GAMBAR TOK GURU NIK AZIZ MENGUSUNG BEG PLASTIK KENCING - ANTARA KESAKITAN DAN KESUNGGUHAN




Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat sudah mencecah usia 83 tahun. Hospital seolah-olah sudah menjadi rumah kedua beliau.

Tak ramai yang tahu bahawa Tok Guru kini mengalami masalah kesihatan yang cukup serius terutama di bahagian prostatnya. Ini menyebabkan beliau sentiasa perlu mengusung beg plastik ke mana saja beliau pergi bagi membolehkan air kencingnya disalurkan ke dalam beg plastik tersebut.

Tak cukup dengan itu, jantungnya juga mengalami masalah serius hingga menyebabkan bateri terpaksa dipasang bagi membolehkan beliau terus menjalani kehidupan sehariannya.

Kami bukan mahu mengagung atau mendewakan pemimpin PAS tersebut tetapi kita kena menerima hakikat bahawa inilah contoh seorang pemimpin tulin yang meletakkan perjuangan melebihi dirinya sendiri.

Kita boleh berbeza pendapat, kita boleh berbeza pandangan dan aliran tetapi perkara yang betul kita perlu jadikan ia sebagai panduan dan amalan.

Tok Guru boleh saja duduk di rumah dan beribadat semahunya tetapi beliau tahu beliau tidak boleh berbuat demikian kerana beliau masih diperlukan oleh ramai mengikutnya untuk sumber rujukan utama dari segi pendapat dan pandangan diperingkat parti dan juga masyarakat. - mynewshub.my






3 comments:

Post a Comment

GAMBAR AKTRES FILIPINA BERPAKAIAN TERLAMPAU SEKSI




Kita sedia maklum, aktres Filipina boleh dikatakan antara pelakon wanita paling daring dan seksi apabila tampil dalam drama dan filem.

Justeru apabila berlangsung majlis gilang gemilang untuk penggiat seni di sana pada Sabtu lepas, ia menjadi medan para aktres tampil dengan fesyen pakaian paling menarik dan menggiurkan.

Mereka kini berlumba-lumba menggayakan fesyen-fesyen yang terlampau mengalahkan aktres hollywood. Jom saksikan mereka di acara Star Magic Ball ke 8 pada tahun ini di bawah:












2 comments:

Post a Comment

GEMPAR!!! JET PERIBADI DENGAN JALUR GEMILANG DIKESAN BERADA DI ISRAEL!!



Dalam satu perbualan di laman forum cari.com.my, kami sedang meneliti beberapa kemaskini peserta forum berkaitan satu teori terbaru berkaitan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 8 Mac lepas.

Bagaimanapun satu kemaskini menunjukkan sebuah pesawat peribadi VIP dengan bendera Malaysia tertera di bahagian ekornya amat menarik perhatian.



Pesawat itu dengan nombor pendaftaran ***39T telah dirakam berada di Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv, Israel pada 25 November 2010 oleh jurugambar penerbangan dengan nama 4x6zk yang juga ahli kepada pasukan Four X-Ray Team di Israel.

Pemeriksaan lanjut mendapati di ekor pesawat berkenaan memang tertera lambang bendera Malaysia berkenaan dan bukannya gambar yang diedit dengan diletakkan bendera Jalur Gemilang itu.

Pesawat jenis Gulfstream G450 itu dari maklumat pendaftarannya di miliki oleh sebuah syarikat di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat dan boleh membuatkan 22 orang penumpang.

Pendaftarannya dilihat masih sah sehingga kini apabila ia dikatakan akan tamat tempoh pada November tahun depan, menurut laman web penerbangan FlightAware.com.

Pemeriksaan lanjut juga mendapati banyak gambar pesawat sama dikesan berada di beberapa lapangan terbang di Malaysia antaranya Lapangan Terbang Bintulu Sarawak, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang dan paling kerap berada di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.






Kali terakhir ia dikesan ialah di Subang pada Februari tahun ini tetapi tiada Jalur Gemilang di bahagian ekornya.

Persoalan timbul apabila pesawat yang sama dilihat berada di lapangan terbang antarabangsa utama Tel Aviv.



Gambar pesawat berkenaan diperolehi di laman web perkongsian berkaitan penerbangan JetPhotos.net dari pelbagai jurugambar. 

Amat diharap, pihak berkaitan yang menggunakan pesawat dengan bendera Malaysia ini membuat penjelasan mengapa ia berada di Israel. - Mynewshub.cc

2 comments:

Post a Comment

WANITA BERJAYA MENETAK KEMALUAN HANTU RAYA YANG INGIN MEROGOLNYA

WANITA BERJAYA MENETAK KEMALUAN HANTU RAYA YANG INGIN MEROGOLNYA




Kecoh di laman sosial fecabook, apabila satu gambar petikan skrin laman sosial berkenaan memaparkan cerita seorang wanita di Tumpat Kelantan yang berjaya menewaskan 'saka' hantu raya yang ingin merogolnya.

Dalam petikan skrin berkenaan wanita itu yang bernama Hani (bukan nama sebenar) 32, berjaya menewaskan saka tersebut dan menetak kemaluan makhluk syaitan itu.

WANITA BERJAYA MENETAK KEMALUAN HANTU RAYA YANG INGIN MEROGOLNYA


Gambar yang dipaparkan menunjukkan Hani menunjukkan gambar zakar saka itu yang menyerupai seperi sebiji anak lesung batu yang biasa digunakan untuk menumbuk sambal belacan.

Rata-raa di face, banyak pihak memberi reaksi lucu kepada pengalaman wanita itu dan berkata lesung yang disangka alat untuk memasak rupa-rupanya zakar sejenis hantu.

Tidak diketahui secara jelas kebenaran kisah ini tetapi gambar dan petikan skrin itu kini sudah menjadi viral di internet.

Hani menceritakan detik-detik cemas apabila terpaksa bergelut dengan hantu raya saka keluarga yang ingin merogolnya.

Pergelutan berlaku hampir dua jam dan akhirnya wanita tersebut berjaya menetak kemaluan makhluk hantu raya itu. - mynewshub


3 comments:

Post a Comment

Hanez Suraya Bakal Tamat Zaman Bujang?



 Aktres kontroversi Hanez Suraya dilaporkan bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi selepas dilihat menggayakan busana perkahwinan seorang pereka fesyen terkenal baru-baru ini.

Pereka fesyen tempatan yang dimaksudkan itu adalah Hatta Dolmat yang memuat naik beberapa foto menerusi laman sosialnya yang menunjukkan Hanez dalam persalinan pengantin dan disertakan dengan ucapan tahniah kepada wanita itu.



Dipetik dari BeautifulNara, Hatta juga sempat memberikan bayangan seorang selebriti bakal mengenakan rekaannya untuk tujuan foto pra-perkahwinan.




Selain itu, terselit sebuah video menyaksikan Hanez dan beberapa kru sedang melakukan sentuhan terakhir sebelum sesi fotografi bermula.



Kemungkinan besar pelakon yang dihimpit kontroversi semenjak awal tahun ini bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya tidak lama lagi?

Sekiranya benar ucapan tahniah diucapkan dan semoga persiapan berjalan lancar hendaknya.

1 comments:

Post a Comment

Pelancong Terkejut Jumpa Hantu Pada Tingkap Penjara Alcatraz






CALIFORNIA – Seorang pelancong dari Britain terkejut selepas mendapati gambar yang dirakamkannya di tingkap bekas penjara Alcatraz, mengandungi imej `hantu’, ketika mengadakan lawatan ke penjara itu pada bulan April lalu.

Penjara Alcatraz dikategorikan sebagai antara tempat paling berhantu di Amerika Syarikat, meskipun pihak berkuasa di penjara itu menafikannya.

Imej hantu itu dirakamkan Sheila Sillery-Walsh dari Birmingham melalui iPhone 5c miliknya ketika melawat bekas penjara kosong tersebut bersama kekasihnya, Raul Rice, lapor ABN News.

“Alcatraz adalah tempat yang perlu dilawati oleh pelancong. Bagaimanapun sebaik sahaja kami masuk ke dalam penjara itu, saya mula berasa seram dan tidak selesa berada di situ.

“‘Saya kemudiannya mengambil gambar dalam penjara, namun terpandang wajah seorang wanita di dalam gambar berkenaan dan ketika melihat di tingkap itu, tiada siapa di dalamnya.
“Saya tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan mengenai perkara ini, namun selepas melihat imej berkenaan, saya tidak berminat lagi dengan lawatan itu,”’ katanya.

Gambar itu menunjukkan imej wanita berambut panjang dan memakai pakaian dari era 1930-an.

Mereka cuba mengesan identiti wanita terbabit dengan menghubungi kakitangan di situ, namun tiada siapa yang mengenalinya.

Penjara Alcatraz merupakan penjara yang dikawal rapi dan beroperasi dari 1934 hingga 1963.

Meskipun pihak berkuasa di Alcatraz menafikan laporan bahawa penjara itu berhantu namun beberapa bekas pengawal penjara dan anggota renjer pernah berdepan dengan kejadian paranormal di penjara ini.




Sumber : KLPost

0 comments:

Post a Comment

Tanda-Tanda Anda Mengandung Bayi Lelaki

Tanda-Tanda Anda Mengandung Bayi Lelaki


Kehadiran anak dalam rumah tangga akan menyerikan lagi kehidupan rumah tangga anda...

Kat sini kami ingin berkongsi tanda-tanda bayi yang dikandung itu adalah lelaki...

Taip ini hanyalah 1 perkongsian tetapi kita kena terima walau bayi lelaki atau perempuan kerana itu adalah rezeki yg sangat bernilai dalam hidup kita kerana ia adalah anugerah yang tidak terhingga dari Allah swt.


Antara tanda-tandanya adalah....


1-Mual dan morning sickness

Banyak orang kata jika anda sedang mengandung bayi perempuan, maka rasa mual jarang dirasakan. Namun, jika anda sedang mengandung bayi laki-laki, maka anda boleh muntah hingga penuh baldi. Morning sickness lebih sering dirasakan pada trimester pertama dan kebanyakan ibu hamil lebih tidak kisah pada penampilan mereka.


2-Bentuk perut condong ke arah bawah

Tonjolan bayi anda sudah mulai terlihat apabila anda hamil bayi laki-laki. Bentuk perut ini kelihatan berbeza pada wanita yang mengandung bayi perempuan, iaitu perut membulat. Beberapa orang juga mengatakan bahawa wanita yang hamil bayi laki-laki, jika dilihat dari belakang malah kelihatan seperti tidak sedang hamil.


3-Berat badan tidak naik

Kenaikan berat badan merupakan perkara biasa ketika hamil. Apabila anda mengandung janin bayi laki-laki, maka berat badan anda tidak akan mengalami kenaikan terlalu banyak. Proporsi kenaikan ini berasal dari janin.


4-Muka sayu

Walaupun anda merasa dengan mudah dapat membentuk kembali bentuk tubuh setelah persalinan, namun selama masa kehamilan anda tidak akan berpenampilan 'wah'. Hal itu berbeza dengan penampilan ibu hamil bayi perempuan yang selalu terlihat tampil cantik dan cerah, ibu hamil bayi laki-laki lebih cenderung tampil pucat dan selalu berpenampilan serba serabai serta malas dandan.


5-Mengidam Asam

Menginginkan makanan sesuatu merupakan perkara biasa selama masa kehamilan. Hal ini menjadi cara alami bagi tubuh untuk 'menagih' asupan nutrisi tertentu yang dirasa tubuh memerlukan pengambilan tersebut. Janin bayi laki-laki lebih memerlukan nutrisi dari makanan yang masam-masam.

p/s: walau lelaki atau wanita bayi yg dikandung kita perlu bersyukur dengan rezeki daripadanya...ada ramai pasangan yang bertahun-tahun kahwin tapi belum lagi mendapat zuriat..semuanya datang dariNya...Ia sudah tentukan yg mana baik dan sesuai untuk kita..


1 comments:

Post a Comment

GURU AGAMA MELAKUKAN SEKS DENGAN TIGA ISTERI SEKALIGUS!!!




KUALA LUMPUR : Dia amat dihormati sebagai guru agama, penceramah bebas dan pemilik pusat tahfiz, namun di sebalik semua itu dia menjadi igauan ngeri buat tiga isterinya berikutan kerakusan amalan seksnya yang melampau iaitu melakukannya serentak dengan ketiga-tiga isteri.

Lebih mengaibkan, guru tahfiz berusia lewat 50-an terbabit tergamak mengeluarkan dakyah palsu kononnya amalan itu sunnah nabi dan mendakwa kononnya Rasulullah turut melakukan perkara sama dalam berpoligami. Perlakuan aib dan menjijikkan guru tahfiz itu didedahkan dua bekas isterinya selepas kedua-duanya sebelum ini minta diceraikan selepas tidak sanggup diperlakukan demikian, selain tidak mahu terus menerus melakukan dosa.

Seorang daripada wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Suzila, 37, berkata amalan luar biasa bekas suaminya itu bukan saja menyebabkan dia sangat malu terhadap diri dan Tuhan, malah kepada pelajar tahfiz kendalian suaminya. Suzila, seorang ustazah dan bekas isteri kedua lelaki itu berkata, tempoh perkahwinannya tiga tahun episod hitam dalam hidupnya yang dijanji akan diajar pengetahuan agama lebih mendalam oleh bekas suaminya.

“Selepas berkahwin saya dibawa ke Mesir untuk menjaga pusat tahfiz milik suami. Rupa-rupanya di sana dia mempunyai isteri lain. Saya terpaksa melayan kehendak suami dan merelakan diri diperlaku tidak ubah seperti aksi filem lucah.

“Tidak tahan menanggung derita mental dan fizikal, saya nekad lari membawa tiga anak dengan bekas suami pertama kembali ke tanah air tahun lalu,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini. Menurutnya, tindakan itu juga diambil selepas beberapa pelajar tahfiz di sana menasihatkannya supaya pulang ke tanah air kerana perbuatan keji itu menjadi buah mulut di kalangan mereka.

Suzila berkata, selepas kembali ke Malaysia, dia dimaklumkan beberapa pusat tahfiz milik bekas suaminya di negara ini ditutup apabila dikesan melakukan penipuan, manakala pusat di Mesir pula beroperasi secara haram kerana tidak berdaftar.

Katanya, satu lagi salah laku bekas suaminya ialah mengarahkan semua isteri barunya selain isteri pertama mengambil suntikan pencegah kehamilan kerana dia tidak mahukan anak. Bekas isteri ketiga ustaz terlampau yang hanya mahu dikenali sebagai Ariana pula berkata, dia mengahwini bekas suaminya itu dengan niat mendapat bimbingan agama dan menjadikan lima anaknya dengan suami pertama seorang tahfiz.

“Saya tidak mengenalinya, tapi apabila dipinang isteri pertamanya dan dimaklumkan latar belakang suami yang mempunyai ilmu agama tinggi, saya sanggup jadi isteri ketiga demi menjamin masa depan lima anak saya,” katanya.

Ariana berkata, dia sanggup meninggalkan perniagaannya demi mengikut guru tahfiz itu ke utara tanah air dan menjaga pusat tahfiz di sana.Bagaimanapun, katanya, pada malam pertama perkahwinan dia terkejut apabila isteri pertama berada dalam bilik tidur sebelum mereka bersama-sama melayan suami.

Lebih menghairankan dia mendakwa madunya itu turut seronok dan begitu ghairah melakukannya. “Saya hairan dan jijik dengan sikap mereka berdua, tapi apabila saya mempersoalkannya, bekas suami memberitahu ‘nabi pun lakukan perkara sama’. Saya mengatakan tidak pernah dengar atau terbaca dalil mengenai perkara itu.“Namun, bekas suami mengatakan hanya orang terpilih seperti dirinya mendapat dalil itu dan saya jahil sebab itu tidak pernah mengetahui dalil itu.

Saya terpaksa merelakan diri diperlakukan seperti itu. Bila menentang, saya dituduh tidak taatkan suami,” katanya. Selain itu, Ariana mendakwa sepanjang berkahwin lebih setahun, bekas suaminya itu hanya memberi wang nafkah RM200 sebulan menyebabkan dia bersama anak ada kalanya terpaksa menahan lapar.

Berikutan sudah tidak sanggup bersubahat dengan perbuatan suaminya yang dianggap menghina Rasulullah, Ariana menuntut cerai pada bulan lalu.“Namun, sebelum bercerai saya terpaksa mencari seorang lagi wanita untuk dijadikan isterinya dan kini saya tidak mengetahui berapa ramai isterinya,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

10 Foto Selfie Selebriti Paling Mengganggu Ketenteraman Jiwa

1. Foto Berbikini

 
Kim Kardashian dan Rihanna paling sering pamer tubuhnya berbikini, yang sayangnya, 22 persen responden menilai tipe selfie ini yang paling 'menyakitkan mata'.


2. Nge-gym



Posting foto wajah dan tubuh yang berkeringat setelah nge-gym juga jadi hobi yang banyak dilakukan selebriti. Beberapa di antaranya Rosie Huntington-Whiteley, Vanessa Hudgens dan Gisele Bundchen. Tipe selfie ini dibenci oleh 18 persen responden yang mengikuti polling.

3. Makan Junk Food


Cara Delevingne pernah mem-posting dirinya sedang melahap burger berukuran besar di Instagram. Sejumlah selebriti juga pernah posting foto makan hot dog, french fries atau nachos. Ada 16 persen yang menilai selfie seperti ini cukup mengganggu. Wanita langsing dan cantik yang tetap bertubuh kurus meski sudah makan banyak dan berlemak tinggi, siapa yang tidak iri?


4. Sakit


Selfie ini diambil ketika seseorang tergolek lemas di tempat tidur, dengan suasana rumah sakit dan wajah yang pucat. Ada pula yang mem-posting tangan yang sedang diinfus atau disuntik. Dalam kondisi sakit dan masih sempat saja berfoto 'cantik', ternyata membuat 15 persen orang merasa risih.


5. Duck Face



Berfoto dengan memajukan mulut dan bertingkah cute, jadi foto selfie yang dibenci sembilan persen orang.


6. Tanpa Make-up



Entah kenapa foto selebriti yang pamer wajah tanpa make-up dianggap paling mengganggu oleh tujuh persen responden. Mungkin iri karena mereka tetap saja terlihat cantik meski wajahnya polos.


7. Pamer Kemesraan


Foto pasangan yang pamer kemesraan juga dinilai mengganggu, ada lima persen responden yang menganggap begitu.


8. Grup Selebriti



Sesama selebriti pastinya akan berteman. Mereka akan pergi ke pesta, datang ke pelancaran sebuah acara atau liburan bersama. Saat berkumpul, para selebriti ini juga akan berfoto sambil memasang senyum. Ada empat persen yang tidak menyukai foto selfie seperti ini.


9. Sedang Mabuk



Foto selebriti yang sedang mabuk sambil memegang botol minuman alkohol, dengan ekspresi wajah aneh ternyata juga dibenci oleh dua persen responden.


10. Malu-malu



Disebut juga 'shy selfie', foto ini menampilkan selebriti yang menutup sebahagian wajahnya dengan selimut atau tangan sambil tersipu malu, seperti yang pernah dilakukan Selena Gomez. Ada satu persen responden yang menganggap selfie ini menyebalkan.


Sumber

1 comments:

Post a Comment

3 Masjid Yang Mempunyai Kuasa Solar



Sesuai dengan perkembangan teknologi semasa, teknologi kuasa solar telah mendapat permintaan yang tinggi di negara-negara maju. Mungkin anda agak terkejut dengan tajuk di atas... Tetapi inilah realitinya... masjid pun menggunakan kuasa solar... menarik bukan !!!

Di antaranya ialah masjid ini...

1. Turki
Masjid ini terletak di Büyükeceli. Sistem solar masjid ini yang berkapasiti 2.25KW, cukup untuk kegunaan seluruh masjid, bahkan tenaganya turut disalurkan ke grid kebangsaan. Ia dipasang dalam tempoh 10 hari dengan bantuan sukarelawan Greenpeace yang turut menderma sistem solar tersebut.





2. Serbia.
Masjid ini terletak di Prishtina, Kosovo, Serbia. Tentu mengejutkan anda... tidak sangka sebuah negara yang satu masa dulu tersangat anti-Islam sehingga tercetusnya perang Bosnia, mempuyai masjid yang teramat cangih...

Ia telah diilhamkan oleh seorang arkitek Itali, Paolo Venturella.















3. Abu Dhabi
Masjid Sheikh Sultan Bin Zayed di Abu Dhabi, UEA berkapasiti 55KW. Cukup untuk sebuah masjid, malah turut dusambungkan je grid kebangsaan.




Sumber: www.tayibah.com

0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ