Apabila Berbicara Tentang Cinta..


Apabila berbicara tentang cinta


Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat semua rakan-rakan yang dirahmati Allah swt...
Apabila aku berbicara tentang cinta...
ermmm inilah hasilnya...

Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya..
Ada cinta kudus antara ibu dan anaknya...
Ada cinta yang setia...
Ada cinta kasih antara teruna dan dara...

Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingannya..
Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia 
dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia...
Ia juga tidak memilih rona bangsa...
Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta...

Justeru itu, cinta dikatakan sesuatu yang cukup indah
dan luar biasa dalam cakerawala hidup setia sejiwa....



7 comments:

Post a Comment

Langit Berwarna Merah Di Sydney

(Auto Publish) Sydney-17 Oktober 2013, Hampir 100 kebakaran hutan terbesar telah terbakar dan tidak dapat dikawal merentasi negeri berpenduduk paling padat di Australia hari ini. Beberapa buah rumah dipercayai telah musnah akibat kebakaran yang merentasi New South Wales tersebut. Jumlah sebenar tidak diketahui kerana keadaan kebakaran terlalu kuat dan ahli bomba mengalami kesukaran untuk memasuki kawasan kebakaran, kata Rural Fire jurubicara Service Matt.

Kebakaran hutan di New South Wales dijangka akan menjadi paling teruk dekad ini apabila lebih daripada 100 pembakaran menggila yang berjaya dikesan. Ahli bomba masih bertarung untuk mengawal api yang kini mengelilingi Sydney di tiga penjuru. Banyak keluarga terpaksa berpindah serta meninggalkan rumah mereka dan beratus-ratus lagi telah musnah. Jom layan gambar dibawah:-

Langit Berwarna Merah Di Sydney
Subuh merahSydney Harbour Bridge dan North Sydney CBD diselubungi dengan asap jerebu apabila kebakaran hutan menggila di barat subbandar Sydney, Springwood, Winmalee dan Lithgow.
 Lagi gambar-gambar menarik dibawah


1 comments:

Post a Comment

Iklan-Iklan Menarik Di Dinding Bangunan

(Auto Publish) Syarikat-syarikat serta agensi pengiklanan telah menghabiskan segala kebolehan mereka yang paling kreatif melalui papan-papan iklan, dan mereka kini mensasarkan bangunan-bangunan tinggi untuk mempamirkan iklan-ikan mereka. Dari sebiji bola sepak melekat keluar dari bangunan hingga kepada rambut ekor kuda yang terjuntai di salah satu tingkap dan mereka terus berusaha keras dalam kempen pengiklan mereka. Jom layan 14 gambar-gambar Most Creative Advertisements di Buildings yang menarik di bawah.

Iklan-Iklan Menarik Di Dinding Bangunan

Anando Milk-Superhuman Powers


Lagi gambar-gambar menarik di bawah

3 comments:

Post a Comment

Ballet Dancers At Sunlight

Jom layan gambar-gambar ballet dancers yang awesome di bawah...


5 comments:

Post a Comment

Siapakah Gadis Malala Yousafzai Yang Diberi Penghargaan Menemui Obama?

Siapakah Gadis Malala Yousafzai Yang Diberi Penghargaan Menemui Obama?
Barack ObamaWanita Pertama Michelle Obama , dan anak perempuan mereka Malia menemui Malala, di Rumah Putih pada 11 Oktober, 2013.

TEMPO.CO, Islamabad - Khabar tentang tertembaknya seorang gadis berumur 14 tahun asal Pakistan pada 9 Oktober 2012, Malala Yousafzai, telah membuat kehebohan di berbagai penjuru dunia. Namun siapakah sebenarnya gadis ini?

Gadis yang lahir pada 12 Juli 1997 ini adalah seorang siswa yang berasal dari Kota Mingora, Kabupaten Swat, Provinsi Khyber-Pakhtunkhwa, Pakistan. Ia merupakan seorang aktivis muda yang ingin memperjuangkan dan memajukan hak wanita dalam bidang pendidikan.

Malala tinggal dan bersekolah di lingkungan yang dikuasai oleh Taliban, sebuah grup militan yang ingin menerapkan hukum syariah di Pakistan. Taliban, yang dideskripsikan sebagai salah satu grup militan paling berbahaya di Pakistan, melarang perempuan bersekolah. Mereka bahkan memaksa agar sekolah-sekolah perempuan ditutup. Jika tidak, mereka akan menghancurkan sekolah-sekolah tersebut. Hal ini menarik Malala untuk memperjuangkan hak pendidikan para perempuan.

Ziauddin Yousafzai, ayah Malala, memiliki sebuah sekolah privat untuk perempuan berumur 14 tahun. Namun, pada 2009, Taliban membuat sebuah keputusan yang menyatakan bahwa perempuan harus berhenti sekolah. Ziauddin terpaksa membawa dirinya dan keluarganya bermalam di tempat yang berbeda-beda setiap hari agar ia bisa melindungi keluarganya dari serangan Taliban. Ziauddin juga dikenal sebagai aktivis Pakistan.

Pada awal 2009, Abdul Hai Kakkar, seorang wartawan BBC Urdu, bertanya kepada Ziauddin apakah ada muridnya yang ingin menulis tentang kehidupan di bawah perintah Taliban. Aisha, seorang muridnya, dipilih oleh Ziauddin dan sempat menulis beberapa kali.

Sayangnya, tak lama kemudian, orang tua Aisha melarangnya menulis lagi. Ini membuat Malala terpilih untuk menjadi pengganti Aisha, walau saat itu ia baru berumur 11 tahun.

Tulisan-tulisan Malala, yang dimulai pada 3 Januari 2009, menarik perhatian dari seluruh penjuru dunia. Ia menulis dengan tangan sendiri tentang apa yang terjadi di sekitarnya.

Dalam setiap tulisannya, ia menceritakan lingkungan hidupnya yang berada di tengah perang, tapi tetap mengharapkan datangnya kedamaian suatu saat nanti. Malala juga meyakini Taliban tak akan bisa menghentikan setiap perempuan untuk mengenyam pendidikan.

Untuk menjaga keamanan Malala, dalam setiap tulisannya dicantumkan nama “Gul Makai” yang berarti bunga jagung dalam bahasa Urdu. Pada 12 Maret 2009, Malala berhenti menulis dan tak lama kemudian Malala dan ayahnya ditawari Adam B. Ellick, wartawan New York Times, untuk membuat sebuah film dokumenter.

Pada 25 Oktober 2011, Malala diberi nominasi dalam penghargaan “International Children’s Peace Prize” oleh Desmond Tutu, seorang aktivis asal Afrika Selatan. Dua bulan kemudian, pada 19 Desember 2011, gadis ini diberi penghargaan “Pakistan’s National Youth Peace Prize” oleh Perdana Menteri Yousaf Raza Gilani.

Perjuangan Malala Yousafzai telah membuka mata banyak orang akan berharganya hak wanita. Ia merupakan seorang gadis yang membuka jalur untuk harapan yang lebih baik. - Sumber 

3 comments:

Post a Comment

Kreatif Dari Botol Minuman

Kreatif Dari Botol Minuman

Kreatif Dari Botol Minuman

Jom layan gambar lain di bawah....

3 comments:

Post a Comment

Kisah Anak Yang Tidak Menghargai Pengorbanan Orang Tua

(Auto Publish)

Sekadar berkongsi secebis kisah masyarakat. Seorang anak yang sedang belajar, berlagak kaya hanyalah menipu diri sendiri. Benar atau tidak kejadian ini...ianya menjadi satu peringatan kepada semua. .hargailah orangtua kita..! kalaulah ini hanya olahan cerita...kita berbalik kepada moral cerita itu. Cerita yang bila-bila masa boleh terjadi dan akan menjadi-jadi. Kepada pelajar yang membaca muasabah diri terutama diri Ida sendiri...supaya tidak menjadi seperti watak dalam cerita ini.. Semoga kisah ini manafaat buat kita semua.

Kisah Anak Yang Tidak Menghargai Pengorbanan Orang Tua



Nak tambah pendapatan sila klik sini 8Share

3 comments:

Post a Comment

Hendak Tuntut Wang 21 Billion Dari Kerajaan Malaysia?

(Auto Publish)

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan yang dirahmati Allah swt..


Kes macam ni pun ada? Seorang wanita hendak menuntut wang 21 billion yang dijanjikan sejak awal kelahirannya...Banyak tu!  Macam-macam. Ida hanya mampu geleng kepala.



Hendak Tuntut Wang 21 Billion Dari Kerajaan Malaysia?

4 comments:

Post a Comment

Benarkah Maybank2u bakal menjadi sasaran godam?



Maybank2u bakal menjadi sasaran godam



Jika anda membuka Facebook dan membaca Whatsapp di telefon anda, pasti terlihat mesej berbunyi:

“Salam..pastikan tiada yang buat transaction ataupun online banking sehingga isnin pagi ye…terima kasih.pastikan anda tahu baki akaun anda semua. Ada attack besar besaran mlm ni terutama maybank. Dari kawan TM Cite yg dbritakan olh kengkwan utk dkongsi Last week google kne hack oleh siapa xdktahui Jd pkhidmatan online spt traksaksi akaun o etc dnchatkan utk dkurangkan klu bly elak,elakkan dlu smentara.. Hacker dari pakistan yg hack google last week Ini maklumat yg diterima… copy paste dr whatapps IPK”

Hari ini dalam kenyataannya, Malayan Banking Bhd atau Maybank menafikan laman web perbankan, Maybank2u,com.my menjadi sasaran penggodam seperti yang disebarkan dalam laman sosial semalam.

Menurut kenyataan Maybank, ia memaklumkan laman Maybank2u masih selamat untuk dilayari dan digunakan pelanggan.

Meskipun begitu, pengguna perlu berhati-hati dengan setiap urusan perbankan dalam talian memandangkan penggodam mempunyai seribu satu cara untuk menceroboh sistem tersebut.

Antara langkah lain yang boleh diambil bagi memastikan perbankan dalam talian yang selamat termasuk:

Tidak mendedahkan kata laluan.
Kerap menukar kata laluan.
Elakkan daripada menyimpan log daftar masuk dan kata laluan dalam komputer.
Anda perlu pastikan laman web yang dilayari adalah laman web yang sah.
Ketika melayari sesebuah laman web, semak URL dan pastikan URL bermula dengan https dan pastikan imej kunci tertutup terdapat dekat bar status pelayan web.
Pastikan anda kerap menyemak butir-butir atau rekod transaksi dan penyata yang dihantar oleh bank.
Tolong jangan tinggalkan komputer kalau kita masih mengakses perbankan internet.
Sentiasa log keluar sebaik saja selesai dengan urusan transaksi dan padamkan peti memori serta rekod transaksi selepas log keluar dari laman web.
Lindungi komputer dengan sistem keselamatan anti virus dengan memasang `firewall’ yang dikemaskini.
Jangan membiarkan pelayar lain terbuka ketika membuat transaksi online.
Pastikan anda tidak mengatifkan ciri-ciri `perkongsian’ dalam sistem pengendalian kita. - Sumber

2 comments:

Post a Comment

Akulah Semalu Yang Beduri Itu!!


Sekadar berkongsi keluh kesah di dada.....


Akulah Semalu Yang Beduri Itu!!


2 comments:

Post a Comment

Akibat Kecuaian....

(Auto Publish)


Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan semua...

Tertinggal isteri? Pelik kan? Macam mana la boleh terjadi macam ni.


Akibat Kecuaian



8 comments:

Post a Comment

Wedding Yang Awesome

(Auto Publish)

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan yang disayangi...

Ya... hampir semua perkahwinan berlaku dengan mantap. Masing-masing mencipta kreativiti tersendiri atau cuba mencipta insprasi untuk satu majlis yang luar biasa. Masing-masing ingin mencari kelainan kerana ia merupakan sejarah paling manis dalam hidup. Malah ia menjadi kegilaan pasangan pengantin sekarang untuk di abadikan untuk anak cucu. Jom kita layan gambar-gambar wedding serata dunia yang awesome di bawah..

Wedding Yang Awesome
Eugene Okaevich dan pengantin perempuannya bersiar-siar dengan motosikal berkuasa tinggi. (Foto oleh Konstantinchernichkin / Reuters)


12 comments:

Post a Comment

AMAZING PICTURES

(Auto publish)



Jom layann mata...

AMAZING PICTURES
Super Moon rising above Sierra Nevada Sequoia National Park California


AMAZING PICTURES
The Amazing Stone Mirror in Istanbul, Turkey

10 comments:

Post a Comment

Cara Sembelihan Qurban Di Malaysia Zalim?

(Auto publish)

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria dan salam idul adha buat rakan-rakan semua.

Tajuk entri Ida kali ini perghhh memang dahsyat kan? Tunggu! baca dulu sampai habis. Ida sekadar berkongsi info yang Ida terima melalui group whatsApp Ida. Sumber? Wallahualam...

Sebelum itu sila baca PENGERTIAN & HUKUM IBADAH QURBAN di sini (klik)

Cara Sembelihan Qurban Di Malaysia Zalim?


...sedikit info qurban yang dikongsikan dari seorang kawan yang lain..

Hj Mustaffa Hj Othman proprietor meat u here butcher shop yang dulu master butcher kat Buckingham Palace revealed somethin intersting masa bagi talk kat surau tadi on how to sembelih qurban tanpa menzalimi sembelihan...


4 comments:

Post a Comment

Apa Yang Anda Tahu Pasal Sesumpah?

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan semua.

Kali ini Ida nak bercerita pasal Sesumpah atau Chameleon pula...

Tahukah anda Sesumpah merupakan sejenis reptelia yang mempunyai kekuatan untuk berpegang atau berpaut dengan kuat pada sesuatu objek sekalipun berlaku hujan ribut mahupun tiupan angin kencang.

Bagaimanakah sesumpah mampu sehebat sedemikian?

Sesumpah mempunyai sejenis ‘pelekat’ di bawah tapak kakinya seperti sejenis gam. Manakala pada bahagian ekornya pula begitu kuat untuk membolehkannya bergayut pada dahan pokok. Warna badan sesumpah sering berubah-ubah warna mengikut perubahan emosinya dan bukan pula pada persekitarannya.

Kebiasaannya apabila kulit sesumpah berwarna cerah, ini bermakna keadaannya dalam situasi tenang dan stabil. Akan tetapi awas sekiranya warna kulit badannya semakin gelap reptlia itu sedang berada dalam keadaan tertekan. Bermakna ia tidak mahu diganggu.

Apa Yang Anda Tahu Pasal Sesumpah?


Sesumpah mampu merubah warna badannya mengikut cuaca ia juga bertujuan untuk mencari pasangannya. Manakala untuk menghalau musuhnya, Sesumpah akan menggembangkan badannya sehingga dua kali ganda lebih besar daripada saiz asalnya. Sekiranya strategi tersebut gagal, Sesumpah akan menggunakan satu lagi strategi dengan melarikan diri dari mangsanya. Amnya kelajuan yang boleh di capai bagi seekor Sesumpah boleh mencecah enam meter sesaat, cukup laju untuk melarikan diri dari musuhnya.

Sesumpah juga berkebolehan melihat dalam sudut 360 darjah bagi membolehkan ia memerhatikan pemangsanya tanpa bergerak walau seinci pun. Ini jelas menunjukkan sesumpah peka pada persekitaran walaupun kita tidak melihat dia berubah atau hanya diam sahaja.

Tanpa menggerakkan badannya ke mana-mana arah sesumpah juga berupaya meluncurkan lidahnya dengan kepantasan 13 meter sejam. Apabila mangsa dapat di terkam maka potensi untuk melarikan diri amat tipis. Begitulah berbahayanya sesumpah kepada mangsanya. Itulah sesumpah atau Chameleon atau pokko (dalam bahasa Kelantan) kehebatannya yang tiada pada binatang lain. - Sumber

Jom kita layan gambar-gambar sesumpah yang amat menarik di bawah:

Apa Yang Anda Tahu Pasal Sesumpah?

5 comments:

Post a Comment

Di Kala Matahari Terbenam...

Di kala matahari terbenam
Tercipta pemandangan yang indah di sepanjang pantai
Orang-orang terkesima memandang sang surya terbenam
Sembari dibelai angin sejuk nan sepoi-sepoi

Usai mentari terbenam
Azan maghrib berkumandang di masjid nan indah
Orang-orang berbondong-bondong menuju masjid
Untuk melaksanakan shalat maghrib

Langit berubah menjadi gelap gulita
Bintang gemintang menghiasi langit
Bagai mutiara yang bersemayam di langit



Di Kala Matahari Terbenam...

Jom layan gambar2 lain ketika matahari terbenam, sungguh menakjubkan....

10 comments:

Post a Comment

Resepi Ayam Rendang Ladang

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan semua...

Hari ini Ida nak kongsi satu resepi turun temurun dari arwah Opah Ida iaitu Ayam rendang ladang. Kenapa dinamakan Ayam rendang ladang? Menurut kata arwah Opah, rendang ni tidak menggunakan rempah. Maklumlah orang dulu-dulu kan hidup berladang, nak pergi kedai jauh. Kadang-kadang terpaksa dua tiga hari bermalam di ladang, nak-nak kalau musim menuai susah nak tinggalkan ladang takut nanti hasil dicuri orang atau dimakan oleh binatang liar.

Ok...kita sediakan bahan-bahan A
1 ekor ayam dipotong kecil ikut suka - basuh dan toskan
1 biji kelapa, perah ambil santan dalam 2 mangkuk sedang.
2-3 biji kentang - belah 4
1 bungkus kerisik
2 sudu serbuk kunyit
Garam, gula - ikut rasa
5-6 helai daun limau purut
2-3 helai daun kunyit dihiris halus.
2 keping asam keping.


Bahan-bahan B untuk diblander bersama
2-3 batang serai
2-3 biji bawang besar 
3-4 biji ulas bawang putih
20-25 biji api - ikut suka (nak pedas buat banyak, tanak pedas kurangkan)

Bahan-bahan C untuk menumis
2-3 sudu minyak masak
1 batang kulit kayu manis
2-3 kuntum bunga lawang
2-3 biji buah pelaga

Cara-cara membuatnya
1). Blander bersama kesemua  bahan-bahan B hingga halus.

Ayam Rendang Ladang

2). Panaskan minyak - masukkan kesemua bahan-bahan C sehingga berbau, kemudian masukkan bahan-bahan B yang telah diblander halus tadi serta serbuk kunyit. Tumislah sehingga pecah minyak dan naik bau.

Ayam Rendang Ladang

3). Masukkan santan, ayam dan kentang. 

Ayam Rendang Ladang


4). Kacau hingga mendidih dan sedikit kering baru masukkan, kerisik, daun limau purut, hirisan daun kunyit, asam keping, garam dan gula secukup rasa.

Ayam Rendang Ladang


5). Biarkan ia kering mengikut suka. Kalau Ida tak suka kering sangat sebab Ida suka berkuah. Tadaaa dah siap!!!

Ayam Rendang Ladang


Nota kaki: Dalam gambar tiada hirisan daun kunyit, sebab masa tu tiada. Kalau tanak letak pun takper. Tetapi daun limau purut jika digandingkan dengan daun kunyit...perghhhh dia punya bau memang harum dan menyelerakan!











9 comments:

Post a Comment

Manisnya Bila Erra Fazira Bertudung

Manisnya Bila Erra Fazira Bertudung

Apabila Erra Fazira mengajar anaknya Engku Aleesya bertudung dan mengaji. Manis dan comel. Alhamdulillah, semoga Erra akan terus kekal dengan imej yang seperti ini. Sama-samalah kita doakan...

Manisnya Bila Erra Fazira Bertudung

Manisnya Bila Erra Fazira Bertudung

Sumber gambar dari mediamalaya

3 comments:

Post a Comment

To Sua: Kolam Renang Semula Jadi Di Samoa

Assalamualaikum wbt... Salam ceria buat rakan-rakan semua

Satu kolam renang semula jadi telah ditemui di sebuah kampung bernama Lotofaga di pantai selatan kepulauan Upolu di Samoa diberi nama To Sua Ocean Trench. Satu lubang sedalam 30 meter dengan satu tangga besar dan dok kecil, para pengunjung dikenakan bayaran sebanyak $15 untuk orang dewasa dan $6 untuk kanak-kanak yang berusia 7-15 tahun sementara kanak-kanak di bawah 7 tahun adalah percuma. To Sua Ocean Trench dibuka pada setiap hari dari jam 7 pagi hingga 6 petang.

Pulau Upolu telah dibentuk oleh satu gunung berapi perisai basaltic besar. Dengan satu kawasan seluas 1,125 km2 (434 persegi mi) dan mempunyai penduduk seramai 135,000 orang. Ia merupakan pulau yang kedua terbesar di kawasan geografi dan paling berpenduduk di kepulauan Samoan. Samoa mendapat kemerdekaannya dari New Zealand pada 1962. Bagi yang inginkan kelainan jom ke To Sua Ocean Trench...hehehe.

Kolam Renang Semula Jadi Di Samoa

5 comments:

Post a Comment

Mona Fandey Dalam Kenangan

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan semua...

Mona Fandey dalam kenangan... amboiiii tajuk hehehehe

Ermmm... tak tahu bagaimana nak mulakan bicara tetapi yang nyata darah Ida berderau juga bila membaca dan melihat gambar iras-iras Mona Fandey di blog AniqBukhary malam tadi dan sepanjang malam Ida tak lena tidur. Ramai yang komen kata seram lah, tak tidur malam lah...dan macam-macam lagi. Memang benar, ia berlaku pada Ida kerana Ida pernah melihat Mona Fandey semasa  kes tersebut dibicarakan di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang sekitar tahun 1994 - 1995. Masa tu Ida masih tadika. Namun begitu Ida masih ingat kerana ia menjadi perbualan harian dan sering diperkatakan/diceritakan oleh ayah dan emak Ida.

Mona Fendi Dalam Kenangan

8 comments:

Post a Comment

Cara Mudah Membuat Widget Top Commentator

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan blogger semua...

Sudah agak lama Ida mencari widget top commentator yang mudah dan simple. Sebelum ini Ida buat widget top commentator yang terkumpul sepanjang masa yang Ida jumpa dari blog Waazin Aiman . Pastu Ida masih tak puas hati terbaca pula tutorial yang sama di blog Santai iskandarx . Pastu Ida tanya dia macam mana nak buat Top Commentator mengikut bulan... maka Iskandar pun buatlah tutorial yang Ida nak tu... aduhhh... masih juga Ida tak faham, banyak pula nak tukar code dia... Memang kesian la cikgu yang dapat murid bebal macam Ida ni hehe.

Tadi Ida jenjalan la di blog Kak Erin (Cerita Sang Puteri), Ida tengok widget dia macam menarik jer, so Ida pun klik lah... memang semudah ABC, dalam tempoh 1 minit dah siap..


Cara Mudah Membuat Widget Top Commentator

Anda cuma perlu klik sini  Flexible Top Commentators Widget for Blogger kemudian lengkapkan ruangan seperti di bawah mengikut kesesuaian anda:

Cara Mudah Membuat Widget Top Commentator


Bila dah selesai isi ruangan yang dimaksudkan tu terus klik + click here to add widget + . Tadaaa terus masuk ke blog anda, tak perlu setting atau tukar apa-apa code dah. Admin, Non-URL dan Anonymous semua dah siap setting. Mudah dan ringkas!
  

7 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ