Pesalah Laku Seksual Kanak2 Akan Berkerumun Ke Kelantan Jika Hudud Dilaksanakan - Datuk Noor Farida Ariffin





Hanya kerana hukum Islam yang cuba dibawa PAS ke negeri Kelantan yang dikatakan masih samar, terutamanya membabitkan kesalahan seksual, jurucakap kumpulan 25 Melayu profesional G25 Datuk Noor Farida Ariffin berkata struktur masyarakat masih belum sesuai untuk pelaksanaan hukum Islam tersebut.

Farida berkata, sarjana Islam berpendapat terdapat banyak syarat yang perlu diambil kira sebelum hudud dilaksanakan.

“Kita perlu ada masyarakat yang adil, perbezaan antara kaya dan miskin yang sedikit, tetapi di sini antara Melayu pun ada jurang,” katanya, ketika forum “Malaysia, Kebebasan Ekonomi, dan Globalisasi” anjuran Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) bersempena kelahiran Tunku Abdul Rahman ke-112 di Kuala Lumpur hari ini.

“Masalahnya ustaz-ustaz kampung menyebarkan mesej hudud itu undang-undang Tuhan dan kita tidak boleh persoalkan,” katanya.

Noor Farida berkata, mengambil contoh kesalahan zina, undang-undang hudud Kelantan menolak penggunaan bukti saintifik seperti sampel DNA dan cap jari, sebaliknya hanya menerima bukti 4 saksi mata kejadian zina tersebut.

“Disebabkan mereka menggunakan bukti kurun ke-12 sebagai pembuktian untuk kes zina, menolak bukti saintifik.

“Mereka menegaskan hanya itu caranya untuk membuktikan berlakunya kejadian zina… ini tidak masuk akal,” katanya.

“Pemimpin PAS naik kereta, kapal terbang, tetapi tidak terima bukti saintifik.”

Malah, Nabi Muhammad katanya turut menganjurkan umatnya berkenaan kepentingan menuntut ilmu itu begitu tinggi.

“Nabi sendiri bersabda, tuntutlah ilmu walau ke negeri China. Jika hudud dilaksanakan di Kelantan, pesalah laku seksual kanak-kanak sudah pasti akan berkerumun di Kelantan.”

“Di sana mereka boleh rogol kanak-kanak atau orang dewasa, inilah dia hudud PAS,” katanya.

PAS dikatakan akan membentangkan Rang Undang-undang hudud dalam sesi Dewan Rakyat akan datang walaupun pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat lain mahu ajak berbincang terlebih dahulu.

Sumber: The Malaysian Insider



Nota: Islam tidak menolak bukti saintifik. Jika kesalahan zina itu sabit, tapi tiada 4 org saksi, maka bukti secara saintifik masih boleh diterima, penzina terlepas hudud kerana tiada 4 saksi, tapi masih dihukum secara takzir berdasarkan bukti saintifik.

0 comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Tidak Menyangka Para Pelajar Ini Sedang Beratur Untuk Apa?



 Anda Mungkin Tidak Menyangka Para Pelajar Ini Sedang Beratur Untuk Apa?





Melihat barisan panjang sehingga beberapa baris, especially jika dilakukan oleh pelajar, kita mesti terfikir mesti ada sesuatu yang menarik sedang berlaku. Tapi apa yang menariknya?



Inilah yang menariknya. Mereka sanggup beratur semata-mata untuk masuk ke dalam perpustakaan!






Apa yang anda saksikan adalah para siswa dari Nanjing University of Finance and Economics . Mereka sedang mempersiapkan diri untuk menempuh peperiksaan semester.





0 comments:

Post a Comment

1MDB Antara Alasan Tun Mahathir Tidak Sokong Najib




SEKALI LAGI Tun Mahathir mengingatkan kita yang beliau secara terbuka tidak menyokong Najib ! Antara sebab utamanya adalah kerana 1MDB.

Disebalik beberapa isu panas akhir2 ini yang seolah menenggelamkan isu 1MDB, Tun Mahathir menghangatkannya kembali dengan satu artikel yang bagi saya, MUDAH DIFAHAMI dan mewakili suara ramai rakyat.

Saya copy dan terjemahkan di bawah -

Saya adalah penyokong Umno dan saya masih ahli Umno. Tapi mana2 yang tidak betul dilakukan oleh sesiapapun termasuk Umno akan saya kritik. Bagaimanapun, saya telah menyatakan secara terbuka yang saya tidak menyokong Najib.
5. I am a supporter of UMNO. I am still a member of UMNO. But I believe in criticising any wrong thing done by anyone, UMNO included. However, I have openly stated I do not support Dato Seri Najib.

Antara BANYAK alasan kenapa saya tidak sokong ( Najib ) adalah kerana kewujudan 1MDB. Hutang tidak boleh dianggap sebagai kekayaan. BANYAK HAL MENGENAI WANG 1MDB YANG TIDAK BETUL. Salah satunya adalah kerajaan tidak seharusnya terlibat dalam aktiviti jualbeli saham untuk mencari keuntungan.
6. And one of the many reasons why I don’t support is the creation of 1MDB. Borrowed money cannot be regarded as wealth. And there are many things done with 1MDB money that are just plain wrong. Government should not be indulging in buying and selling shares to make money for itself.

Saya tidak setuju dengan 1MDB dan saya akan terus mengkritiknya termasuk apa juga yang saya fikir memudaratkan negara.
7. I disagree with the 1MDB and I will continue to criticise it and anything that I think is detrimental to the good governance of this country.

Tindakan memburukkan saya oleh bloggers adalah berniat politik. Tujuannya untuk memperlekehkan kredibiliti saya. Tapi saya akan terus bertanya DI MANAKAH WANG YANG DIKATAKAN TELAH DIBAWA BALIK DARI CAYMAN ? Kenapa perlu meminjam lagi untuk bayar hutang jika kita ada RM8 Billion ? Selagi tidak dijawab, persoalan2 ini akan terus ditanya.
8. The demonising by the bloggers is political. The intention is to undermine my credibility. But I will continue to ask where is the money which has been brought back from Cayman (Island)? Why is there a need to borrow money to pay debts when you have RM8 billion? Until these and other questions are answered the questions will keep coming.

Saya syak oleh kerana soalan2 itu tidak mampu dijawab, maka usaha dilakukan untuk memburukkan sipenyoal. Tindakan itu hanya menambahkan syakwasangka bahawa banyak yang tidak kena dengan 1MDB.
9. I suspect that because questions cannot be answered, resort is made to demonise the questioner. Doing this simply add to the suspicion that all is not well with 1MDB.



Mereka yang mengikuti blog DT pastinya ingat yang apa yang disuarakan oleh Tun Mahathir baru saja saya nukilkan beberapa hari lalu. SAMA. Ini salah satu bukti yang menunjukkan Tun Mahathir bukan menghasut rakyat ( atau rakyat yang mengikut kata2 Tun ) tapi Tun sekadar menyuarakan apa yang sememangnya menjadi persoalan rakyat.

Makanya saya pernah tanya sebelum ini, apakah yang mahu didamaikan antara Tun Mahathir dengan Najib ? Apakah sekiranya Tun berjaya dipujuk dari bersuara, maka rakyat pun akan turut diam sama ?

Nak 'damaikan' Tun senang saja - Jawab persoalan mengenai 1MDB dan lain2 persoalan yang pernah Tun timbulkan. Dengan cara itu bukan saja Tun berjaya didamaikan, malahan rakyat Malaysia pun akan terasa damai.

Oya, tertinggal pulak bahagian awal artikel Chedet - DEMONISING itu... Tun ada komen mengenai bloggers yang menyerang pengkritik 1MDB. Tun tak heran pun dengan perangai mereka kerana beliau sentiasa mengikuti akan aktiviti para bloggers.

Para bloggers ini merupakan pengkritik kerajaan satu masa dulu. Tapi atas sebab yang AMAT TIDAK DIKETAHUI, mereka telah berubah. Saya nampak perubahan mereka ini.
2. These bloggers were once the critics of the Government. But for some greatly unknown reason they have changed. I had noticed this change.

Namun Tun terima hak mereka untuk kritik beliau. Makanya Tun tidak terkejut dengan perubahan arah mereka ini.

Cuma Tun terkejut dengan laporan oleh The Star kerana biasanya akhbar perdana deperti The Star tidak akan menulis apajua yang memberi gambaran negatif terhadap pihak berkuasa. Tapi The Star telah lakukannya waima secara tidak langsung.



***********************************


Dari TMI pula, Tun Mahathir komen mengenai isu ahTong si spekulator matawang yang banyak dimainkan media akhir2 ini.



"Ini pasal dia tegur berkenaan 1MDB, maka kita tuduh dia jatuh mata wang. Kalau dia tak tegur 1MDB, kalau dia bagi jatuh mata wang pun takpalah... Jangan tegur 1MDB,"



Mengenai dakwaan yang Tong mensabotaj ekonomi Malaysia melalui spekulasi mata wang, Dr Mahathir berkata tuduhan itu masih belum disahkan.


"Buat kajianlah, betulkah tidak betul. The Edge ini tegur banyak 1MDB, balasannya dialah yang (dituduh) menjatuhkan nilai mata wang.


"Dulu nilai mata wang jatuh pasal peniaga antarabangsa. Lepas itu, kita buat kajian betulkah dia ada hubungan baik dengan Soros," kata Dr Mahathir, merujuk kepada hartawan George Soros yang menyerang ringgit ketika krisis kewangan Asia 1997. - TMI.



Sama juga dengan apa yang bermain difikiran saya sebelum ini ..... makanya saya tidak layan isu itu walaupun ada beberapa pembaca yang bertanya kenapa saya tidak ikut serta menyebarkan cerita ahTong.


Oya, ada satu persoalan yang ramai bertanya - Kenapa tidak ada pemimpin yang sanggup tampil menjawab ( atau menyoal ) persoalan 1MDB ? Bukankah anda dilantik menjadi wakil rakyat atau dalam ertikata lain, menjadi suara rakyat ? Nah, sekarang rakyat ramai yang bertanya, maka jadilah WAKIL SUARA RAKYAT !


Kredit :

0 comments:

Post a Comment

Gadis 20 Tahun Menyesal Berkahwin Dengan Ustaz!!!

Gambar Hiasan




Seorang gadis berusia 20 tahun hendak bernikah tetapi dia tak nak couple-couple nih, tambahan dia mahukan seorang suami yg 'ultra warak'. So dia pun buat hebahan yang dia sudi menerima sesiapa saja yang ingin menikahinya dengan syarat:


1) Lelaki tu kena puasa sepanjang tahun
2) Lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari
3) Lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari.

Tak ada seorang pun laki sanggup nak terima ketiga2 syarat tu kecuali seorang jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya. Akhirnya bernikahlah si jelita itu dengan lelaki tersebut. Sepanjang perkahwinan mereka, perempuan tu perhatikan jejaka itu.

"Eh...tak puasa pulak laki aku hari ni. Macam mana nak puasa setahun?"

"Hmm..aku tak nampak pun dia baca Quran hari ni..."
"Tak nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia tak solat malam ke?"
Selepas sebulan akhirnya permpuan tu tak tahan dah. Dia anggap jejaka tu menipu dia. Dia pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan "ditipu oleh suaminya"

"Masa nak nikah dulu dia setuju syarat2 yg saya letak. Dah kahwin langsung tidak tunaikan. Penipu!" Rungut si pempuan pada hakim.
Hakim pun tanya kepada jejaka tu, "kamu ingat apa syarat2 nikah yang isteri kamu letakkan?"
"Ingat, yang arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari, khatam Quran setiap hari.." Jawab jejaka muda dengan nada lembut.
Hakim bertanya lagi. "Habis tu kamu tak buat ?"
Pemuda tu selamba jawab, "buat."

Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu tak buat. Macam mana ni?"

Pemuda itu tak mau mengalah.
"Sungguh saya buat yang arif. Takkan saya nak tulis report card nak bagi tahu saya buat apa hari ni? Nanti riak pulak !!!"
Hakim tidak puas hati, "Baik. Hari ni kamu puasa tak?"
"Tak."
Hakim terus potong ayat, "hah! Kamu tidak puasa hari ni, habis macam mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?"

Pemuda itu selamba menjawab,

"Rasulullah telah bersabda sekiranya seorang itu menunaikan puasa Ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dengan puasa sunat syawal 6 hari, maka seolah2 dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa Ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jadi saya seolah2 berpuasa sepanjang tahun."

Hakim tu tersentak. "Habis tu macam mana kamu khatam Al Quran setiap hari? Saya nak baca 3 muka surat sehari pun susah".
Pemuda itu terus menjawab, "saya baca Surah Al Ikhlas 3 kali setiap kali saya sebelum tidur.
Rasulullah bersabda sesiapa yg membaca surah Al Ikhlas 3 kali maka seolah2nya dia telah membaca keseluruhan Al Quran." sambil buat senyuman lebar kpd hakim.

Hakim itu makin tergamam. "Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?"
Pemuda itu sekali lagi tersenyum.

"Saya solat Isyak dan solat Subuh berjemaah.
Rasulullah bersabda, barangsiapa yang berjemaah pada waktu Isyak dan Subuh maka seolah2nya dia telah beribadah sepanjang malam"

Dia terus menyambung,
"Islam itu indah, yang arif. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorang itu berdasarkan banyaknya amalan seseorang itu yang dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti.

Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai2lah kita bahagikan masa selaku manusia yang menghidupkan dunia serta mencari akhirat.
Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia-sia.

Hakim terangguk2 lalu memerintahkan si isteri bangun.
"Awak sepatutnya beruntung. Awak telah dinikahi oleh seorang lelaki yang bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu.Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan..."
Si suami tersenyum puas..

*3 amalan ini bukan hanya dikhususkan kepada lelaki , perempuan juga boleh mendapatkannye peringatan bersama.. Mari kita lakukan bersama..Subhanallah Islam Itu Indah.
Semoga amalan2 baik didatangkan kekuatan untuk saya dan seluruh ummat beramal dengan nya...



Nota: Kita bukan antara 10 Sahabat di jamin Syurga, tetapi bacalah Ayatul Kursi setiap kali lepas solat fardhu, insyaAllah tiada yang memisahkan kita dari Syurga selain maut. Kemudian baca Surah AtTakasur setiap malam, insyaAllah akan bertemu dengan Allah swt dalam keadaan senyum.


Sumber

0 comments:

Post a Comment

Awas Zakar Lelaki Jika Isteri Tidur Posisi Atas Tubuh Suami





LONDON – Bagi pasangan yang telah lama berkahwin, mungkin pelbagai posisi sudah biasa dilakukan ketika bersama teman hidup dan ia lebih teruja bagi mereka yang baharu sahaja mendirikan ‘masjid’ atau mahligai perkahwinan.

Namun, kajian terbaharu saintis Britain mendapati, kedudukan ketika melakukan seks juga boleh menyebabkan alat sulit lelaki atau zakar rosak dan lebih parah jika ia patah; sekali gus hilanglah maruah si tuan punya tubuh berkenaan.

Akhbar berpengaruh Britain, The Telegraph pada Jumaat melaporkan, kajian diterbitkan menerusi jurnal Advances in Urology mendedahkan posisi wanita berada di atas atau disebut ‘woman on top’ paling berisiko kepada zakar lelaki.

Kedudukan bersetubuh tersebut yang juga popular dikenali sebagai ‘cowgirl style’ itu mencatatkan 50 peratus punca utama batang kemaluan lelaki rosak berbanding aksi ‘doggy style’ yang sekadar merekodkan 29 peratus kecederaan.

Penemuan yang amat memeranjatkan saintis seksologi itu berdasarkan kepada rekod 13 tahun yang diperoleh di unit kecemasan dan kemalangan hospital seluruh Britain melibatkan kes pesakit lelaki yang kemudian mengalami ‘mati pucuk’.

Sebaliknya kajian lanjut itu mendapati posisi yang paling kurang berisiko secara semula jadi ialah kedudukan tubuh lelaki berada di atas dengan suami menindih badan si isteri di bawahnya atau disebut juga sebagai ‘missionary style’.

Malah kaedah paling asas itu turut disarankan menerusi panduan seks India purba dan tertua di dunia, Kamasutra yang diasaskan sejak tahun 400 Sebelum Masihi dan menjadi rujukan popular ramai pakar seksologi seluruh dunia sehingga kini.

Doktor sakit tuan dan penyelidik akademik merumuskan, posisi wanita di atas lelaki boleh menyebabkan si isteri lebih mengawal pergerakan dengan seluruh beban tubuh menekan lelaki, sekali gus menyebabkan zakar suami mudah cedera. – Agensi/MYNEWSHUB

0 comments:

Post a Comment

Gambar Remaja Lelaki Diikat & Kemaluan Dibakar Tersebar




Gambar seorang remaja lelaki tanpa seurat benang dan membiarkan kemaluannya dibakar tersebar meluas di laman sosial negara itu.

Dalam gambar itu menunjukkan remaja lelaki itu tersenyum walaupun diperlakukan sedemikian.

Tidak diketahui bila gambar-gambar ini dirakam, namun dipercayai berlaku di Singapura.

Gambar-gambar itu telah menjadi viral dan perbualan hangat di laman Facebook, Twitter dan Instagram.

Pelbagai persoalan yang ditimbulkan mengapa remaja lelaki itu sanggup melakukan tindakan yang tidak masuk akal.

‘Saya terjumpa gambar ini di laman Facebook. Gambar itu dimuat naik oleh rakan saya. Saya ingat lelaki dalam gambar itu adalah kawan dia. Saya benar-benar terkejut dengan tindakan mereka dan sanggup memuat naik gambar seperti ini di laman sosial.

“Apa sudah jadi dengan masyarakat Singapura?” katanya.

(Petikan: Mummy Nemo)

0 comments:

Post a Comment

Penganut Hindu Di Singapura Dihalang Polis Ketika Perayaan Thaipusam.




Malang nasib Penganut Hindu di Singapura.. Dihalang Polis ketika Thaipusam.

Jika di Malaysia penganut agama Hindu meraikan Thaipusam dengan aman serta tanpa gangguan walaupun negara ini majoritinya beragama Islam, lain pula keadaannya di Singapura..

Di negara berkenaan, penganut agama Hindu terpaksa menyambut Thaipusam tanpa sebarang alat muzik serta bunyi-bunyian. Bayangkan perarakan Kavadi tanpa sebarang bunyi muzik.., begitulah keadaannya di Singapura.

Hari ini, berlaku satu kekecohan apabila Polis di negara tersebut dikatakan melakukan kekasaran terhadap para penganut Hindu yang sedang membawa Kavadi di Serangoon Road.

Polis didakwa telah menolak seorang wanita berbangsa India hingga jatuh ke lantai jalan ketika mahu menyuraikan perarakan kavadi yang diiringi oleh sejenis gendang yang dipanggil 'Urumi'.. Akibat dari insiden berkenaan, berlaku tolak menolak diantara peserta perarakan dengan Polis.

3 lelaki india telah ditahan kerana didakwa melakukan kekasaran kepada pihak Polis. Manakala video kejadian berkenaan telah menjadi viral di laman sosial serta menerima kecaman hebat dari minoriti rakyat beragama hindu di negara berkenaan.
- utaranews.com

0 comments:

Post a Comment

INILAH DIA CINA YANG MEMBUAT LAPORAN TERHADAP DATUK USTAZ KAZIM ELIAS


Nama: Pui Tiong Lam (Kepala Botak)
Kp No: 651014-03-5271
Tel: 016 - 6860298
Alamat:  PT 258 Perumahan Kampung Kulim
16250 Wakaf Baru, Kelantan






Kenapa rakaman video yang telah dibuat lebih kurang enam tahun lepas di timbulkan semula? Menurut info ramai, mereka sengaja menimbukannya semula kerana mengelak dari isu kenaikan harga barang-barang yang dikawal oleh mereka setelah harga minyak petrol turun.




Jom dengar dan saksikan rakaman video yang dirakam enam tahun lepas di bawah




Post by Umat Islam Pertahankan Ustaz Kazim Elias.







Sebagai renungan bersama... nasib yang diterima oleh DUKE sama dengan DSIS. Bila terkena pada kita cepat sangat kerajaan bertindak. Apakah kerajaan sekarang sudah hilang taring dan tunduk kepada mereka ini?



0 comments:

Post a Comment

Gambar Sekitar Himpunan Aman Menyokong Ustaz Datuk Kazim Elias




Himpunan Aman Menyokong Ustaz Datuk Kazim Elias yang telah diadakan di Dataran Al Barakah, Manjoi, Perak pada Tarikh : 4 Februari 2015 ( Rabu ), Masa : 4.00 petang. Terima kasih pada saudara-saudara yang hadir. Ia tidak berakhir di sini, Ia langkah permulaan perjuangan getir menegakkan syiar Islam di bumi ini!


Alhamdulillah.. Terima kasih kepada NGO-NGO Dan individu-individu yang datang memberikan sokongan kepada Datuk Ustaz Kazim Elias ( DUKE )..


Moga Allah permudahkan segala urusan Demi Agama Bangsa dan Tanahair....Allahuakbar.......!!!!


















0 comments:

Post a Comment

LAPORAN POLIS TERHADAP USTAZ DATUK KAZIM ELIAS BERDASARKAN VIDEO 6 TAHUN LEPAS




Jom ramai-ramai memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi buat Al Fadhil Ustaz Datuk Kazim Elias jika anda sayangkan islam... klik dan like page  Kami Sokong Ustaz Kazim di sini


Rupa-rupanya laporan yang dibuat oleh individu berbangsa cina iaitu Pui Tiong Lam adalah berdasarkan satu rakaman video enam tahun lepas. Dan semoga satu laporan polis yang dibuat, InshaAllah beribu-ribu pula laporan polis terhadap cina ini yang cuba merendah-rendahkan dakwah Islam dan Al Fadhil Ustaz Datuk Kazim Elias Al Hafiz. Semoga Allah SWT memberi rahmat dan perlindunganNya, amin.





0 comments:

Post a Comment

Persatuan Cina Buat Laporan Polis Terhadap Ustaz Kazim




BANGI, 2 Feb – Video Datuk Ustaz Kazim Elias sedang memberi ceramah dalam satu majlis kira-kira lima tahun lalu ‘panas’ kembali apabila satu laporan polis dibuat terhadap penceramah bebas dan pengendali rancangan Kalau Dah Jodoh itu, hari ini.

Laporan polis itu dibuat oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Jambu, Tumpat, Kelantan, Pui Tiong Lam, di Balai Polis Wakaf Bharu, Tumpat, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Difahamkan, dalam laporan itu Tiong Lam mendakwa beliau menerima satu rakaman video menerusi whatsapp daripada seorang lelaki ‘Mr Gan’, yang menunjukkan Datuk Ustaz Kazim sedang memberi ceramah.

Antara lain, beliau mendakwa di dalam video itu Datuk Ustaz Kazim ada mengatakan orang Cina hanya tahu melepak di kedai-kedai minum dan mabuk secara terbuka tanpa menghiraukan orang ramai.

Beliau mendakwa ceramah Datuk Ustaz Kazim itu seolah-olah mahu mengaibkan kaum Cina dan mengatakan kaum Cina hanya menumpang di Malaysia.

Hasil Siasatan mendapati hanya kira-kira dua minit saja daripada video berdurasi 10 minit itu mengandungi kandungan ucapan seperti yang didakwa oleh Tiong Lam.

Berikut adalah antara transkrip ceramah Datuk Ustaz Kazim yang menjadi isu ‘panas’.

“Cuba tuan-tuan tengok orang Cina rumah depa macam mana, depa lepak di kedai buat apa. Minum arak slamber rock saja masuk disko. Askar Melayu dok jaga dalam hutan, tengah laut. Sekarang sapa tuan sapa hamba.

“Tiba-tiba depa nak kata, kami tak mau ketuanan Melayu. Sapa tuan sekarang ni? Kita orang Melayu yang dok sokong depa, kita lupa bangsa kita yang dok jaga tengah laut, bangsa kita yang dok jaga dalam hutan. Puak-puak Cina bukannya ada. Hindu ada? berapa kerat Hindu yang jadi askar.

“Rompak banyak. Sewenang-wenang pi Giant, kelab malam, pakai seksi, duduk dalam Tesco. Cuba tuan-tuan tengok. Mewah tak mewah Cina? Yang Melayu jadi apa? Cuba tengok polis, berapa kerat peratus Cina jadi polis?

“Yang jaga tengah-tengah malam, naik kereta bawa kereta, risiko ditembak perompak, risiko dibunuh, tak tido malam, sapa dia? Bukan orang Melayu?

“Apa tokey buat? Apa anak Cina buat? Ada depa ronda naik moto pakai baju gelap-gelap? Sapa jadi hamba sekarang? Tuan-tuan tengok bomba.. berapa peratus orang Cina jadi bomba? Sapa yang dok tunggu balai bomba, bila la nak terbakaq? Kalau tak bangsa kita?

“Tuan-tuan pergi ke lebuh raya, yang dok cuci jamban tu sapa? Bukan bangsa kita? Di KLCC yang dok cuci lap sampah tu sapa? Tak bangsa kita jugak?

“Hari ni bangsa depa dok pertikai ketuanan Melayu, ketuanan Melayu, pala hotak depa. Kita yang bagi ruang untuk mereka bercakap, orang Melayu dah berbesar hati dengan mereka. Kongsi tanah dengan depa, bagi pingat, kuasa kat depa, tak puas hati lagi? Kenapa jadi macam tu?

“Jawapannya mudah. Sebab ada orang Melayu yang sokong depa. Kalau depa perintah kita tuan-tuan, tak kan dapat apa yang kita bagi. Nak azan pun tak boleh di Singapura, melainkan Masjid Sultan sahaja yang boleh azan di luar….”


0 comments:

Post a Comment

10 Perkara Yang Tidak Diajar Dalam Bilik Darjah









Bilik darjah boleh dikatakan satu tempat dimana kita belajar apa yang kita lihat dan lakukan setiap hari. Tetapi kadang-kadang ada juga perkara yang biasa kita lihat atau buat tetapi tidak diajar di dalam bilik darjah yang membuatkan kita tertanya-tanya kenapa, mengapa dan bagaimana.


Memetik sumber di sebuah blog di bawah adalah 10 perkara yang tidak diajar di dalam bilik darjah tetapi perkara yang biasa kita lihat atau tengok. Semoga dalam senarai ini ada yang dapat menjawab persoalan anda selama ini..

1. Teknik penggunaan ‘Green Screen’ dalam filem.



2. Bagaimana mesin basuh berfungsi




3. Bagaimana Zip Seluar berfungsi







4. Apa yang berlaku dalam tubuh ketika sedang minum air



5. Bagaimana kon aiskrim dibuat



6. Bagaimana Micheal Jackson ‘melawan graviti’



7. Bagaimana kipas berpusing



8. Bagaimana anak kunci membuka kunci


9. Bagaimana semut berjalan



10. Bagaimana klip kertas dibuat


0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ