8 GAMBAR RUSUHAN PEKERJA ASING DI JOHOR BAHRU



Kulaijaya 26/8/2014: Kira-kira 800 pekerja asing melakukan mogok di hadapan sebuah kilang akibat tidak berpuas hati dengan majikan mereka di Desa Perindustrian Kulai 2, Kelapa Sawit di sini, hari ini.

Dalam kejadian bermula jam 9 pagi tadi, pekerja asing itu turut menterbalik dan membakar sebuah kereta Proton Iswara serta membaling batu ke arah empat bangunan kilang terbabit.

Difahamkan, pekerja terbabit tidak puas hati dengan tindakan majikan yang didakwa menggunakan kekerasan dalam pengurusan selain masalah gaji minimum yang dipotong sesuka hati.

Sehingga jam 2 petang tadi, pekerja kilang masih berhimpun di hadapan bangunan sehingga memaksa kira-kira 75 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dikerahkan ke tempat kejadian untuk mengawal keadaan.













0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ