Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Mona Fandey Dalam Kenangan

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan semua...

Mona Fandey dalam kenangan... amboiiii tajuk hehehehe

Ermmm... tak tahu bagaimana nak mulakan bicara tetapi yang nyata darah Ida berderau juga bila membaca dan melihat gambar iras-iras Mona Fandey di blog AniqBukhary malam tadi dan sepanjang malam Ida tak lena tidur. Ramai yang komen kata seram lah, tak tidur malam lah...dan macam-macam lagi. Memang benar, ia berlaku pada Ida kerana Ida pernah melihat Mona Fandey semasa  kes tersebut dibicarakan di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang sekitar tahun 1994 - 1995. Masa tu Ida masih tadika. Namun begitu Ida masih ingat kerana ia menjadi perbualan harian dan sering diperkatakan/diceritakan oleh ayah dan emak Ida.

Mona Fendi Dalam Kenangan




Ayah dan emak Ida ketika itu bertugas sebagai anggota polis di Balai Polis Temerloh.  Ayah di Cawangan Jenayah manakala emak Cawangan Trafik. Ayah Ida pula ketika itu ditugaskan untuk menjaga keselamatan Dato' Mokhtar Sidin yang menjadi hakim sepanjang perbicaraan tersebut dan sehingga kini ayah Ida menjadi rakan baik Dato' Mokhtar Sidin walaupun beliau sudah bersara.

Okey, dipendekkan cerita, Ida yang membesar di balai polis ketika itu sering melihat Mona Fandey, Suaminya Affendi serta Juraimi pembantunya yang turun naik lori blackmaria yang membawa mereka ke Mahkamah. Emak pernah membawa Ida melihat Mona Fandey dalam jarak yang dekat. Ketika itu kisah Mona Fandey memang popular. Ida nak cakap di sini, Mona Fandey memang seorang wanita yang cantik serta mempunyai susuk tubuh badan yang kecil molek. Penampilannya keluar masuk balai polis dan mahkamah sentiasa kelihatan cantik, kemas, peramah serta sentiasa mengukir senyum dibibir tetapi entah kenapa kita merasa seram? Mungkin kerana dia seorang pembunuh atau sejarah ilmu hitamnya? Wallahualam.

Mona Fendi Dalam Kenangan

Ada satu cerita yang orang ramai tidak tahu, semasa di dalam lokap balai polis Temerloh, Mona Fandey sering meramal nombor ekor empat angka. Ramai jugalah anggota-anggota polis yang kaki nombor ekor ketika itu menang nombor hehehe. Tetapi kena mengikut syarat si bomoh Mona Fandey, kalau dia suruh beli RM2 ke, RM5 ke atau RM10 ke maka beli sajalah sebanyak itu jangan nak beli lebih-lebih pasti tidak akan mengena. Lepas tu kalau ada anak kecil demam atau menangis malam pun boleh juga bawakan air minta Mona jampikan...memang mujarab.

Mona Fendi Dalam Kenangan

Mona Fendi Dalam Kenangan

Ida masih kenal dan ingat nama makcik polis yang mengiringi Mona Fandey ni, yang dibawah bernama Makcik Zamzami dan yang di atas Makcik Suhaini, kedua-duanya adalah kawan emak. Sekarang Makcik Zamzami sudah bertukar ke Kuala Lumpur, Makcik Suhaini ke Penang, sementara emak Ida pula ke Johor Bahru. Semuanya adalah kenangan.... kenangan indah tetapi seram!

Nak tahu kisah Mona Fandey ni bolehlah ke web Wikipedia  atau  Murderpedia atau di sini eforum1caricommy

Mona Fendi Dalam Kenangan


Inilah wajah dua anggota polis wanita (gambar terkini) yang sering mengiringi Mona Fandey ketika itu. Tentu mereka mempunyai cerita dan pengalaman yang tersendiri.







7 comments:

hmm..kalau di ingatkan semula..memang takut masa tu..yer lahh..macam2 criter yg keluar...memang seramm

13 October 2013 at 16:00 comment-delete

Seramnya..

13 October 2013 at 16:11 comment-delete

Haha Mama ila dan Kak Erin...pada hal ida cerita yang baik2 dan yang tak seram... tp iyer lah... nama Mona Fandey itu sahaja sudah mempunyai aura yang menyeramkan hehe

13 October 2013 at 16:17 comment-delete

kalau dia tak bunuh org mesti dah banyak album lagu dia..

13 October 2013 at 16:21 comment-delete

haih tengok muka dia saja dah menyeramkan. saya lepas baca cerita dia dulu, rasa seram tak henti for a few days. >.< kalau fikir cara dia bunuh org tu.. herhhh...

13 October 2013 at 20:42 comment-delete

errr sejujurnya tak pernah ingat pun masa zaman kecik dulu, case jadi tahun 94-95 kan?ika lahir 92..kira2 umur masa tu 2-3tahun laa. maybe abah mama ingat laa kut. ika totally zero tp sekarang tau laaa, mula2 baca dr blog aniq juga

13 October 2013 at 22:02 comment-delete

Bnyk lagi sbnarnya gambar iras mona 2 saya simpan. Best plak baca kisah Mona Fendi nie daripada org yg pernah nampak depan mata... Btw, thankz sebab letak nama saya dalam entry kali nie.. Hihi.

14 October 2013 at 23:11 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ