Senjata-Senjata Rahsia Jerman Era Nazi!





Seringkali kita disajikan dengan kehebatan teknologi Amerika Syarikat di dada akhbar. Namun, tahukah pembaca semua bahawa teknologi yang diperolehi oleh Amerika Syarikat kebanyakkannya adalah berpunca daripada teknologi Jerman era Nazi?

Antara yang paling mudah untuk dilihat adalah pembinaan roket Apollo yang digunakan oleh Neil Amstrong dan rakan-rakannya dalam misi ke bulan pada tahun 1969. Roket Apollo yang dibina oleh jurutera dan saintis Amerika Syarikat telah diselia sepenuhnya oleh seorang bekas jurutera dan saintis Jerman era Aldolf Hitler iaitu Werner von Braun. Rekabentuk Apollo saling tidak tumpah seperti rekabentuk roket V2 ciptaan beliau semasa Perang Dunia Kedua.



V-2 ciptaan Warner von Braun.



Apa yang penulis ingin tekankan untuk artikel kali ini adalah kehebatan teknologi Jerman yang mana mereka telah mempelopori pelbagai bidang teknologi semasa Perang Dunia Kedua. Ia termasuklah penyelidikan berkenaan Bom Atom, Jet pejuang terpantas, jet pejuang tidak terkesan radar, senjata api yang praktikal dan banyak lagi.



1. Karl Great

Dicipta oleh Rheinmetall. Dengan menggunakan peluru mortar seberat 2 tan, ia mampu memusnahkan sebuah bangunan dengan sekali tembakan. Ia dicipta pada 1941 hingga 1945 dengan 7 buah kesemuanya. Namun, setelah perang dunia berakhir, senjata bersaiz mega ini hanya tinggal sebuah sahaja dan ia dipamerkan di muzium perang di Rusia.

Karl Great



2. Schwerer Gustav dan Dora

Schwerer Gustav and Dora adalah nama bagi senjata rahsia Jerman bersaiz mega yang menggunakan jalan kereta api untuk memudahkan ia untuk digerakkan. Sepertimana Kart Great, Schwerer Gustav and Dora menggunakan peluru seberat 7 tan dan mampu mencapai lonjakan sejauh 37 km.! Senjata mega milik Nazi Jerman ini mampu memusnahkan mana-mana benteng pertahanan dan ia digunakan sepenuhnya semasa Operasi Barbarossa di Rusia. Ia juga pernah digunakan sebagai mesin pemusnah ketika Battle of France. Senjata yang dicipta oleh Kumpulan Krupps pada 1930 ini akhirnya jatuh ke tangan pihak Amerika Syarikat setelah Jerman kalah perang pada 1945. Namun, akibat beratnya yang mencapat 1350 tan itu, pihak Amerika Syarikat terpaksa memusnahkan senjata mega ini kerana bimbang sekiranya senjata ini jatuh ke tangan Red Army(tentera Rusia Komunis). Schwerer Gustav and Dora tidak meninggalkan sebarang petanda wujudnya ia melainkan gambar-gambar dan petikan filem serta video perang dunia kedua.



Schwerer Gustav and Dora



3. Wind Cannon

Sebuah lagi senjata pelik yang dicipta semasa era Nazi. Miskipun tiada kesan hebat yang diberikan semasa tentera Jerman menggunakan meriam angin ini, namun kajian saintifik berkaitan Wind Cannon cukup mengagumkan. Dalam satu eksperimen, papan yang mempunyai ketebalan 25mm patah apabila ditembakkan menggunakan Wind Cannon sejauh 200meter. Ia dicipta untuk memusnahkan jet pejuang musuh yang memasuki ruang udara Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Ia pernah ditempatkan di jambatan yang merentasi Elbe namun tiada keputusan yang memberangsangkan pernah dicatatkan.



Wind Cannon



4. V3: Hochdruckpumpe

Sebelum V3, saintis Jerman telah terlebih dahulu mencipta senjata rahsia mereka iaitu V1 dan V2. Namun, V3 tidaklah seperti V1 dan V2 yang merupakan sebuah roket pemusnah akan tetapi, V3 adalah meriam bersaiz mega yang mampu memusnahkan apa sahaja yang berada dalam targetnya. V3 yang mempunyai saiz sepanjang 140 meter ini mampu memberi lonjakan kepada peluru yang seberat 140 kg sejauh 165 km.!

Pembinaan V3 bermula pada tahun 1943 di Mimoyecques, Perancis di sebuah bunker. Namun ia telah dimusnahkan oleh bom yang dijatuhkan oleh pakatan berikat selepas rahsia berkenaan pembinaannya tersebar melalui agen risikan mereka. Walaubagaimanapun, V3 bersaiz sederhana(45 meter) telah dibina di Antwerp, Belgium dan Luxembourg dan berjaya digunakan bagi membantu sistem serangan Jerman pada tahun 1944.



V-3



5. Silent Dart

Sebuah lukisan pensil ditemui pada Julai 1945 di Reich Chancellery, Berlin semasa Jerman telah pun tumbang pada kuasa Berikat semasa Perang Dunia Kedua. Lukisan itu memaparkan sebuah jet pejuang yang dilengkapi dengan bom yang berbentuk dart. Bom itu dipercayai mempunyai berat yang boleh mencapai 1000kg. Kelajuan pesawat itu juga dikatakan mampu membinasakan targetnya dengan kelajuan yang mampu mencapai 700mph.!



Silent Dart



6. Schallkanone

Senjata pelik ini dikenali Schallkanone. Senjata ini mampu menghasilkan gema bunyi yang mencapai beribu decibel yang mampu membuatkan gegendang telinga tentera musuh pecah.


Schallkanone



7. Henschel HS293

Sebuah lagi senjata rahsia Jerman Nazi iaitu Henschel HS293. Henschel HS293 adalah sebuah roket pemusnah kawalan radio udara ke darat. Ia dicipta oleh seorang saintis Jerman berbangsa Austria yang bernama Herbert A. Wagner. Wagner adalah salah seorang saintis yang pertama dibawa ke Amerika Syarikat setelah Perang Dunia Kedua berakhir semasa Paperclip Operation.

Projek pembinaannya mula dijalankan sekitar tahun 1939 lagi. Roket ini dipasang secara berpasangan dengan sebuah jet pejuang Lutwaffe dan apabila ia mula terbang menghampiri targetnya, ia mula dilepaskan dan dikawal menggunakan kawalan radio persis seperti roket pemusnah pada masa kini. HS293 pernah memusnahkan beberapa buah kapal perang milik kuasa Berikat seperti HMT Rohna yang mengorbankan kira-kira 1000 orang tentera marinnya. Antara kapal-kapal perang lain yang turut musnah dibom menggunakan roket pintar ini adalah HMHS Newfoundland, HMS Jervis, USS Prevail dan banyak lagi.


HS 293

Itu baru beberapa senjata yang berjaya didedahkan oleh para pengkaji Perang Dunia Kedua. Dipercayai bahawa Hitler dan para saintisnya masih bergiat untuk melakukan kajian yang lebih besar sekitar tahun 1944 sehingga 1945. Malah, sejarah sering mengatakan bahawa radar mula dicipta oleh saintis daripada Great Britain. Akan tetapi, hakikatnya tidaklah sebergitu. Sebenarnya, radar(yang ketika itu tidak dikenali sebagai radar) telah pun ditemui dan dipelopori penemuannya oleh seorang saintis berbakat daripada Jerman, Christian Huelsmeyer pada 1905- Lama sebelum Robert Watson-Watt, seorang warga Scotland menciptanya pada 1935.



Christian Hulsmeyer

Ramai mempercayai bahawa Hitler telah berjaya mencipta pesawat futuristik namun ia belum mencapai kepada proses pembinaan prototaip. Ketika perang dunia berakhir, pihak berikat banyak memungut hasil perang yang bebentuk ‘blue print’ yang mana ia adalah proposal akhir kepada pembinaan senjata dan pesawat tentera. Antara yang dijumpai adalah blue print bagi pesawat ala stealth bomber. Seperti Stealth Bomber yang dicipta oleh Amerika Syarikat hanya pada dekad 90-an, pesawat yang ‘mungkin’ dicipta Nazi ini juga mempunyai sistem pengebom dan anti-radar yang cukup mengagumkan.

Jika ditakdirkan bahawa Jerman berjaya mengalahkan Pakatan Berikat, nescaya teknologi yang ada pada hari ini jauh lebih canggih. Ramai berkata bahawa ketika Jerman kalah, teknologi di seluruh dunia terkebelakang selama satu abad.! Antara pembaca percaya atau tidak, ia terpulang kepada anda semua untuk menilainya. Atas semua bukti yang diberikan dalam bentuk data dan gambar, penulis tidak ragu-ragu mengenai kehebatan Hitler memimpin Jerman dan juga kehebatan saintis Jerman mempelopori sains dan teknologi.


V-1, pesawat semi-automatik berkawalan transmisi radio.


2 comments:

Post a Comment

Ketahui Punca Sebenar Bau Badan





Ketahui Punca Sebenar Bau Badan | Setiap manusia pasti akan mempunyai masalah badan berbau. Dari manakah punca bau badan kita? Bagaimanakah ianya terjadi? Jom baca untuk info lebih lanjut.

Sebenarnya bau badan datang dari dua kelenjar yang bertugas untuk menghasilkan peluh, iaitu Eccrine dan Apocrine. Terma sains yang digunakan ini mungkin agak susah untuk difahami, jadi admin mudahkan pemahaman anda iaitu Eccrine yang bertanggungjawab terhadap proses peluh yang mana ia bersambung terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Yang tujuan utama untuk mengawal suhu badan selain daripada membuang bahan buangan badan. Eccrine pada dasar sifatnya tulen dan jernih seperti air, tidak menghasilkan bau.





Manakala untuk kelenjar Apocrine, cecair yang dikeluarkan lebih likat dan keruh. Selalunya kelenjar peluh Apocrine terdapat pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut. Seperti ketiak, serta tempat sulit seperti kemaluan. Di sini terdapat terma sains digunakan. Untuk memudahkan lagi pembaca, protein yang pecah masuk ke dalam peluh oleh bakteria, boleh menyebabkan ketiak, kaki, badan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Pencernaan

Proses pencernaan yang tidak sempurna boleh menyebabkan bahan buangan terkumpul dan seterusnya menyebabkan bau badan. Selalunya segala makanan yang diambil akan bertukar menjadi sisa buangan atau toksin. Tetapi oleh kerana system pembuangan tidak betul, toksin yang sepatutnya keluar bertukar untuk terus kekal di dalam badan.

Pemakanan

Individu yang dikenalpasti banyak makan daging, telur, ikan dan kacang/kekacang menyumbang untuk mendapat bau badan yang busuk. Ini kerana makanan ini mengandungi banyak Choline (tidak mudah melalui proses metabolism). Tahukah anda kopi dan minuman berkafein dan makanan berempah juga menyumbang bau badan? Makanan berempah mempunyai bawang putih memberi bau pada badan terutama di pelipatan seperti ketiak.

Penyakit

Dinasihatkan juga pada anda yang merasakan badan anda berbau, walaupun dah pelbagai wangian anda cuba. Mandi pula selang sejam, tetapi masih berbau. Sila mendapat rawatan nasihat doctor. Bimbang kerana bau badan juga boleh datang dari penyakit. Seperti masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), kencing manis, dan toroid. Jangan ambil mudah ya?

1 comments:

Post a Comment

6 Ciptaan Hebat Dan Akhirnya Digunakan Sebagai Alat Permainan


 





Terdapat banyak ciptaan ringkas dan mudah yang berjaya mengubah cara kehidupan kita pada masa kini. Ciptaan asas seperti sudu dan garpu sahaja memberikan kita cara makan yang berbeza pada dunia moden. Namun begitu, terdapat banyak juga ciptaan yang memerlukan kos yang besar untuk dihasilkan. Malah mengambil masa bertahun-tahun untuk disiapkan tetapi akhirnya menjadi satu produk yang tidak penting. Dibawah ini terdapat 6 senarai ciptaan yang sepatutnya hebat kerana kos dan masa yang diambil untuk menghasilkannya. Disebalik segala usaha yang dilakukan penciptanya untuk produk-produk hebat ini, ia hanya berakhir sebagai barang permainan.

1. Play-Doh



Cerita mengenai Play-Doh bermula pada tahun 1927 apabila sebuah syarikat sabun di Cincinati yang sedang tenat cuba untuk bangkit semula dengan mencipta satu produk yang lebih inovatif. Play-Doh merupakan satu sebatian pelbagai jenis kimia yang tidak toksik yang mana boleh digunakan untuk membuang kotoran dan jelaga akibat daripada pembakaran arang di ruang pemanasan.





Pada masa itu, satu cara yang biasa digunakan untuk membersihkan jelaga pada dinding ialah dengan membuat sendiri pembersih daripada adunan doh dan baking soda. Syarikat Play-Doh ini mengambil risiko dengan mengeluarkan belanja yang besar untuk menghasilkan pembersih dinding dan cuba mengatasi cara lama yang digunakan penduduk. Dalam masa beberapa tahun sahaja, produk ini telah berjaya menarik minat pembeli. Beribu-ribu tin telah dapat dijual. Walaubagaimanapun, selepas Perang Dunia Kedua, Play-Doh mula kurang mendapat sambutan dan syarikat ini kembali keambang kehancuran dan muflis. Dalam saat yang getir ini, isteri kepada pengurus syarikat terbaca artikel mengenai kanak-kanak yang membuat gubahan dan membentuk arca daripada pembersih dinding. Dari situ, syarikat ini mula membuat penjenamaan semula dan Play-Doh dijadikan alat permainan. Jadi, jika anda mahu membersihkan sesuatu barang akibat jelaga arang ini, anda bolehlah menggunakan Play-Doh.


2. Layang-layang




Apabila kita membayangkan layang-layang, kita pasti teringatkan keseronokan berlari dalam suasana angin yang sedikit kuat sambil kita melihat alat permainan kita itu terbang perlahan-lahan keudara. Bagaimanapun, layang-layang mempunyai sejarahnya yang panjang dan pernah digunakan dalam peperangan. Dipercayai, layang-layang pertama dicipta pada tahun 1000 Sebelum Masihi di China. Seorang petani telah mengikat topinya supaya tidak diterbangkan oleh tiupan angin yang kencang. Pada masa itu, ia mempunyai peranan penting sebagai isyarat kepada tentera untuk kembali kepada strategi.




Teori alternatif pula mencadangkan supaya ia digunakan untuk menghantar arahan kepada Jeneral di medan peperangan. Ekor dan warna layang-layang sering ditukar untuk mengelirukan musuh yang cuba memecahkan kod-kod tertentu pada layang-layang itu. Pada tahun 200 Sebelum Masihi, layang-layang digunakan untuk menakut-nakutkan dan mengelirukan pihak musuh. Buluh akan diikat pada layang-layang dan akan menghasilkan bunyi bising daripada udara. Orang-orang Rom dan Greek menggunakan layang-layang sebagai bahan uji kaji manakala di jepun ia digunakan sebagai simbol keagamaan. Layang-layang mula popular sebagai permainan kanak-kanak pada penghujung abad ke 12 tetapi dengan saiz yang lebih kecil. Selepas Perang Sivil di Amerika, ia menjadi lebih popular dan dimainkan semasa berkelah dan percutian hujung minggu.


3. Slinky



Pada tahun 1940, Richard James seorang jurutera mekanikal untuk angkatan laut telah membuat kajian bagaimana untuk menstabilkan peralatan marin semasa cuaca buruk dan berombak kuat. Idea yang diperolehinya ialah dengan mencipta logam aloi berbentuk gulungan yang boleh menyerap tekanan tetapi boleh juga mengembang jika diperlukan. Walaupun nampak mudah, beliau mengambil masa 2 tahun untuk mendapatkan kombinasi logam dan ketumpatan yang sesuai. Apabila kedua-duanya diperolehi, beliau mengambil masa pula untuk mendapatkan saiz dan bentuk yang sesuai. Pada peringkat inilah, beliau secara tidak sengaja terjatuhkan gulungan aloi itu dan melihat ia terus bergerak menuruni tangga seolah-olah seperti berjalan.




Atas nasihat isterinya, dia mencipta permainan yang dinamakan "Slinky" dan dijual ke seluruh dunia. Permainan ini menjadi popular dan digunakan di sekolah-sekolah untuk pembelajaran teori gelombang. NASA juga turut menggunakannya untuk ujikaji fizik.


4. Silly Putty




Semasa perang dunia kedua, getah merupakan merupakan bahan yang amat diperlukan. Pada ketika itu, pihak Jepun telah menyerang hampir semua negara yang menghasilkan getah. Atas sebab itu, Amerika Syarikat telah mengarahkan penduduk untuk mendermakan getah-getah lama daripada tayar, kasut, baju hujan dan apa saja bahan yang mengandungi getah. Usaha menderma yang dilakukan ini masih tidak mencukupi dan atas sebab itu juga, pihak kerajaan mengesyorkan syarikat-syarikat di Amerika untuk menghasilkan getah sintetik yang hampir sama seperti getah asli. Pada tahun 1943, seorang jurutera bernama James Wright secara tidak sengaja menemui sesuatu yang luar biasa hasil campuran asid borik dan minyak silikon. Beliau terus melakukan ujikaji. Bahan tersebut dilihat boleh melantun, boleh diregangkan lebih jauh daripada regangan getah dan mempunyai tahap cair pada suhu yang amat tinggi. Malangnya bahan ini masih tidak mampu untuk menggantikan getah. Penemuan itu terus dilupakan kerana tidak mempunyai fungsi yang penting. Pada tahun 1949, Ruth Fallgatter seorang pemilik kedai permainan telah meletakkan bahan ini sebagai salah satu permainan di kedainya. Penasihat pengiklanan bernama Peter Hodgson telah menyarankan Fallgatter supaya meletakkan bahan ini kedalam plastik. Ia dijual pada harga $2 dan dinamakan "bouncing putty". Produk ini laris mengalahkan permainan lain yang ada pada kedai permainan Fallgatter. Selepas setahun dengan hasil jualan yang tinggi, Fallgatter bercadang untuk menghentikan penjualannya. Hodgson melihatkan ini sebagai satu peluang yang tidak harus dilepaskan. Walaupun masih berhutang $12,000. Dia meminjam lagi sebanyak $147 dan membeli bahan itu dengan kuantiti yang banyak pada tahun 1950. Bahan itu dipecahkan menjadi lebih kecil dan diletakkan kedalam bekas plastik berbentuk telur. Ia kemudian dijual dengan harga $1 dan dinamakan "Silly Putty". Produk ini mula "meletup" pada tahun 1955 sebagai alat permainan dan mencapai kejayaan terutamanya kepada kanak-kanak. Pada tahun 1957, iklan mengenai permainan ini mula ditayangkan di televisyen dan semenjak itu ia menjadi semakin popular.


5. Kiub Rubik



Permainan 3D ini dicipta pada tahun 1974 oleh seorang profesor dan juga pengukir daripada Hungary bernama Ernő Rubik untuk membantu pelajarnya memahami bentuk kompleks. Ia menjadi terkenal dalam masa singkat kerana ia satu-satunya teka-teki mekanikal yang wujud pada ketika itu. Kiub ini memaksa seseorang untuk menyelesaikan algorithma dan mempelajari logik serta mengembangkan cara seseorang melihat teori dan kebarangkalian pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah.


6. Bebola plasma




Permainan in berakar umbi pada tahun 1891 dan dicipta oleh Nikola Tesla. Ia sepatutnya menjadi cara untuk mengalirkan elektrik tanpa menggunakan kabel. Tesla menggunakan 2 gelungan yang diselaraskan pada frekuensi yang sama untuk membolehkannya mempunyai voltan pertengahan dan tinggi yang dialirkan antara satu sama lain. Bagaimanapun, pengaliran elektrik cara ini dilihat tidak praktikal dan merbahaya. tambahan pula, penggunaan kabel dilihat mempunyai kos yang lebih murah dan mudah pula digunakan. Pada masa kini, penggunaan "Tesla Coil" lebih menjurus kepada bidang hiburan yang diubah oleh Bill Parker menjadi bebola plasma. Bebola tersebut diisi dengan beberapa jenis gas yang menghasilkan cahaya berwarna apabila elektrik dialirkan.


1 comments:

Post a Comment

Gambar Anjing Selamatkan Bayi dari Tempat Sampah Menjadi Viral





Riyadh - Sebuah gambar anjing tengah membawa bayi 'merah' di mulutnya beredar di Arab Saudi pekan ini. Sontak warga di sana pun geger.

Menurut harian Saudi 'Sada', belum diketahui lokasi pasti si anjing di bagian negara kerajaan mana atau di negara lain. Namun yang pasti, binatang sahabat manusia itu dilaporkan sudah menyelamatkan nyawa si bayi.

"Mereka yang memposting gambar mengatakan si anjing membawa bayi itu ke rumah terdekat, di mana penghuni bergegas membawanya ke rumah sakit ... Nyawa bayi itu diselamatkan oleh anjing," kata surat kabar itu seperti dikutip dari Emirates, Jumat (30/10/2015).

Sada juga memberitakan, si bayi itu diduga kuat dibuang orangtuanya karena ditemukan di dekat tempat sampah.

Aksi penyelamatan bayi juga pernah dilakukan anjing di barat daya Turki. Kala itu, batita tanpa pengawasan orang tua merangkak menuju bibir pantai Kayak Bay.

Awalnya, anjing itu terlihat bermain lempar tangkap saat bayi itu merangkak menuju gulungan ombak. Saat si bayi hanya beberapa detik dari garis pantai, binatang peliharaan itu pun beraksi.

Caranya, anjing coklat itu berlari dan berbaring menghalangi jalan si kecil.

Beberapa detik kemudian, ibu si anak yang menyadari kondisi bahaya itu tergopoh-gopoh lari dan mengangkat buah hatinya. Tak lupa ia memuji anjingnya yang setia.


3 comments:

Post a Comment

MEMGAPA TELINGA SELALU BERDESING?




JANGAN ABAIKAN SAAT TELINGA BERDERING/ BERDESING "ini maknanya??

Assalamu'alaikum.wr.wb----

"Telinga berdering Adalah panggilan baginda Nabi Muhammad SAW.

Banyak orang bertanya, kenapa terkadang telinga bersuara "nging"?
Apa sebabnya, karna ada yg mengatakan tidak berpedoman, bertahayyul dan sangkaan jelek terhadap hal itu??

Sesungguhnya suara "nging" dalam telinga, itu ialah Sayyidina Rasulullah SAW sedang menyebut orang yg telinganya bersuara "NGING" dalam perkumpulan yg tertinggi (Malail A'laa) dan supanya ia ingat kepada Sayyidina Rasulullah SAW dan membaca Sholawat.

Hal ini berdasarkan keterangan dari kitab (AZIZI 'ALA JAMI'USH SHAGHIR)
"Jika telinga salah seorang kalian bedengung (NGING) maka hendaklah ia mengingat aku (Sayyidina Rasulullah SAW) dan membaca Sholawat kepadaku, serta mengucapkan "DZAKARALLOHU MAN DZAKARONII BIKHOIR" yg artinya: Allah ta'ala akan mengingatkan, yg mengingatku dengan kebaikan.

IMAM Nawawi Berkata: sesungguhnya telinga itu berdengung hanya ketika datang berita baik ke Ruh. Bahwa Sayyidina Rasululloh telah menyebutkan orang (pemilik telinga yg berdengung "nging") tersebut dngan kebaikan di Al Mala'Al A'la (majlis tertinggi) di alam Ruh.
[Kitab AZIZI 'ALAL JAMIUSH SHAGIR]

"Sampaikanlah pada orang lain, maka ini akan menjadi Shadaqah jariyah pada setiap orang.
Dan kemudian dia mengamalkanya, maka kalian juga ikut mendapatkan pahala sampai hari kiamat.

Rasululloh SAW bersobda:
Barang siapa yg menyampaikn satu (1) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkanya, maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala
Aaamiiiin Ya Robbal 'alamin....

3 comments:

Post a Comment

Fenomena (Video) Dua Matahari Terbit Serentak Di Rusia








Fenomena dua matahari terbit serentak di Rusia
Posted by scripters on Monday, 26 October 2015



Bangun pagi bersama terbitnya matahari mungkin sesuatu yang biasa tetapi pernahkah anda membayangkan anda bangun pagi bersama bukan sahaja dua matahari tetapi tiga matahari terbit secara serentak?


Penduduk Chelyabinsk di Rusia mengalaminya sendiri di pagi Selasa, 17/02/2015.



Fenomena dua dan tiga matahari terbit secara serentak ini atau lebih dikenali sebagai Snow Dog ini berlaku disebabkan keadaan cuaca di Rusia yang sangat sejuk sehingga mewujudkan illusi aneh sebegini. Ia dikategorikan di dalam keluarga Halo iaitu fenomena optikal. Fenomena optikal yang biasa kita lihat kejadian pelangi.





Di tempat sejuk dan bersalji, Sun Dogs terhasil apabila cahaya berinteraksi dengan kristal ais di atmosfera. Ia menghasilkan 2 atau lebih cahaya biasan di kiri dan kanan dalam kedudukan yang seimbang. Fenomena ini jelas kelihatan apabila matahari berada hampir dengan garis horizon.

Fenomena ini bukan sahaja berlaku di Rusia, malah tempat lain turut menjadi saksi.


Galesburg, Illinois









Bowbells, North Dakota




Saskatchewan, Canada





Bemidji, Minnesota





Kansas City, Missouri





Video Tiga Matahari






Sumber

3 comments:

Post a Comment

6 Bintang Porno Beragama Islam!!!












6 Bintang Porno Beragama Islam!!!SUBHANALLAH DUNIA AKHIR ZAMAN!!

Ini 6 Artis Bintang Film Porno berasal  dari Timur Tengah


1. Mia Khalifa








Nama Mia Khalifa seketika menjadi populer. Wanita berdarah Lebanon kelahiran 10 Februari 1993 ini, pindah bersama keluarganya ke Amerika Serikat pada tahun 2000. Berikut ini akan dipaparkan sedikit mengenai profil biodata & foto Mia Khalifa, yang dikenal sebagai bintang film ‘panas’.
Mia Khalifa pindah ke Montgomery County Maryland sebagai remaja dan beberapa tahun kemudian lulus dari University of Texas di El Paso dengan a Bachelor of Arts gelar dalam sejarah. Dalam catatan wikipedia, Mia Khalifa memasuki industri film dewasa di Oktober 2014.
Mia Khalifa sedang bekerja di sebuah restoran makanan cepat saji lokal, ketika dia didekati oleh pelanggan dan bertanya apakah dia pernah ingin berada di pornografi. Pada tanggal 28 Desember tahun itu, Pornhub mengungkapkan bahwa dia adalah # 1 bintang porno peringkat pada website mereka.



2. Saidah Voraji





Wanita India yang hijrah ke sebuah bandar di England ini merupakan seorang wanita muslim yang terlibat dalam industri porno hingga kini. Saidah sendiri mempunyai nama panggung iaitu Sahara Knite.

Penglibatannya dalm industri porno telah menuai kecaman dari keluarganya. Seperti yang dilaporkan oleh wikiislam.net, Sahara semasa kecil merupakan gadis bertudung yang setiap hari mengaji dan juga solat lima waktu. Namun suatu hari Sahara merasa hidupnya menjenuhkan hingga membuat dia memilih untuk menjadi pelakon filem dewasa.



3. Tehmeena Afzal





Merupakan wanita kelahiran Pakistan yang juga menuai banyak kritikan. Afzal dilahirkan dari latar belakang keluarga Islam yang sangat keras. Namun entah mengapa dia memutuskan untuk masuk ke dalam industri dewasa.

Seperti yang dilaporkan oleh modelmayhem.com, Afzal pun juga menrima banyak cemuhan dan kritikan yang ditujukan kepadanya tatkala foto ghairah dan panasnya mulai tersebar. Namun wanita berambut hitam ini nampak tenang dan tetap fokus pada apa yang dia jalani saat ini.




4. Sila Sahin




Seorang warga negara Jerman yang lahir pada 3 Disember 1985. Menurut wikipedia.org, dia merupakan seorang model cantik yang memeluk agama Islam. Sila dibesarkan dari keluarga yang sangat taat dan konservatif.

Namun saat ia mulai menjajaki dunia model, banyak tawaran yang datang pada Sila. Tak terkecuali tawaran berlakon filem dewasa di mana dia harus telanjang bulat tanpa sehelai kain pun. Gadis itu pun menuai kecaman keras dari awam, keluarga dan pemeluk agama Islam lainnya.



5. Sibel Kekilli




Wanita cantik ini lahir di Jerman 33 tahun yang lalu. Dia merupakan wanita berdarah Turki yang menjadi pelakon dan model di Jerman. Menurut wikipedia.org, Sibel Kekilli adalah pelakon ternama yang namanya sudah sering dijumpai di beberapa filem terkenal.

Sibel yang telah memutuskan untuk menjadi pelakon filem dewasa terpaksa berhadapan dengan kecaman dari keluarga dan juga orang awam. Sibel merupakan wanita yang lahir dalam keluarga muslim dan taat dalam beribadah dan nampaknya keputusannya telah membuat keluarga Sibel merasa terhina.



6. Shazia Sahari




Wanita cantik ini mempunyai darah Pakistan dan juga Arab Saudi ini telah berhijrah ke Amerika Syarikat dan menjadi bintang porno. Wanita seksi bermata coklat ini memulakan kerjayanya di industri porno pada tahun 2011.

Kecaman dan kritikan pedas terhadap dirinya sebagai wanita Muslim bukan merupakan hal yang aneh dan baru lagi bagi Sahari.



20 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ