Anggota Bomba Maut Dirempuh Lori Ketika Sedang Memadam Kebakaran

Anggota Bomba Maut Dirempuh Lori Ketika Sedang Memadam Kebakaran


Adalah dimaklumkan 2 anggota Bomba dari BBP Pekan Nenas, Johor Bahru telah mengalami kecederaan akibat dilanggar sebuah lori 10 tan pada jam 1556 (21.06.2014). Kejadian berlaku semasa anggota tersebut sedang mengemas peralatan jentera setelah selesai operasi api lalang mengakibatkan seorang maut dan seorang lagi kritikal. Kedua-dua mangsa tersebut di hantar ke Hospital Pontian. Berikut adalah maklumat anggota yang terlibat:-

Anggota meninggal dunia:
PB Muhammad Taufik bin Ali

Anggota separa krital:
PB Suboh bin Abdullah


Gambar ketika kejadian dimana Allahyarham PB 16182 Mohammad Taufik Bin Ali yang meninggal dunia dan PB Suboh Bin Abdullah yang mengalami cedera parah dilanggar sebuah lori dengan muatan batu semasa mangsa sedang mengemas peralatan operasi pemadaman api lalang.

Perginya seorang sahabat dan seorang anggota penyelamat semasa menjalankan amanah. Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

AL-FATIHAH



**Beliau adalah pelatih dari Kompeni Charlie, Platun Charlie 1 KSSK Siri 2/2012








0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ