Kes Viral Brader Motor Bawa Cangkuk / Hook Adalah Fitnah!!




Sebelum ini tersebar gambar seperti dibawah memberi amaran supaya berhati-hati dengan penunggang motosikal yang didakwa membawa cangkuk/hook untuk memecahkan cermin kereta. Pihak polis yang menjalankan siasatan kemudian mendapati ianya hanya kabel.






Menurut komen di Facebook, kedua lelaki ini merupakan warga Indonesia bekerja membuat pengubahsuaian rumah. Majikannya sudah membuat laporan polis berhubung salah faham gambar yg tersebar. Sedih...penyebaran fitnah semakin berleluasa..




0 comments:

Post a Comment

Siapakah Teman Kita Di Alam Kubur Nanti?





Junjungan besar Rasulullah S.A.W pernah bercerita mengenai seorang lelaki yang telah meninggal dunia. Apabila dia dimasukkan ke dalam kuburnya, dia berasa amat terkejut apabila mendapati kuburnya terang benderang dan terdapat satu makhluk di dalam kuburnya itu. Apakah maklhluk tersebut?
Lalu lelaki itu bertanya “ Siapa kamu?”.

Makhluk itu menjawab “Kamu tidak kenalkah pada saya? Sayalah yang kamu sering baca di siang hari dan juga pada waktu malam”.

Kemudian, barulah lelaki tersebut teringat bahawa makhluk tersebut ialah Al-Quran. Seterusnya dia dipimpin oleh makhluk tadi dan dibawanya bertemu Allah SWT. Betapa gembiranya dia kerana berpeluang menatap zat Allah Yang Maha Suci.

Bukan itu sahaja, Allah telah memerintahkan malaikat agar turut memakaikan mahkota serta perhiasan syurga kepada lelaki itu. Allah turut memerintahkan malaikat agar turut member perhiasan –perhiasan syurga kepada kedua ibu bapa lelaki itu.

Bukan itu sahaja, Allah telah memerintahkan malaikat agar turut memakaikan mahkota serta perhiasan syurga kepada lelaki itu. Allah turut memerintahkan malaikat agar turut memberi perhiasan –perhiasan syurga kepada kedua ibu bapa lelaki itu.

Maka, terkejutlah ayah dan ibunya sambil berkata “Wahai malaikat, amalan kami sedikit sahaja, tetapi kenapa kami mendapat perhiasan-perhiasan ini?”

Lalu malaikat menjawab “Kerana anakmu telah mempelajari dan membaca al-Quran.”

Sebagaimana sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud : “Barangsiapa yang membaca Al-Quran dan mengamalkan segala apa yang terdapat di dalamnya, maka Allah akan memakaikan mahkota kepada kedua ibu bapanya pada hari kiamat kelak di mana cahayanya lebih terang daripada cahaya matahari di dunia. Maka kamu tidak akan menduga bahawa pahala itu disebabkan amalan yang seperti ini”.

Berdasarkan kisah tersebut, satu peringatan buat kita semua sebagai seorang Muslim walau apa pun jua jangan sekali-kali meninggalkan daripada membaca Al Quran. Bacalah Al-Quran setiap hari paling sedikit biarpun hanya setakat 1 helai. Jika kita berada di dalam kesibukan
sekali pun carilah masa untuk membacanya.

Jika diamalkan selalu, hal ini menjadikan hati kita sentiasa dekat dengan Al-Quran kerana Quran itu cahaya penyuluh hidup.

Di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

“Pada hari kiamat nanti, di hadapan Allah SWT tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al – Quran “.

Melalui hadis tersebut, kita dapat mengetahui bahawa Al – Quran adalah pemberi syafaat di mana syafaatnya akan diterima Allah SWT.

Terdapat juga satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Seterusnya, apabila mayat itu dikafankan orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat yakni Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :”Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!”

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata :

“Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat”. “Maka, janganlah engkau bimbang”.


Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi”. Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat – malaikat dari syurga”.

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al – Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu, maka kita adalah orang-orang yang sangat rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah SWT. Tatkala ajal telah datang kepada kita, tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan – amalan kita sewaktu di dunia yang dapat membantu kita kelak.

Seterusnya, Allah telah menjanjikan Al – Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al – Quran dan jadikanlah Al-Quran sebagai teman di dunia dan pemberi syafaat di ahirat nanti.


Sama-samalah kita renungkan kembali, dalam sehari berapa kalikah kita membaca Al-Quran? Cukupkah sekali atau dua kali, atau mungkin sekadar membacanya dalam solat sahaja.

Sebenarnya, pahala yang paling mudah untuk kita bolot adalah melalui pembacaan Al-Quran di mana setiap huruf yang dibaca akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT sebanyak 10 pahala. Tambahan pula, Al-Quran itu kalam Allah SWT dan bukannya datang daripada manusia.

Semoga Allah SWT mengurniakan kita semua restu dan hidayahNya dan semoga Al-Quran yang kita baca itu menjadi teman kita kelak di alam sana. Mari tanamkan keazaman mulai hari ini untuk mempertingkatkan lagi usaha mendekati dan mempelajari Al-Quran. Jom baca Al-Quran…



0 comments:

Post a Comment

Kebesaran Allah, Persamaan Buah-Buahan Dengan Organ Manusia








Pelik Tapi Benar (Kebesaran Allah)
Bismillah...


Betapa sayangnya Allah pada sekelian hambaNya..
Sesungguhnya Alllah tidak menjadikan sesuatu tanpa sebab. Setiap yang Allah jadikan mempunyai alasan2 yang tersendiri bagi mereka2 yang mahu memikirkannya. Seringkali terngiang2 pesanan guru saya, agar sentiasa bersangka baik pada setiap kejadian yang Allah jadikan.

Pada awalnya, saya memahami apa yang dikatakannya. Namun faham masih lagi tidak mencukupi jika tidak dapat menghayati. Selama 4 tahun saya mengambil masa menghayati dan mendalami apa yang dikatakan oleh guru saya. Subhanallah...sayangnya Allah pada mereka2 yang mahu memikirkan kebesarannya bukan sahaja memahami tetapi menghayati setiap yang Allah jadikan untuk sekelian makhluk yang diciptakanNya.

Baru2 ini saya disentakkan oleh satu penghayatan yang amat berharga buat saya. Yang mana Allah menyampaikannya melalui penghayatan seorang hambaNya lalu diberitakan kepada saya. Kini barulah saya sedar. Ada beberapa tumbuhan yang Allah jadikan mempunyai tanda2 yang mana ia menyerupai organ , saraf2 dan tubuh badan manusia. Sekaligus memberitahu bahawa ia bermanfaat untuk menyembuhkan penyakit2 yang dialami oleh manusia itu sendiri.

1). Lobak Merah




Contohnya: -sehiris lobak merah kelihatan seperti pupil,iris dan garisan radiasi yang sama seperti texture mata.Dan buktinya melalui penyelidikan sains lobak bagus untuk mengaliran darah dalam badan dan bgus untuk fungsi mata..


2). Tomato




-Tomato mempunyai 4 chamber (ruang pembahagi)dan berwarna merah.jangtung Mempunyai 4 chamber (ruang pembahagi) dan berwarna merah.Semua kajian yang dijalankan Membuktikan tomato sangat penting untuk jantung dan pengaliran darah..


3). Anggur







-Segugus anggur berada dalm satu kelompok (bronchioles) dan berbentuk menyerupai jantung. Sebiji anggur juga kelihatan seperti bentuk sel2 darah.dan semua kajian yang dijalankan pada hari ini membuktikan anggur amat bagus untuk fungsi jantung dan berhubung kait dengan tenaga yang diperolehi dari makanan untuk diberikan kepada darah menjalankan aktivitinya..


4). Kekacang - Walnut








-Kekacang walnut jika diperhatikan dengan lebih teliti, ia seakan serupa dengan bentuk otak, kanan dan kiri hemisphere, atas dan bawah cerebrums dan lapisan bawah cerebellums. Dan kedutan @ lapisan yang terlipat pada permukaan kacang itu seiras dengan bentuk neo-cortex (lapisan luar yang melindungi otak). Setelah kajian dibuat kite dapat buktikan bahawa ia sangat berguna untuk pembentukan lebih dari 3 dosen neuron-transmitter yang mampu melicinkan perjalanan fungsi otak.


5). Kacang Merah













-Kacang merah sebenarnya bagus untuk proses penyembuhan dan berfungsi untuk mengekalkan fungsi buah pinggang dan secara zahirnya bentuk kacang merah ini menyerupai bentuk buah pinggang.


6). Celery











-Celery,bok choy, rhubarb dan mereke sama seperti bentuk tulang-belulang.Sangat berguna untuk memguatkan gigi.tulang terdiri daripada 23 % Natrium dan Secara kebetulannya kandungan Natrium bahan2 ini mempunyai purata 23%.jika Kandungan natrium tidak seimbang, badan akan menarik natrium ini dari tulang Hingga menyebabkan tulang itu rapuh. Oleh itu ia bagus untuk membaiki Keperluan (natrium) yang diperlukan oleh badan.


7). Avacado









-Terung, avocado, pears berguna untuk menjamin kesihatan dan berfungsi Mengekalkan rahim dan cervix dalam keadaan baik bagi kaum wanita-jika diperhatikan bentuk mereka (buah-buahan tadi)…bentuk mereka sama seperti organ ini. dan kajian dijalankan dan didapati jika seorang wanita memakan sebiji avocado seminggu ianya akan membantu menyeimbangkan hormone, Menyingkirkan bahan2 yang tidak diperlukan badan dan sekali gus mengelakkan wanita itu dari mendapat cervix kanser. benarkah ini?....avocado megambil masa 9 bulan untuk membesar dari bunga hingga menjadi sebiji buah.. terdapat lebih dari 14 000 photolytic chemical yang mengandungi nutirisi penting dalam setiap buah-buahan ini.



8). Buah Ara / Tin




- Buah ara atau buah tin penuh dengan biji dan bergantungan dalam 2 cabang semasa proses pembesaran. Buah Ara bagus untuk merangsang pergerakan yang lebih pantas buat sperma-sperma dan mampu meningkatkan bilangan sperma serta dapat mengelakkan kemandulan bagi kaum lelaki.



9). Limau







-Grapefruits, oren dan banyak lagi buah-buahan jenis limau yang menyamai bentuk kelenjar mamari pada wanita. Ia sangant baik untuk kesihatan buah dada terutama pada pergerakan keluar dan masuk limfa pada organ tersebut.


10). Bawang Besar




-Bawang besar sama seperti sel-sel badan. Kajian pada hari ini mendapati bawang besar boleh membantu membersihkan bahan buangan keluar dari sel-sel badan. Kajian juga membuktikan air mata yang keluar semasa mengupas bawang dapat mencuci kotoran pada mata sekaligus mengekalkan kelembapan pada retina mata .



11). Keledek






-Keledek berbentuk seperti pancreas dan berfungsi mengimbangi Glucosa (kandungan gula) dalam peredaran darah dan mengawal kadar diabities (kencing manis). -Glucosa juga membekalkan tenaga kepada system badan.



12). Zaitun




-Buah zaitun menyumbang kepada pengekalan tahap kesihatan yang optimum dan berfungsi untuk menjaga kesihatan ovary (kilang telur)


14). Cendawan 




-Cendawan butang yang dihiris mirip sekali dengan daun telinga. Ya, cendawan mengandungi Vitamin D yang sangat berguna menjaga kemampuan pendengaran.



Banyak lagi contoh-contoh tumbuhan yang mempunyai bentuk dan menyamai organ badan manusia yang mana amat sesuai digunakan di dalam bidang perubatan. Sekian.


sumber

0 comments:

Post a Comment

TAWAF DI KAABAH MENGAPA PERLU LAWAN JAM DAN KENAPA 7 KALI?





FALSAFAH DI SEBALIK TAWAF & ISTILAM

Habis cerita tentang Hajarulaswad dalam artikel yang lalu. Sekarang sudah jelas pada anda semua bahawa ia hanya seketul batu yang tiada keramat selain ia satu indikasi kehitaman imej buruk kita selaku orang Islam yang tidak fitrah dengan ketinggian dan kesejahteraan Islamnya.

Ia juga indikasi “batu jemala” isteri yang samaada menjunjung titah suami dan Allah di atas batu jemala mereka ataupun ingin terus nak jadi kepala batu. Inilah bicara satu indikasi ibarat kertas litmus di makmal, yang menampakkan kehadiran dosa atau rahmat Islam pada umatnya di alam ini.

Setelah kita melihat batu hitam itu tercemar dengan dosa. Kita jadikan itu titik mula pencarian hujjah kita. Kita harus mulakan ritual tawaf dari garisan Hajarulaswad itu sendiri bagi mencari punca mengapa batu yang asalnya putih tadi menjadi hitam. Tawaf 7 pusingan melawan arah jam itu satu ritual yang signifikan untuk menyusur dan mengundur masa sebanyak 7 kali pusingan.


MENGAPA PERLU LAWAN JAM? KENAPA 7 KALI?

Kaji semula sejarah ke belakang dari apa yang terjadi. Kaji semula punca kebejatan keluarga dan umat ini. Apakah asas kajian itu sehingga 7 pusingan? Periksa kembali setiap 7 ayat dalam Al-Fatihah (7 yang berulang). 7 ayat itu menjadi satu ikrar harian kita sebanyak 17 kali yang WAJIB dalam setiap solat fardhu yang kita lakukan. Di manakah silapnya? Apakah suruhan yang kita tidak laksanakan? Apakah perlanggaran yang kita lakukan? Sudahkah kita fahami benar benar struktur perlaksanaan setiap ayat dalam fatihah itu? Sila rujuk semula artikel SAINS FATIHAH 1-7 di http://prihatin.net.my/v3/category/sains-fatihah.

Hatta, dalam kejadian manusia dan pembentukan anak, nabi bersabda didiklah anak itu 100 tahun sebelum kelahiran mereka. Hakikatnya, tiada siapa yang setua 100 tahun yang masih subur untuk mengandung dan melahirkan anak. Tetapi 100 tahun sejarah terhampir itulah sebenarnya yang membentuk siapa kita pada hari ini. Sebelum ini kami telah rencanakan tentang itu (sila buat ulangkaji).


APA YANG ADA DI KAABAH YANG KITA HARUS KAJI 7 KELILING ITU

Inilah hakikat kiblat. Kaabah yang di dalamnya ada 3 tiang (sila rujuk sains Haji 3) adalah gambaran tunggak sembahan yang harus dibesarkan. Fatihah sendiri menyedarkan kita akan 3 unsur yang harus diagungkan ini sebagai pentajalian pengagungan kita kepada Allah. Pertama ialah ROB (pengatur) serta RUBUBIAH nya (aturan), kedua ialah MULKIAH(tempat) dan ketiganya UBUDIAH (pengabdi/hamba/pelaku).

Bila kita baca Fatihah, kita harus zikir dan semak sentiasa, sejauh mana kita berjaya menyempurnakan basmalah dan hamdalah kita sebagai pengagungan Rob dan Rububiah Allah. Bila kita baca MAALIKI YAUMIDDIN, kita harus check sejauh mana kita telah meletakkan Allah sebagai RAJA (malik) di MULKIAH (rumah/negara) kita. Apabila kita baca IYYAKA NAKBUD WIYYAKA NASTAIIN, kita harus check sejauhmana kita telah mengabdi kepada Allah? level 10% atau 100%? Ada tidak kemungkinan kecelaruan keluarga dan negara kita akibat kita memperkecilkan Allah, atau anak isteri kita memperkecilkan kita?

‘Habluminallah wahabluminannas”. Check juga semua perlakuan serta hasil dari kerjabuat kita dalam konteks 7 ayat fatihah yang lain. Jika kita belum dapat nikmat Islam seperti orang terdahulu, jika kita asyik saling dimurkai suami, isteri, anak, rakyat, pemimpin maka itu tanda kita sedang dimurkai Allah dan sebenarnya telah SESAT / BINGUNG. Puncanya ialah samada kita belum jumpa jalan yang tepat (SIROOT) atau tidak melaksanakan jalan itu dengan ISTIQOMAH (IHDINASSIROOTOL MUSTAKIM).

Dalam kontek keluarga, ROB ialah suami/ayah/Ibrahim, RUBUBIAH adalah aturan dan polisi keluarga, MULKIAH adalah rumah tangga itu sendiri dan UBUDIAH ialah isirumah. Di sini kita nampak jelas bahawa 3 unsur besar inilah yang menyelamatkan hidup kita di dalam keluarga berstatus syurga Darussalam, BAITI JANNATI. Ini hanya akan berlaku jika kita sanggup benar benar menjadi hamba (ABID) dan berserah diri (MUSLIM) kepada semua aturan Islam yang telah ditetapkan dengan penuh keyakinan dan bertawakkal.

Setelah 7 kali pusingan dilengkapkan lalu kita jumpai sebab musabab mengapakah batu Hajarulaswad itu bertukar menjadi hitam. Kita akan nampak kesilapan diri kita yang lari dari frame ketetapan Allah dalam 7 ayat berulang dalam FATIHAH itu sendiri. Seterusnya, apa nak dibuat?

ISTILAM

Antara tindakan Rasulullah s.a.w. sebaik saja memasukki Kaabah setelah berjaya menawan Mekah ialah membersihkan berhala di dalam Kaabah itu. Istilam ialah indikasi kita meninggalkan semua kesilapan yang telah kita kaji (flying kiss/bye bye). Ucapkan selamat tinggal kepada batu hitam itu dan TINGGALKANnya untuk bersaie pula. Untuk apa pula saie? Itu akan kami kupaskan dalam artikel berikutnya.

Hari ini kita lihat, ramai orang meratapi dinding Kaabah selepas mereka tawaf. Seolah-olah selepas mereka mengetahui punca dosa yang menghitamkan Hajarulaswad itu, mereka meratap dan menyesal TETAPI adakah itu caranya? Kami berikan contoh yang lebih local. Jika hari ini anda dapati anak lelaki anda mengambil pil khayal dan dadah-dadah berbahaya, jangan terus lempang anak itu sampai mati. Pusing semula sejarah hidup keluarga anda dan lihat sendiri dari frame al-fatihah itu apakah kewajipan seorang bapa yang telah anda nafikan? Apakah kewajipan seorang ibu yang telah dihentikan?

Antara sebabnya ialah kerana anda mungkin telah terjebak kepada gejala sembahan HARTA, TAHTA & WANITA. Contohnya anda mungkin terlampau sibuk mengejar harta untuk dibekalkan kepada anak itu. Harta itu juga untuk anda belikan apa sahaja yang anak sukai dengan percaya membabi buta. Anak minta duit beli syabu pun kita tak sedar. Bila kita sedar, ia dah terlambat. Anda juga mungkin sibuk mengejar pangkat, tidak kira suami isteri sibuk berkempen politik dan mengabaikan anak. Anda juga mungkin menyembah wanita dalam pelbagai cara. Ada yang sibuk melayan girlfriend diluar, atau berbini 4 sampai mengabaikan anak isteri terkatung-katung, tidak kurang ada yang takut bini dan berbagai lagi. Setelah anda tahu kesilapan itu, maka BERISTILAM lah. Anda dah nampak puncanya dan tinggalkanlah Kaabah untuk bersaie.

Jelas bukan? Diharap selepas ini, apabila kita mengerjakan umrah dan haji, dah tahulah kiranya apakah signifikan ritual ini.

Selepas ini perlu pula kita kenali apakah itu Saie? Apakah kaitan Saie dengan tawaf? Apakah kaitan Saie dengan ilmu? Jika ditanya oleh anak 4 tahun mengapa perlu bersaie, apakah jawapan kita?

Jika kita jawab, itu sebagai perlambangan kesungguhan Siti Hajar mencari air mungkin anak boleh senyap sekejap untuk berfikir. Nanti ditanya pula, kenapa mencari air itu sampai dijadikan ritual sepanjang zaman?

Tunggu artikel selepas ini nanti, InsyaAllah ada jawapan yang boleh kita beri.




SURAH 15. AL HIJR ;
86. Sesungguhnya Rob mu, Dia Yang Pencipta, Yang Mengetahui.
87. Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang berulang-ulang dan Al Quran yang agung.

SURAH 17. AL ISRAA'(PERJALANAN)
17:13. Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya pada lehernya. Dan Kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpainya terbuka.
17:14. "Bacalah kitab kamu! Cukuplah dengan diri kamu sendiri pada hari ini sebagai penghisab terhadap dirimu."
17:15. Sesiapa yang mendapat petunjuk, dia hanyalah mendapat petunjuk untuk dirinya sendiri, dan sesiapa sesat, dia sesat hanyalah baginya sendiri; orang yang dibebankan tidak memikul beban orang lain. Kami tidak mengazab sehingga Kami membangkitkan seorang utusan.

SURAH 22 AL-HAJJ
22:29. Kemudian hendaklah mereka menghilangkan kecuaian mereka dan hendaklah mereka menepati nazar mereka, dan bertawaf di Rumah Tua.
22:30. Demikianlah, dan sesiapa memuliakan hal-hal Allah yang suci, maka ia yang lebih baik baginya di sisi Pemeliharanya. Dan dihalalkan bagi kamu adalah binatang ternak, kecuali apa yang dibacakan kepada kamu. Dan jauhilah kekotoran berhala-berhala, dan jauhilah ucapan dusta,



0 comments:

Post a Comment

Paedophilia Sejenis Penyakit Rasa STIM Pada Kanak-Kanak

Nur Fitri (Gambar Hiasan)


Sebelum ni heboh satu Malaysia bercerita tentang kisah seorang pelajar Malaysia Nur Fitri Azmer Nordin  yang di penjarakan di London, (UK) di atas kesalahan memiliki dan meyebarkan lebih 30.000 gambar dan video yang berbaur lucah serta pornografi kanak-kanak. Nur Fitri  yang menuntut di Imperial College London dengan kos pengajian ditaja oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Tiba-tiba artikel di bawah admin terima di dalam whatsapp, lalu admin teringatkan kepada pelajar malang tersebut. Apa kaitannya dengan Paedophilia ini? Apakah benar Nur Fitri salah seorang daripada pengidap penyakit ini? Wallahualam... Jom kita baca apa itu Paedophilia di bawah:

Paedophilia atau paedophile, adalah satu spesis manusia yang rare. Diorang ni kalau tengok budak-budak akan timbul rasa SEXUALLY attracted. Rasa STIM.

Scary kan? Scary gila.

Sebenarnya kat Malaysia ni, ada golongan pedophile ini. Memang ada dan memang wujud.

Cuma, kesedaran kita ibu bapa di Malaysia terhadap gejala pedophilia ni amat sikit cikedis. Cuba pergi randomly tanya mana-mana parents kat luar sana,
"Apa itu pedophilia?"

80% daripada mereka mesti ingat pedophilia tu nama kuih ke nama pokok ke apa.

Most of us tak aware pasal ni. Dan bila tak aware,
kita tak faham kenapa terlalu banyak kes penculikan budak, kes budak hilang, pergi playground tak balik-balik, kes budak pergi beli kuih last-last kena rogol dengan pak guard dalam pondok guard, kes budak lelaki 5 tahun kena liwat berulang kali tapi tak cakap apa-apa sebab ingat benda tu normal, kes cikgu sekolah rendah perkosa murid, kes bayi diliwat, etc.

Bila baca kes-kes macam ni, kita sedih tapi KITA TAK FAHAM. Tak faham how can all this happen. Kenapa ada orang-orang yang pelik lahanat camtu perangai.
Kerja asyik nak attack budak je.

Itulah dia PEDOPHILES.

Pedophiles ialah the scariest kind of human-being yang ada extremeeee sexual imagination towards kids. Diorang ni ada point-of-view yang berbeza bila tengok kids, tak macam orang-orang normal yang lain. Tengok gambar-gambar contoh di bawah.

Scary kan?
U don't say ini semua tak lojik. Tak masuk akal, etc.
Pedophile always see kids sebagai pemuas nafsu. That's it.

So apa yang kita boleh buat? Itu persoalannya sekarang.

Sebab ibu bapa lah yang kena main peranan PENTING. Kalau bukan mak bapak siapa lagi?
Nak harapkan pak guard protect anak-anak kita, pak guard tu punnnn pedophile. Cikgu kat sekolah punnnn boleh jadi pedophile..

Obviously kita tak boleh ubah these pedophile people.
Kita tak mampu nak azan ke telinga mereka sambil menyeru mereka balik ke jalan yang benar. -..-
Mereka akan sentiasa mencari kanak-kanak untuk mangsa seterusnya. Tapi apa yang kita boleh buat ialah, MINIMIZE THE RISK.

Kurangkan exposure yang tak sepatutnya terhadap anak-anak kita. Contoh paling mudah, SOCIAL MEDIA.

FIKIRRR sebelum upload apa-apa gambar anak di social media. Ye saya tahu anak awak comel. Telanjang pun comel. Semua anak pun comel. Kan?

Tapi jaga privasi mereka. Anak lelaki mahupun anak perempuan. Jaga. WAJIB JAGA..

Gambar mandi, gambar tak pakai baju, gambar pakai skirt pendek, gambar terkangkang, gambar tengah change diapers, gambar anak pakai swimming suit, gambar bontot anak, those photos are high-risk photos! Pedophiles akan senang attracted dengan gambar kids yang menggeramkan camtu. Lagi comel lagi geram. You know what i mean.

"Ahhh lantak ahhh. Ni kan anak aku. Facebook aku. Instagram aku. Aku punya suka ahh!! Comel kott gambar anak aku tengah mandi. Lagipun FB aku friends tak ramai. Ada family members dan close friends je."

Bare in mind, pedophilia boleh jadi TANPA KITA SEDAR, boleh jadi SESIAPA SAJE termasuk ORANG-ORANG SEKELILING KITA.

Yes, anak-anak bagi kita mungkin comel. Adorable like hell. But to pedophiles. They get SEXUALLY AROUSED. Beza kan, comel dengan sexually attractive? Kan?

Pedophiles ni tak semestinya akan attack depan-depan, ada jugak pedophiles yang senyap-senyap.
Jenis yang save photos or videos of kids yang geram-geram tu, and they MASTURBATE and having sexual imagination using the photos.

Sounds insane kan? Tapi possible. Sumpah possible.

Dan ingat, walau se-private mana pun social media kita, it still can be access by public in so many ways. Nothing is private when it is ONLINE.

"Ahhh merepek! Selama ni aku upload gambar bogel anak aku, takde apa-apa jadi pun!"

So kau nak tunggu anak kau hilang dulu, kena culik dulu, kena bunuh dulu, baru nak stop publish la? Hmm?

Act now. Mencegah lebih baik dari merawat. Kan?

These are 12 safety rules yang parents are encouraged to follow, to avoid our kids dari serangan pedophilia jahanam nih.

1) Never post photos of kids yang tak appropriate.
Contohnya tengah mandi, tak pakai baju, tengah tidur terkangkang, pakai sk
irt pendek, etc. Anak lelaki atau perempuan. Both kena jaga!

2) Never expose specifically lokasi sekolah anak, rumah babysitter anak, tempat anak main, etc.

3) Never post status yang macam, "Rindu anak mama yang tengah kat rumah babysitter tu. Hari ni mama balik lewat malam sikit ye sayang."

Atau,

"Baru suruh Daniel beli telur kat kedai runcit kat depan sana. Cepat balik tau! Mama nak masak ni."

NEVER. JANGAN SESEKALI..

4) Sentiasa teman anak kemana sahaja dia pergi.
Playground, rumah kawan, kedai, atau ke mana saje. Yes, anak kita mungkin dah boleh berdikari, tahu jalan balik apa semua. But remember, pedophiles are everywhere.

5) Latih anak untuk tidak duduk di atas peha / pangkuan sesiapa sahaja, terutama lelaki. Tak kisah dalam apa jua keadaan, dengan sesiapa saje. Kalau boleh, AVOID. Especially yang ada anak yang pasif atau jenis "duduk diam".

6) Jangan paksa anak kalau dia "tak selesa" dengan orang tertentu. Observe kelakuan anak, kalau-kalau dia nampak macam "takut" atau "mengelak" bila nampak mana-mana orang dewasa.

7) Alert dengan perangai anak. Kalau tetiba dia kemurungan atau ketakutan. There must be something yang ganggu fikiran dia.

8) Ajar anak supaya tidak membenarkan sesiapa sahaja pegang, tengok atau "tersentuh" their private part.

9) Ambil peduli bila anak tak puas hati dan sedang bercakap tentang seseorang (dewasa). Pay attention kalau-kalau there is something wrong with that particular adult.

10) Sentiasa pakaikan anak pakaian yang appropriate untuk tontonan umum. Simpan sikit kecomelan anak untuk diri sendiri. Jangan ditayang-tayang sangat.
Peha nak tayang, bontot nak tayang, ketiak nak tayang. NO!

11) Respect your kids privacy. Bila anak tak mahu bergambar atau need some space or privacy, hormati kehendak mereka.

12) Kalau ada tanda-tanda anak korang adalah mangsa pedophile, atau korang macam suspect seseorang itu adalah pedophile, terus call ChildLine 15999. Adu lah apa sahaja pasal child abuse kat situ dan dapat kan bantuan.

A Please parents.

We are currently living in an era yang langsung takde barrier. Langsung takde sekatan. Bila takde barrier takde sekatan, hence takde keselamatan. Pandai-pandai jaga diri. Pandai-pandai jaga anak sendiri.

Pedophiles are everywhere. Pedophiles can be anyone.

U don't say these people dont exist. They do. Dan RAMAI sebenarnya. Cuma kita yang tak tahu kewujudan mereka. Because diorang tak bodoh untuk mengaku yang diorang pedophiles. Kan?

Ada juga pihak yang kaitkan jenayah pedophilia ni dengan kos kahwin dan kos sara hidup di Malaysia. Kos kahwin dan kos sara hidup semakin merepek menyebabkan semakin ramai lelaki yang membujang. And they tend to use kids untuk melampiaskan syahwat. Satu, sebab kids senang. Lemah dan tak mampu melawan. Dua, free.

Na'uzubillahi min zalik.

Jom sama-sama kita tengok balik gambar-gambar anak yang kita pernah post dulu. Kalau ada yang kurang sopan atau high-risk, DELETE je.

Bertaubat dan sentiasa mohon perlindungan Allah.
Ye betul, kalau Allah tak izin, takkan jadi. Tapi kalau Allah izin dan benda tu jadi, ia sebenarnya berpunca dari tangan-tangan kita sendiri.

Esok-esok kita kena soal, tentang setiap kemudaratan yang kita tak sedar berpunca dari tangan kita sendiri.

Mintak jauh.

p/s: Mohon sebarkan perkara ni supaya lebih ramai ibu bapa aware dan ambil peranan. Lindungi hak anak-anak. Sebab mereka sememangnya berhak mendapat perlindungan yang sepatutnya. Apa pun admin sangat-sangat berharap agar Nur Fitri bukan pengidap penyakit pedophiles ini. Semoga keluarga serta sahabat handai dapat membantu beliau. 

0 comments:

Post a Comment

KOD RAHSIA (2) Apa Maksud Khurasan & Percubaan-Percubaan Membunuhnya?



Soalan penting yang mesti anda jawab sekarang juga ialah adakah warna sawo matang itu ada kaitan dengan Khurasan?

Kalau anda menjawab ya, maka anda mesti menjawab 3 soalan berikutnya untuk melepasi tahap yang kami tetapkan.

SOALAN [1] 
Khurasan itu terbahagi kepada berapa bahagian?

SOALAN [2] 
Adakah semua penduduk dalam Khurasan itu mesti berkulit sawo matang?

SOALAN [3] 
Adakah Asia Tenggara ini termasuk dalam Khurasan?

MARI MELIHAT KHURASAN LEBIH DEKAT 
Imam Mahdi telah ada sekarang tetapi kita tak tahu di mana  Imam Mahdi akan muncul di Khurasan. Maka timbullah 2 soalan berikut.

Pertamanya [1]
Di manakah Khurasan itu.?

Keduanya, [2]
Apakah had-had yang disebut Khurasan itu?        

TIGA MAKSUD KHURASAN 
Mengikut pakar geopolitik, Khurasan itu mempunyai 3 maksud seperti berikut.

KHURASAN [1] :
Khurasan di bumi Afghanistan atau selatan Russia, di mana wujudnya golongan Taliban (Taliban bermaksud pelajar). Ramai blogger berpendapat golongan Taliban yang kebanyakan mereka berasal dari Kaum Pashtun adalah anak cucu dari Bani Israel dari jalur keturunan Nabi Ishaq a.s. Walau bagaimanapun, tentang maksud genetic dari keturunan Bani Ishaq itu, maka orang-orang Melayu di Asia Tenggara juga memilikinya sama seperti kaum Pahstun.

KOD RAHSIA (1) 
Ia Kelihatan Seolah-Olah Seperti Bani Israel. Maka dengan itu, menganggap Kaum Pahstun atau puak Taliban sahaja sebagai keturunan Bani Ishaq, maka ada kesilapan di situ. Rumusan umum yang boleh digunakan atau diterimapakai ialah keturunan Bani Ishaq berteraburan seluruh Khurasan, termasuk di alam Melayu itu sendiri.

KHURASAN [2] :
Khurasan di bumi Isfahan, Iran tempat di mana berdirinya loji nuclear iran. Kami telah menerima rasa terkejut bahawa ada seorang habib (maksud kami Habib Munzir Al-Musawa) yang mengatakan bahawa Al-Mahdi datang dari sana. Setahu kami, bahawa Dajjal akan keluar dari sana bersama 70,000 orang pengikutnya. Cerita tentang Al-Mahdi juga datang dari sana agak mengejutkan kami.

Jadi kami menganggap peringkat awalnya, mungkin berlaku typing error dalam jawapan beliau di dalam forum Majlis Rasulullah. Sekiranya ia benar typing error, maka kami menganggap ia satu kesalahan tak disengajakan. Sekiranya jawapan itu memang benar begitu mengikut pandangan habib, maka kami sangat berharap semoga habib yang kami sayangi dapat menjelaskan perkara ini selengkapnya.

KHURASAN [3] :
Khurasan juga merujuk kepada bumi Asia Timur iaitu di kawasan alam melayu. Kenapa ia juga diambilkira?. Kami membentangkan tiga factor berikut untuk pencerahan.

FAKTOR [1] 
Kerana islam bermula di tanah Arab, kemudian berkembang maju di Benua Afrika, kemudian berkembang di Benua India (zaman kesultanan Monggol), kemudian di Turki dan akhir sekali di kawasan Asia Timur (alam Melayu).

FAKTOR [2] 
Kerana wujudnya misteri pada nama SYUAIB BIN SALEH. Kenapa terdapat huruf bin, sedangkan menurut bahasa Arab, “bin” itu biasa dipanggil menggunakan perkataan “ibnu”?. Perkataan “bin” itu hanya terdapat pada masyarakat orang Melayu sebelah Timur.

FAKTOR [3] 
Kerana rata-rata orang Melayu sebelah Timur berkulit sawo matang. Mereka berbeza dengan bangsa Cina yang 99% berkulit putih. Dan mereka juga berbeza dengan bangsa India yang 99% berkulit hitam.

MERENUNGI KATA SAHABAT 
Kata sahabat RA, “Kulit al-Mahdi itu berwarna coklat (sawo matang).” Daripada ucapan sahabat RA di atas, dapatlah diambil kesimpulan bahawa Imam Mahdi itu kulitnya berwarna, bukan putih cerah seperti kebiasaan warna kulit orang Arab. Disebutkan warna kulitnya di dalam bahasa Arab sebagai coklat, bukannya putih atau cerah. Jelasnya, warna ‘coklat’ yang dimaksudkan itu adalah sawo matang. Dan jika kita cantumkan semua keterangan yang ada mengenai Imam Mahdi ini, jelaslah, bahawa Timur yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan adalah kawasan Asia Tenggara (Nusantara) ini.

PERCUBAAN MEMBUNUH [1] 
Sejak dahulu, orang-orang Yahudi & Nasrani menjangkakan Islam akan bangkit di kawasan ini. Maka timbullah konspirasi Para Orientalis-Nasrani dan Yahudi-Zionis untuk mengesan dan mencari Al-Mahdi di kawasan ini dan merancang untuk membunuhnya sejak berkurun-kurun yang lampau. Kaum Nasrani (Kristian) telah menyerang Filipina dan menjajahnya bertahun-tahun. Mereka cuba mencari dan membunuh Al-Mahdi di sana. Tetapi hasilnya sifar. Yahudi kemudian mengembangkan sayapnya di Asia Tenggara melalui pengkalannya di Singapura. Tetapi hasilnya juga sifar. They got nothing.

PERCUBAAN MEMBUNUH [2] 
Masa berlalu, mereka kemudian berpindah kepada Khurasan yang lebih dekat (the nearest Khurasan). Maka mereka pun segera menyerang Afghanistan kerana menurut kajian mereka, Kaum Pahstun memiliki ciri-ciri seperti yang ditunjukkan Imam Mahdi. Tetapi mereka gagal mencari dan membunuh Imam Mahdi. Hasilnya, usaha mereka sia-sia. Percubaan merekapun gagal juga. Serangan ke atas Taliban tidak pernah memenangkan AS dan sehingga sekarang mereka kalah terhadapnya. Benarlah seperti kata penganalisis perang, AS tak pernah menang terhadap musuhnya. Kematian Osama Ben Laden di Afghanistan pun seperti sebuah cerita hikayat. Entah betul entah tidak, tidak ada sesiapapun yang boleh mengesahkannya.

PERCUBAAN MEMBUNUH [3] 
Kemudian mereka pergi kepada Khurasan yang lebih dekat (the nearest Khurasan). Kali ini mereka menyerang Iraq. Ada banyak teori terhadap serangan itu. Salah satunya berkaitan dengan Imam Mahdi sebagaimana yang akan kami jelaskan di bawah.

TEORI [1] 
Mereka menganggap Saddam Hussein cuba menghidupkan system dinar dan dirham di Asia Barat, yang dikatakan mampu mengugat system duit Euro di Eropah pada masa itu. Sebab itu Iraq diserang.

TEORI [2]
Mereka kata Saddam Hussein memiliki senjata kimia sepertimana yang berlaku di Syria sekarang. Tetapi penyiasatan PBB menunjukkan hasil sifar sehingga Obama pernah menempelak G.W. Bush di atas tindakannya menyerang Iraq. Katanya, perisikan G.W.Bush tidak kemas dan professional.

TEORI [3] 
Mungkin juga mereka menyerang Iraq berpandukan kata-kata Abu Hurairah, sahabat Nabi yang mulia  bahawa Saddam Hussein itu pengkhianat kepada Al-Mahdi Al-Amin. Rujuk post kami yang bertajuk INILAH KISAH AL MAHDI AKHIR ZAMAN. ANDA MESTI MEMBACANYA. Mereka mengharap serangan itu dapat membunuh Al-Mahdi dan menghapuskannya dengan segera. Kisah penaklukkan Kuwait oleh Saddam adalah sandiwara barat yang direka khusus untuk menghalalkan tindakannya menyerang Iraq.

MEREKA TELAH MEREMPUH 3 KHURASAN
Setakat ini mereka telah merempuh 3 Khurasan iaitu [1] Asia Tenggara, [2] Afghanistan & [3] Iraq. Dan mereka telah gagal di dalam keseluruhan visi dan misi mereka. Cuma satu, mereka belum menyerang Iran untuk mencari Imam Mahdi di kawasan Isfahan sebagaimana yang disebut oleh Habib Munzir Al-Musawa. Maka kerana itu, timbullah misteri yang setakat ini masih lagi menjadi misteri. Adakah benar Al-Mahdi itu terdapat di Isfahan, Iran? (seperti kata Habib Munzir Al-Musawa) atau berada di dalam sebuah gua di kawasan gurun Asia Barat? (seperti kata seorang guru kerohanian).

KAMI TIDAK MENJAWAB SOALAN ITU
Kami sendiri tidak dapat menjawab soalan itu. Tetapi kami berpendapat Yahudi & agen-agen Dajjal sangat berminat dengan soalan-soalan pelik seperti itu. Dan kerana itu, mereka terus bekerja secara diam-diam mencarinya.

PERCUBAAN MEMBUNUH (4) 
Dalam mereka berkerja dalam diam-diam, mereka juga merancang Arab Spring di Mesir pada Janauari 2011 untuk mencari Al-Mahdi. Maka kerana itu, pergolakan di Mesir itu adalah buah catur Yahudi supaya berlaku huru-hara dan kacau-bilau. Tujuannya supaya berlaku pembunuhan sesama mereka, di samping untuk mendesak Al-Mahdi supaya segera tampil ke depan. Hal ini bertujuan supaya pembunuhan terancang dapat dilakukan terhadapnya. Dan mereka pun tetap gagal.

PERCUBAAN MEMBUNUH [5] 
Kemudian percubaan itu berlaku di Libya. Yang terbunuh hanyalah Muammar Ghadafi dan pembantu-pembantunya. Al-Mahdi tetap tersembunyi sehingga Yahudi & agen-agen Dajjal merasa bosan menunggunya sehingga mereka bergerak pula ke Syria. Diringkaskan cerita, mereka amat kecewa dengan percubaan-percubaan mereka untuk membunuh Al-Mahdi.

PERCUBAAN MEMBUNUH [6] 
Kemudian mereka berpindah ke Syria untuk segera dapat menyembelih Al-Mahdi. Tetapi semakin mereka menghuru-harakan Negara tersebut, tikus besar (cercaan mereka terhadap Al-Mahdi) tidak juga keluar. Dan Yahudi Zionis sangat risau, gelung 40 tahun kemunculan Al-Masih Dajjal mereka akan tiba tidak lama lagi.

BAGAIMANA MEMBINA SOALAN? 
Mencari Al-Mahdi adalah sama seperti mencari permata yang keberadaannya ada di mana-mana sahaja. Maka kuncinya adalah membina soalan. Jawapan akan timbul apabila seseorang tahu membina soalannya.

AL MAHDI BERADA DI MANA? 
Al Mahdi berada di Khurasan. Kemudian Khurasan itu di mana? Apakah Khurasan itu bermaksud sebuah wilayah? Atau maksudnya Timur? Apakah maksudnya pula bila Rasulullah SAW bersabda bahawa Al-Mahdi datang dari Timur, Timur & Timur (dengan 3X ulangan). Maka itulah soalannya. Dan disitulah terdapat jawapannya. Kami tak berani mengaku bahawa kami tahu jawapannya, tetapi secara firasatnya kami tahu maksud khurasan itu apa. Di situlah letaknya kebodohan dan kebebalan bangsa yang bernama Yahudi  itu. Mereka tak pandai membina soalan. Dan mereka tidak mempunyai firasat (cahaya iman) untuk mencari jawapannya. AS dan sekutu-sekutu Eropahnya lagi bodoh dan bebal. Dan mereka hanya akan menemui manusia agung itu bila dia dimunculkan Tuhan pada saatnya nanti. Bertuahlah Khurasan yang bernama Asia Tenggara (Nusantara) ini sekiranya apa yang saya katakan ini benar.

Wallahu a'lam

Sumber:

0 comments:

Post a Comment

KOD RAHSIA (1) . Seolah-olah Dia Dari Keturunan Bani Israel.



Mari kita dengarkan sebuah hadis berikut.
Dari Abu Umamah r.a, telah bersabda Rasulullah SAW, “Al-Mahdi adalah dari keturunanku, berusia empat puluh tahun, di mukanya seolah-olah ada bintang mutiara, di pipi kanannya ada tahi lalat hitam, dia berkulit sawo matang seolah-olah dia itu seorang lelaki dari Bani Israel. Dia menemukan simpanan-simpanan kekayaan dan menakluki bandar-bandar kesyirikan”.

Umur IM dikatakan berusia antara 30 -40 tahun semasa kemunculannya. Maka maksud hadis di atas ialah sekitar 40 tahun menurut pendapat jumhur ulamak.

Seorang ahli tilik Yahudi pernah berkata (berhubung hadis di atas), bahawa “Sesungguhnya wajah Al-Mahdi sebagaimana didakwa oleh umat Islam seiras dengan wajah seorang Yahudi dan bukan Arab, buktinya ialah bahawa mereka berkata pada sifatnya iaitu sesungguhnya muka Al-Mahdi mempunyai rupa Arab dan berbadan Yahudi”.

Maksud berbadan Yahudi itu ialah bertubuh tegap (segak), gagah dan berkulit sawo matang. Kulitnya kemerah-merahan (sawo matang) seperti kulit orang Israel. Nyatalah bahawa Imam Mahdi bukan lagi berkulit seperti kulit orang Arab, tetapi lebih kepada corak kulit orang Ajam dengan warna yang kemerah-merahan. Maksud tersiratnya ialah, kulit yang merah itu tanda negeri tempat lahirnya adalah negeri yang panas. Kulitnya macam kulit orang Israel itu adalah tanda bahawa keturunannya sudah bercampur antara Arab  dan Ajam (penduduk asal dari negeri ‘yang panas cuacanya’ tadi). Orang-orang Arab yang datang ke Timur ini, lazimlah kalau kulit mereka menjadi kemerah-merahan.

UCAPAN SEORANG PENDETA 

Mari kita dengar ucapan seorang pendeta Yahudi tentang maksud kedatangan Al-Mahdi (maksud mereka ialah Dajjal). “Sesungguhnya Mahdi Akhir Zaman adalah Al-Masih kita yang dinanti-nanti, yang mana pengawalnya adalah malaikat dan arahnya Yahudi.

Nampaknya usia pemuda ini di tengah-tengah 40 dan 50 tahun. Usia sebenar adalah lebih besar dari 70. Jika tidak, lebih besar dari 100, bahkan lebih besar dari ribuan tahun kerana dia itu tuhan.

Sesungguhnya dia rasul perdamaian dan seorang yang perkasa dari orang-orang yang perkasa. Sesungguhnya dia adalah Al-Masih hakiki bagi orang yang menantikan Al-Masih” Perkataan ini muncul dalam suatu ucapan pendeta Yahudi ketika pertemuan pendeta Yahudi Barat pada 9/2/1992 di Majlis Tinggi Dar Al-Ifta Yahudi di Bandar Ribat.

MAKSUD DARI UCAPAN ITU.

[1] Pendeta-pendeta itu mengakui adanya Al-Mahdi dalam Islam.

[2] Mereka mengakui bahawa Al-Mahdi itu seorang lelaki yang gagah dan tidak boleh dikalahkan.

[3] Mereka yakin bahawa lelaki itu bukan orang Israel walaupun perawakannya Israel. NAMA YANG BERKAT Nama Imam Mahdi (IM) adalah suatu nama yang sangat berkat. Orang-orang tua kita di Nusantara sangat menghormati gelaran itu dengan memanggilnya Baginda Imam Mahdi. Siapakah sebenarnya sosok juru selamat (maksudnya IM) yang akan datang di akhir zaman?  Pertanyaan ini barangkali telah muncul beberapa abad yang silam. Hingga kini, umat Islam di berbagai negara masih terus memperbincangkannya.
Menurut Ensiklopedia Islam,  terdapat perbedaan pendapat di kalangan umat Islam mengenai sosok (figure) Imam Mahdi.

RAHSIA YANG TETAP MISTERI 

Tidak ada seorang pun di muka bumi ini yang mengetahui tentang Imam Mahdi dan ciri-cirinya, kecuali Rasulullah s.a.w. kerana Rasulullah dibimbing oleh wahyu. Oleh sebab itu bagi kita sebaik-baiknya tempat untuk merujuk tentang perkara ini adalah apa yang baginda Rasulullah katakan dalam hadis-hadisnya sebagaimana berikut.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun.” (HR. Abu Dawud dan al-Hakim)

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak cucuku.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim)

Hadis-hadis di atas dan hadis-hadis yang lainnya memberikan kita rahsia yang sangat sukar dipecahkan. Orang Yahudi pening kepala mencari keberadaan IM. Begitu juga orang Nasara (Kristian). Dan begitu juga pencari-pencari IM dalam kalangan umat Islam. Akhirnya, kita sampai kepada empat pendapat tentang IM dalam Islam. ‘’Ada empat pendapat tentang figure Imam Mahdi,’’ tulis Ensiklopedia Islam.

Menurut kelompok pertama,  Imam Mahdi adalah seorang yang berasal dari keturunan Fatimah Az-Zahra, puteri Rasulullah SAW. Ia berasal dari ahlulbait, yang namanya sama dengan Nabi SAW. Imam mahdi akan datang pada akhir zaman. Menurut Ensiklopedia Islam, pendapat pertama ini dianut oleh jumhur ahlusunah waljamaah (ASWJ). Sebahagian ulama Sunni menambahkan, nama ayah Imam Mahdi yang akan menjadi juru penyelamat dunia di akhir zaman juga bernama Abdullah, sama seperti nama bapaknya Nabi SAW. Kemudian timbul perbahasan, IM datang dari jalur mana? Maksudnya dari Syaidina Hussein atau Syaidina Hassan?. Ramai orang berpendapat dia datang dari keturunan Syaidina Hussein, manakala sebahagiannya berkata dari keturunan Syaidina Hassan. Menurut pengajian saya, IM datang dari keturunan Syaidina Hassan. Tetapi keturunan beliau sangat kurang berbanding adeknya. Kalau di Malaysia & sekitarnya, keturunan beliau banyak terdapat di Brunei, manakala di negeri-negeri lain, dipenuhi oleh keturunan Syaidina Hussein. Di Indonesia, saya tidak tahu kedudukannya. Mari kita dengar beberapa kata hikmat dari seorang guru kerohanian tarikat kami seputar Imam Mahdi.

KATA [1]

"Sebagai seorang muslim, kita mesti percaya bahawa seorang penyelamat akan datang sebelum Isa Al-Masih. Namanya ialah Muhamad Al-Mahdi.”

KATA [2]

"Dia akan datang, tetapi kemunculannya adalah selepas Perang Besar (Perang Amargeddon). Perang itu adalah peperangan antara kuasa-kuasa besar.

KATA [3]

“Dan dalam peperangan tersebut, penyelamat itu akan datang seperti tangan suci dari shurga. Kemudian beliau akan memberhentikan peperangan tersebut”.
Kemudian sampailah kita kepada Kod Rahsia (1) Imam Mahdi. Beliau dikatakan mempunyai wajah seperti seorang Israel. Tetapi ada pula pendapat lain mengatakan bahawa wajahnya ada rupa Arab tetapi perawakan tubuhnya seperti orang Israel.

MANA SATU YANG BETUL? 

Saya setuju dengan pendapat bahawa kedua-duanya betul. Ini kerana dalam tubuhnya terdapat gen dari Bani Israel, seperti diceritakan di bawah. SECRETS: 'Gendang, 'Songkok, 'Serban, 'Shawls TEORI GENETIK BANI ISHAQ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahaw Al Mahdi berpakaian seperti Bani Israel (yakni sama dengan pakaian Nabi Isa a.s). Apa yang saya maksudkan dengan pakaian Bani Israel ialah berpakaian seperti golongan kaum Nabi Yusof a.s, iaitu  Manasseh, Patan dan Pashtun, yakni berpakaian "Qutwani Shawls". Orang Patan, Pashtun dan Manasseh  adalah dari keturunan Bani Israel (dari puak Nabi Yusuf a.s, Nabi Musa a.s dan Nabi  Harun a.s). Selain kurta dan Qutwani Shawls, Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda bahawa Nabi Isa a.s pakai serban yang mempunyai 2 ekor (mafhum).

Jadi 2 ekor di belakang serban adalah pakaian rasmi bagi Bani Israel. Mengikut kitab Yahudi tua (Book Of Mormon), sebahagian daripada bangsa Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel, iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh, iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s., Nabi Yusuf mempunyai 2 orang anak sahaja iaitu Manasseh dan Ephraim). Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang Professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% peratus variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Bani Israel.

TEORI AD-DUKHAN (KABUT) 

Dengan menganggap bahawa Teori Genetik Bani Ishaq itu betul dari segi santifiknya, maka kami menambah satu lagi Teori. Teori ini ada kaitan dengan 3 tokoh pada 3 zaman.

[1] Berlaku pada zaman Nabi Yusof a.s di Mesir

[2] Berlaku pada zaman Nabi Muhamad SAW di Arab Saudi.

[3] Berlaku pada Imam Mahdi di Asia Tenggara.

TIGA PERKARA HAMPIR SAMA. 

[1] Kesemua 3 tokoh di atas mengalami pristiwa Ad-Dukhan (Kabut) pada zaman masing-masing. Kisah Nabi Yusuf disebutkan dalam Al-Quran, kisah kabut pada zaman Nabi Muhamad SAW disebutkan di dalam hadis, manakala kisah kabut pada akhir zaman (Imam Mahdi) ditinggalkan sebagai misteri.

[2] Tokoh pertama dan kedua berkaitan dengan kerasulan masing-masing pada tempat masing-masing. Maka tokoh ketiga (Imam Mahdi) dikhabarkan akan keluar di Asia Tenggara kerana peristiwa kabut sekarang ini (akhir zaman) banyak berlaku di Asia Tenggara.

[3] Kalau benar bahawa Imam Mahdi itu keluar dari Asia Tenggara, maka Teori Genetik Bani Ishaq di atas mempunyai hujjah sokongan dari teori kabut (Ad-Dukhan) sebagaimana kami jelaskan. Kami memohon maaf di atas kod rahsia yang kami bawakan ini. Yang benar itu hanya dari Allah. Semoga DIA melindungi imam kita selama-lamanya.

Sumber:

0 comments:

Post a Comment

SUAMI YANG MACHO ADALAH...





SUAMI YANG MACHO ADALAH...

Suatu hari, seorang wanita bersama suaminya menemui Khalifah Umar bin al-Khattab. Dengan wajah seribu harapan, wanita tersebut meminta Khalifah Umar mengizinkan dirinya bercerai dengan suaminya.

"Wahai Amirul Mukminin, aku bukan bagi diriku dan bukan pula suamiku ini. Bebaskanlah aku daripadanya." ucap wanita itu penuh mengharap.

Tetapi Khalifah Umar tidak segera menjawab permohonan itu. Beliau memandang ke arah suami wanita itu. Rambutnya kusut-masai, kukunya panjang, janggutnya tidak terurus, wajahnya pula pucat lesi dan cara berpakaiannya benar-benar tidak sedap mata memandang.

Lalu Khalifah Umar memberi isyarat kepada lelaki itu. Beliau memerintahkan lelaki itu mandi, memotong kuku, memotong rambut dan menyisirnya dengan rapi. Maka lelaki itu pun pergi melaksanakan perkara yang diperintahkan oleh Khalifah Umar.

Tidak berapa lama kemudian, lelaki itu datang kembali. Lalu Khalifah Umar mengisyaratkan supaya lelaki itu memgang tangan isternya yang langsung tidak mengenalinya.

Wanita itu terkejut kerana "lelaki asing" itu memegang tangannya lantas berkata :"Wahai hamba ALLAH, subhanALLAH! Apakah engkau tidak malu melakukan perkara seperti ini di hadapan Amirul Mukminin?

Melihat adegan tersebut, Amirul Mukminin tersenyum lalu menjelaskan kepada wanita tersebut bahawa lelaki yang menggenggam tangannya itu ialah suaminya sendiri.

Dengan tersipu-sipu, wanita itu berkata kepada Khalifah Umar bahawa dia ingin membatalkan permintaannya sebelum ini. Akhirnya pasangan itu pun kembali dengan mesra bergandingan tangan.
"Begitulah seharusnya para suami mempersembahkan diri kepada si isteri. Sesungguhnya isteri lapang hatinya apabila suami berhias untuk mereka, sebagaimana suami berasa tenang dan senang apabila isteri berdandan untuk mereka." Kata Saidina Umar al-Khattab


Dipetik dari Majalah Solusi Isu no 40


0 comments:

Post a Comment

Umat Islam Akhir Zaman Seperti Buih Di Lautan





SEBUAH hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”

Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak berarti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”

Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”

Jawab Rasulullah SAW, “Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”

Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?”

Rasulullah SAW bersabda: “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”

Suatu keadaan yang nyata di hadapan kita sekarang, bahwa jumlah umat Islam sudah cukup banyak. Di dunia ini, satu setengah milyar lebih penduduk bumi adalah Muslim. Tetapi kita saksikan bahawa jumlah yang banyak ini belum membawa umat ini keluar dari kesulitan-kesulitannya. Inilah rupanya yang diungkapkan Rasulullah dalam hadis di atas. Patutlah kiranya kita semua, umat Islam melihat ke dalam, seberapa jauh kiranya kita sudah terjangkiti penyakit al-Wahn tersebut, penyakit cinta dunia dan takut akan kematian.

Tentunya ini tak lepas dari kesalahan pandangan umumnya masyarakat Muslim terhadap kehidupan dunia. Mengapa sampai cinta pada dunia dan takut mati? Tentu ini kerana memandang bahwa dunia ini adalah tempatnya segala kesenangan, dan kematian adalah pemutus kesenangan tersebut. Sungguh suatu cara pandang yang sesat dan keliru.


2 comments:

Post a Comment

Hukum Islam Hudud Telah Dijalankan Di Zaman Dahulu Di Tanah Melayu




Assalaamualaikum w.b.t… Tahukah anda bahawa HUkum Islam / Hudud telah pun dijalankan di Tanah Melayu ini sebelum kedatangan penjajah dahulu? Saya pasti masih ramai yang tak tahu dan tak percaya. Tetapi ketahuilah bahawa inilah kebenaran dan sejarah berdasarkan fakta-fakta yang ada dan logik akal.

Menurut Prof Syed Muhammad Naquib, Islam mula diterima di Melaka pada tahun 812 hijrah (1409 Masihi). Ini menjadikan Melaka sebagai kesultanan Melayu Islam pertama di tanah air ini. Parameswara telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Iskandar Syah. Baginda diIslam kan oleh seorang pendakwah dari Jeddah yang bernama Sayyid Abd Aziz.

Ketahuilah bahawa, Kesultanan Melayu Melaka ini telah menjadikan Undang-Undang Islam sebagai undang-undang negara. Dan usaha untuk mengkanunkan undang-undang ini telah dimulakan sejak pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Hukum kanun Melaka ini meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. HUkuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir.

Hukum Kanun Melaka telah memperuntukkan hukum Qisas dalam fasal 5:1,3 , 8:2,3, 18:4, dan 3. Antaranya ialah berkenaan dengan pembunuhan dengan sengaja yang dilakukan oleh orang Islam ke atas orang kafir, orang merdeka ke atas hamba dan bapa ke atas anaknya. HUkum kanun Melaka tidak mengenakan qisas bagi kesalahan-kesalahan tersebut.


Hukum Kanun Melaka memasukkan kesalahan melakukan hubungan sesama jenis (liwat) dan hubungan kelamin dengan binatang seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 43:5. Dalam Fasal 42 pula, memperuntukkan 40 kali sebat ke atas orang merdeka dan 20 kali sebat ke atas hamba yang melakukan kesalahan meminum arak. Dalam Fasal yang sama itu juga ada diperuntukkan hukuman bagi kesalahan berjudi iaitu dirampas semua barang perjudiannya.

Antara contoh lain iaitu hudud dalam Hukum Kanun Melaka yang meliputi kesalahan zina, qazaf, merompak, mencuri, murtad, dan meninggalkan sembahyang. Ini adalah sedikit dari contoh-contoh hukum hudud yang telah dijalankan di zaman dahulu yang pada masa ini telah digeruni bukan sahaja oleh bukan Islam, tetapi orang Islam sendiri yang takut kepada HUKUM yang dapat menjamin kesejahteraan sejagat ini. Kita telah ditakut-takutkan oleh musuh Islam kepada hukum yang dicipta oleh pencipta segala sesuatu ini. Allah menciptanya dan sudah tentulah ia adalah BEST OF THE BEST law.

Malangnya umat Islam sekarang ini bukan sahaja takut dengan hukum agama sendiri, malah ada juga yang merendah-rendah dan memperli HUKUM ALLAH, astaghfirullah. Ketahuilah Hukum Islam ini adalah wajib sepertimana solat, zakat dan sebagainya kerana ia terkandung dalam ayat berbentuk perintah dalam Al Quran. Contohnya seperti ayat 2 Surah An Nur ini yang bererti, “Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.”

Antara hikmah ALlah perintahkan supaya kedua-duanya didera di hadapan orang ramai agar menjadi pengajaran kepada orang lain. Orang akan takut untuk melakukan dosa tersebut dan ibu bapa akan aman dari anak-anak mereka terjebak dalam gejala zina ini. Jika kita ikut undang-undang yang dikenakan kepada penzina sekarang, hukuman dilakukan secara rahsia dalam bilik mahkamah, tidak dilakukan di hadapan orang ramai. Dan yang sedih lagi orang-orang yang punyai banyak wang boleh terlepas begitu sahaja dengan hanya membayar denda. Pasti lain kali dia tidak takut untuk melakukannya lagi. Ini semakin membuatkan orang tidak takut untuk melakukannya dan siapa yang tidak aman?? Ibu bapa2 juga lah yang tidak aman, tak ke menyusahkan ke tu? Isy7 fikir-fikirlah wahai saudara-saudaraku.

Sepertimana hukuman gantung yang diamalkan sekarang kepada pesalah-pesalah tertentu. Hukuman gantung itu seksa wahai tuan-tuan dan puan-puan, nampak sahaja tak kejam. Sedangkan dalam Islam, hukuman bunuh sepatutnya dijalankan hukum pancung. Nampak je kejam, tetapi sebenarnya itulah hukuman paling lembut. Sekali cantas habis, apabila urat murih putus maka hubungan urat dengan otak sudah tiada. Maknanya si mati itu tidak akan mengalami seksa langsung untuk mati. Tak ke lembut tu wahai saudara-saudaraku? Sedangkan hukuman gantung itu dijalankan sampai pesalah itu mati. Maknanya, selagi pesalah itu tidak mati selagi itu lah dia terkapai-kapai tersiksa di atas tali gantung, isy7.

Dan antara Hukum Islam yang paling ditakuti ialah mencuri kena kerat tangan. Kita telah ditakut-takutkan dan media barat telah menggambarkan betapa buruknya hukuman kerat tangan ini. Sampai ada yang menyatakan nanti kita akan makan sup tangan la dan macam-macam lagi, isy7. Betapa tidak fahamnya orang yang berfahaman sebegitu. Kita perlu tahu, kalau setakat mencuri roti kerana lapar, kalau setakat mencuri seringgit dua ringgit, tidak akan dikenakan kerat tangannya! Islam ada hukum ta’zir, iaitu hukuman yang diringankan oleh pemerintah dengan sebab-sebab tertentu untuk meringankan hukuman tersebut.

Hukum Islam tidak zalim seperti yang disangkakan , tetapi musuh-musuh Islam yang benci kepada agama yang suci ini telah mempropagandakannya dan melabelkan Hukum Islam sebagai Hukum yang keji, astaghfirullah. Maka kita tengok lah sekarang berleluasa lah rompakan di sana sini, mencuri di sana sini, orang pecah rumah, tahan kereta, ragut dan sebagainyaa, aman kah keadaan sebegini rupa wahai saudara-saudaraku?? Fikir-fikirkanlah bahawa Undang-undang Islam adalah untuk PEACE iaitu keamanan, bukannya untuk menimbulkan kacau bilau. Yakinlah dengan ciptaan Yang Maha Esa itu wahai saudara-saudaraku!!!

Kenapa anda takut sangat dengan Hukum kerat tangan? Anda ada niat nak mencuri ke? Ada niat nak merompak ke? Hehe Ntah kenapa orang Islam kita terlalu takut dengan hukuman kerat tangan, sedangkan ianya akan dijatuhkan kepada pesalah yang kronik sahaja. Pesalah yang sudah diberi peluang bertaubat oleh Qadhi, tetapi melakukannya lagi. Pesalah yang boleh membahayakan nyawa ramai orang awam. Perlu dibiarkan ke pesalah-pesalah begini? Adakah anda lebih sayangkan mereka dari sayangkan saudara, jiran dan rakan anda? Fikir-fikirkanlah wahai kaumku. Lagi pun dengan hukuman kerat tangan sebelah itu, itulah cara terbaik untuk menginsafkan manusia yang sememangnya berhati keras dan jahat. Ada hikmahnya yang tersendiri, ALlah dah tahu belaka cuma kita sahaja yang malas berfikir dan suka mengikut nafsu dan kepuasan kita semata-mata.

Maka tidak adakah di hati kita perasaan ingin melihat semula Hukum Allah tersebar di muka bumi? Berbalik semula kepada sejarah Hukum Islam di negara kita. Hukum Islam mula terpinggir dan dikategorikan hanya di mahkamah syariah sejak kedatangan penjajah British. Habis semua undang-undang lama dirombak dan diganti dengan undang-undang ciptaan Lord Reid. Bermakna kita semua sekarang ini berada dalam satu sistem cara hidup yang diatur oleh Lord Reid itu. Dan ada yang bermati-matian mempertahankan undang-undang tersebut dan takut untuk menjalankan Hukum Islam dengan pelbagai alasan. Antara alasan yang kerap didengar ialah kerana kita sekarang hidup dalam berbilang kaum dan agama. Sebenarnya alasan itu tidak relevan sama sekali. Kerana Undang-undang Islam hanya wajib diikuti oleh orang-orang Islam, sedangkan orang bukan Islam akan diberi pilihan berkenaannya dan ada pengecualian dalam hal-hal tertentu. Dan ianya boleh dirunding sebenarnya, tetapi usaha ke arah itu tiada kerana pihak yang berwajib kurang keyakinan dan alangkah sedihnya keadaan ini terjadi.

Sudah lupakah kita dengan tertegaknya HUkum Islam di tanah air kita dahulu kala membuatkan negara kita banyak hasil bumi? Membuatkan kemakmuran masih dirasai hingga sekarang? Membuatkan negara-negara penjajah yang kurang hasil bumi itu datang ke sini untuk menjajah dan merampas hasil bumi orang? Lupakah kita semua pada keberkatan HUkum Islam yang telah memakmurkan kita sekarang? Tepuk dada tanya iman kita …….

Cukup sekadar ini dahulu buat kali ini dan saya akhiri dengan sepotong hadith. Waallahu a’lam , wassalaaam :)

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; “Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah:

Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha’un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.

Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.

Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.

"Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “.
H.R Ibnu Majah


Sumber 

0 comments:

Post a Comment

Misteri Vatican City



 Pertamanya, timbul satu tanda tanya, mengapa Pusat terbesar pentadbiran Gereja Kristian Katolik adalah di Vatican City, Rome, Italy? Kenapa bukan di tempat lahir dan mengajarnya Nabi Isa a.s (dalam Bahasa Arab) , Yesus (Bahasa Melayu), Jesus (Bahasa Inggeris), atau nama sebenarnya iaitu Yeshua (Bahasa Ibrani)? Sepertimana kita ketahui, Yesus lahir di Bethlehem (dalam bahasa Arabnya Baitul Laham), Palestine. Dan ada juga pendapat mengatakan Yesus lahir di Nazareth. Maka mengapa tidak tertubuhnya pusat pentadbiran Katolik di sana?

Jika pusatnya di negara lain tidak mengapa lagi, tetapi mengapa Italy atau dengan kata lainnya negara bangsa Roman itu juga yang menjadi pentadbirnya? Kata kunci yang boleh dberitahu, Vatican City yang menyebarkan Kristian adalah lahir dari pengaruh POLITIK kerajaan ROM dan sebenarnya ada dalang di sebaliknya.

Yesus lahir di bawah pentadbiran kerajaan Rom

Lahirnya Yesus adalah di sebuah tempat bernama Bethlehem di Palestine. Waktu itu kerajaan yang menguasai tempat itu ialah kerajaan Rom. Dipendekkan cerita, selepas Yesus menyebarkan ajaran Tauhidnya, dia dituduh sebagai pembawa ajaran sesat oleh orang2 Yahudi. Maka Yahudi dan kerajaan Rom telah sepakat untuk mengenakan hukuman salib terhadap Yesus.

Tetapi tidak kah anda merasa pelik, mengapa akhirnya kerajaan Rom dan orang2 berketurunan Yahudi sendiri yang menyebarkan agama Kristian? Termasuklah Paulus kerana Paulus adalah keturunan Yahudi dari sebelah bapanya. Yesus dituduh membawa ajaran sesat, tetapi akhirnya mereka sendiri yang menganut dan menyebarkan ajaran itu. Pelik tetapi benar bukan? :)

Yang lagi peliknya, ketika pemerintahan raja Konstantin, persidangan Niceae telah diadakan pada 325 AD (iaitu 325 tahun selepas kelahiran Yesus) yang mana hasil dari persidangan tersebut telah sepakat mengatakan bahawa Yesus itu adalah anak Tuhan ataupun penjelmaan Tuhan dalam bentuk manusia. Ini bermakna Yesus diangkat menjadi Tuhan hasil dari UNDIAN manusia. Yesus dianggap sebagai Tuhan selepas 300 tahun ketiadaannya. Begitu lama masa yang diambil untuk mengangkat Yesus sebagai Tuhan.

Yesus sendiri tidak pernah mengaku sebagai Tuhan atau anak Tuhan dan tiada bukti dalam Bible yang mengatakan dia adalah Tuhan. Sedangkan raja Konstantin yang bertanggung jawab dalam persidangan Nicaea itu sendiri diragui keimanannya dalam Kristian oleh orang2 Kristian sendiri. Ada pendapat dalam Kristian sendiri mengatakan bahawa raja Konstantin memeluk Kristian kerana menjaga keamanan di dalam empayarnya semata-mata kerana waktu itu terlalu banyak berlaku selisih faham dan pecah-belah. Maka siapakah dalang yang telah membonekakan raja Konstantin?

Vatican City menjadi pusat pentadbiran Kristian Katolik dan pelbagai misteri



ufo in vaticanZaman demi zaman berlalu, manusia pun sudah ramai yang lupa dan mengabaikan kisah2 lalu. Kini, Vatican City yang terletak di negara bangsa Rom iaitu Italy telah menjadi pusat pentadbiran bagi gereja2 Kristian Katolik iaitu mazhab Kristian yang paling ramai pengikutnya. Walaupun ia terletak dalam Rome, Italy, tetapi ia sebenarnya telah menjadi sebuah negara tersendiri sejak 1929 , secara ringkasnya negara kecil dalam sebuah negara besar.

Di sebalik itu, muncul banyak kisah misteri yang berkaitan dengan Vatican City. Antaranya ialah kemunculan UFO (Unidentified Flying Object) di sana dan desas-desus mengatakan Vatican City ada hubungan dengan makhluk yang menjadi misteri di dunia sekarang ini. Dan mengikut kajian, UFO itu sendiri sebenarnya adalah berkait rapat dengan Illuminati.

Vatican City dikaitkan dengan ‘Black Magic’ dan banyak simbol dan gambar di Vatican City yang berunsurkan sihir. Gambar2 dan patung manusia telanjang pun banyak. Sedangkan dalam 10 commandments, Tuhan telah melarang membuat patung apa saja. Tetapi di sini, gereja sendiri telah melakukan larangan dalam 10 Commandments itu. Jika Vatican sendiri tidak segan silu dengan patung dan gambar manusia2 telanjang, apa lagi orang awam?

Pembunuhan Pope-pope Vatican juga telah banyak berlaku, kononnya Pope-pope itu dibunuh kerana tidak memberi kerjasama kepada pergerakan rahsia itu. Pope yang bersekongkol dengan mereka akan dapat bertahan lama biasanya.

Vatican City juga dikaitkan bersekongkol dengan Zionis. Mengapa Zionist yang juga satu pakatan dari Illuminati mahu berbaik dengan Vatican City? Kerana melalui Vatican City mereka boleh mempengaruhi amat ramai umat manusia dan menjalankan operasinya secara halus. Dari dahulu lagi mereka tahu bahawa Vatican City mempunyai pengaruh yang besar terhadap dunia, maka tiada lain melainkan cuba mempengaruhi Vatican City itu sendiri secara halus untuk melaksanakan impian mereka.

Vatican City merupakan salah satu dari 3 pusat pentadbiran besar Illuminati;

1 – Washington DC – Sebagai pusat pentadbiran ketenteraan

2 – London city – Sebagai pusat pentadbiran ekonomi dan kewangan

3 – Vatican City – Sebagai pusat pentadbiran keagamaan

Ketiga2 wilayah tersebut merupakan wilayah bebas ‘independant states’. Mereka menjadikannya sebagai Triniti yang tidak suci.

Dan yang menjadi kekeliruan yang amat ketara sekali ialah munculnya simbol2 Illuminati di dalam banyak gereja sedangkan Illuminati sendiri ialah satu pertubuhan Anti-Kristian yang mana umat Kristian sendiri mengetahui tentang akan munculnya golongan anti-Kristian tersebut, tetapi akibat tipu daya dan kelicikan Illuminati, maka masih ramai yang tidak menyedarinya dan buat2 tidak sedar. Saksikan video di bawah berkenaan dengan munculnya simbol2 Illuminati di dalam banyak gereja di seluruh dunia.



Obelisk di Vatican City




Di Vatican City juga terdapat sebuah ‘Obelisk’. Obelisk ialah satu menara yang tinggi di mana hujung di atas nya berupa sebuah piramid. Obelisk asalnya adalah senibina orang Mesir kuno dan banyak Obelisk telah dipindahkan dari Mesir dan diletakkan di negara2 lain contohnya di kota London. Adalah dipercayai Obelisk digunakan oleh Illuminati sebagai sebahagian mercu tanda mereka.

Obelisk merupakan simbol kepada tuhan matahari iaitu Amon Re / Ra. Maka mengapa di Vatican City pun ada didirikan simbol kepada tuhan matahari yang disembah oleh orang2 Mesir Kuno itu? Maka bukan sahaja Hari Ahad (SUN DAY) yang telah diputarbelitkan oleh Illuminati terhadap Kristian, agar menjadikan nya hari suci sedangkan Hari Ahad itu adalah hari suci orang2 menyembah tuhan matahari. Obelisk juga di antara satu tanda dan tipudaya mereka.


Pope benedict XVI dahulunya adalah seorang Nazi



Dari bekas seorang Nazi kini menjadi pemimpin terbesar Kristian Katolik. Dia dilahirkan pada 16 April 1927 di Marktl am Inn, Bavaria, Jerman. Nama sebenarnya ialah Joseph Alois Ratzinger. Sejak berusia 14 tahun, Ratzinger telah menyertai Hitler Youth kerana ia adalah satu kewajipan di sana untuk menyertainya apabila berumur 14 tahun, di bawah pemerintahan Nazi Adolf Hitler. Walaupun begitu, ayah Ratzinger merupakan seorang yang mempunyai fahaman yang bertentangan dengan Nazi kerana Nazi amat bertentangan dengan ajaran iman Katolik.

Walaubagaimana pun, selama bertahun2 juga Ratzinger terlibat dengan Nazi yang mana kemudiannya dia diserap terus ke dalam askar Nazi infantri Jerman. Dia pernah ditangkap oleh tentera Amerika dan menjadi tahanan perang.

Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa Nazi juga telah dipengaruhi oleh gerakan illuminati. Tindak-tanduk Adolf Hitler di dalam Nazi adalah dibiayai oleh Zionist iaitu cabang dari Illuminati.

Bermula dari tahun 1959, beliau telah menjadi professor di Universiti Bonn, dan pelbagai lagi hingga lah sekarang ini beliau telah menjadi pemimpin terbesar Kristian Katolik dan bergelar Pope Benedict XVI.



Walaubagaimana pun beliau pernah memberi syarahan yang menimbulkan kemarahan umat Islam suatu ketika dulu pada 12 September 2006 di Universiti Regensburg, Jerman. Antara kata2nya yang begitu sensitif berbunyi;

“Show me just what Muhammad brought that was new and there you will find things only evil and inhuman, such as his command to spread by the sword the faith he preached.”

Yang bermaksud, “Tunjukkan padaku apa yang dibawa oleh Muhammad suatu yang baru, dan kamu akan dapati tiada apa2 melainkan kejahatan dan tidak perikemanusiaan, seperti menyuruh agar menyebarkan dengan pedang pegangan yang diajarnya“.



Illuminati amat suka bermain dengan simbol2 dan mereka sememangnya amat bijak dalam permainan simbol. Mereka menggunakan simbol2 kerana pergerakan mereka adalah secara rahsia. Mereka menggunakan simbol2 agar ianya diketahui oleh golongan mereka sahaja. Tetapi niat dan perbuatan yang jahat akhirnya akan terbongkar jua.

Setakat ini sahaja dulu, insyaAllah masih banyak lagi yang akan dibongkarkan tentang kegiatan Illuminati (manusia2 penyembah Lucifer / Iblis) dan ingin menghapuskan hidup beragama. Yang telah banyak merosakkan agama yang asalnya suci tetapi telah dinodai oleh mereka sedikit demi sedikit dan secara halus. Anda juga digalakkan memberikan sumbangan pengetahuan2 anda berkenaan mereka. Sama2 kita berkongsi maklumat untuk kebaikan kita bersama. Semoga kita berhati2 dengan dunia sekarang, sayangi keluarga, anak cucu kita dan mereka2 yang tidak bersalah. Semoga Allah menjauhkan kita semua dari bala, semoga Allah melindungi kita dari azab kubur dan api neraka, amiin.




Ingatlah, Iblis dan syaitan sentiasa berusaha untuk melaga2kan Anak Adam, menumpahkan darah sesama sendiri, menghasut agar saling benci-membenci, membuakkan rasa dendam hingga manusia berusaha membuat senjata2 , untuk menghancurkan sesama sendiri. Daripada zaman dahulu manusia hanya berperang dengan senjata pisau, kapak, pedang, sehinggalah ke zaman moden, manusia menghancurkan sesama sendiri dengan BOM. Lihatlah hasutan syaitan boleh menyebabkan manusia hilang pertimbangan dan hilang perikemanusiaan. Sudah tidak menghiraukan lagi nasib pihak yang diperangi, nasib anak dan keluarga mereka. Begitu tekadnya mahu hancurkan manusia yang lain, hasil dendam kesumat yang diapi-apikan oleh syaitan, na’uzubillah.

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai..” Surah Ali ‘Imran: 103

p/s: Kita masih mahu bertegang leher, berpuak2, berbalah sesama sendiri, sedangkan musuh utama dunia sedang rancak menjalankan operasi mereka. Ayuh wahai saudara2 ku, bersatulah kita semua di bawah Tauhid yang satu …….


0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ