BENARKAH ETNIK ROHINGYA BANGSA PENGECUT LARI MENINGGALKAN TANAH AIR SENDIRI?




ROHINGYA – ANTARA KEJAHATAN MANUSIA DAN KESESATAN AGAMA

Tersentuh hati atas nama kemanusiaan dan persaudaraan sesama Islam apabila bot yang sarat dengan muatan manusia terutama kanak-kanak dan wanita dari Rohingya tidak dibenarkan mendarat. Sejak 20 tahun dahulu begitu ramai pelarian ini yang ‘ghaib’ di lautan apabila tiada negara yang mahu menerima mereka.

Kami telusuri semua artikel dari pelbagai sumber, termasuk video dari portal berita antarabangsa untuk membuat sedikit rumusan. Perhatikan klips dalam video ini; termasuk ulasan para sami, beberapa wartawan antarabangsa, juga luahan penduduk budha dan warga Rohingya sendiri.

Ada yang kata mereka ini bangsa pengecut kerana lari meninggalkan tanah air sendiri. Jika diberi perlindungan dan mendapat Identiti UNHCR pula, mereka akan naik lemak dan tidak menghormati kita selaku tuan rumah. Bagaimanalah mereka harus melawan penghapusan etnik yang disokong kerajaan bekas dikatator itu dengan jumlah yang kurang dari 10% dan tanpa sokongan moral, dana dan senjata?

Sebenarnya ada beberapa keluarga Rohingya yang berhubungan sangat rapat dengan kami selama beberapa tahun sebelum ini. Mereka adalah kumpulan yang awal-awal berjaya melarikan diri dari kekejaman kerajaan mereka. Di RPWP, kami jadikan mereka sebagai asnaf yang memerlukan perlindungan.

Salim, salah seorang yang rapat dengan kami telah 18 tahun berada di Malaysia. Dalam setiap perbualan, beliau sering menceritakan suasana yang berlaku di negara asalnya. Kini, beliau dan sekian banyak keluarga Rohingya telah dipindahkan ke Amerika. Yang lainnya dipindahkan ke Australia dan beberapa negara lain.

Kekerabatan dengan mereka itu telah memberi kami banyak gambaran tentang budaya bangsa ini. Tidak dinafikan memang benar jika dikatakan mereka itu ada yang pengotor, pemalas, besar kepala dan sebagainya. apa tidaknya, standard hidup mereka 50 tahun di belakang kita. Namun, Salim rakan Rohingya kami itu pula amat kuat bekerja dan pandai berniaga.

Orang berbudi kita berbahasa. Apabila kita buat baik pada mereka, mereka juga kami dapati sangat hormat dan baik dengan kami. Sampai saat berangkat ke Amerika, beliau tidak habis-habis menyatakan amat keberatan meninggalkan Malaysia. 18 tahun beliau bekerja keras untuk mengumpul wang bagi membawa ayah ibu dan keluarga besarnya ke Malaysia sebelum berangkat ke negara ketiga.

Sampai hari ini beliau masih berhubungan dengan kami untuk memberikan perkembangan terkini. Yang penting apa yang beliau jangkakan dahulu telah benar-benar berlaku, iaitu tentang nasib pendidikan anak beliau. Itu sahaja sebab beliau terima tawaran UNHCR untuk dipindahkan ke negara ketiga, iaitu pendidikan anak-anak yang tidak disediakan di Malaysia. Malangnya apa yang berlaku di negara ketiga lebih merisaukan hatinya.

NASIB PELARIAN ROHINGYA

Dapat kita lihat dari video ini mereka menggunakan sampan kayu yang bocor dan setengahnya berkayuh dengan tangan meredah lautan. Dalam satu video kami terkedu apabila mereka yang berada dalam sampan kecil melihat bot besar yang berlayar bersama mereka ditembak oleh sebuah helikopter lalu karam tanpa berita.

Bangladesh yang dikatakan berkait repat dengan asal usul mereka adalah sebuah negara yang miskin. Kerana itu mereka tidak mampu menerima pelarian ini kerana sudah terlalu ramai. Kem pelarian yang disediakan juga kebanyakannya tidak didaftarkan.

Apa yang dinyatakan dalam video ini juga munasabah. Kelima-lima sampan bocor yang dihalau semula ke laut itu tidak dapat dikesan apa beritanya. Ungkapan yang mengatakan “Pulanglah ke laut… Allah akan selamatkan kamu” yang diungkap oleh pengawal pantai itu agak mengguris hati. Ia seolah-olah sengaja menghalau mereka 'untuk mati'.

Kematian semasa perlayaran sudah terlalu banyak. Kelaparan dan kehausan mereka amat dahsyat. Ada yang melapurkan sampai ke tahap meminum semula ‘air kencing’ mereka untuk terus hidup.

Berita tentang penemuan KUBUR RAHSIA yang tertanam mayat-mayat Rohingya seperti yang dilapur baru-baru ini bukan perkara baharu. Berapa banyak aduan oleh pelarian tentang kekejaman pihak berkuasa Thai yang telah menahan, menyiksa dan membunuh mereka. Video ini sendiri menampakkan bahawa dunia sudah tahu apa yang berlaku, cuma mereka tidak berminat untuk membantu.

Bagi kami, tidak kira atas dasar apa sekalipun, atas dasar kemanusiaan, kami fikir mereka wajar dibantu sekalipun ada banyak kelemahan dan kekurangan pada mereka.

Bertahun-tahun kami melihat gambar yang ditunjukkan oleh warga Rohingya tentang kekejaman yang dilakukan terhadap kaum keluarga mereka tanpa dapat berbuat apa-apa. NGO antarabangsa tidak dialu-alukan di sana. Warga yang berjaya melarikan diri tidak berani pulang semula untuk menyelamatkan keluarga mereka kerana takut dibunuh.

Jika kita sukar atau tidak berpeluang membantu mereka di sana sebagai manusia dan saudara seagama, kini mereka telah pun berjaya melarikan diri. Alangkah ruginya jika kita tidak ambil peluang untuk menghulurkan bakti.

TAWARAN RPWP

Bagi sesiapa yang mempunyai jalan, atau laluan yang legal bagaimana mereka ini boleh kami lindungi, insyaAllah kami di RPWP sudi untuk bersaudara dengan mereka. Tidak sampai hati melihat kesengsaraan mereka selama ini, khasnya golongan kanak-kanak, wanita dan orang tua.

Mereka ini hanya orang yang berusaha melarikan diri dari kekejaman kerajaan yang menindas untuk mencari ruang hidup yang lebih aman. Hijrah mereka adalah perintah Allah apabila tiada keupayaan lagi untuk melawan lalu mereka terus terusan ditindas.

Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, malaikat bertanya : "Dalam keadaan bagaimana kamu ini?." Mereka menjawab: "Adalah kami orang-orang yang tertindas di negeri ini." Para malaikat berkata: "Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?." Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali, (QS: 4. An Nisaa' 97 (terus baca sampai ayat 100).

KESIMPULAN

Sebagai sebuah negara Islam yang mendaulatkan agama Islam, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mereka atas dasar aqidah yang sama.

Suatu ketika dahulu, Tun Mahathir pernah melaksanakan misi menyelamatkan warga Islam dari bumi Bosnia yang dizalimi dan memerlukan perlindungan. Mungkin kerajaan boleh mengkaji dan merangka sesuatu yang lebih kurang serupa dengan misi itu. Ingatlah, pelarian Vietnam lagikan pernah kita tolong, inikan pula Rohingya, saudara seagama dengan kita.

Di kala negara lain, ada yang menerima dan ada yang menolak. Kita bimbang nasib mereka kembali menjadi mangsa kerakusan manusia yang mahu menjadikan mereka ini sebagai hamba semata-mata. Maklumbalas dari keluarga mereka yang sudah berpindah ke negara ketiga sebenarnya ‘kurang menyenangkan’ hati kami.

Pedih sampai ke hulu hati apabila seorang imam mereka mengatakan “Jangan kirim kami balik ke Myanmar kerana mereka akan bunuh kami. Jika perlu, bunuhlah kami. Kami lebih rela dibunuh oleh tangan saudara Islam kami berbanding mati di tangan kuffar”. Apapun, kita berterima kasih kepada Acheh kerana mengizinkan mereka mendarat untuk bernafas.

Sebenarnya Allah sedang menguji kita yang kononnya kini sedang hidup aman sejahtera, kaya, berkuasa dan berupaya menolong mereka.

Memanglah setiap isu itu ada pro dan kontranya. Dalam hal kemanusiaan dan persaudaraan ini, mari kita cari jalan membantu mereka dahulu. Ketepikanlah dahulu isu kebanjiran warga asing dan sebagainya. Selepas itu baru kita fikirkan apa kaedah terbaik untuk membantu mereka pada jangka panjang. Bukan saling berdebat untuk menunjuk siapa yang lebih handal berhujah lalu membiarkan mereka mati ditelan ombak dan dimamah panas matahari.

InsyaAllah jika kita tolong Allah dengan menghulurkan bantuan kepada hamba Nya, nanti Allah akan tolong kita dan anak cucu kita bila sampai masanya. Sesungguhnya ajal, maut, jodoh dan rezeki ini urusan Allah yang bijaksana dalam mengatur keperluan umatNya. Kita pun hanya menumpang di bumi bertuah ini untuk seketika sahaja.

Hakikatnya inilah UJIAN sebenar kepada umat Islam seluruh dunia. Adakah hanya mahu melihat sahaja tetapi memekakkan telinga, menutup terus pintu hati sebagai manusia, atau masih berbaki sisa-sisa iman yang mahu melihat Islam itu adalah agama kasih sayang, bukan agama yang mengajak kepada persengketaan.

Kami amat rimas dengan keganasan terutamanya berasbabkan konflik agama. Janganlah kita musuhi penganut Budha yang tidak ada kena mengena.






Perhatikan apa yang dinyatakan oleh beberapa Sami dalam video ini. Keganasan yang turut melibatkan golongan Sami itu bukan ajaran agama mereka. Ini termasuk kenyataan mengutuk Islam oleh beberapa sami yang menjadi BATU API.

Janganlah kita amalkan budaya memperbaiki sesuatu kerosakan dengan cara melakukan kerosakan juga. Peperangan adalah agenda dajjal untuk menghancurkan kesejahteraan manusia. Janganlah kita ikut tergoda. Ia tidak sekali-kali akan menyelesaikan masalah melainkan malah menambahnya.


Sumber: WARGA PRIHATIN FACEBOOK

0 comments:

Post a Comment

Cara Solat Sunat Sebelum Dan Selepas Akad Nikah





1). Solat Sunat Sebelum Nikah

Solat sunat sebelum nikah ini dilakukan sebelum majlis akad nikah. Bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat. Cara untuk mengerjakannya ialah:

Berniat dengan lafaz niatnya:

“Usolli sunnatal ‘ursi rak’ataini lillahi Ta’ala. AllahuAkbar”

Sahaja aku solat sunat sebelum nikah dua rakaat kerana Allah Taala


Rakaat pertama:

Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun


Rakaat kedua:

Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas




2). Solat Sunat Selepas Nikah

Solat sunat selepas nikah ini boleh dikerjakan bagi pasangan yang baru selesai diakad nikahkan dan kedua-duanya disunatkan untuk mendirikan solat sunat ini, terutamanya lelaki. Bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat, dan bolehlah diikuti dengan sujud syukur.

Cara untuk mengerjakannya ialah:

Berniat dengan lafaz niatnya:

“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”

Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala


Rakaat pertama:

Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun


Rakaat kedua:

Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas



Membaca doa berikut selepas salam:

Contoh doa yang boleh disebut di dalam bahasa Melayu:

“YA Allah,Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,segala puji-pujian bagi-Mu,seru sekalian alam.Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu,telah selesai pernikahanku ini,kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini.Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh.Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan.

Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami.Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai.

Engkau mesrakanlah kami,bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad sae dan Siti Khadijah,Nabi Yusuf dengan Zulaikha,Nabi Adam dan Hawa.Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh.Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka.Engakau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami”

“Ya Allah,Ya Rahman, Ya Rahim,Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik,lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram.Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa.Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, ister/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai.Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami.Engkau peliharalah kami,isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”

“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami,isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka.Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah,kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),
Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

Antara Perkara Sunat Selepas Nikah adalah: – Meletakkan tapak tangan atas kepala isteri dan berdoa.

Wallahualam



1 comments:

Post a Comment

Maksud Atau Makna Bacaan Dalam Solat





Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi masih tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang di buat. Tidak hairan lah kalau tidak kusyuk dalam solat. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat. Subhanallah betapa indah makna atau maksud bacaan ayat-ayat tersebut.


Bismilahirahmanirahim....


Takbiratul-Ihram / Takbir

Allahu akhbar

Allah Maha Besar.



Doa Iftitah


Kabira wal hamdulillah hi kasira wa subhana Allahi bukratan wa asila. Wajjahtu wajhiya lilladzi fatharas samaawaati wal ardha haniifan musliman wamaa ana minal musyrikiin. Inna salaati wa nusukii wa mahyaayaa wa mamaatii lillaahi rabbil 'aalamiin. Laa syariikalahu wa bizdaalika umirtu wa ana minal muslimin.

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.



Al-Fatihah


Bismillaahirrahmaanirrahiim. Alhamdulillaahi rabbil'aalamin Arahmaanirrahiim Maaliki yawmiddiin Iyyaaka na'budu wa iyyaaka nasta'iin Ihdinash shiraathal mustaqiimShirathal ladziina an'amta alaihim gahiril maghdhuubi'alaihin waladh dhaalliin Aaamiin

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.



Bacaan ketika rukuk


Subhaana rabbiyal azhim wa bi hamdih

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.



Bacaan ketika bangun dari rukuk / iktidal

Sami'allaahu liman hamidah. Rabaanaa walakal hamdu


Allah mendengar pujian orang yang memujinya. Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.




Bacaan ketika sujud

Subhaana rabbiyal a'la wa bi hamdih

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.



Bacaan ketika duduk di antara dua sujud


Rabbighfirlii, warhamnii, wajburnii, warfa'nii, warzuqnii, wahdinii, wa'afinii, wa'fu'annii.

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.



Bacaan ketika Tahiyat Awal




At tahiyyaatul mubarakatus shalawaatu thayibaatulillah.
Assalaamu'alaika ayyuhan nabiyyu wa rahmatullaahi wa barakaatuh.
Assalaamu'alainaa wa'ala ibaadillahis shaalihiin.
Asyhadu anlaa ilaaha illallaah, wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuuluh.

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.



Bacaan ketika Tahiyat Akhir


At tahiyyaatul mubarakatus shalawaatu thayibaatulillah.
Assalaamu'alaika ayyuhan nabiyyu wa rahmatullaahi wa barakaatuh.
Assalaamu'alainaa wa'ala ibaadillahis shaalihiin.
Asyhadu anlaa ilaaha illallaah, wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuuluh.

Allaahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'alaa aali Muhammadin, kamaa shallaita 'alaa Ibraahim wa'alaa aali Ibrahim, wa baarik 'alaa Muhammadin wa'alaa aali Muhammad, kama baarakta 'alaa Ibrahiima wa'alaa aali Ibraahima, fil 'aalamiina innaka hamiidun majiid.


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.



Doa Qunut


Allah hummah dini fiman hadait.
Wa'a fini fiman 'afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a'tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alaik. Waiinahu layadziluman walait. Walaa ya'izzuman 'adait.
Tabaa rakta rabbana wata'alait.
Falakalhamdu 'ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa'atubu ilaik.
Wasallallahu 'ala Saidina Muhammad. Wa'ala alihi wasahbihi Wasallam.



Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

0 comments:

Post a Comment

Penyebar Video Amukan Muhyidin Yasin Yang Memalukan 1MDB Dikenal Pasti




Penyebar Video Amukan Muhyidin Yasin Isu 1MDB Dikenal Pasti

Kalau korang dah cam, jangan lupa kongsi dengan kami ok! Teringin juga nak tahu...siapakah herO tersebut.. hahaha



1MDB: Hanya pandangan peribadi


KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana, Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin menyifatkan pendiriannya untuk memecat kesemua lembaga 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) bagi memulihkan imej kerajaan hanyalah sekadar satu pandangan peribadinya.

"Itu pandangan saya yang saya buat dalam satu pertemuan tertutup dalam kursus politik yg dibuat oleh biru latihan," katanya ketika diminta mengulas berhubung pendedahan video rakaman ucapannya yang dimuat naik di laman Youtube.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Menurut beliau, pandangan itu adalah untuk dikongsi bersama-sama rakan pimpinan politik lain agar mereka lebih faham.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, ia bukan satu perkara baharu, bahkan beliau akui pernah menyuarakannya sebelum ini di luar.

"Pandangan kita tentang isu tidak penting. Yang penting kita nak tentukan penyelesaian tentang perkara tersebut," katanya.
Video itu dimuat turun penulis blog dan bekas wartawan, semalam.

Sementara itu, mengulas berhubung reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap gesaan itu, Muhyiddin berkata: "....tidak ada apa-apa (reaksi). Itu kenyataan saya sahaja."

0 comments:

Post a Comment

Mujahiden Rohingya Akan Bangkit Menentang Kezaliman.





Dengan Izin Allah SWT Rohingya Akan Bangkit Menentang Kezaliman.

Suatu hari nanti Mereka “Buddha Laknatullah” myanmar yang membantai saudara kami akan tercabik-cabik dan akan disembelih oleh para Mujahidin Rohingya yang sedang mempersiapkan diri untuk berjihad In Syaa Allah di bulan Ramadhan ini.


ARAKAN (Arrahmah.com) - Para ulama banyak menamakan bulan Ramadhan antara lain Syahrul Qur’an, Syahru Shiyam, Syahrul Mubarok dan tak ketinggalan Syahrul Jihad.

Ramadhan al mubarok disebut Syahrul Jihad karena sirah nabawiyah mencatat pada bulan ini telah terjadi perang Badar Kubro. Ini adalah perang yang pertama kali terjadi antara 303 kaum Muslimin melawan 1000 kaum musyrikin Quraisy.

Kemenangan berada di pihak kaum Muslimin. Sejarah mencatat musyrikin Quraisy yang mati sejumlah 70 orang termasuk Abu Jahal dan 70


lainnya tertawan. Adapun Muslimin yang syahid di jalan Allah berjumlah 14 orang.

Akankah sejarah akan berulang? Ratusan mujahid Rohingya berlatih perang alias i’dad di bumi yang nanti akan dikobarkan Jihad disana untuk malawan musyrik Budhis beserta bala tentaranya.

Redaksi arrahmah.com sengaja menyuguhkan foto-foto eksklusif ini khusus di bulan jihad untuk menyemangati semua Muslim di seluruh dunia akan berkobarnya Jihad di Rohingya Arakan.

Allahu akbar Mujahidin Rohingya terwujud di negeri Arakan Rohingya, Myanmar. Begitulah respon Muslim di seluruh dunia bila melihat foto-foto eksklusif latihan perang Muslim Rohingya yang tempatnya masih dirahasiakan. Meski demikian i’dad ini terbuka untuk mujahidin dari manapun untuk hadir di bumi Arakan. Bahkan mereka membutuhkan dukungan prajurit-prajurit Allah dari seluruh penjuru dunia untuk i’dad dan Jihad fi sabilillah.

Merayap, berlari, melompat, memanjat tali, dan meniti titian tali dari ketinggian 5 meter adalah latihan-latihan fisik dasar para Mujahidin. Selanjutnya mereka diperkenalkan dengan senjata seperti AK-7 dan amunisinya, dari mulai bongkar pasang hingga penggunaannya untuk membunuh orang-orang kafir yang memusuhi dan memerangi Islam dan kaum Muslimin.

Allah Ta’ala telah mewajibkan Jihad fi sabilillah, perang untuk tegaknya agama Allah di bumiNya. Ada tahapan untuk memproklamirkan perang kepada musuh-musuh Allah dan kaum mukmin. Untuk itu Allah juga telah menurunkan syariat i’dad, latihan perang untuk Jihad fi sabilillah, sebagaimana tercantum di dalam surat Al-Anfal ayat 60.

“Wahai kaum mukmin bersiap dirilah kalian untuk menghadapi kaum kafir dengan segenap kemampuan kalian dan dengan pasukan berkuda untuk menimbulkan ketakutan pada musuh-musuh Allah, musuh-musuh kalian dan orang-orang lain di luar mereka. Kalian tidak tahu kekuatan mereka tetapi Allah mengetahui kekuatan mereka. Harta apa saja yang kalian dermakan untuk mendanai jihad untuk membela Islam, niscaya Allah akan memberikan pahala kepada kalian dan kalian tidak akan diperlakukan dzalim.”

Muslim Rohingya di negara Myanmar dalam kondisi tertindas, dikejar-kejar, dibunuh, muslimahnya diperkosa dan terusir dari negerinya hari ini. Dengan kemampuan yang mereka miliki mereka melakukan i’dad. “Dengan dimulai 300 muslim yang melakukan i’dad insya Allah akan bertambah Mujahid yang berlatih dan tak hanya dari Rohingya, namun dari berbagai penjuru dunia,” demikian ujar Abu Arif, seorang ulama Rohingya kepada arrahmah.com, ketika menjelaskan bunyi ayat min kuwwah pada ayat di atas yakni segenap kemampuan. Muslim Rohingya telah melakukan i’dad sebagai upaya syar’iyah dan kausalitas untuk kemenangan agama Allah Ta’ala hari ini kini dan disini. Takbiir! Allahu Akbar.


Kebangkitan mujahidin Rohingya untuk mengembalikan semula kedaulatan mereka .ya sekarang tiada rundingan damai dan tiada meja bulat. mereka telah di sembelih sejak sekian lama. Negara mereka Arakan telah tehakis dari peta dunia .Sekarang mereka kembali bersama jihad fi sabilillah.









4 comments:

Post a Comment

KOMET ISON Tanda Kemunculan Imam Mahdi? (PT 2)




Apa yang menarik?


Kami telah menerbitkan post pertama tentang komet ISON di bawah tajuk APA PETUNJUK DARI KOMET ISON?. Sekarang kami bawakan post kedua dengan tajuk yang lebih berani, KOMET ISON Tanda Kemunculan Imam Mahdi? (PT 1)


Benarkah ia isyarat dari kemunculan Imam Mahdi? Mari dengar kupasan kami. 


Berkenaan komet yang akan keluar akhir zaman (sebelum kemunculan Al-Mahdi), ada satu petikan kata-kata dari Syaidina Ali. Mari kita dengarkan. 

Saidina Ali k.w.h telah mengungkapkan dalam catatannya yang bertajuk Jufr Ahmar, "Kedatangan Al-Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun), dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad, dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyongsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa, memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang-orang jahat. 


Sebelum kami memberi kupasan panjang lebar tentang kata-kata Syaidina Ali di atas, kami dengan jelas ingin memberitahu anda bahawa kisah ini akan menjadi panjang berjela-jela. 

Mungkin siri ini akan sampai kepada 5 siri yang panjang. Kami berjaya mengutip keterangan saintis Barat yang di dalam keterangannya, terdapat campurtangan banyak pihak untuk mengetahui tentang asteroid di langit. 

Kami akan sedaya upaya menyertakan pendapat-pendapat dari saintis bebas, NASA, ulamak-ulamak Islam, pihak gereja atau sesiapa sahaja untuk memperkayakan perbahasan ini. Semoga anda mendapat manfaatnya. 

Seruan kami, saintis-saintis Islam patut ke hadapan untuk mengetahui dunia angkasa lepas seperti saintis barat. Pusat-pusat Islam atau badan berkuasa Islam patut juga ke hadapan (mengkaji angkasa lepas) seperti Vatican Vity mereka. 

Mari kita mulakan kisah Komet ISON ini dengan mengupas ciri-cirinya menggunakan data dari kitab Jufr Ahmar, nukilan Syaidina Ali K.w.h, sahabat & menantu Nabi yang mulia. 





[1] EKOR YANG MENAKJUBKAN 

Syaidina Ali k.h.w menyebut dalam Jufr Ahmar di atas bahawa bintang/komet itu mempunyai ekor yang menakjubkan. Kemudian dia menyebut juga bahawa ekornya memanjang. Maka ada 2 deretan ayat yang saling berkait iaitu memanjang dan menakjubkan. 

Bagaimanakah anda dapat memahaminya? Bahawa akan wujud satu situasi iaitu bila komet ISON itu datang, maka partikel-partikelnya yang tertinggal sepanjang perjalanan orbitalnya (selepas 100 hari bila nukleasnya pergi) akan menghasilkan lerekan awam (noctilucent clouds). Mungkin beberapa habuk debunya akan memasuki atmosfera bumi. Kemungkinan terjadinya pancuran meteor atau lerekan awan adalah tinggi walaupun sebelum ini, menurut rekod belum pernah terjadi lagi. 

Dari perkataan “ekor yang memanjang”, maka kemungkinan terjadinya (lerekan awan) itu sangat tinggi. Tentu sekali ini akan menimbulkan satu fenomena yang menakjubkan bahawa ekor Komet ISON itu panjang dan bercahaya. 

Bahkan cahayanya bukan sekadar cahaya biasa, tetapi cahaya yang berganda-ganda terang seperti yang akan kami sebutkan berikutnya. 

Mari kita dengar beberapa kata ilmuan sains terhadapnya 

“Saat komet ini melintas, pemandangan paling spektakular akan terlihat dari belahan bumi sebelah utara, kerana di saat itu kepala komet mengarah kepada matahari dengan EKORNYA YANG PANJANG. Maka ilmuan sains, ramai yang menyebutnya sebagai KOMET PALING TERANG SEPANJANG SEJARAH MANUSIA” 


BILA SEBENARNYA IA DIJUMPAI? 

Untuk mengetahuinya, elok kita mendengar penerangan seorang saintis terhadapnya. 

Untuk beberapa tahun saya berfikir tentang kandungan mesej ini tanpa nama (yang tidak diikuti oleh komunikasi lanjut) sehingga ia ditemui pada September 21 2012 komet C / 2012 S1, lebih mudah dikenali sebagai Comet ISON. 

 Tarikh 21/9/2012 itu adalah bersamaan dengan 4 Zulkaedah 1433H (Jumaat). Satu tarikh yang menunjukkan bahawa ia akan meninggalkan 1433H dan memasuki tahun baru 1434H. 


[2] BUKAN SETIAP 6 ATAU 7 TAHUN SEKALI 

Ia bukan komet yang datang setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun), Dari kata-kata Syaidina Ali di atas, kita dapat fahami bahawa ia bukan sejenis komet yang datang setiap 6 atau 7 tahun sekali. 


[3] BUKAN SETIAP 60 ATAU 70 TAHUN SEKALI 

Ia bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad. Ini membawa maksud bahawa dia bukan sejenis bintang/komet yang datang setiap 60 atau 70 tahun sekali. 


[4] BUKAN SETIAP ABAD 

Ia bukan juga bintang/komet yang muncul setiap abad. Kata-kata Syaidina Ali di atas juga menjelaskan bahawa bintang/komet ini tidak datang setiap 100 tahun sekali. Maka maksudnya apa? Maka maksudnya bahawa bintang/komet ini adalah bintang yang sangat payah kelihatan. Ia mengambil masa yang sangat lama (dikhabarkan 10,000 tahun) untuk kembali semula berjumpa manusia. Mari kita melihat keterangan seterusnya. 


MARI MEMAHAMI NAMANYA 

Nama komet yang mempunyai orbit yang pendek (short-period comets) menggunakan nama astronomi atau angkasawan yang menemuinya. Contohnya Komet Halley atau Komet Swift Turtle (Komet Perseid). 

Akan tetapi jika ia mempunyai nama ISON di belakangnya, sebagai ganti kepada Comet Nevski–Novichonok atau C/2012 S1 (Nevski–Novichonok). Maka komet itu dianggap mempunyai kitaran orbitnya yang panjang. Maka maksudnya adalah seperti di bawah. 


[5] BINTANG BERABAD-ABAD 

Ini kata-kata Syaidina Ali k.h.w berikutnya. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. 

Maka kami ingin menjelaskannya seperti berikut. Bintang berabad-abad itu bermaksud bintang yang diketahui sudah lama. Maka timbullah persoalan, Adakah bintang/komet ISON itu adalah planet X atau planet Nibiru yang diketahui sejak zaman Mesopotamia lagi? 

Kami tidak mengesahkan itu. Bahkan para saintis moden juga gagal mengesahkan itu. Tetapi ada keterangan saintis yang menjelaskan ketuaannya (umurnya) dan perjalanannya. Mari kita dengarkan. 


“Lebih kurang 10000 tahun lalu, komet ISON meninggalkan Oort Clouds dan bergerak ia menuju matahari. Pada November 2013, penjelajah bersalji (icy wanderer) ini akan sampai kepada puncak perjalanannya. Maka ia berupaya mewujudkan satu pemandangan menarik di atas permukaan bumi ini.” 

Umur 10,000 tahun itu menunjukkan bahawa ia sudah sangat tua. Kalau dikira dalam unit abad, maka ia sudah menjangkau 100 abad. Maka benarlah kalau Syaidina Ali menyebutnya sebagai bintang berabad-abad. 


PENJELASAN SEMULA KAMI 

Sebagaimana kami jelaskan di atas, bintang yang mempunyai nama ISON di belakangnya, maka ia menunjukkan bintang yang kitaran orbitnya sangat panjang. Dengan bahasa mudahnya, dia payah dijumpai atau memakan waktu yang cukup lama pula untuk melihatnya. 


PENGENALAN KOMET ISON 

Mari kita melihat sedikit pengenalan. Maklumat saintifik diperolehi ialah tanda pengenalan rasmi komet ini ialah C/2012 S1. Huruf "C" di hadapan namanya bermaksud tidak berkala (non-periodic), diikuti oleh tahun kemunculannya. 


 Huruf "S" menunjukkan separuh bulan terjadinya penemuan. Dalam kes C/2012 S1, ia bermaksud separuh bulan September dan angka "1" menunjukkan bahawa ini adalah komet pertama yang dijumpai dalam separuh bulan September itu. 


Tambahan nama "(ISON)" selepas namanya menggambarkan organisasi yang menjumpainya. Dalam kes ini, ISON bermaksud International Scientific Optical Network (ISON) yang berpengkalan di Rusia. 

Jika organisasi yang sama menjumpai komet satu lagi, tetapi tidak berkaitan dengannya, maka namanya akan menjadi "C/2012 S2 (ISON)" Kami berhenti di sini dahulu. Penceritaannya masih panjang dan masih memerlukan waktu secukupnya. Kitab Jufr Ahmar itu menerangkan banyak sifat-sifatnya yang perlu dihuraikan lebih lanjut lagi. Semoga kita dapat bertemu semula di siri (3). Terima kasih.


0 comments:

Post a Comment

LAUTAN MENJADI DESTINASI AKHIR BAGI PELARIAN SYRIA DAN ROHINGYA





Tiada yang lebih memeritkan selain daripada terpaksa menjadi pelarian di bumi sendiri. Pelarian jenis ini dikenali Internally Displaced People (IDP), mereka terbuang di bumi sendiri angkara perang dan dendam. 6.5 juta jumlah IDP Syria menurut anggaran Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) menghadapi nasib yang tidak menentu apabila terperangkap di dalam Syria kerana perang dan bom meletus di segenap penjuru bumi Syam ini semenjak 2011. Sempadan Negara sudah tertutup rapat kerana Negara-negara jiran sudah tidak mampu menerima kebanjiran pelarian Syria. Pelarian yang sempat keluar dan lari ke luar dari Syria dinamakan pelarian sebenar dan bertebaran di Jordan, Turki, Mesir, Iraq dan Lubnan. Tidak kurang juga yang lari ke Eropah dan juga Malaysia.



Rohingya juga terbuang di bumi sendiri bahkan dinafikan hak kewarganegaraan mereka. Mereka sudah menderita puluhan tahun bahkan lebih awal daripada warga Palestin sendiri. PBB menyifatkan mereka sebagai ‘the most persecuted ethnicity in the world’.

Semenjak 1942, etnik Rohingya merana sehingga mereka menjadi stateless person terbuang ke sempadan Burma-Bangladesh. Ethnic cleansing oleh pihak yang bencikan mereka berlaku hampir di setiap kitaran 20 tahun termasuk pada awal 90an yang menyebabkan sebahagianya lari mencari perlindungan di Malaysia secara besar-besaran pada tahun 1992. Namun semenjak awal 1980an, pelarian Rohingya dilaporkan sudah lari mendapatkan pelindungan di Malaysia. Islamophobia menyebabkan etnik Rohingya diperlakukan lebih kejam daripada binatang seolah-oleh mereka tidak berhak hidup dan tiada langsung hak karamatul insan untuk hidup secara terhormat.

Walaupun jaraknya ribuan kilometer, Malaysia tetap menjadi destinasi pilihan untuk pelarian Syria mengadu nasib kerana Malaysia merupakan sebuah Negara Islam yang selamat dan aman. Jordan, Turki, Mesir, Iraq dan Lubnan sudah tidak mampu menampung kebanjiran pelarian Syria. Suruhanjaya Pelarian PBB (UNHCR) telah mendaftarkan hampir 3 juta pelarian di Negara-negara jiran Syria tersebut di mana 220 000 jiwa di Iraq, 600 000 jiwa di Jordan, hampir satu juta jiwa di Lubnan, 740 000 jiwa di Turki dan lebih 137 000 jiwa di Mesir. Ini merupakan angka yang didaftarkan, ini bermakna setiap seorang pelarian yang didaftarkan akan ada dua atau tiga orang pelarian yang tidak didaftarkan. Negara Eropah seperti Sweden dan Jerman turut menawarkan resettlement namun tempat adalah terbatas. Perang saudara di Syria nampaknya tidak nampak penghujungnya sambil Antonio Guterres Pesuruhjaya UNHCR menyifatkan ianya sebagai krisis kemanusiaan terburuk semenjak pembunuhan beramai-ramai di Rwanda. Senario semasa menjangkakan jika perang masih berterusan, dunia akan berhadapan dengan peningkatan dan kebanjiran pelarian Syria. Setiap minit menurut Majlis Pelarian Norway (NRC) akan ada satu keluarga yang menjadi pelarian. Ini sebuah malapetaka kepada dunia. Lubnan sudah pun menerima kesan malapetaka ini. Lubnan yang mempunyai penduduk hanya 4.5 juta jiwa terpaksa menerima setiap hari purata 2 500 pelarian Syria. Lubnan umpama bom jangka yang akan meeltup bila bila masa dan Bank Dunia menganggarkan Lubnan telah pun kehilangan pendapapatan tahunan 2.5 billion pada tahun 2013. Kebanjiran pelarian Syria akan mengancam untuk mengheret sekurang kurangnya 170 000 penduduk Lubnan ke garis kemiskinan menjelang akhir 2014. Lubnan yang relatifnya tidak stabil daripada segi keamanannya telah menerima tempias konflik apabila turut menjadi medan pertempuran proksi kepada pihak-pihak yang bertelagah di dalam Syria.

Malaysia sudah pun menerima anggaran 10 000 pelarian Syria khususnya di sekitar Lembah Kelang. Mereka sebahagiannya datang sehelai sepinggang dan mengharapakan kehidupan baru sementara menunggu perang yang tidak kunjung tamat. Berbanding pelarian Rohinya yang sudah tidak mempunyai negara di mana meraka ditindas, tidak dibenar mengamalkan Islam dan segala upacara agama, tanah dirampas, rumah dibakar bahkan mereka dibunuh dan diusir. Etnik Rohingya terpaksa melupakan hasrat untuk kembali dan harus terus menerima hakikat bahawa mereka pemegang status pelarian sepanjang zaman.

Menurut sumber maklumat pertubuhan bukan kerajaan (Ngo) Future Global Network (FGN), setakat 31 Mei 2013, jumlah pelarian Rohingya yang berdaftar dengan UNHCR Malaysia adalah hampir 30,000 manakala jumlah yang tidak berdaftar dengan UNHCR pula dianggarkan lebih daripada 20,000 orang. Bilangan kanak-kanak yang berdaftar pula adalah hampir 8,000 orang, sebahagian besarnya tidak bersekolah. Status mereka sebagai pelarian tanpa dokumen yang sah tidak melayakkankan mereka mendaftar dan belajar di sekolah-sekolah bantuan kerajaan di Malaysia. Manakala belajar di sekolah-sekolah swasta pula adalah jauh di luar kemampuan kewangan mereka yang rata-ratanya hidup dalam kemiskinan.

Atas kesedaran dan keinsafan sekumpulan kecil NGO tampil mewakili rakyat Malaysia menyantuni pelarian Syria dan Rohingya ini. Pesanan Sheikh Kurayyim Rajih, Ketua Qurra’ Syam ketika kunjungan sheikh ke Malaysia supaya menjaga kebajikan pelarian Syria menaikkan semangat Malaysia Life Line for Syria (MLLFS) untuk menyantuni pelarian Syria di Malaysia yang hidup sebatang kara. MLLFS yang berpengkalan di Wangsa Maju digerakkan oleh sekumpulan anak muda yang diketuai oleh Exco ABIM saudara Syahrir Azfar Saleh, saudari Fiza Bahar dan saudari Bazilah Zaki yang prihatin dan komited memberikan bantuan makanan, kewangan dan pemeriksaan kesihatan percuma kepada pelarian Syria di Lembah Kelang. MLLFS juga dalam proses membantu pendidikan anak-anak pelarian dengan cadangan dan usaha penubuhan sebuah sekolah khusus untuk mereka.

Hidup sebagai pelarian tidak menjanjikan masa depan yang cerah. Mereka tidak dibenarkan bekerja dan bersekolah di sekolah kerajaan dan tidak mendapat kemudahan perubatan sebagaimana warganegara Malaysia. Memang hak warganegara Malaysia wajar diutamakan namun tidakkah pelarian Syria dan Rohingya juga manusia yang perlukan kepada pembelaan. Isu ini komplikated namun pihak ABIM sebagai contoh pernah menyeru dan mendesak Kerajaan Malaysia agar menjadi ‘signatory’ kepada Refugees Convention 1951 agar hak pelarian di Malaysia terjamin termasuk kebenaran mendapatkan pekerjaan bagi menyara keluarga dan kehidupan.



Pelarian Rohinya yang sudah lama mendiami bumi Malaysia turut mendapat pembelaan daripada pelbagai Ngo termasuk Ngo bukan Islam khususnya bidang pendidikan anak-anak pelarian. Ngo seperti Muslim Aid, Malaysia Relief Agency (MRA), Buddhist Tsu Chi, Dignity for Children, Soroptomist dan Malaysia Sociological Research Institute (MSRI) turut menguruskan sekolah-sekolah pelarian Rohingya. Sebuah Ngo yang digerakkan oleh ABIM iaitu Future Global Network (FGN) turut mewarnai dunia bantuan pelarian Rohingya dengan dua buah sekolahnya Rohingya Education Centre (REC) di Kelang dan Permatang Pauh yang menawarkan pengajian agama dan akademik buat anak-anak pelarian Rohingya. Usaha yang sedikit ini diharap mampu memberikan sinar baru dalam kehidupan kanak-kanak pelarian yang mahu mengecapi dunia yang lebih aman dan masa depan yang lebih cerah.

Dunia harus memikirkan formula terbaik menghentikan perang di Syria, ketidakadilan di Myanmar dan kekejaman di seluruh dunia agar lebih ramai dapat diselamatkan daripada menjadi pelarian yang terbuang di tanahair sendiri. Ayuh jika tidak anda siapa lagi? kalau tidak sekarang bila lagi?


Seperti yang tersiar di Majalah al-Ustaz Volume 3, No. 31
Oleh: Jufitri bin Joha
Naib Presiden ABIM

1 comments:

Post a Comment

KOMET ISON PETANDA KEMUNCULAN IMAM AL-MAHDI (PT 1)





KOMET ISON PETANDA MUNCULNYA IMAM AL-MAHDI? PT 1


C/2012 S1, dikenali juga sebagai Comet ISON, adalah sebuah komet paling cerah (yang bersinar seperti matahari) yang dijumpai pada 21 September 2012 oleh Vitali Nevski (Vitebsk, Belarus) dan Artyom Novichonok (Kondopoga, Russia). 


Saya sedang mengkaji tiga jenis komet yang agak popular di akhir zaman. Tetapi terus terang cakap, saya tak percaya bahawa komet itu menjadi tanda kepada kemunculan atau kematian seseorang. 

Dalam Islam, komet itu mempunyai 3 fungsi sahaja. [1] penghias langit, [2] perejam syaitan & [3] penunjuk arah dalam perjalanan. Bahkan ada petikan ayat di dalam Al-Quran menjelaskan perkara ini. Sila rujuk Surah Al-Hijr, (ayat 16-17), yang bermaksud “Dan kami menjadikan pada langit itu buruj-buruj, dan kami menghiasinya bagi manusia melihatnya. Dan kami memeliharanya dari setiap syaitan yang direjam”. 


Walau bagaimanapun, dari Kitab Imam Mahdi Di Ambang Pintu, ms 218, ada disebutkan bahawa Rasulullah SAW pernah berdoa seperti berikut, “Ya Allah, berkatilah untuk kami negeri Yaman kami….” 

Hal ini merupakan berita gembira tentang penyatuan Yaman setelah bertahun-tahun mereka berpecah. Bahkan ia juga merupakan berita gembira tentang kemunculan Imam Mahdi. Dan sehubungan tentang itu, dalam manuskrip-manuskri terdahulu, ada disebutkan seperti berikut. 


“Selepas bintang berekor besar, penduduk Yaman membait pemuda Al-Bait Al-Haram (maksudnya Al-Mahdi), maka dia jadikan Yaman sebagai shurga Naim” 

Atas sebab itulah, saya cuba menyelidiki apakah sebenarnya komet besar itu. Setakat ini, terdapat 3 jenis komet yang sedang saya kaji. [1] Komet Gemini, [2] Komet Perseid & [3] Komet ISON. 

Saya dahulukan komet ISON sebab ramai pengkaji atau penunggu Imam Mahdi melihat ia lebih relevan. Terpulanglah. Saya akan menjurus kajian saya secara tepat dengan tidak melihat keutamaan komet itu kepada saya atau sesiapa sahaja. 

Kemudian ada seorang komentar di blog saya, yang barangkali juga peminat astronomi menghantar sedikit nota seperti berikut. Saya copypastekan 2 bahagian terakhir sahaja untuk perhatian kita semua. 

Untuk perhatian saudara, sekiranya dalam konteks Imam Mahdi, kami lebih cenderung memerhatikan pada fenomena yg dijangka berlaku di suku ke4 tahun ini (Oct-N0v-Dec) darihal penemuan sebuah komet terbaru pada tahun lepas yg digelar Komet C/2012 S1 (ISON). 

Komet ISON ini dijangka berada pada jarak yang paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013. Ia sedang hangat diperkatakan di kalangan ahli astronomi kerana ia sangat terang lebih 15 kali ganda dari cahaya bulan purnama ketika menghampiri bumi. Ia sangat menakjubkan hingga cahayanya yang terang itu dijangka boleh dilihat dengan mata kasar disiang hari. Allahu a'lam 


Mari kita mulakan cerita ini dengan komet ISON terlebih dahulu, sesuai dengan permintaan umum sekarang ini. Penemuan komet ini dibuat menggunakan reflector sepanjang 0.4-meter (16 in) di International Scientific Optical Network dekat Kislovodsk, Russia di bawah program PENCARIAN ASTEROID ( CoLiTec) 


Imej-imej yang dijumpai sebelum ini oleh Pusat Kaji Selidek Mount Lemmon daripada 28 December 2011 dan oleh Pan-STARRS daripada 28 January 2012 segera dikumpulkan. 


Pemerhatian-pemerhatian berikutnya telah dibuat pada 22 September 2012 oleh satu pasukan astronomi dari Pusat Angkasa Lepas Remanzacco (Remanzacco Observatory) di Italy menggunakan rangkaian teleskop. 

Penemuan itu kemudian diumumkan oleh Minor Planet Centre (MPC) pada 24 September 2012. Pemerhatian oleh SWIFT mendapati bahawa diameter nukleas C/2012 S1' adalah lebih kurang 5 kilometers (3.1 mil). 


Saya akan membuat perbandingan diameter dengan dua komet lain (Gemini & Perseid) untuk melihat mana satu yang lebih besar dan kesesuaian tarikh-tarikh kemunculannya dengan tarikh hijriah. Meskipun ramai yang mengatakan komet ISON lebih popular, tetapi saya percaya komet-komet lain pun ada signifikan masing-masing. 



BILA DIA MENDEKATI MATAHARI? 


C/2012 S1 akan mendekati kepada perihelion (closest approach to the Sun) pada 28 November 2013 (24 Muharram 1435H) pada jarak 0.012 AU (1,800,000 km; 1,100,000 mil) daripada matahari. Ia akan menyebabkan jejari solar matahari (solar radius) menjadi sekitar 695,500 km (432,200 mil).


C/2012 S1 akan melintasi lebih kurang 1,100,000 km (680,000 mil) di atas permukaan matahari. Arah pergerakananya berbentok parabolic, yang membawa maksud bahawa dia satu-satunya komet yang datang dari Awan Oort (Oort Cloud). 


KEDEKATAN DENGAN MARIKH 

Pada saat dia datang pada jarak paling dekat, C/2012 S1 akan berada pada jarak lebih kurang 0.0724 AU (10,830,000 km; 6,730,000 mil) daripada planet Marikh pada 1 October 2013, dan akan berada pada jarak 0.429 AU (64,200,000 km; 39,900,000 mil) daripada bumi pada tarikh 26 December 2013. 

Saya mendapati tarikh 26 December 2013 itu bersamaan dengan 22 Safar 1435H. Dan tarikh 22 Safar itu tidak mempunyai apa-apa makna di dalam Islam. 


Walau bagaimana anda mungkin terkejut bila melihat satu tarikh hijrah bilamana bumi berada berdekatan dengan orbit komet ISON ini. Sila teruskan membaca. Nanti anda akan menjumpai apa yang saya maksudkan. 


SEJURUS SELEPAS PENEMUANNYA 

Sejurus selepas penemuannya, adalah didapati bahawa beberapa unsur orbitalnya adalah sama seperti Komet Besar 1680 (Great Comet Of 1680). 

Pada peringkat awalnya, saintis mendapati bahawa kedua-duanya mungkin berasal dari badan induk yang sama (same parent body). Walau bagaimanapun, pemerhatian berikutnya menunjukkan kedua-duanya tidak ada kaitan antara satu sama lain. 


BERDEKATAN ORBITNYA 

Bumi akan berada berdekatan orbit C/2012 S1 pada 14–15 January 2014. Bila sahaja komet itu berlalu, akan kelihatan partikel-partikelnya ditiup oleh radiasi matahari dan menghasilkan pancuran meteor atau lerekan awan (noctilucent cloud). 


Walau bagaimanapun, kedua-duanya mungkin sukar terjadi. Ini kerana bumi hanya melintasi orbit C/2012 S1' dan bukan ekornya. Kemungkinan terjadinya pancuran meteor agak rendah. 

Tambahan pula, pancuran meteor dari komet yang mempunyai hayat hidup yang lama yang hanya melakukan sekali sahaja lintasan ke dalam system solar jarang sekali kelihatan, bahkan tidak pernah direkod sebelum ini. Kemungkinan bahawa partikel-partikel komet yang tertinggal sepanjang perjalanan orbitalnya (selepas 100 hari bila nukleasnya pergi) yang boleh menghasilkan lerekan awam (noctilucent clouds) juga payah terjadi. 


Beberapa habuk debunya mungkin akan memasuki atmosfera bumi, tetapi setakat ini, pancuran meteor atau lerekan awan belum pernah terjadi lagi. TETAPI IA MUNGKIN TERJADI Oleh kerana ia tak pernah terjadi, maka kemungkinan terjadi itu sangat besar sebagai symbol atau isyarat dari manuskrip-manuskrip terdahulu. Adakah anda tahu bahawa tarikh 14 January 2014 itu bersamaan dengan tarikh 12 Rabiul Awal 1435H? Ia seolah-olah satu isyarat tentang kelahiran/kezahiran manusia agung. Kalau itu tarikh kelahiran Rasulullah SAW, apakah itu juga ada kaitan dengan kelahiran/kezahiran Muhamad Kedua (Imam Mahdi) yang akan keluar nanti? Tunggu siri berikutnya dengan isi yang lebih sarat dan terbuka.

Sambung Siri ke 2 di sini



Sumber

0 comments:

Post a Comment

Mengenali Etnik Rohingya di Myanmar dan Kekejaman Yang di Timbulkan ke Atas Mereka






Mengenali Etnik Rohingya di Myanmar – Krisis yang kian memuncak akhir-akhir ini dan menggemparkan dunia adalah berkenaan dengan keganasan ke atas penduduk Islam etnik Rohingya di Myanmar. Ia bukan sekadar perbalahan politik yang biasa-biasa di mana-mana negara. Tidak seperti di Mesir dan Syria, ia adalah perbalahan politik, antara pemerintah dan juga kebangkitan rakyat. Ia juga bukan sekadar perbalahan antara 2 agama; iaitu Islam dan Buddha. Ia adalah isu PENGHAPUSAN ETNIK. Seperti mana di Bosnia dan Chechnya satu ketika dulu.

Mengenali Etnik Rohingya:

Orang Rohingya kebanyakannya adalah satu kumpulan etnik beragama Islam di utara Negeri Rakhine yang terletak di Barat Burma. Sejarah telah mencatatkan bahawa umat Islam Rohingya merupakan penduduk asal Rakhine membentuk gugusan besar Arakan yang terletak berhampiran sempadan Bangladesh pada ketika ini menerusi pelbagai kajian sejarah serta ilmiah yang dilakukan.

Kebanyakan populasi Rohingya tertumpu di dua buah bandar utara Negeri Rakhine (yang dahulunya dikenali sebagai Arakan). 

Sejarah orang Rohingya dikatakan bertarikh dari awal kurun ke-7 di Negeri Arakan yang menjadi penempatan pedagang-pedagang Arab yang beragama Islam, namun bukti sejarah tersebut adalah sedikit.

Orang Rohingya memiliki persamaan fizikal, bahasa dan budaya dengan orang Asia Selatan, terutamanya orang Benggali. Malahan, sesetengah orang Rohingya yang menetap di Arakan adalah keturunan orang Arab, orang Parsi dan orang Pashtun yang berhijrah ke Arakan semasa era pemerintahan Empayar Mughal.

Sultan Mahmood, seorang Rohingya yang kaya dan berpengaruh, merupakan setiausaha politik dalam kerajaan U Nu dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Kesihatan. Orang Islam Rohingya lain dalam kerajaan U Nu yang menjadi setiausaha parlimen antaranya ialah Sultan Ahmed dan Abdul Gaffar. Abdul Bashar, Zohora Begum, Abul Khair, Abdus Sobhan, Rashid Ahmed dan Nasiruddin (U Pho Khine) ialah juga ahli-ahli parlimen dalam kabinet U Nu.


Punca Keganasan dan Penindasan Etnik Rohingya:

Tragedi kemanusiaan yang dialami umat Islam Rohingya pada ketika ini berlangsung semenjak 1938 apabila dilaporkan seramai 30,000 orang Muslim telah dibunuh pada 26 Julai 1938. Tragedi yang sama juga berulang pada tahun 1942, 1968, 1992 dan 2012.

Sehingga kini, dilaporkan seramai 1 juta lebih umat Islam Rohingya telah menjadi pelarian di seluruh dunia (termasuk di Malaysia) manakala seramai 2 juta umat Islam Rohingya masih berada di Arakan.

Penderitaan Muslim di Myanmar bermula pada 1982 lagi apabila secara tiba-tiba Muslim Rohingya diisytiharkan pendatang asing di negara sendiri. Muslim Rohingya ditindas melalui undang-undang “Burma Citizenship Law of 1982” yang bersifat perkauman agama dan penuh diskriminasi yang diluluskan oleh pemerintah junta Burma pada tahun 1982, yang mengakibatkan golongan muslim Rohingya tidak diiktiraf sebagai warganegara, malah diisytiharkan sebagai ‘pendatang’ di tanahair mereka sendiri. Oleh yang demikian, hak mereka dinafikan, malahan ada yang ditangkap, dipukul dan pelbagai kekejaman lain yang dikenakan kepada mereka.

Sejak diluluskan ‘Burma Citizenship Law’ ini juga, anak-anak kaum Muslimin telah dinafikan hak pelajaran mereka. Undang-undang ini telah menyebabkan bukan sahaja mereka tidak dapat menyambung pelajaran, malah ada yang langsung tidak dapat belajar ekoran daripada tekanan ekonomi, penangkapan, penyeksaan dan sebagainya.


Tambah menyedihkan ialah wanita Islam tidak dibenarkan memakai hijab dan ramai di antara mereka yang ditindas, didiskriminasi, dirogol dan sebagainya. Bukan itu sahaja, malahan masyarakat Islam di sana turut dinafikan hak dari segi perubatan samada di hospital mahupun di klinik-klinik dan mereka dipaksa membayar dengan harga yang terlampau tinggi untuk setiap kos rawatan yang ingin mereka dapatkan. 

Tambah memilukan ialah masyarakat Islam juga tidak dibenarkan menunaikan haji ataupun menyembelih korban semasa menyambut kedatangan Aidiladha, justeru mereka tidak dapat menjalani kehidupan sebagai seorang muslim yang bebas melaksanakan ajaran agamanya.

Situasi seumpama ini menyebabkan golongan muslim Rohingya terpaksa melakukan penghijrahan dengan menjadi pelarian ke negara-negara seperti Bangladesh, Pakistan, United Arab Emirates, Arab Saudi, Thailand dan Malaysia.


Fakta-Fakta Penindasan dan Pencabulan Hak Asasi Manusia:

Gerakan pembebasan orang Rohingya disekat dengan keras dan pada hakikatnya sebahagian besar mereka telah dinafikan kewarganegaraan Myanmar mereka. Mereka juga tertakluk pada pelbagai bentuk pemerasan dan pencukaian sembarangan; penyitaan tanah; pengusiran paksa dan pemusnahan rumah; dan sekatan kewangan ke atas perkahwinan. 

Orang Rohingya terus menerus dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan jalan raya dan di kem-kem tentera walaupun jumlah buruh paksa di utara Negeri Rakhine telah menurun sejak sedekad yang lalu.

Pada tahun 1978, dianggarkan seramai 200,000 orang Rohingya telah melarikan ke Bangladesh berikutan operasi Nagamin’ (‘Raja Naga’) tentera Myanmar. Secara rasmi kempen ini mensasarkan “pemeriksaan setiap individu yang tinggal dalam negeri tersebut, menandai warganegara dan orang asing bertepatan dengan undang-undang dan mengambil tindakan terhadap orang asing yang menyusup masuk ke dalam negara secara haram. 

Kempen ketenteraan ini disasarkan secara terus kepada orang awam, dan mengakibatkan pembunuhan, rogol dan pemusnahan masjid serta penindasan agama secara besar-besaran.

Semasa 1991-92, satu gelombang baru orang Rohingya yang dianggarkan berjumlah suku juta orang telah melarikan diri ke Bangladesh. Mereka melaporkan tentang buruh paksa di samping hukuman mati terus, penyeksaan dan rogol. Orang Rohingya dipaksa bekerja tanpa bayaran oleh tentera Myanmar di projek-projek infrastruktur dan ekonomi, lazimnya dalam keadaan yang teruk. Banyak pencabulan hak-hak kemanusiaan lain berleluasa dalam konteks buruh paksaan orang awam Rohingya oleh pasukan keselamatan.


Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1942 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.

Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah , tanah , ternakan , pemusnahan masjid , arahan tidak dibenarkan membaiki mana-mana Masjid , ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha , perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera , penangkapan , penyiksaan tanpa bicara , perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.

Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memiliki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memilikki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefon bimbit.

Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh , 60,000 di Thailand , 150,000 di Pakistan ,40,000 di Malaysia . Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.

Gambar-Gambar Keganasan Terhadap Etnik Rohingya:














Peranan Umat Islam:


Sebagai umat Islam yang ingin mengaplikasikan ’konsep persaudaraan Islam’, maka kita tidak boleh memandang masalah yang dihadapi oleh golongan muslim Rohingya ini dengan ’sebelah mata’. Sebalikmya menjadi suatu kewajipan kepada kita untuk membantu mereka sedaya- upaya bagi merealisasikan konsep persaudaraan sesama muslim. Antaranya ialah dengan menitipkan doa buat saudara-saudara kita di sana.

Bagi yang berkemampuan, anda boleh menghulurkan bantuan kewangan melalui Tabung Krisis Kemanusiaan Rohingya yang dilancarkan oleh mana-mana Badan Kerajaan ataupun NGO.

0 comments:

Post a Comment

Kisah Dongeng Keluarga Si Luncai Yang Menarik Perhatian




Kisah Dongeng Keluarga Si Luncai Yang Menarik Perhatian


1. Si Luncai sebagai sebagai abang sulung telah berjanji akan membina sebuah rumah keluarga di atas sebidang tanah pusaka bernilai tinggi milik keluarga tersebut.

2. Harga pasaran tanah pusaka tersebut di anggarkan bernilai RM10 juta manakala kos keseluruhan pembinaan rumah di anggarkan sebanyak RM20 juta yang memerlukan pembiayaaan bank.

3. Si Luncai kemudian telah MENUBUHKAN sebuah syarikat yang di panggil syarikat B yang di beri tanggungjawab untuk menyiapkan projek tersebut termasuk urusan pinjaman bank..

4. Untuk memudah kan syarikat B membuat pinjaman, Si Luncai telah memindahkan hakmilik tanah tersebut kepada syarikat B dengan bayaran minimal sebanyak RM1 juta, jauh di bawah nilai pasaran tanah tersebut.

5. Setelah itu sejumlah RM20 juta di pinjam melalui bank oleh syarikat B dengan setiap ahli keluarga Si Luncai sebagai penjamin.




6. Namun setelah hampir 5 tahun, keluarga Si Luncai mula merasa resah apabila tiada kelihatan sebarang tanda yang kerja kerja pembinaan rumah impian mereka telah di jalankan di atas tanah tersebut.

7. Khabar angin juga mula bertiup yang konon nya syarikat B yang di pengerusikan oleh Si Luncai telah melesapkan duit pinjaman tersebut.

8. Dan khabar angin tersebut semakin kencang bertiup apabila Si Luncai mengarahkan syarikat B menjual sedikit demi sedikit tanah tersebut bagi membayar ansuran hutang bank yang mula tertunggak.

9. Apabila di asak dengan pelbagai pertanyaan dan apabila di minta membuktikan bahawa duit pinjaman tersebut masih ada, berikut adalah jawapan Si Luncai…

“ SIAPA KATA DUIT TU DAH HILANG?. DUIT TU MASIH ADA PADA NILAI TANAH TERSEBUT. DAN DALAM MASA 20 TAHUN NILAI TANAH TU AKAN MENINGKAT BERKALI GANDA MELEBIHI JUMLAH PINJAMAN”.

10. Jawapan Si Luncai yang kabur dan mengelirukan masih tidak menjawab persoalan kemana dan bagaimana wang pinjaman tersebut telah di belanjakan selama ini?. Dan adakah ianya masih berbaki?. Jika masih berbaki mengapa Si Luncai meminjam RM9.5 juta lagi dari tabungan keluarga?.

11. Yang jelas, semakin hari rumah impian keluarga tersebut semakin akan kekal sebagai mimpi. Seluruh keluarga akan menanggung hutang seumur hidup. Dan yang lebih malang, kemungkinan tanah pusaka tergadai semakin menjadi nyata.



P/s...keratan akhbar di atas hanya lah sebagai perhiasan semata mata dan tiada mempunyai hubung kait dengan tulisan di atas.



Kredit: Mohd Hanizam Yunus Facebook





0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ