Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



FELIXIA YEAP DEDAH DIMALUKAN MEDIA, MUNGKIN AKAN SAMAN




Model muaalaf yang kini menggunakan nama Raisyyah Rania bertegas mana-mana pihak termasuklah media yang ingin mengambil kenyataan menerusi status yang ditulis di Facebook miliknya agar tidak memanipulasikan maksud yang disampaikan itu.

Raisyyah atau lebih dikenali sebagai Felixia Yeap, 27, berkata, terdapat media sering memanipulasikan kenyataannya termasuklah sebuah akhbar telah memetik statusnya dengan laporan salah mengenai isu pasangan model berpakaian pengantin separuh bogel di Ipoh, Perak baru-baru ini.

"Saya terkejut sebab berita itu dipaparkan tanpa pengetahuan saya dan tajuk yang diberi itu agak kasar, kedengaran seperti angkuh.

"Walhal, saya tidak pernah berniat untuk marah sesiapa pun. Saya hanya ikhlas menyeru orang ramai untuk berpakaian lebih sopan di tempat awam dan jika perlu berpakaian sedemikian atas sebab kerja (seperti model tersebut) maka ia sepatutnya dilakukan di tempat yang tertutup.

"Diharap setiap kenyataan saya di Facebook tidak lagi dimanipulasikan," katanya kepada media yang dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp pada Jumaat.

Rabu lalu, Raisyyah telah menyelar sebuah akhbar di Instagram miliknya apabila tajuk berita yang digunakan iaitu 'Tolonglah jaga maruah!" seolah-olah menunjukkan dia begitu angkuh bercakap perihal menutup aurat.

Dia juga mendakwa kenyataannya telah dimanipulasikan.

Sementara itu, Raisyyah juga berharap agar mana-mana pihak tidak keliru lagi dengan kerjayanya di mana dia sebenarnya masih seorang model, bukan bekas model seperti yang ditulis itu.

"Ramai yang menganggap saya sudah bersara daripada kerja-kerja peragaan sedangkan saya masih seorang model cuma bezanya saya kini model dengan pakaian yang menutup aurat sahaja.

"Sebagai seorang model, kita akan dilihat orang ramai, maka saya juga berharap model juga dapat menjadi contoh yang baik kepada gadis-gadis lain dari segi cara berpakaian," tuturnya.





0 comments:

Post a Comment

JURURAWAT BERPAKAIAN PRAMUGARI DI HOSPITAL CHINA



Di China beberapa hospital, sudah terdapat jururawat yang berpakaian seperti seorang pramugari. Ini dilakukan bagi memberi imej yang lebih profesional kepada jururawat hospital mereka. Di China pramugari dipandang tinggi kerana dikatakan lebih pandai melayan pelanggan dan mempunyai perwatakan yang menarik. Setiap jururawat diberikan latihan pramugari selama 2 minggu sebelum bertugas di hospital. Setakat ini sambutan orang ramai adalah amat bagus. Idea ini mungkin legitl. Bayangkan anda ke hospital dan disambut jururawat berpakaian Air Asia. Pastinya lebih soothing dari nurse biasa.








0 comments:

Post a Comment

CARTA TOP 10 MODEL WANITA TERKAYA DUNIA 2014

Modelling ialah kerjaya untuk mereka yang mempunyai wajah yang cantik. Di bawah ialah senarai Top 10 model-model terkaya dunia bagi tahun 2014.








2 comments:

Post a Comment

RAIFAL AK 47 YANG BOLEH DIGUNAKAN DI DASAR LAUT



AK 47 ialah raifal yang paling terkenal di dunia dan digunakan oleh pejuang sayap kiri dan askar Russia. Senjata rekaan Mikhail Kalashnikov ini tahan lasak dan boleh digunakan di dalam situasi paling extreme. Tetapi tahukah anda wujud versi AK 47 yang boleh digunakan di dasar laut?


APS Avtomat Podvodny Spetsialnyy - "Special Underwater Assault Rifle" ialah AK47 yang diubahsuai untuk kegunaan pasukan komando Spetznaz Russia. Pada tahun1975 ia mula digunakan Spetznaz bagi tujuan menentang serangan sabotaj askar musuh. Raifal AK 47 biasa tidak boleh digunakan di dasar laut kerana peluru biasa tidak boleh bergerak jauh di dalam air dan ledakan gunpowder akan merosakkan komponen raifal. APS menggunakan peluru khas berbentuk jarum besi yang boleh menikam musuh dan peralatannya di dalam air. Bentuk peluru yang tirus juga memastikan ia boleh menyerang musuh yang terletak sejauh 30 meter. Setiap magazin APS mampu menyimpan 26 peluru.

Kerana ianya dicipta untuk kegunaan di bawa permukaan air, APS tidak sesuai digunakan di atas darat. Jarak menembak efektik APS di atas darat pula hanya 100 meter. 















0 comments:

Post a Comment

Jennifer Lopez Tampil Seksi Di 2014 VMA Video Music Awards

Jennifer Lopez Tampil Seksi dalam Balutan Gaun Silver















0 comments:

Post a Comment

TUDUNG WANITA YAHUDI YANG BERIMAN



Mari Pelajari Amalam Orang Ibrani

Kes budak lapan tahun pagi tadi membuatkan aku menulis artikel pendek ini. Banyak juga yang bertanya apakah aurat seorang wanita Yahudi? Apakah yang mereka pakai yang can be considered as menutup aurat? Untuk bercakap tentang aurat and stuff kita kena tahu konsep Tzniut . Tzniut ialah konsep yang diamalkan Yahudi beriman bagi menjaga kehormatan diri. Ia merangkumi cara pemakaian dan pergaulan antara jantina. Persoalan "aurat" seorang Yahudi jatuh didalam konsep Tzniut

Seperti agam Islam definisi apa yang boleh dan tak boleh dalam agama Yahudi banyak perdebatannya dikalangan Rabbi. Ada Rabbi yang keras dengan hukum Torah dan ada yang lembut. Macam kes XMas tempohari lah. Ustaz Maza dan Yusuf Qardawi kata HARUS ucapkan Merry Xmas kepada orang bukan Islam kerana masa nabi masih hidup dulu pun dia hormati funeral procession of a dead Jewish man dengan berdiri. Dia hormat si mati walaupun dia Yahudi Laknatullah. But this is another story altogether

Anyway apa yang pasti dalam agama Yahudi seorang wanita WAJIB menutup rambut selepas bernikah sebagai tanda setia dan menjaga kesucian dirinya kepada si suami. Wanita Yahudi boleh menutup kepada dengan rambut palsu , scarf dan tichel. Wanita Yahudi dari mazhab Haredi went a step more dengan memakai topi diatas wig. scarf dan tichel mereka bagi memastikan double sure mereka memenuhi kehendak Tzniut.

Wanita Yahudi yang beriman juga tidak boleh memakai skirt diatas paras lutut. Baju mereja juga tak boleh ketat dan sebaik-baiknya tidak bewarna-warni sehingga menarik perhatian lelaki. Ini adalah haram dimata Tzniut. Dari segi baju pula lengan baju harus menutup siku. Wanita Haredi sekali lagi went a step further dengan memakai lengan sampai ke pergelangan tangan dan baju yang menutup tulang selangka.

Bagi golongan lelaki pula seluar pendek dibenarkan kecuali jika anda seorang Heredi yang beriman. Baju lengan pendek juga ditegah. Tidak seperti wanita menitup kepala bagi lelaki yang sudah atau belum berkahwin adalah tidak wajib.

So there you go ladies and gents. Aurat lelaki dan wanita orang Yahudi. Judging by this rule Bar Rafaeli and Natalie Portman are two really bad jew women! LMAO!


Sumber: penpatah.blogspot.com

1 comments:

Post a Comment

Fesyen Kemban Miley Cyrus Di 2014 MTV Video Music Awards















0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ