18 Jenis Barang Harga Terkawal Bagi Ramadan Dan Raya

18 Jenis Barang Harga Terkawal Bagi Ramadan Dan Raya



Masing-masing resah dengan kenaikan harga barang yang melebihi jangkaan dan ketetapan yang ditetapkan oleh pihak berwajib tentangnya. Harap langkah mengawal harga barang memberi impak besar terhadap pengguna yang terpaksa membuat bajet yang ketat bagi melangsungkan hidup selama sebulan dengan gaji tetap terutama bagi kaki tangan kerajaan yang sederhana dan rendah tidak terkecuali pekerja swasta.


KPDNKK umum 18 barang harga terkawal

18 Jenis Barang Harga Terkawal Bagi Ramadan Dan Raya



Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan harga maksimum borong dan runcit bagi 18 jenis barang harga terkawal di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan menjelang Ramadan dan Hari Raya Puasa 2014.

Penetapan harga barang terkawal itu diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) Datuk Seri Hasan Malek sebentar tadi, dengan tempoh kuat kuasa bermula 20 Julai hingga 5 Ogos di seluruh negeri.

Menurutnya, KPDNKK menetapkan harga maksimum borong dan runcit itu berdasarkan maklumat harga hasil pemantauan harga di semua daerah di seluruh negeri bermula Januari hingga Mei lalu.

"Senarai harga barang di seluruh negeri berkenaan berbeza disebabkan kos logistik.

"Undang-undang mewajibkan peniaga menjual barang terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditetapkan oleh kerajaan dan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu ke atas barang harga terkawal bagi membezakan dengan barang-barang lain," katanya.

3 comments:

Post a Comment

4 Masalah Kesihatan Yang Timbul Jika Salah Memilih Kasut

4 Masalah Kesihatan Yang Timbul Jika Salah Memilih Kasut


Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan ketika memilih sepatu, mulai dari model, warna, jenis heels atau rata dan sebagainya lagi. Namun hanya sedikit yang mempertimbangkan masalah kesihatan.



Seringkali model yang stylish serta harga yang murah/berpatutan membuatkan kita tidak memperdulikan kualiti kasut. Padahal, kualiti kasut yang rendah mungkin berbahaya bagi anda. Berikut beberapa masalah yang boleh berlaku disebabkan salah memilih kasut.


1. Penebalan kulit
Penebalan kulit boleh terjadi jika kita memilih kasut yang tidak tepat. Jika anda salah memilih model atau ukuran kasut, kulit kaki anda akan bergesek dengan kulit kasut. Gesekan itu juga boleh terjadi antara jari-jari kaki anda. Gesekan terus menerus itu yang menyebabkan penebalan kulit.


2. Heel Spur (Penumbuhan tulang)
Heel Spur adalah penumbuhan tulang kecil yang menyerupai duri di bahagian tumit. Hal ini disebabkan oleh radangan yang menstimulasi sel-sel dalam tubuh membentuk tulang yang baru. Bentuk tumit kasut yang tidak baik dapat memicu peradangan tersebut. Akibat dari hell spur, akan terjadi rasa nyeri juga pembengkakan di sekitar pergelangan kaki.


3. Kuku tumbuh ke dalam
Salah memilih bentuk dan ukuran kasut juga boleh merosak kuku kaki anda. Tekanan yang disebabkan oleh hujung kasut memaksa kuku untuk tidak tumbuh. Pertumbuhan kuku kaki anda menjadi tidak normal, kerana arahnya ke dalam.


4. Radang Sendi
Berjalan dengan menggunakan kasut tumit tinggi akan sedikit menekuk lutut. Akibatnya, beban terbeban pada paha dan lutut yang membuat anda rentan terhadap cedera. Jika anda berjalan dengan lutut sedikit ditekuk, hal ini dapat memberi tekanan sebanyak 2 kali ganda lebih besar pada tempurung lutut anda dan meningkatkan risiko terkena radang sendi.


sumber: wolipop.detik.com





0 comments:

Post a Comment

15 Fakta Unik dan Lucu Tentang Bola Sepak

15 Fakta Unik dan Lucu Tentang Bola Sepak



15 Fakta Unik dan Lucu Tentang Bola Sepak


1). Pada tahun 1950, India tidak boleh menyertai Piala Dunia kerana FIFA menolak permohonan mereka untuk membiarkan pasukan mereka bermain dengan kaki AYAM.

2). Pada tahun 1957 dengan hanya 30 minit baki perlawanan, Charlton Athletic kembali dari ketinggalan 5-1 untuk mengalahkan Huddersfield Town 7-6.

3). Pemain lagenda Belanda dan Arsenal, Dennis Bergkamp mempunyai penyakit takut untuk menaiki kapal terbang menyebabkan beliau banyak terlepas perlawanan untuk negaranya dan juga Liga Eropah untuk Arsenal.

4). Sir Alex Ferguson dipecat oleh St Mirren di 1978 kerana berkata kesat kepada wanita.

5). Sir Stanley Matthews TIDAK pernah menerima sebarang KAD dalam 33 tahun kerjaya yang panjang.

6). Di bawah kendalian Herbert Chapman, The Arsenal menukarkan nama menjadi hanya Arsenal untuk muncul di bahagian atas senarai abjad kelab Division Satu di England.

7). Siaran langsung pertama bola sepak di dunia adalah dari perlawanan pada tahun 1937. Ini adalah perlawanan amal Arsenal dan dimainkan di Stadium Highbury

8). Selama perlawanan diadakan selama 90minit di Paraguay, di mana perlawnan antara Sportivo Ameliano dan General Caballero, 20 Kad merah yang dilayangkan. Ini sebelum undang-undang FIFA diperkenalkan dimana jika sebuah pasukan bermain dengan kurang 9 orang pemain, pasukan itu dianggap kalah.

9). Norman Whiteside adalah pemain termuda yang bermain permainan bola sepak. Dia memecahkan rekod Pele dengan bermain pada usia 17 tahun dan 47 hari.

10). Rotherham Utd keeper Arthur Wharton, lahir di Ghana, adalah pemain profesional kulit hitam pertama, pada tahun 1889.

11). Pemain Liberia, George Weah membayar baju pasukan dan semua kos, sehingga pasukan boleh bermain di Afrika tahun 1996. 

12). Pemain Chelsea kelahiran Nigeria, Celestine Babayaro, mengalami kecederaan kakinya saat meraikan gol dalam pertandingan pra-musim, sementara Luigi Riva, pemain antarabangsa Itali, mematahkan tangan penonton melalui sepakan yang kuat.

13). Pada tahun 1978, Pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson, dipecat kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap wanita semasa perlawanan.

14). Seluar pendek pemain Italy, Giuseppe Meazza, TERLONDEH ketika ia mengambil tembakan penalti dalam pertandingan semifinal di Piala Dunia 1938.

15). Michael Laudrup adalah merupakan peain pasukan Barcelona ketika mereka menang melawan Real Madrid 5-0. Dia juga merupakan pemain pasukan Real Madrid ketika mereka menang 5-0 melawan Barcelona kemudiannya.


sumber: scorerun.blogspot.com



0 comments:

Post a Comment

Hunungan Hanez Suraya & Romie Sudah Berakhir?




Saya Sudah Korbankan Hubungan Kami – Hanez Suraya Berundur Demi Kebaikan Romie & Liyana

Mungkin ramai yang tak tahu sebenarnya hubungan Hanez Suraya dengan kekasihnya, Romie Razin Aidilha dah tak seperti dulu. Mungkin juga ramai yang menunggu berita ini keluar dari mulut Hanez sendiri.

Menerusi akhbar Metro Ahad semalam, Hanez menyatakan bersedia mengundur diri dan mengalah demi kebaikan Romie dan isterinya, Nur Liyana Manan.

Saya sudah korbankan hubungan kami. Cuma orang tidak tahu keputusan yang saya ambil sebab saya bukan jenis semua perkara mahu dipukul canang.

Apa yang saya fikir sekarang mahu meneruskan kerjaya seni, tetapi nampaknya orang masih terus menuduh dengan membuat pelbagai dakwaan negatif. Saya habis punca walaupun mengambil keputusan sejauh ini.

Hanez nampaknya masih kecewa kerana sering dikaitkan dengan masalah pasangan tersebut walaupun telah berkali-kali menyatakan dirinya bukanlah punca pergolakan rumahtangga mereka.

Saya tidak mampu berbuat apa-apa. Bayangkan setiap kali isu perceraian Romie dan Liyana dibangkitkan, nama saya diheret sama. Dalam perbicaraan pun nama saya tidak disebut, tetapi alih-alih di laman sosial nama saya dikaitkan.

Saya menjadi bahan cemuhan dan hinaan. Saya tidak paham mengapa ia terjadi, sedangkan sebelum ini saya tegaskan apa juga masalah yang berlaku antara Romie dan Liyana, jangan kaitkan nama saya.

Sementara itu, Hanez juga berharap agar Romie dan Liyana dapat mencari jalan penyelesaian tanpa mengaitkannya lagi.


Saya bersedia mengundur diri memandangkan masalah dihadapi hanya mereka yang tahu dan faham. Cuma saya minta apa juga masalah, selesaikan berdua dan jangan babitkan nama saya.

Ini kali kedua saya menyatakan perkara sama. Jika saya tidak lagi ada dan wujud dalam hidup mereka namun masih dikaitkan, nampaknya saya menjadi kambing hitam dalam situasi berlaku dan ia sangat tidak bagus.

Dalam masa yang sama, Hanez turut memberitahu dia pastinya merasa gembira sekiranya hubungan Romie dan Liyana dapat dipulihkan dan mereka kembali bersatu.

Sumber: OhBulan!

1 comments:

Post a Comment

LELAKI MEMPUNYAI BUAH ZAKAR SEBESAR BOLA




Seorang datuk tidak mempedulikan ketumbuhan pada buah zakarnya yang membesar sehingga saiz bola seberat empat kilogram (kg) hanya kerana tidak mahu 'perkara itu' menjadi kecoh. Bob Day yang merupakan penjual daging bagaimanapun hanya mendapatkan bantuan selepas anak-anaknya menyedari terdapat ketumbuhan membonjol di sebalik seluarnya dan menasihatinya supaya berjumpa dengan doktor.

Selepas pemeriksaan doktor itu, Day yang menghidap penyakit kanser mendapat tahu ketumbuhan itu seberat empat kg. "Anda dapat melihat 'ketumbuhan' itu di sebalik seluar saya. Ia semakin membesar, tetapi saya tidak mempedulikannya kerana tidak mahu bikin kecoh. "Saya tidak rasa sakit kerana jika tidak saya mungkin sudah pergi berjumpa doktor lebih awal. Saya masih boleh menanam pokok dan melakukan semua perkara seperti biasa," katanya.




Day yang berasal dari Liverpool itu dipujuk anak perempuannya, Jennifer dan anak lelakinya, Stephen supaya berjumpa dengan doktor. Sebaik sahaja ketumbuhan itu dikesan, mereka menyedari bahawa Day mengalami masalah untuk duduk. Doktor mengesahkan bahawa ketumbuhan yang semakin membesar itu disebabkan kanser pada Krismas tahun lepas dan dia kemudian membuangnya pada Februari lalu. Day yang berusia 83 tahun itu akhirnya dapat mengubati penyakitnya.

Jennifer, 54, berkata, "Dengan saiz (ketumbuhan) sebesar itu, saya fikir mereka (doktor) akan kata, "Sudah terlambat, tiada apa yang kami boleh lakukan". "Apabila kita fikirkan tentang kanser, kita akan fikir "cukup setakat ini" tetapi hari ini ramai yang sembuh daripada penyakit kanser," katanya. Pakar bedah, Coonoor Chandrasekar melakukan pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada buah zakar Day di Hospital Diraja Liverpool.

Beliau berkata: "Jika Bob tidak membuat pemeriksaan... ketumbuhannya itu mungkin boleh menyebabkan kematian. Adalah penting untuk diperiksa awal." "Jika anda mendapati adanya ketumbuhan, jangan takut untuk berjumpa doktor," kata Chandrasekar.

Sumber: www.mirror.co.uk

1 comments:

Post a Comment

AMARAN! NASI KANDAR BOLEH MENYEBABKAN ANDA POSITIF DADAH!




Sebelum ini, KedahNews.com ada mendengar khabar angin mengatakan dalam penghasilan nasi kandar terdapat penggunaan dadah di dalam masakan itu yang mengakibatkan pengemar nasi kandar berasa ketagih untuk menikmatinya setiap hari.

Ini kerana penyediaan untuk membuat nasi kandar dikatakan menggunakan kas-kas yang juga sejenis biji popi yang digunakan dalam penghasilan dadah untuk memasak masakan itu.

Ternyata khabar angin mengenai perkara itu benar apabila Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Selangor, Alias Jaafar berkata, ujian yang dilakukan oleh anggotanya sendiri mendapati kandungan rempah di dalam penghasilan nasi kandar sememangnya boleh mengakibatkan kandungan air kencing menjadi positif dadah.



Alias berkata, ujian yang dilakukan oleh lima orang anggota AADK mencatatkan kesemua kandungan air kencing mereka positif dadah selepas mengambil makanan itu.

Justeru itu, dia menasihatkan kesemua pengemar nasi kandar berhati-hati kerana bimbang sekiranya mereka yang baru menikmati makanan itu akan ditahan dalam sekatan jalanraya kerana positif dadah ketika ujian air kencing dijalankan terhadap mereka.

Bagi KedahNews.com, pihak AADK dan pihak berkuasa harus berbincang mengenai pemasalahan ini kerana bimbang kesannnya terhadap masyarakat sekiranya ditahan ketika sekatan jalanraya diadakan di mana berkemungkinan mereka terdedah atas dakwaan penyalahgunaan dadah.

Sumber: KedahNews.com

1 comments:

Post a Comment

BESI PEMBINAAN LRT RUNTUH LAGI MENYEBABKAN 2 ORANG CEDERA PARAH



Seorang pemandu dan penumpang sebuah kereta cedera parah selepas kenderaan mereka ditimpa beberapa batang besi pembinaan Aliran Transit Ringan (LRT) di Jalan Lapangan Terbang Subang menghala ke Lebuhraya Persekutuan.








4 comments:

Post a Comment

Misteri Terowong Lama Di Tambak Johor

Misteri Terowong Lama Di Tambak Johor



Kisah terowong ini terdapat dalam antara 95 fail mengenai “kumpulan rekod-rekod dan panduan kepada bahan-bahan mengenai Tambak Johor.

Antara dokumen itu menyatakan bahawa terowong yang dibina di bawah Tambak Johor itu adalah 8 kaki tinggi dan 11.5 kaki lebarnya. Dokumen itu menyatakan bahawa objektif terowong itu adalah untuk kegunaan paip air daripada Gunung Pulai Satu, di Jalan Pontian, Johor, menuju ke Mac Ritchie Reservoir, di Singapura.

Berikutan Wayleave Agreement 1971, paip yang menyalurkan air ke Singapura telah dibina selari dengan landasan keretapi yang merentasi Selat Teberau seperti yang wujud pada hari ini. Apa terjadi jika terowong tersebut menjadi tempat untuk pengintipan daripada negara luar?

Mungkin juga akibat kebimbangan terhadap kemungkinan wujudnya terowong berkenaan disalahgunakan untuk sesuatu aktiviti yang membahayakan negara Malaysia, maka Tun Dr Mahathir Mohamad merancang supaya Tambak Johor digantikan dengan sebuah jambatan baru. Akan tetapi tidak dapat diteruskan usaha-usaha tersebut. Entah mana silapnya.


Dan, mungkin juga atas kepentingan terowong itu kepada pihak-pihak tertentu, maka rancangan pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor itu dibangkang habis-habisan, sehingga menyebabkan projek itu dibatalkan. Ada kemungkinan !!!.

Berkait kisah misteri, ada 2 pekerja binaan terjerlus ke dalam lubang misteri. Hebah di Metro Ahad ketika itu keluarkan berita tergempar apabila 2 orang pekerja binaan terjerlus ke dalam lubang misteri.

Misteri Terowong Lama Di Tambak Johor


Metro bertarikh 14 November 2010 bertajuk Tragedi Tambak Laut, mangsanya Mohd Nor Miskan berumur 36 tahun. Mangsa dikhuatiri lemas apabila jentera jentolak yang dikendalikannya tenggelam ketika sedang menjalankan kerja-kerja penambakan pantai tersebut. Di fahamkan insiden tersebut turut menenggelamkan tiga jengkaut, dua kontena dan satu set generator. Kemana hilangnya ke semua tu? Mayatnya pula di jumpai setelah beberapa hari.

Jentera yang seberat itu boleh ditelan pasir pantai dan tidak terus dijumpai kesannya. Padahal, kejadian tersebut hanya berlaku lebih kurang 100 meter dari pantai sebelum sebahagian daripada kawasan projek yang berpasir di situ tenggelam. Projek penambakan tersebut untuk projek mega yang menelan kos berbillion ringgit Malaysia, iaitu Lido Boulevard menggantikan Pantai Lido yang lama.

Mengikut pemahaman orang-orang lama pula kejadian ini adalah perkara biasa. Mereka mengatakan itu semua adalah normal. Apabila manusia sibuk menghakis kejadian alam semesta, mesti ada berlaku kejadian misteri yang meragut nyawa sebagai ganti. Katanya, mungkin ada penjaga yang mahukan darah manusia sebagai gantian.

Seperti biasa sebelum ini ada sahaja kes apabila pembinaan jambatan dibina akan tertangguh sehingga kemalangan yang meragut nyawa mangsa atau sehingga mangsa tercampak dalam sungai tersebut barulah jambatan tersebut tiada masalah dan pembinaannya disambung semula. Itulah kata-kata yang pernah kita dengar dari orang-orang lama, tapi jangan terlalu percaya sebab boleh mendatangkan syirik.

Sebenarnya, manalah tahu jika bajet tak cukup mahu diteruskan pembikinan jambatan itu. Dan mereka juga kata kejadian tanah jerlus itu ada kaitan dengan Misteri Terowong Lama British Di Johor yang menghubungkan Singapura dan Malaysia.


Sumber


Nota: Ida pernah dengar cerita dari seorang kawan bahawa Negara Singapore ni mempunyai satu terowong rahsia bawah tanah yang mana semua kelengkapan ketenteraannya di simpan di situ, yang menariknya segala senjata-senjata canggihnya itu di simpan semuanya dihalakan ke tanah besar Malaysia... wallahualam..

2 comments:

Post a Comment

Pasukan Piala Dunia Yang Dibenarkan Melakukan Hubungan Seks




Semestinya tekanan semakin memuncak dengan persaingan sengit di Piala Dunia. Cara kegemaran pemain bola sepak kurangkan tekanan semestinya dengan bermesra dengan pasangan masing-masing.

Namun pernah menjadi tajuk akhbar apabila pasukan bola sepak tidak dibenarkan lakukan hubungan ranjang kerana takut “posisi tertentu” mungkin menyebabkan mereka tercedera dan tidak boleh bermain.

Kali ini kita himpunkan polisi “seks” beberapa pasukan bola sepak terkemuka di dunia sempena Piala Dunia ini.


Brazil

Luiz Felipe Scolari membenarkan pasukan beliau berhubungan intim tetapi jangan lakukan posisi akrobatik. Ha, kalau teman wanita anda penggemar yoga, janganlah pula sibuk cuba posisi yoga di ranjang. Nanti terkehel ke apa dah hilang seorang striker.

Scolari pernah berkata bahawa pemain beliau dibenarkan seks biasa sahaja semasa Piala Dunia.


Costa Rica

Pemain Costa Rica pula hanya boleh nikmati seks setelah berjaya ke pusingan akhir. Arahan Jose Luis Pinto ini nampaknya berguna kerana Costa Rica semakin bersemangat bermain.


England

Bila-bila pun boleh jalan. Maksud saya, mereka dibenarkan intim dengan pasangan masing-masing.


Perancis

Pasukan Perancis juga dibenarkan sebegitu. Menurut coach Didier Deschamps jangan melampaui batas sudah.


Jerman

Jangan satu malam sebelum perlawanan sahaja syarat yang diberikan. Masa lain tidak mengapa jika ingin hubungan seks.


Belanda

Coach Louis van Gaal memang beri lampu hijau hubungan seks kerana percaya ia akan menceriakan dan memberi semangat kepada pasukan beliau. Sporting sungguh coach seorang ini. Patutlah Belanda boleh belasah Sepanyol.

1 comments:

Post a Comment

Singapura Rasa Terancam Dengan Kerja-Kerja Pembangunan Di Selat Johor



PETALING JAYA: Proses menambak tanah bagi pelaksanaan projek mega berdekatan Laluan Kedua Johor mendapat perhatian negara jiran di seberang tambak negeri berkenaan.

Projek yang dinamakan Forest City melibatkan beberapa pulau berdekatan dengan keluasan 2,000 hektar, iaitu lebih besar daripada Pulau Tioman. Pelaksanaan projek ini dikatakan boleh memberi kesan kepada Singapura.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong telah menulis surat kepada pemimpin negara, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kesan projek berkenaan.

Susulan itu, nota turut dihantar kepada Kementerian Luar antara dua hingga tiga bulan lalu mengenai perkara tersebut.

Satu lagu surat diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wahid Omar ketika beliau berada di Singapura untuk mesyuarat dua hala, baru-baru ini.

Singapura mula menyuarakan kebimbangannya, selepas The Star pada Mac lalu menyiarkan laporan mengenai projek yang dijalankan oleh Country Garden Holdings Co Ltd China dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor.

Projek ini melibatkan penebusgunaan tanah untuk membina rumah mewah di pulau-pulau buatan manusia di Pendas, selatan Johor.

Setakat ini, tidak ada laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) ke atas projek tersebut dikeluarkan. Bagaimanapun, penambakan pada keluasan kurang daripada 50 hektar tidak memerlukan EIA.

Dalam laporan The Star baru-baru ini, Presiden Serantau Country Garden Malaysia, Kayson Yuen berkata, syarikat itu membuat kajian mengenai projek mega ini lebih setahun sebelum membuat keputusan untuk melabur.

Nota pertama dari diplomatik Singapura meminta Malaysia menyediakan semua maklumat relevan, termasuk laporan EIA dan jangkaan siap projek.

Singapura kemudian meminta penjelasan dan penerangan melalui nota kedua berikutan jaminan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini mengatakan kerja penambakan itu tidak akan menjejaskan alam sekitar.

Menteri Besar memberi jaminan bahawa kerajaan negeri telah mengeluarkan notis kepada pemaju, Negara Taman Pacific View Sdn Bhd, untuk menyediakan pelan tindakan jika masalah mendapan berlaku disebabkan oleh kerja penambakan.

Sumber berkata, kebimbangan yang dibangkitkan oleh Singapura perlu diambil serius.

Jelas sumber tersebut, Singapura memilih untuk menimbulkan kebimbangan di peringkat kerajaan walaupun pembangunan tanah terletak di bawah bidang kuasa negeri untuk menunjukkan bahawa republik itu mengambil isu ini dengan serius.

“Ia menjadi isu negara apabila negara merentasi sempadan terlibat.

“Singapura boleh menggunakan semua saluran untuk membangkitkan perkara itu supaya Malaysia memandang serius isu ini,” kata sumber itu.

Terdapat juga kebimbangan bahawa Singapura boleh mengemukakan bantahan kepada Tribunal Undang-Undang Laut Antarabangsa (ITLOS) di Hamburg ke atas projek ini.

Sebelum ini, Malaysia pernah membuat bantahan ke ITLOS pada 2003 apabila Singapura mula melakukan penambakan tanah seluas 5,214 hektar di timur dan barat Selat Johor.

ITLOS kemudian mengarahkan kedua-dua negara untuk menjalankan kajian bersama dan mencadangkan langkah menanganinya dengan melakukan tebatan di Tuas dan Pulau Tekong.

ITLOS juga mengarahkan Singapura supaya tidak menjalankan penambakan yang boleh menyebabkan kerosakan atau kemudaratan kepada persekitaran marin di kawasan ini.


*****




APABILA Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mencadangkan pada 16 April lalu agar Tambak Johor dirobohkan bagi membolehkan “Jambatan Persahabatan” dibina bagi menghubungkan Malaysia dengan Singapura, beliau bukan orang yang pertama berbuat demikian.


8 tahun yang lalu, pada awal November 2006, Sultan Johor (pada masa itu) telah mengejutkan orang ramai (ketika baginda merasmikan pelancaran Wilayah Pembangunan Iskandar) dengan titahnya “Robohkan juga Tambak Johor… Datuk nenek beta dah kena tipu dengan Mat Salleh..” Titah baginda itu dapat didengar dengan jelas di seluruh negara menerusi siaran langsung yang dipancarkan oleh pelbagai stesyen televisyen tempatan.


Khabarnya titah baginda itu disambut dengan tepukan bergemuruh oleh hadirin di upacara itu. Ia sekaligus membuktikan bahawa bila ada pihak tertentu menyatakan bahawa pembinaan “jembatan bengkok” (crooked bridge) yang dicadangkan oleh Tun Mahathir itu tidak disokong oleh orang Johor, kenyataan itu adalah satu pembohongan yang nyata.


Kembali kepada gesaan Tun Dr Mahathir tadi, sekiranya Jambaan Persahabatan itu dapat dibina nanti, apakah Tambak Johor masih lagi relevan? Mantan Perdana Menteri itu menyatakan bahawa Tambak Johor telah menyebabkan pelbagai masalah, terutamanya melibatkan isu alam sekitar dan kesesakan lalu lintas di Johor bahru.


“Jika kita sudah ada Jambatan baru, apakah kita masih perlukan sebuah tambak? Tambak ini menghalang air mengalir keluar dan ia juga sangat kotor. Ia menyebabkan laut menjadi sangat kotor dan terdapat kesesakan lalu lintas yang teruk di Johor Bahru,” katanya selepas menyampaikan satu syarahan umum di Universiti Teknologi Petronas di Seri Iskandar, Perak pada 16 April lalu.


Cerita mengenai cadangan membina “Jambatan Persahabatan” timbul pada 7 April 2014 lalu, bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membangkitkannya dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.

PROJEK JAMBATAN INDAH


Sewaktu negara ditadbir oleh Tun Dr Mahathir dulu, ada cadangan oleh kerajaan untuk membina Jambatan Indah (scenic bridge) bagi menggantikan Tambak Johor. Malangnya disebabkan projek jambatan itu tidak disetujui oleh Singapura (negara itu enggan meroboh bahagian Tambak Johor di bahagian sempadan negaranya), kerajaan Malaysia terpaksa mengubah rekabentuk jambatan itu menjadi Jambatan Bengkok (crooked bridge).


Kerja-kerja awal (menanam cerucuk jambatan) sempurna pada 10 Mac 2006. Malangnya, atas arahan Tun Abdullah Ahmad Badawi (yang menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003), projek Jambatan Bengkok itu telah dihentikan pada April 12, 2006.


Pada masa itu apabila ada orang bertanya kenapakah projek Jambatan Bengkok itu dibatalkan, antara sebab yang diberi adalah kononnya “orang Johor tak mahu projek jambatan itu diteruskan” – satu jawapan yang bukan sahaja tidak masuk akal, bahkan satu pendustaan kepada orang Johor.


Pada awal Ogos 2013 lalu, ketika bercakap dengan wakil media yang hadir di upacara pelancaran buku "Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia" (disunting oleh Bridget Welsh and James Chin) Tun Abdullah berkata “Sekiranya saya ikut kata Mahathir, Malaysia akan jadi bankrap” (If I listened to Mahathir, Malaysia would be bankrupt). Disebabkan pada masa itu defisit negara terlalu tinggi, dia terpaksa menghentikan beberapa projek mega Tun Mahathir.


TAMBAK JOHOR AKAN KEKAL

Mengikut Datuk Hasni Mohammad, pengerusi jawatankuasa kerja raya negeri Johor, Tambak Johor akan kekal dan tidak akan dirobohkan. Jambatan Persahabatan yang akan dibina itu tidak semestinya satu jambatan tradisi seperti Jambatan Kedua (Second Link) yang ada sekarang, sebaliknya ia mungkin satu terowong bawah laut (underwater tunnel).


Hasni menambah andainya jambatan baru itu dibina berhampiran Tambak Johor, ia akan membatu (complement) peranan Tambak Johor, bukan menggantikannya. “Oleh itu, Tambak Johor tidak akan dirobohkan”, tambahnya.


Pemerhati membuat spekulasi jambatan baru ini akan dibina berhampiran hab minyak dan gas di Pengerang, disebabkan potensi ekonominya yang besar. Ada juga yang mengatakan jambatan ini mungkin dibina untuk menghubungkan Puteri Harbour, yang lokasinya berhampiran dengan Nusajaya, dengan Singapura.


Tambak Johor, yang panjangnya hanyalah 1 kilometer, menghubungkan bandaraya Johor Bahru dengan Woodlands, bukan hanya memberi kemudahan kepada pengguna jalan raya dan pejalan kaki, tetapi juga kepada keretapi dan paip air (membolehkan Singapura mendapatkan air dari Johor). Dibina pada tahun 1923, ia kini digunakan oleh tidak kurang dari 60,000 kenderaan setiap hari.


Berbeza dengan Jambatan Kedua, yang membolehkan kapal untuk terus berlalu di bawahnya. Kapal dari Pelabuhan Tanjung Pelepas yang ingin menuju ke Pasir Gudang terpaksa belayar keliling Singapura, yang bukan hanya mengambil masa tetapi menelan kos yang bertambah.


Tambak Johor (yang kini berusia hampir 9 dekad) telah sekian lama menyebabkan pencemaran air dan marin menjadi begitu teruk lagi, kerana kewujudannya menghalang air mengalir dari barat (Selat Melaka) ke timur (Laut Cina Selatan). Bila nanti seluruh kawasan pantai dari pusat Bandar Johor Bahru ke Danga Bay terus dibina dan dibangunkan ala Hong Kong, keadaan di sini pastinya menjadi lebih buruk lagi.

2 comments:

Post a Comment

10 NEGARA YANG MEMPUNYAI WANITA DAN LELAKI PALING SEKSI



Wanita Brazil dikenali sebagai wanita-wanita yang paling seksi di dunia ini.

Jom tengok carta di bawah:

10. Kanada
9. Afrika Selatan
8. Bulgaria
7. Australia
6. Sepanyol
5. Filipina
4. British
3. Colombia
2. Rusia
1. Brazil



Jadi, negara manakah yang mempunyai lelaki-lelaki yang paling seksi di dunia ini?




Menurut laman web temu janji 'Miss Travel', jawapannya adalah kaum lelaki dari negara Australia!

Adakah anda bakal menuju ke salah satu tempat yang mempunyai orang-orang paling seksi di dunia ini?

Bangsa-bangsa paling seksi bagi lelaki:

10. Belanda
9. Kanada
8. Brazil
7. Ireland
6. Amerika
5. Sepanyol
4. Scotland
3.British
2. Itali
1. Australia

2 comments:

Post a Comment

Kasih Sayang Seorang Abang..!




Terharu gila tengok video ni yang kita tak mungkin boleh lupakan apabila menontonnya...percayalah

Jom saksikan
(tunggu seketika untuk loading)




1 comments:

Post a Comment

10 truth about israel

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Sumber

1 comments:

Post a Comment

CERITA DI SEBALIK GAYA PELIK RAMBUT RONALDO

CERITA DI SEBALIK GAYA PELIK RAMBUT RONALDO


Gaya potongan rambut 'zig-zag' Christiano Ronaldo dilaporkan melambangkan tanda penghormatan kepada seorang kanak-kanak di Sepanyol yang terpaksa menjalani pembedahan otak akibat menghidap kanser.

Dikhabarkan, pada Februari lalu bintang terkenal Portugal itu telah membiayai keseluruhan kos pembedahan kanak-kanak dikenali Erik Ortiz Cruz, berjumlah 83,000 pound sterling (RM454,844).

Terdahulu, dia juga pernah membiayai rawatan kanser yang dialami seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun pada 2012.

Gaya rambut terbaharunya itu menarik perhatian dunia ketika saingan Piala Dunia semakin hangat berlangsung, namun ramai tidak menyangka ia sebenarnya melambangkan tanda penghormatan kepada kanak-kanak berkenaan.

Dalam perkembangan perlawanan bola sepak pada saingan Kumpulan G semalam, Portugal sekadar meraih mata seri 2-2 ketika perlawanan menentang AS dan kini menyandang kedudukan tercorot kumpulan dengan pungutan satu mata.

Pasukan itu harus meraih kemenangan mengatasi Ghana dalam saingan terakhir kumpulan pada Khamis ini bagi menempah peluang mara ke peringkat seterusnya, namun segalanya masih bergantung kepada keputusan perlawanan pasukan Jerman dan AS di Arema Pernambuco.

4 comments:

Post a Comment

RAKAMAN CUBAAN PENIPUAN KAD DEBIT YANG TERKANTOI

RAKAMAN CUBAAN PENIPUAN KAD DEBIT YANG TERKANTOI



RAKAMAN CUBAAN PENIPUAN KAD DEBIT YANG TERKANTOI... HAHA PEREMPUAN TU PUNYA MARAH BILA SIPELANGGAN TIDAK MEMPERCAYAINYA... KAN DAH TERKANTOI. SO KAWAN-KAWAN DI LUAR SANA BILA MENDAPAT PANGGILAN SEPERTI INI ABAIKAN SAJA. TAKDE BILANYA PIHAK BANK AKAN CALL KITA MACAM TU MINTA PENGESAHAN. PIHAK BANK AKAN CALL KITA KALAU KITA BERHUTANG JER HEHE...


JOM DENGAR RAKAMAN DI BAWAH
(tunggu seketika untuk loading)


1 comments:

Post a Comment

GAMBAR-GAMBAR MENARIK SEKITAR KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2014 (KMJ)

Program DYMM Sultan Johor bersama rakyat iaitu Kembara Mahkota Johor 2014 telah berakhir petang semalam (24/6/2014) di Dataran Mahkota, Kota Iskandar, Nusajaya, Johor. Jom layan gambar-gambar menarik sekitar empat hari berlangsungnya Kembara Mahkota Johor tersebut.

GAMBAR-GAMBAR MENARIK SEKITAR KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2014 (KMJ)
 

GAMBAR-GAMBAR MENARIK SEKITAR KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2014 (KMJ)




















0 comments:

Post a Comment

Sebab-sebab minum dan makan sambil berdiri bahaya untuk kesihatan.

 
Pernahkah anda makan dan minum secara berdiri di dalam kehidupan seharian? Mungkin ada yang berkata YA atau TIDAK sambil tersenyum dengan seribu makna. Kini, perbuatan makan dan minum secara berdiri ini agak biasa dan menjadi BUDAYA di kalangan masyarakat.

Tahukah anda terdapat larangan makan dan minum berdiri di dalam Islam? Terdapat segelintir golongan dalam masyarakat tidak mengambil kisah perbuatan ini, malahan larangan ini dipandang sepi dan dikritik oleh mereka.

Islam adalah sebuah agama yang lengkap (syumul)dalam memberikan panduan dan adab di mana ia meliputi semua tatacara kehidupan manusia.

Misalnya, adab menuntut ilmu, adab terhadap ibubapa, perkahwinan dan begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum dan makan.

Biologikal Manusia.

Perbuatan meminum sambil berdiri akan menyebabkan proses penapisan air tidak berlaku. Keadaan ini boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal.

Secara klinikal, air yang masuk dengan cara posisi duduk akan disaring oleh sfinger.

SFINGER adalah suatu struktur berotot (muscular) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.

Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penapisan yang berada di ginjal (kidney).

Sekiranya pada masa tersebut kita minum sambil berdiri maka air yang kita minum itu secara automatik akan masuk tanpa disaring lagi. Ia akan terus menuju ke kandungan air kencing.

Ketika menuju ke kandungan air kencing itu maka terjadilah pemendapan (sedimentation) di saluran sepanjang perjalanan (ureter).

Oleh kerana terdapat sisa-sisa makanan yang melekat pada saluran ini maka bermulalah satu penyakit kristal ginjal (crystal kidney disease) yang sungguh berbahaya.

Senario ini menjustifikasikan hubungan-kait ureter yang sedikit demi sedikit menjadi tersumbat tadi.

Larangan Minum Dan Makan Secara Berdiri Menurut Perspektif Islam

Terdapat beberapa hadis yang menerangkan perihal tegahan perbuatan minum secara berdiri yang diriwayatkan oleh para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Di antara petikan hadis yang mahsyur;

“Dari Anas dan Qatadah, Rasulullah S.A.W bersabda; “Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil berdiri, Qotadah berkata:”Bagaimana dengan makan? Beliau menjawab; “Itu kebih buruk lagi.” (Riwayat: Muslim dan Turmidzi)

“Bersabda Nabi Muhammad S.A.W dari Abu Hurairah; ”Jangan kalian minum sambil berdiri! Apabila kalian lupa, maka hendaknya ia muntahkan!” (Riwayat : Muslim)

Manakala terdapat sebuah hadis yang menceritakan perbuatan Nabi Muhammad S.A.W duduk bertongkatkan lutut semasa makan seperti di dalam petikan hadis berikut;

“Diriwayatkan ketika Rasulullah S.A.W di rumah Aisyah R.A. sedang makan daging yang dikeringkan di atas lutut talam sambil duduk bertongkatkan , tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah S.A.W duduk sedemikian itu lalu berkata; “Lihatlah orang itu duduk seperti budak. Maka dijawab oleh Rasulullah S.A.W; “Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak.” Lalu Rasulullah S.A.W mempersilakan wanita itu untuk makan. Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah S.A.W sebagaimana sabdanya; “Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan.” (Riwayat : Bukhari)

Larangan Minum Dan Makan Secara Berdiri Menurut Perspektif Sains

Berdasarkan kepada hasil kajian yang dijalankan oleh seorang Pakar Perubatan bernama Dr. Abdul Razzak Al-Kailani berkaitan tindakbalas terhadap makan dan minum secara berdiri telah merumuskan;

“Sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Di mana makanan dan minuman akan melalui dinding perut dengan perlahan-lahan. Manakala minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini sering berlaku dan dalam jangka masa panjang, ia akan menyebabkan perut menjadi longgar dan jatuh sehingga menyebabkan minuman susah untuk dihadam. Begitu juga dengan makanan".



Posisi secara duduk akan membuat sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang dan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman.

Pandangan ini turut disokong oleh Dr. Ibrahim Ar-Rawi yang membuat kajian terhadap sistem saraf dan sistem otot telah menerangkan;

“Apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang dan pada masa yang sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak.

Ia adalah proses gabungan di antara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidak mampu mengawal kedua-duanya untuk rehat. Keadaan otot yang rehat adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan keadaan ini hanya wujud ketika seseorang itu duduk.

Ini kerana apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman. Ini akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul".

Kesimpulan

Para Fuqaha’ telah khilaf dalam masalah hukum minum berdiri ini. Namun begitu, para Fuqaha’ lainnya ada berpendapat larangan minum berdiri ini telah dimansuhkan (dihilangkan hukum) berdasarkan hadis Ibn Abbas R.A yang berkata:

“Aku memberi (menghulurkan) air zam-zam pada Rasulullah SAW, dan Baginda meminumnya sambil berdiri“

Dalam sahih Bukhari, hadis daripada Abdul Malik bin Maisarah daripada al-Nizaal, dia berkata:

“Ali bin Abi Tholib datang ke “bab al-Ruhba” dan dia minum sambil berdiri, kemudian berkata “ada antara kamu tidak suka orang minum sambil berdiri, dan aku melihat Baginda S.A.W minum seperti yang aku sedang lakukan sekarang (berdiri)”

Kesimpulan yang dapat diambil daripada perbincangan di atas memberikan kita penjelasan kepada kita bahawa terdapat dua pandangan berkaitan isu ini.

Pertama, jika terdapat hadis yang melarang daripada makan dan minum sambil berdiri secara konsisten memberikan signifikasi bahawa perbuatan makan dan minum secara berdiri adalah tidak digalakkan.

Kedua, jika terdapat hadis yang membenarkan perbuatan makan dan minum sambil berdiri pula ia memberikan pengertian bahawa bukanlah dosa (cuma perbuatan itu tak digalakkan). Pandapat ini disokong oleh ulamak seperti at-Tabari, al-Khattabi dan al-Hafiz Ibn Hajar.


Air merupakan komponen asas di dalam kehidupan manusia samada ianya berbentuk molekul sejuk atau panas. Kewujudannya tidak dapat dipisahkan kerana ia memberikan banyak faedah kepada manusia.

Akhir kalam, kedua-dua pilihan ini (makan atau minum secara berdiri atau duduk) adalah dibenarkan tanpa larangan/ tanpa makruh (bi duun kiraha).

Namun begitu, PERBUATAN MAKAN DAN MINUM SAMBIL DUDUK ADALAH LEBIH AFDAL kerana Rasulullah S.A.W melakukannya lebih kerap (banyak kali) berbanding perbuatan berdiri.

Sumber rujukan: Qiblati edisi 04 tahun II.
Judul: Larangan Minum sambil berdiri, Hal 16

1 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ