih, set pakaian, sejadah, tuala dan buah-buahan.

Majlis tersebut turut disiarkan secara langsung melalui program Nasi Lemak Kopi O yang diacarakan oleh pelakon Abon, AR Badul dan Aida Gadis Melayu.

Turut kelihatan pada majlis tersebut pelakon Adlin Aman Ramli dan isteri Emelda Rosmila.

Sementara dalam majlis persandingan Mak Mah tampil anggun dengan busana berwarna putih sedondon dengan pengantin lelaki

Terdahulu, Ruminah dan Al Fatah telah mengikat tali pertunangan pada 19 April lalu di rumah abang ipar Ruminah di Meru, Klang dekat sini.

Perkahwinan ini merupakan perkahwinan keempat buat Ruminah termasuklah dengan Allahyarham AR Tompel.

Hasil perkahwinan lalu, Ruminah dikurniakan enam orang anak termasuklah pelakon Adlin Aman Ramlie.

Dia juga mempunyai 20 cucu dan enam cicit.

GAMBAR PERSANDINGAN MAK MAH @ RUMINAH SIDEK

GAMBAR PERSANDINGAN MAK MAH @ RUMINAH SIDEK

GAMBAR PERSANDINGAN MAK MAH @ RUMINAH SIDEK

GAMBAR PERSANDINGAN MAK MAH @ RUMINAH SIDEK

GAMBAR PERSANDINGAN MAK MAH @ RUMINAH SIDEK


Kredit: brotherssam.blogspot.com / beautifulnara.com

Baca juga di sini:

Mak Mah Semakin Angau, Gigih Kuruskan Badan – Adlin


3 comments:

Post a Comment

Gempar!! Bomba Padam Kebakaran Terjumpa Wang RM300 Ribu Dalam Baldi!!


Bomba Padam Kebakaran Terjumpa Wang RM300 Ribu Dalam Baldi


Anggota bomba dan penyelamat yang bertungkus-lumus memadam kebakaran sebuah rumah di Lorong Sidang Omar, Jalan Penghulu Abas, berhadapan Akademi Kastam Melaka (Akmal), Bukit Baru, dekat sini, pagi semalam, terkejut apabila menemui wang tunai RM300,000 dalam baldi.

Motif sebenar wang ini disimpan dalam baldi terbabit masih di siasat oleh pihak berwajid bagi mengesan pemilik sebenar Wang berjumlah RM300,000 itu. 

0 comments:

Post a Comment

[WAJIB BACA] KISAH WARGA ASING BERGAJI 'RM5,900' SEBULAN DI MALAYSIA



Baca cerita menarik di bawah:


Zaheer atau lebih dikenali sebagai Saddam Hussein baru berumur 23 tahun. Datang ke Malaysia dengan sebuah syarikat yang menawarkan khidmat potong rumput di sekitar Subang Jaya. Kerja beliau dari 8 pagi sehingga 2 petang setiap hari dan dibayar sebanyak RM1000 sebulan dengan cuti setiap hujung minggu.


Beliau menggunakan masa selepas 2 petang untuk memotong rumput dan berkebun di rumah-rumah sekitar USJ. Tiada harga tertentu ditetapkan tetapi purata setiap hari antara 2 petang hingga 7 malam beliau mampu untuk memotong rumput di 5 buah rumah bersaiz sederhana. Puratanya beliau dibayar sebanyak RM25 untuk sebuah rumah. Anggaran beliau memperolehi sekitar RM125 sehari (hari biasa) dan RM300 sehari untuk hari hujung minggu.


Anggaran pendapatan seminggu beliau RM625 (weekdays) + RM600 (weekend) = RM1225 seminggu (untuk kerja partime ini).


Anggaran pendapatan sampingan sebulan = RM4,900
Pendapatan kerja tetap sebulan = RM1000
Anggaran Pendapatan Sebulan RM5,900


Dengan rumah berkongsi 10 orang, kenderaan hanya basikal dan beliau telah tinggal di Malaysia selama lebih 3 tahun. Saya rasa beliau mempunyai simpanan kewangan yang lebih banyak berbanding dengan kebanyakan graduan universiti ternama luar negara yang telah bekerja di Malaysia selama 3 tahun.


Fikirkannya


Sumber: MyMediaHub

1 comments:

Post a Comment

Isteri Perlu ‘Jaga Suami Ibarat Telur’ – Majistret

Isteri Perlu ‘Jaga Suami Ibarat Telur


Harare – Seorang majistret wanita di daerah Tredgold di Zimbabwe semalam berkata, isteri perlu menjaga suami masing-masing “seperti menjaga telur” bagi mengelakkan mereka mencari keseronokan di luar rumah.

Kata Sibongile Msipa, seseorang wanita juga mungkin perlu menilai diri sendiri jika berdepan dengan masalah rumah tangga.

“Dalam kes ini, kenapa kamu kejam sangat?” katanya.

Sibongile membuat kenyataan itu ketika mendengar aduan seorang wanita berusia 55 tahun, Florence Chipikiri, yang mengheret suaminya selepas lelaki terbabit gagal memberi nafkah kepadanya.

Shadreck Chipikiri, 66, yang berasal dari Entumbane kemudian mengaku salah atas dakwaan itu.

Chipikiri berkata, dia tidak membayar nafkah sepatutnya kepada Florence mulai Februari lalu dan tidak lagi tinggal bersama sejak 2009 apabila isterinya mula berkelakuan ganas, “Florence wanita ganas, gemar mendera, banyak cakap sedangkan saya seorang pendiam.

“Pada satu tahap dia benar-benar menyerang saya, menyebabkan saya memutuskan untuk keluar dari rumah,” katanya.

Sibongile kemudian bertanya kepada Florence mengapa dia memusuhi suaminya.

Kata Sibongile, lelaki perlu dijaga dan dilayan seperti telur.

“Jika kita gagal, mereka akan meninggalkan kita dan mencari wanita lain.

Lihat diri kamu – kenapa kejam sangat?” katanya.

Isteri Perlu ‘Jaga Suami Ibarat Telur


Florence yang menangis ketika suaminya memberi keterangan memberitahu, masalah bermula apabila Chipikiri menafikan nafkah batin untuknya.

“Mula-mula dia berseluar pendek apabila kami di bilik tidur.

“Keadaan bertambah buruk tidak lama kemudian kerana dia memakai seluar panjang pula ketika tidur.

“Sangat jelas dia menafikan hak saya,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, beberapa ketika kemudian, kata Florence, suaminya tidur berasingan dengan alasan pulang lewat dari tempat kerja.

“Lama-kelamaan dia langsung tidak pulang,” katanya.

Sibongile akhirnya mengarahkan Chipikiri membayar pampasan kepada isterinya sebelum 30 Jun atau berdepan hukuman penjara 30 hari.

0 comments:

Post a Comment

Gambar Keganasan Askar Thailand, Jemaah Dibunuh Ketika Solat!

Gambar Keganasan Askar Thailand, Jemaah Dibunuh Ketika Solat!

Gambar Keganasan Askar Thailand Ke Atas Bangsa Melayu

DINASIHATKAN KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENGELAK DARI MENGUNJUNGI NEGARA THAILAND BUAT SEMENTARA WAKTU AGAR TIDAK TERJEBAK DALAM SITUASI YANG TIDAK DI INGINI SEPERTI  SEKARANG INI.

*Wilayah Selatan Thailand. Jemaah dibunuh ketika sedang solat kelmarin (15/5/2014). Al-Fatihah


Gambar Keganasan Askar Thailand, Jemaah Dibunuh Ketika Solat!

Gambar Keganasan Askar Thailand, Jemaah Dibunuh Ketika Solat!

Gambar Keganasan Askar Thailand, Jemaah Dibunuh Ketika Solat!


Baca juga di sini:

Gempar!!! Pekan Dannok Thailand Meletup Lagi??




0 comments:

Post a Comment

Gambar Kemalangan Ngeri Lori Hempap Motorsikal



Gambar- gambar ini admin perolehi melalui aplikasi whatsapp yang dihantarkan seorang sahabat.

Diberitakan kemalangan melibatkan sebuah lori dan motorsikal itu turut menyebabkan kehilangan nyawa. Insiden berlaku berhampiran bulatan Seberang Jaya dan menghala ke arah pasaraya Tesco Extra.







0 comments:

Post a Comment

Dyana Sofya Dituduh Sebagai "Sleeping Agent" UMNO!!

Dyana Sofya Dituduh Sebagai "Sleeping Agent" UMNO



Belum pun reda isu fitnah memakai bikini yang menggemparkan rakyat Malaysia, kini Dyana Sofya di tuduh sebagai Sleeping Agent UMNO pula...


Dipetik dari  christianunited4malaysia.blogspot.com

Saya mendapat berita bahawa Dyana Sofea yang merupakan PA kepada YB Lim Kit Siang akan bertanding di Parlimen Teluk Intan tidak lama lagi.

Tetapi ini merunsingkan kami kerana terdapat banyak berita yang mengatakan bahawa Dyana Sofea merupakan salah seorang "sleeping agent" UMNO yang diletakkan di dalam DAP. Adakah perkara ini benar? Sekiranya ia benar maka kita wajar mengambil tindakan.

Dyana Sofea merupakan seorang alumi UiTM Shah Alam adalah anak kepada salah seorang pemimpin UMNO Bahagian. Namun khabar angin yang mengatakan bahawa beliau adalah agen UMNO benar-benar menakutkan rakyat.

Kami juga berharap pihak UMNO dan Barisan Nasional menarik balik semua agen-agen yang ditempatkan di dalam Pakatan Rakyat. Perkara tidak beretika ini harus dihentikan dengan segera. Rakyat memerlukan Pakatan Rakyat sebagai pejuang keadilan dan demokrasi. Janganlah UMNO/BN mengotorkan perjuangan suci Pakatan Rakyat dengan taktik-taktik kotor mereka.

Anthony Ang Ker Soon
Selayang, Selangor.


Baca juga di sini:

Isu Berbikini, Dyana Sofya Tidak Gelabah


0 comments:

Post a Comment

Artifak Ditemui Di Pulau Nangka Adalah Azimat Purba Dari Majapahit

Artifak Ditemui Di Pulau Nangka Azimat Purba



Artifak Ditemui Di Pulau Nangka Azimat Purba - Idris Haron

MELAKA - 16/5/2014: Dua keping artifak berbentuk pingat yang ditemui di Pulau Nangka pada 31 April lepas merupakan azimat purba dipercayai berasal daripada kerajaan Majapahit, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata berdasarkan kajian oleh pihak yang bertanggungjawab, antara ciri yang menunjukkan artifak itu adalah azimat purba bukan syiling perdagangan seperti andaian banyak pihak sebelum ini, ialah terdapat jampi serapah jawa kuno tertulis di atas azimat itu.

Artifak Ditemui Di Pulau Nangka Azimat Purba


Katanya ada kemungkinan azimat itu mempunyai kaitan dengan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan Pulau Nangka itu sendiri bagaimanapun buat masa ini kaitan itu masih belum mempunyai bukti yang nyata.

"Azimat seperti ini juga didapati di kawasan sejarah lain seperti kota lama dan tebing sungai Melaka, maka sukar untuk kaitkan secara spesifik dengan Pulau Nangka," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau terdahulu merasmikan Seminar Speaker Nasional 2014 yang dihadiri Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan speaker Dewan Undangan Negeri seluruh negara.

Dua keping artifak tembaga berbentuk medal dipercayai dari zaman Kesultanan Melayu Melaka ditemui oleh syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd yang mencari harta peninggalan zaman itu di Pulau Nangka dekat sini.

Idris berkata buat masa ini syarikat itu, yang telah tamat perjanjian untuk mencari harta itu pada 31 April lepas, dibenarkan meneruskan kerja-kerja pencarian itu buat sementara waktu.


Baca juga di sini:

Harta Karun Sultan Melaka: Hanya boleh Diambil Oleh Pewaris Sultan





0 comments:

Post a Comment

Tumbuk Pengadil: Pengurus JDT II On Jabbar Digantung 20 Tahun

Pengurus JDT II On Jabbar Digantung 20 Tahun


KUALA LUMPUR – 16/5/2014: Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini menjatuhkan hukuman gantung 20 tahun dan denda RM50,000 terhadap pengurus Johor Darul Ta’zim II (JDT II), On Jabbar@Jaafar kerana mengasari pengadil pada 19 April lalu.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya, sebentar tadi.

Pada 19 April lalu, On menumbuk pengadil Sukri Abdul Rahman selepas aksi Liga Perdana antara pasukannya dengan UiTM di Stadium Perbandaran Pasir Gudang. – BH Online

0 comments:

Post a Comment

Dyana Sofya Jelaskan Fitnah Siapakah Wanita Berbikini Yang Sebenar


Dyana Sofya Jelaskan Fitnah Siapakah Wanita Berbikini Yang Sebenar

Wajah sebenar Dyana Sofya (kiri) dan gambar Pauleen Luna (berbikini) yang diambil dari laman sosial, Facebook aktres itu.


PETALING JAYA: Dyana Sofya Mohd Daud, setiausaha politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan percubaan untuk mencemarkan imejnya dengan penyebaran gambar palsu dia berbikini adalah satu perbuatan politik yang garuk terutamanya ke atas seorang wanita sepertinya.

Dyana yang disebut-sebut bakal diumumkan sebagai calon DAP pada Sabtu untuk pilihan raya kecil Teluk Intan berasa kesal bagaimana orang boleh merendahkan diri mereka sehingga sebegitu sekali dengan menyebarkan fitnah tanpa usul periksa.

Berkata demikian melalui satu kenyataan media pada Jumaat, Dyana, 27, menegaskan foto berbikini yang disebar itu adalah foto aktres Filipina, Pauleen Luna.

“Sementara saya berpendapat yang aktres berkenaan adalah seorang yang sangat menarik, tetapi menggunakannya untuk menyebarkan fitnah yang kononnya gambar itu adalah saya benar-benar memperlihat betapa garuknya politik sesetengah orang khususnya ke atas wanita,” ujar ahli politik lulusan undang-undang dari Universiti Teknologi Mara itu.

Kata Dyana, sejak berita palsu itu disebarkan menerusi internet dia telah menerima beratus mesej yang mencaci dan menghinanya selepas nombor telefonnya diketahui ramai.

Tetapi disebalik kempen yang disebarkan itu dengan niat untuk memburuk-burukkannya, Dyana berkata yang dia berasa bersemangat dengan sokongan yang diterima daripada mereka yang percaya kepada perjuangannya.

“Di sebalik mereka yang menghina, ramai juga yang menelefon dan memberi kata-kata semangat dan menyatakan kepercayaan kepada saya. Hakikatnya orang seperti mereka lah yang membuatkan saya percaya dan yakin dengan apa yang saya perjuangkan.

“Dan sebaliknya mereka yang menyerang saya juga telah memberikan saya sebab yang kuat untuk meneruskan apa yang telah saya lakukan ini,” katanya lagi.


Baca juga di sini:

Isu Berbikini, Dyana Sofya Tidak Gelabah

2 comments:

Post a Comment

Isu Berbikini, Dyana Sofya Tidak Gelabah

Isu Berbiki, Dyana Sofya Tidak Gelabah




Walaupun baru saja diura-urakan sebagai calon untuk pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan, pemimpin muda Dyana Sofya Mohd Daud terus menjadi sasaran serangan kempen untuk memburuk-burukkannya.

Setiausaha politik pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang itu dikesan menjadi sasaran penulis blog pro-Umno yang menyebarkan gambar seorang wanita berpakaian bikini yang seiras wajahnya.

Dyana, 27, yang baru menyertai DAP dua tahun lalu, bagaimanapun nampaknya tidak tertekan dan tidak memandang serius serangan peribadi seperti itu.

Beliau juga mampu berseloroh apabila para pengikutnya bertanya mengenai gambar tersebut di laman sosial.
"Saya sudah (baca). Sebab itu saya kata saya harap ada badan sebegitu. Perlu lebih kerap ke gimnasium," tulis beliau di Twitter.

Menurutnya lagi, beliau turut menerima panggilan dan pesanan yang bersifat kasar, namun tidak gelabah dengan tekanan seperti itu.

"Beratus panggilan dan mesej kasar yang diterima sejak semalam. Jimatkan kredit anda. Saya tak berganjak. Ini Dyana lah," tulis beliau.

Gambar berkenaan dikesan dimuatkan di blog jomgelakfm.my dan theflyingkick.blogspot.com sejak semalam. Semakan Malaysiakini mendapati gambar berkenaan masih kekal disiarkan di blog berkenaan hari ini.

Isu Berbiki, Dyana Sofya Tidak Gelabah


Gambar itu juga didapati dimuatkan di blog khairulryezal.blogspot.com dan bukti penyiaran gambar tersebut berjaya dirakam oleh pengguna laman sosial semalam.

Gambar wanita seiras wajah Dyana yang berpakaian bikini itu didapati telah dipadamkan hari ini dari blog berkenaan, namun bukti penyiarannya berjaya dirakam pengguna Internet.

Kalangan penulis blog Pakatan Rakyat pula, termasuk darisungaiderhaka.blogspot.com pula menyiarkan beberapa gambar yang menunjukkan bahawa individu dalam gambar tersebut adalah seorang pelakon Filipina, Pauleen Luna dan bukannya Dyana.

Sementara itu, tulisan di blog pro-Umno khairulryezal.blogspot.com turut mempersoalkan pendirian Dyana dan prinsip parti DAP yang didukung peguam muda tersebut dengan mengaitkan kelulusan Dyana dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Penulis blog tersebut mengaitkan UiTM sebagai institusi Bumiputera yang diperjuangkan Umno dan kontras dengan DAP.

Blog tersebut juga mendakwa ibu Dyana adalah orang kuat Wanita Umno di Ipoh Barat.
"Tidak tahu di mana silapnya, Diyana Sofea (Dyana Sofya) sekarang merupakan pejuang cauvinis DAP," blog khairulryezal.blogspot.com dipetik.

Blog berkenaan juga memuatkan satu gambar Dyana berpakaian jubah peguam, gambarnya ketika sedang berkempen untuk DAP dan juga gambar merakamkan beliau menerima satu anugerah dari bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah.

4 comments:

Post a Comment

GEMPAR!! DOKTOR PAKAR SAHKAN PENGANTIN BARU MAUT TERTELAN AIR MANI!

Gambar Hiasan



Fakta kes: keracunan
Status: baru berkahwin
Mngsa: wanita melayu

Seorang wanita yang berumur 29 tahun ditemui mati didalam bilik tidurnya semalam. Mengikut penduduk setaman, wanita itu baru sahaja melangsungkan perkahwinannya bersama seorang lelaki tua berumur 70 tahun, sehari sebelum dia meninggal dunia (kelmarin).

Menurut suaminyanya, arwah si mati tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ganjil yang mencurigakan sewaktu mereka mula masuk ke bilik tidur pada malam pertama dan menikmati malam pertama itu sebagaimana pasangan-pasangan lain. Dia berkata dia hanya menyedari kematian isterinya itu pada keesokan harinya (pada hari kedua perkawinannya bersama wanita itu) setelah isterinya tidak bangkit dari tidur sehingga ke tengahari.

Suaminya yang menyangka isterinya keletihan mula mengesyaki sesuatu apabila tubuh isterinya hanya kaku tidak bergerak apabila dia cuba mengejutkannya. 'Saya cepat-cepat panggil jiran dan ketua kampung', kata suami si mangsa itu lagi.

Menurut Doktor Arman dari Hospital Putra Jaya, yang melakukan bedah siasat sewaktu dihubungi semalam, berdasarkan kepada siasatan awal beliau mengatakan bahawa mangsa dikhuatiri telah terminum sesuatu yang beracun atau sesuatu yang telah tamat tempoh dan siasatan pihak polis pula telah mengesahkan yang simati telah terminum air mani yang telah luput tempohnya.

Sekian,
Nasihat PDRM kepada suma penduduk lelaki bujang... cepat-cepat kahwin sebelum expired date....!
hehehehehe kushuk korang baca ekk.. sakit hati ekk.. padan muka..

3 comments:

Post a Comment

Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang Dan Cara Mencegahnya

Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang Dan Cara Mencegahnya



RAMAI orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam. Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma.

Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala.

Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius.

Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang.Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda seperti:

-Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
-Darah keluar bersama-sama air kencing.
-Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
-Sakit belakang.
-Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
-Bengkak pada pergelangan kaki.
-Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.

Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang.

Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.Setiap tahun dianggarkan 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dilaporkan dan kes baru di kalangan golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus.

Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan.Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal; boleh mencecah RM300,000!

Justeru, perkara terbaik ialah menjalani pemeriksaan pengesanan. Ujiannya pula sangat mudah iaitu melalui ujian darah dan air kencing yang mengambil masa beberapa minit saja.

Selain dua ujian mudah ini, beberapa kaedah lain boleh digunakan, iaitu biopsi jarum halus dan ujian bagi tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Kaedah terbaik untuk mengelak menanggung kos perubatan tinggi ialah kerap membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan penyakit pada peringkat awal. Ujian saringan kesihatan ini sangat mudah dan keputusannya boleh diketahui segera.

Semua orang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ini, terutama mereka yang mempunyai sejarah atau ahli keluarga menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, kerana mereka berisiko tinggi mendapat masalah kegagalan buah pinggang.

Kencing manis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga antara punca utama kerosakan buah pinggang. Jika ini berlaku, bermakna pesakit terpaksa bergantung kepada mesin dialisis darah sepanjang hayat.

Saringan ini sangat mudah. Tiga parameter diukur iaitu tekanan darah, kandungan glukosa darah dan kandungan protein dalam air kencing. Jika air kencing menunjukkan ada protein, pesakit disaran menjalani ujian susulan untuk pengesahan kerana ia antara petanda awal kegagalan buah pinggang.

Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita dipercayai akibat gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat yang boleh menjurus kepada penyakit kencing manis serta tekanan darah tinggi.

Kajian terbaru Universiti Sains Malaysia (USM) 2004 mendapati, rakyat Kelantan paling ramai menghidap kencing manis (78,000 orang) dan kebanyakannya adalah pesakit muda berumur 30 tahun.

Peningkatan sekali ganda sebanyak 13 peratus ini sangat merisaukan berbanding hanya 5.3 peratus 10 tahun lalu.

Kencing manis juga menyebabkan 95.3 peratus pesakit di negeri itu terpaksa kehilangan anggota badan yang kesemuanya berpunca daripada pengambilan gula berlebihan.

Jika anda turut mengamalkan gaya hidup tidak sihat, masih belum terlewat untuk mengubahnya.

Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum membuat pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.

Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan:

-Pemakanan seimbang.
-Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
-Berhenti merokok.
-Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
-Kekalkan berat badan seimbang.
-Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.

1 comments:

Post a Comment

4 Jenis Wanita Ke Neraka Allah SWT

4 Jenis Wanita Ke Neraka Allah SWT



EMPAT GOLONGAN WANITA AHLI NERAKA

Siapakah wanita yang termasuk wanita yang ahli neraka :

4 Wanita ahli neraka (kecuali telah bertaubat) :

1. Wanita yang mulutnya jelek pada suaminya dan jika suaminya pergi ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya datang ia memaki/ memarahinya.

2. Wanita yang memaksa suaminya membeli apa yang suaminya tidak mampu.

3. Wanita yang tidak menutupi dirinya dari laki-laki lain dan keluar rumah dengan menampakkan perhiasan dan kecantikannya untuk menarik perhatian laki-laki lain.

4. Wanita yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur serta tidak berbakti pada Allah swt dan suaminya.

Semoga wanita yang membaca tulisan ini menjadi wanita sholehah akhir zaman yg di Ridhoi ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala, terhindar dari azab neraka dan masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendaki..Aamiin ya Rabbal’alamin…

Subhanallah..
Semoga yang mengucapkan ‘Aamiin’ dan ‘subhanallah’  mendapatkan kebahagiaan sakinah, mawaddah dan rahmah dengan pasangannya masing-masing. Aamiin

2 comments:

Post a Comment

Gambar Pelakon Pondan Thai Yang Terima Jutaan Dolar Bintangi Filem

Pelakon Pondan Thai Terima Jutaan Dolar Bintangi Filem


Pelakon pondan dari Thailand, Treechada Petcharat atau nama glamornya, Poyd telah dibayar sebanyak jutaan dolar bagi membintangi satu filem thriller keluaran Hong Kong.

Poyd menerima tawaran lumayan itu bagi mengembangkan kariernya di negara tersebut dan akan bergandingan dengan pelakon Patrick Tam.

Ini sekaligus memperlihatkan kerjasama kali kedua di antara aktres tersebut dengan pihak penerbitan Hong Kong selepas filem The White Storm lakonannya bersama Nick Cheung menerima sambutan yang menggalakkan daripada penonton.

Sementara itu, Poyd dilaporkan telah menukar namanya kepada Bo Yee bagi menyesuaikan diri dengan pasaran filem di sana.















2 comments:

Post a Comment

Disebalik Logo World Cup 2014 Yang Perlu Anda Tahu

Disebalik Logo World Cup 2014 Yang Perlu Anda Tahu



Apa asal usul logo World Cup 2014 Brazil, ada maksud atau makna tersembunyi pada logo ke? Jika dilihat dan ditenung betul2 pada logo ini, ia kelihatan tiga tangan sedang memegang bola. Bola juga boleh diibaratkan seperti dunia, yakni satu dunia sedang layan perlawanan bola bertaraf antarabangsa ini. Warna yang dipilih ialah warna pada bendera Brazil iaitu hijau, biru dan kuning. Jumlah tiga tangan diambil dari tiga warna. Bentuk tiga tangan ini pula menghasilkan bentuk piala dunia. Settle.

Jadi apa lagi yang kelihatan disebalik logo World Cup 2014? Kami yakin lepas anda tengok gambar dibawah ni, pasti pandangan anda terhadap logo ini berubah. Berubah selamanya!



Logo kelihatan seperti “facepalm” iaitu pergerakan tangan yang membawa makna kecewa, malu dan terkejut. Hampir sama kan? hahaha jangan marah!! - kredit

1 comments:

Post a Comment

BAHAN KIMIA DALAM UBAT GIGI & SABUN PUNCA PENINGKATAN LELAKI MANDUL

BAHAN KIMIA DALAM UBAT GIGI & SABUN PUNCA PENINGKATAN LELAKI MANDUL



Copenhagen: Bahan kimia yang terdapat di dalam ubat gigi, sabun dan cermin gelap dipercayai mempunyai kaitan dengan peningkatan kadar kemandulan lelaki, lapor satu kajian terbaharu.


Kajian dari negara barat itu mendapati 1/3 bahan kimia isi rumah itu ditemui ada kesan langsung terhadap kesuburan sperma menyebabkan sel benih itu melepaskan enzim pra-matang ketika mensenyawakan telur.


Ia adalah penyelidikan kali pertama menemui hubungan langsung bahan kimia buatan dan kesuburan lelaki. Ia sekali gus meningkatkan kebimbangan mengenai kimia tersembunyi barangan harian.


Kajian itu yang diterbitkan majalah Independent adalah sebahagian daripada kajian terperinci bahan kimia gangguan pembiakan yang berkait dengan kesuburan lelaki. Ia berharap penemuan akan membolehkan badan kawal selia Eropah memperkenalkan sekatan penggunaan bahan kimia tertentu.


Profesor Niels Skkakkebaek dari Hospital Universiti Copenhagen di Denmark memberitahu dalam kajian itu bahawa: Untuk kali pertama kami berjaya menunjukkan kaitan terus antara pendedahan terhadap kimia yang menjejaskan sistem pembiakan daripada produk industri dan kesan buruk terhadap fungsi sperma lelaki.


Penemuan kami jelas satu kebimbangan ketika sebilangan kimia yang mengganggu sistem pembiakan mungkin lebih berbahaya daripada sangkaan. Persoalan mengenai kajian pada masa depan sama ada kajian kami boleh menjelaskan pengurangan kesuburan yang berlaku dalam kalangan pasangan moden.


Kajian itu sudah diterbitkan dalam Jurnal EMBO dan dilaporkan bersama Timo Strunker dari Pusat Penyelidikan Canggih Eropah di Bonn, Jerman. - AGENSI

1 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ