Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Hanez Suraya Bakal Tamat Zaman Bujang?



 Aktres kontroversi Hanez Suraya dilaporkan bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi selepas dilihat menggayakan busana perkahwinan seorang pereka fesyen terkenal baru-baru ini.

Pereka fesyen tempatan yang dimaksudkan itu adalah Hatta Dolmat yang memuat naik beberapa foto menerusi laman sosialnya yang menunjukkan Hanez dalam persalinan pengantin dan disertakan dengan ucapan tahniah kepada wanita itu.



Dipetik dari BeautifulNara, Hatta juga sempat memberikan bayangan seorang selebriti bakal mengenakan rekaannya untuk tujuan foto pra-perkahwinan.




Selain itu, terselit sebuah video menyaksikan Hanez dan beberapa kru sedang melakukan sentuhan terakhir sebelum sesi fotografi bermula.



Kemungkinan besar pelakon yang dihimpit kontroversi semenjak awal tahun ini bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya tidak lama lagi?

Sekiranya benar ucapan tahniah diucapkan dan semoga persiapan berjalan lancar hendaknya.


1 comments:

semoga bahagia...

10 September 2014 at 13:14 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ