Tumbuk Pengadil: Pengurus JDT II On Jabbar Digantung 20 Tahun
KUALA LUMPUR – 16/5/2014: Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini menjatuhkan hukuman gantung 20 tahun dan denda RM50,000 terhadap pengurus Johor Darul Ta’zim II (JDT II), On Jabbar@Jaafar kerana mengasari pengadil pada 19 April lalu.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya, sebentar tadi.
Pada 19 April lalu, On menumbuk pengadil Sukri Abdul Rahman selepas aksi Liga Perdana antara pasukannya dengan UiTM di Stadium Perbandaran Pasir Gudang. – BH Online
0 comments:
Post a Comment