Penjara Mewah Untuk Militan al-Qaeda Di Arab Saudi




Militan al-Qaeda yang ditangkap di Arab Saudi dikatakan tidak berdepan suasana penjara seperti di kebanyakan penjara lain. Mereka sebaliknya, diberi peluang menjalani pemulihan di sebuah pusat 'pemulihan mewah' yang jarang dirasai oleh tahanan lain.


Pihak berkuasa Saudi berharap, suasana mewah pusat tahanan itu dapat menarik militan al-Qaeda kembali ke pangkal jalan melalui kaunseling, rawatan spa serta riadah.

Pusat tahanan itu dibina lengkap dengan kemudahan kolam renang tertutup bersaiz Olimpik, sauna, gimnasium dan dewan menonton televisyen.

Tahanan berkelakuan baik mungkin diberi cuti dua hari untuk bertemu keluarga di sebuah suite khas di dalam kompleks berkenaan.









Sumber: Sinar Harian




2 comments:

perghhh mewahnye....

8 September 2014 at 11:05 comment-delete

Wah..dasyatnye..mewah giler...

8 September 2014 at 22:54 comment-delete

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ