Kerajaan Mesir Haramkan Briged al-Qassam





KAHERAH Mahkamah Mesir, semalam mengharamkan operasi sayap bersenjata pergerakan Hamas iaitu Briged al-Qassam, selain turut menyenaraikannya sebagai salah sebuah organisasi pengganas, langkah drastik Presiden, Abdel Fattah al-Sisi dalam menjaga keamanan negara ini.

“Mahkamah mengambil keputusan untuk mengharamkan Briged al-Qassam dan menyenaraikannya sebagai pertubuhan pengganas,” kata Hakim Mahkamah Khas Kaherah, Mohamed al-Sayid.

Keputusan itu diambil berikutan beberapa serangan yang dilancarkan oleh Briged al-Qassam bagi membantu pergerakan Ikhwanul Muslimin, selain serangan yang mengakibatkan 33 anggota keselamatan terbunuh di Semenanjung Sinar pada Oktober lalu.

Abdel Fattah, semalam selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin atasan tentera berkata, Mesir kini berhadapan dengan kempen yang sukar dan berterusan dalam menentang kegiatan militan.

Pergerakan Hamas merupakan satu daripada organisasi yang mempunyai hubungan rapat dengan Ikhwanul Muslimin yang turut dilabelkan sebagai kumpulan pengganas oleh pihak berkuasa Mesir sejak Presiden, Mohammed Mursi digulingkan pada 2013.

“Kami sebulat suara menolak keputusan Mahkamah Mesir itu terhadap Briged al-Qassam. Ini merupakan satu keputusan berbahaya dan berbaur politik yang memihak kepada rejim Zionis Israel,” kata jurucakap pergerakan Hamas, Sami Abu Zuhri.

Susulan keputusan itu, pergerakan Hamas tidak lagi mengiktiraf Mesir sebagai orang tengah dalam rundingan damai antara pihaknya dengan Israel.

Keputusan mahamah Mesir itu dikeluarkan beberapa hari selepas berlakunya pertempuran berdarah antara pasukan keselamatan Mesir dan kumpulan militan Negara Islam (IS). – REUTERS


0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ