13 Pulau Yang Mempunyai Bentuk Yang Pelik Di Dunia






13 Pulau Yang Mempunyai Bentuk Yang Pelik Di Dunia





Terdapat banyak landskap yang menakjubkan di bumi, namun alam semula jadi tidak pernah berhenti untuk memukau. Pulau-pulau yang cukup cantik apabila dilihat dari paras bumi: kita tidak perlu membezakan mana-mana corak tertentu dalam reka bentuk mereka. Apabila dilihat dari atas, anda mungkin membayangkan bentuk pulau-pulau menjadi rawak, tetapi melihat imej-imej berikut boleh membuat anda berfikir lagi. Bergelimpangan di dalam lautan, pulau-pulau ini boleh kelihatan dalam pelbagai imej pelik yang menakjubkan!


1. Dolphin



Pulau batu karang ini dikenali sebagai Flores Island, terletak di Indonesia




2. Smiley




Pulau-pulau ini terletak dalam gugusan kepulauan Manukan, Mamutik dan Sulug di perairan negeri Sabah



3. Boomerang



Terletak di sebahagian kepulauan Spratly di Laut China Selatan. Boleh dilihat sekiranya anda mengambil penerbangan dari Kuala Lumpur ke Manila.



4. Seahorse




Inilah adalah Pulau Isabella, pulau terbesar dari pulau-pulau di Kepulauan Galapagos.



5. Human Eye



Pulau ini terletak di Lautan Hindi, merupakan sebahagian daripada kepulauan Maldives



6. Cartoon Figure



Pulau ini terletak di Kepulauan Sunda, Indonesia



7. Stingray



Pulau ini terletak di Laut Kattegat, merupakan pulau ketiga terbesar di Denmark



8. Lungs



Merupakan pulau persendirian yang terletak di Florida, USA



9. Venetian Mask



Sekali lagi, ini di Kepulauan Maldives.



10. Carrot




Juga di Kepulauan Maldives.



11. Tree




Merupakan sebahagian daripada Kepulauan Scilly



12. Sperm




13. Heart



Dinamakan sebagai Pulau Galešnjak, ia terletak di perairan Laut Adriatic dan merupakan pulau milikan peribadi.





source: http://www.environmentalgraffiti.com


0 comments:

Post a Comment

KERANA INGIN BERSAMA KEKASIH REMAJA PEREMPUAN 14 TAHUN REKA CERITA KONON DICULIK OLEH VAN PUTIH




PENJELASAN SEBARAN VIRAL BERKAITAN KES REMAJA PEREMPUAN BERUMUR 14 TAHUN YANG DIKATAKAN DICULIK DI KAWASAN KLANG UTARA DAN DILARIKAN PENJENAYAH DENGAN SEBUAH VAN PUTIH.

1. Saya merujuk kepada penjelasan saya dalam FB Polis Selangor bertarikh 30.12.15 mengenai kes ini.

2. Hasil operasi dan siasatan yang telah dijalankan, Polis Selangor dengan ini mengesahkan bahawa remaja perempuan tersebut telah ditemui dalam keadaan selamat pada 31.12.15 jam 7.45 petang di Kanchong Darat, Banting.

3. Remaja perempuan tersebut telah ditemui oleh Pasukan Penyiasat Khas Polis Kontinjen Selangor pada 31.12.2015 jam lebih kurang 7.45 petang di hadapan Stesen Minyak Petronas Kanchong Darat, Banting. Ketika ditemui, remaja perempuan tersebut berada bersama dengan seorang pemuda Cina berumur 19 tahun dalam sebuah kereta yang dipandu pemuda cina tersebut disitu.

4. Siasatan pihak polis juga mendedahkan bahawa pemuda cina yang ditemui bersama remaja perempuan itu adalah teman lelaki remaja perempuan tersebut yang dikenalinya sejak lebih kurang sebulan yang lalu. Remaja perempuan tersebut mengenali pemuda cina itu disebuah restoran di Bandar Baru Sultan Sulaiman, Klang Utara, dimana remaja tersebut bekerja.Pihak Polis juga mengesahkan bahawa TIDAK BERLAKU SEBARANG KEJADIAN CULIK keatas remaja tersebut sepanjang tempoh sejak beliau keluar dari rumahnya pada 27.12.15 sehinggalah beliau ditemui semalam, seperti yang digembargemburkan sebelum ini. Sepanjang tempoh 'kehilanganya' remaja perempuan tersebut selamat menumpang di rumah kawan kepada teman lelakinya (pemuda cina tersebut) di Banting, atas kerelaan remaja perempuan itu sendiri.

5. Pihak polis juga ingin mendedahkan bahawa rakaman perbualan telefon antara remaja perempuan tersebut dan kakak angkatnya yang telah menjadi viral dalam media sosial yang memberi gambaran remaja perempuan tersebut telah diculik oleh 2 lelaki india dan dilarikan dengan sebuah van putih, adalah TIDAK BENAR. Ianya adalah rekaan cerita remaja perempuan tersebut semata-mata kerana beliau tidak mahu pulang ke rumah keluarganya dan ingin bersama teman lelakinya, pemuda cina tersebut.

6. Memandangkan usia remaja perempuan tersebut yang masih dibawah umur, pihak polis telah menahan seorang pemuda cina berumur 19 tahun yang ditemui bersama remaja perempuan tersebut semalam. Turut ditahan ialah seorang lagi lelaki melayu berumur 45 tahun yang merupakan rakan kepada pemuda cina tersebut yang telah menumpangkan remaja perempuan itu tinggal dirumahnya sepanjang tempoh 'kehilanganya'. Lelaki melayu tersebut turut ditahan pada 31.12.15 jam 10.15 malam di rumahnya di Bandar Sungai Emas, Banting. Kedua-dua mereka ditahan dan akan direman mulai hari ini untuk siasatan dibawah seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menculik atau melarikan remaja perempuan yang berumur kurang daripada 16 tahun, tanpa persetujuan atau keizinan penjaganya yang sah.





7. Manakala, remaja perempuan tersebut, yang dikategorikan sebagai kanak-kanak bawah umur telah dirujuk kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan yang bersesuaian selanjutnya. Namun, pihak polis juga menjalankan siasatan terhadap remaja perempuan tersebut atas kesalahan memberikan maklumat palsu mengenai kejadian yang berlaku keatasnya.

Sekian, terima kasih.

CP Dato Abdul Samah bin Hj.Mat.
KETUA POLIS SELANGOR.
1 Januari 2016




Ekoran daripada itu ramai netizen mengutuk perbuatan remaja tersebut. Tak pasal2 kena pakai gelang besi ko dik...








0 comments:

Post a Comment

PENJELASAN POLIS VIRAL KEJADIAN REMAJA BERUMUR 14 TAHUN DILARIKAN VAN PUTIH



PENJELASAN SEBARAN VIRAL BERKAITAN KEJADIAN REMAJA BERUMUR 14 TAHUN DILARIKAN OLEH VAN PUTIH.

1. Polis Kontinjen Selangor dengan ini mengesahkan ada menerima laporan polis mengenai kehilangan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun di kawasan Klang Utara pada 28.12.2015 jam 8.20 malam, yang telah tersebar viral dalam laman media sosial Facebook.

2. Pada 28/12/2015 lebih kurang jam 8.20 malam, pihak polis telah menerima satu laporan polis yang dibuat oleh ibu (pengadu) remaja perempuan tersebut bersabit kehilangan anaknya itu. Pengadu menyedari ketiadaan anaknya itu sejak 27/12/2015 lebih kurang jam 2.30 petang dan anaknya itu dikatakan tidak pulang ke rumah sehingga laporan polis dibuat. Walaubagaimanapun, pada peringkat awalnya, mangsa masih boleh dihubungi oleh ibunya (pengadu) menerusi telefon bimbit dimana anaknya itu memaklumkan bahawa beliau telah keluar untuk berjumpa rakannya.

3. Siasatan awal oleh pihak polis menerusi seorang saksi iaitu adik kepada remaja perempuan tersebut, mengesahkan bahawa kali terakhir beliau dilihat adalah bersama seorang lelaki Cina, yang di percayai teman lelakinya iaitu pada 27/12/2015 lebih kurang jam 7.00 malam di sebuah kedai makan di Muara Ikan Bakar di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang.

4. Siasatan polis selanjutnya mendapati remaja perempuan tersebut memang sering keluar rumah untuk berjumpa dengan rakannya. Beliau juga pernah beberapa kali pulang lewat ke rumah tetapi tidak pernah melarikan diri dari rumah dan beliau tidak mempunyai masalah serius dengan ahli keluarganya.

5. Namun, pada 29/10/2015 lebih kurang jam 7.30 malam, ibu remaja berkenaan (pengadu) telah menerima panggilan telefon daripada anaknya itu yang memberitahu bahawa beliau telah dilarikan oleh 2 orang lelaki India yang tidak dikenali semasa beliau dalam perjalanan pulang ke rumah.Remaja tersebut juga memberitahu bahawa beliau telah dibawa ke sebuah gudang dengan menaiki sebuah van warna putih.

6. Sehubungan itu, pihak polis telah menubuhkan satu pasukan penyiasat untuk menjejak dan mengesan lokasi remaja tersebut.Kes ini diklasifikasikan sebagai kes culik di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan siasatan serta operasi untuk mengesan remaja tersebut sedang giat dijalankan oleh pihak polis.

7. Justeru, pihak polis meminta kerjasama semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang boleh menggugat keselamatan remaja tersebut. Orang ramai juga diminta menyalur sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan polis kepada mana-mana balai polis yang berhampiran atau hubungi terus Pegawai Penyiasat Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Polis Klang Utara, ASP Burhanuddin bin Mustafa ditalian 019-3829212 atau Pegawai Penyiasat, Insp.Ahmad Tarmizi bin Umar di talian no 013-3430150.

CP Dato Abdul Samah bin Hj.Mat.
KETUA POLIS SELANGOR.
30 December 2015.

Sumber: Polis Selangor

0 comments:

Post a Comment

LIMA NAMA TEMPAT TERPANJANG DI DUNIA

Tahukah Anda, didunia ini terdapat nama tempat yang sukar disebut dan terpanjang. Informasi ini memang menarik kerana ramai yang tidak tau wujudnya nama - nama tempat ini.

Pertama - Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Yuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathattiya Witsanukam Prasit (167 huruf)




Maksud nya "Kota para malaikat, kota yang besar, kota permata yang abadi, kota yang tidak dapat dikalahkan milik Dewa Indra, ibukota dunia yang terbesar, dikurniakan dengan 9 permata yang berharga, kota yang bahagia, penuh dengan Istana Kerajaan yang sangat besar yang menyerupai tempat tinggal syurgawi dimana para dewa yang berinkarnasi berkuasa, kota yang diberikan oleh Indra dan dibangun oleh Vishnu karma."




Nama kota yang panjang ini adalah nama lain bagi Kota Bangkok (Krungthep) dalam bahasa Thai. Nama tersebut diberikan oleh Raja Buddha Yodfa Chulaloke dan disunting oleh Raja Mongkut.


Kedua - Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu (85 huruf)




Nama ringkasan = Taumatawhakatangihangakoauauotamateapokaiwhenuakitanatahu (57 huruf)

Lokasinya di bukit di North Island, New Zealand. Penduduk di situ berbahasa Maori. Disenaraikan dalam Rekod Dunia Guinness sebagai nama tempat terpanjang secara rasmi di dunia.




Nama pada tanda yang menandai puncak bukit ini dieja Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu, yang dapat diertikan Pundak [atau puncak] bukit [atau tempat], di mana Tamatea, lelaki berlutut besar, yang meluncur [ke bawah], memanjat [ke atas] dan menelan pergunungan, [untuk berjalan melalui darat], [yang] dikenal sebagai pemakan tanah, memainkan [pada] seruling [hidung]nya untuk orang yang dicintainya. Dengan 85 huruf, ini merupakan salah satu nama tempat terpanjang di dunia.



Ketiga - Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch (58 huruf)




Nama ringkasan = Llanfairpwllgwyngyll (20 huruf)

Maksudnya "Gereja Saint Mary dalam relung hazel putih dekat pusaran air berpusar gereja Saint Tysilio dengan gua merah" Terletak di sebuah kampung di pulau Anglesey, Wales, United Kingdom. Penduduknya berbahasa Welsh.


Keempat - Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg (45 huruf)






Nama ringkasan = Chaubunagungamaug Lake (17 huruf)

Juga dikenali sebagai Webster Lake. Terletak di tasik dalam bandar Webster, Massachusetts, Amerika Syarikat. Penduduknya berbahasa Nipmuc (Algonquian).



Kelima - Tweebuffelsmeteenskootmorsdoodgeskietfontein (44 huruf)




Adalah nama sebuah ladang ternak yang terletak di Afrika Selatan.

Maksudnya "musim bunga (secara literal Fountain) di mana dua kerbau bersih dibunuh dengan satu pukulan"
Ladang Peternakan ini berlokasi sekitar 200 kilometer sebelah barat Pretoria, Afrika Selatan bahagian barat laut.








1 comments:

Post a Comment

PAGAR BRA TERPANJANG DI DUNIA




Ini bukan cerita dongeng... tetapi ia telah pun menempa sejarah...

TERDAPAT sebuah pagar di New Zealand yang dikenali sebagai THE CARDRONA BRA PENCE OF CENTRAL OTAGO. Sebenarnya pagar ni tiada apa yang ajaib atau pelik. Pagar ini hanya pagar yang memisahkan tanah-tanah pertanian dan penternakan di kawasan tersebut. Tetapi, pada tahun 1999, semua itu berubah apabila 4 bra wanita telah di jumpai tersangkut di pagar tersebut. Tiada siapa yang mengetahui kenapa pemilik 4 bra berkenaan melakukan perkara tersebut.

Berita mengenai kejadian itu telah mendapat liputan meluas. Semakin hari, bilangan bra yang di gantung di pagar tersebut bertambah. Tempat itu juga telah menjadi satu kawasan tarikan pelancong. Ada segelintir penduduk yang berasa tidak senang dengan perlakuan menggantung bra di pagar tersebut telah berusaha untuk mengalihkan bra-bra tersebut dengan alasan ianya akan menggangu tumpuan para pemandu lelaki yang memandu di kawasan tersebut. Tetapi dengan bilangan bra yang bertambah dari sehari ke sehari, usaha para penduduk untuk mengalihkan bra-bra tersebut tidak berhasil. Malah satu rekod dunia untuk menjadikan pagar tersebut sebagai pagar bra terpanjang didunia telah di lakukan tetapi gagal. Cuma sejumlah USD 10 000 telah berjaya di kumpul untuk tujuan amal.





0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ