Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Spesies Ular Yang Menyerupai Seperti Alat Kelamin Lelaki


Spesies Ular Yang Menyerupai Seperti Alat Kelamin Lelaki


Pakar di Brazil menemui satu spesies ular baru di hutan Amazon. Uniknya ular tersebut dikatakan buta dan berbentuk seperti alat kelamin lelaki.

Atretochoana eiselti, nama yang diberikan untuk spesies tersebut, ditemui di dasar sungai Madeira di Rondinia, Brazil.

Sebenarnya haiwan ini ditemui pada bulan November tahun lepas di dam yang bersambung dengan sungai Amazon. Namun hanya diumumkan setelah para pakar mampu mengenalpasti jenis ular tersebut.

Namun begitu, hampir tidak ada maklumat lain selain daripada diketahui haiwan ini tidak memiliki paru-paru dan kaki serta panjang 1 meter. Mereka menyimpulkan bahawa haiwan ini mempunyai kaitan erat dengan salamander dan katak, namun dari segi penampilan lebih mirip ular.

“Dari 6 ekor yang kami temui, satu mati, 3 dibebaskan kembali ke hutan, dan 2 masih kami jaga untuk penelitian,” ujar seorang pakar yang terlibat dalam kajian, Julian Tupan dari Santo Antonio Energy.



“Meskipun kelihatan seperti ular, haiwan ini bukanlah reptilia dan lebih menunjukkan kaitan dengan salamander dan katak,”

Selain itu peneliti juga belum dapat menentukan jantina ular tersebut. Haiwan ini tidak memiliki mata yang terlihat seperti ular, dikatakan, haiwan ini buta. Ia hidup di kawasan berair yang hangat dan mengalir deras dan bernafas menggunakan kulit.

sumber: www.memobee.com

Spesies Ular Yang Menyerupai Seperti Alat Kelamin Lelaki

Spesies Ular Yang Menyerupai Seperti Alat Kelamin Lelaki

Spesies Ular Yang Menyerupai Seperti Alat Kelamin Lelaki

Spesies Ular Yang Menyerupai Seperti Alat Kelamin Lelaki






1 comments:

Tote ..heheh!

12 May 2014 at 08:46 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ