Teori Rampasan MH370 hampir menjadi KENYATAAN



Baru sebentar tadi telah diumumkan oleh Dato Seri Najib Tun Razak berkenaan pengesahan bahawa terdapat elemen rampasan dalam kehilangan MH370. Transponder yang menjadi kaedah untuk menjejaki pesawat tersebut dikatakan dengan sengaja dimatikan. Pesawat telah dipandu dengan membuat Air Turn Back melalui utara semenanjung menuju ke laut Andaman. Dengan pengumuman itu segala operasi di laut China Selatan telah dihentikan. Siasatan dilakukan terhadap anak kapal, penumpang dan diketika saya menulis post ini beberapa kenderaan pelbagai guna milik PDRM disahkan sedang melakukan siasatan terhadap kediaman Juruterbang pesawat itu di Shah Alam.

Berdasarkan post yang telah saya siarkan pada 9 Mac yang lalu iaitu kurang 40 jam selepas kehilangan pesawat ini, ada perkembangan siasatan yang menepati sebahagian besar teori yang telah dibentangkan. Saya percaya kerajaan juga menyedari hal ini dari awal namun tidak bertindak kerana masih menantikan bukti sahih mengenai teori ini. Tidak mustahil segala perkara yang melibatkan juruterbang ini termasuk pendirian serta penglibatan politiknya akan tidak dapat tidak menjadi sebahagian sumber-sumber pegawai penyiasat dalam melengkapkan siasatan motif rampasan. Umum juga sedia maklum rampasan berlaku kurang dari 12 jam hakim menjatuhkan hukuman terhadap ketua parti politik pembangkang. Dan semalam Kesatuan Eropah pula menyelar keputusan kes mahkamah itu yang kononnya dikatakan dibuat secara tergesa-gesa demi menyekat penyertaan pemimpin pembangkang itu dalam proses demokrasi. Kesatuan itu juga mengharapkan PEMBALIKAN keputusan dalam proses rayuan. Kerajaan terus ditekan dan mungkin tidak mustahil terdapat ugutan yang mengancam nyawa penumpang dan anak kapal pesawat MH370 atau pun kemungkinan rampasan terhadap pesawat yang seterusnya.

Ia jelas dilakukan dengan bantuan khidmat profesional dan tidak menolak kemungkinan agen-agen asing yang ditempatkan di lapangan terbang dengan penyamaran sebagai wartawan mahupun pengguna perkhidmatan udara untuk melancarkan tekanan seterusnya terhadap kerajaan. Selain mengharapkan kecekapan pihak berwajib dalam menjalankan siasatan, dengan kekuatan solidariti seluruh rakyat Malaysia yang tidak berganjak sedikitpun dalam mendoakan keselamatan penumpang MH370 dan seterusnya kesejahteraan dan keamanan negara ini dari campur tangan asing, INSYAALLAH pertolongan serta perlindungan Allah akan sentiasa bersama kita.

Yakinlah tiada sesuatupun akan berlaku melainkan ia adalah diizinkan Allah untuk berlaku. - Sumber 
zulhairifetani.blogspot


Baca di sini

3 comments:

Post a Comment

MH370: Pengumuman PM Beri Kelegaan Kepada Keluarga



PUTRAJAYA 15 Mac - Pengumuman terkini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkembangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 ternyata memberi kelegaan kepada keluarga penumpang.

Bapa kepada Khairul Amri Selamat, Selamat Omar, 60, berkata, dia begitu bersyukur dengan berita perkembangan pesawat tersebut dan secara tidak langsung memberi harapan baharu kepada mereka.

"Sebelum ini selama lapan hari kami tidak mendapat khabar pengumuman yang memberi kepastikan kepada keluarga penumpang.

"Saya amat berterima kasih dan berharap pihak kerajaan akan meneruskan pencarian agar operasi ini akan lebih berjaya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menonton pengumuman Perdana Menteri berhubung perkembangan terkini pesawat MH370 di Hotel Everly di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



Tumpuan pencarian MH370 kini di dua koridor

KUALA LUMPUR 15 Mac - Pesawat MH370 yang memasuki hari kelapan hilang sejak 8 Mac lalu disahkan telah berpatah balik dengan Sistem Laporan dan Komunikasi Pesawat (ACARS) dimatikan secara sengaja sebelum menghampiri pantai timur Semenanjung, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam sidang akhbar khas di Hotel Sama Sama, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini itu, Najib berkata, komunikasi terakhir antara MH370 dan satelit adalah pada pukul 8.11 pagi, Sabtu lalu.

"Transponder dimatikan ketika pesawat MH370 menghampiri sempadan Vietnam.

"Justeru, berikutan perkembangan siasatan terbaharu ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 di Laut China Selatan dihentikan.

"Tumpuan pencarian MH370 kini adalah di dua koridor iaitu Koridor Utara dari utara Thailand sehingga sempadan Kazakhstan dan Koridor Selatan bertumpu dari utara Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi," kata beliau.

Tumpuan siasatan kehilangan MH370 kini, kata Najib, adalah ke atas penumpang dan anak kapal pesawat.- UTUSAN ONLINE.



MH370: Kemungkinan dirampas

SEPANG 15 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihaknya masih menyiasat kemungkinan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dirampas.

Katanya, pesawat tersebut mungkin terbang sejauh Kazakhstan dan Indonesia. - UTUSAN ONLINE



Baca juga di sini
Sistem komunikasi dipadam, siasat kemungkinan rampasan

1 comments:

Post a Comment

Misteri MH370: Sistem Komunikasi Dipadam, Siasat Kemungkinan Berlaku Rampasan - PM

Sistem Komunikasi Dipadam, Siasat Kemungkinan Berlaku Rampasan



SEPANG 15 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, siasatan terkini menunjukkan terdapat kepastian tinggi bahawa Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) serta transponder dalam pesawat MH370 telah dipadamkan.

Najib berkata, ACARS telah dipadamkan sebelum pesawat MH370 tiba di pantai timur Semenanjung manakala transponder pula dipadamkan tidak lama kemudian iaitu berhampiran kawasan sempadan kawalan udara antara Malaysia dan Vietnam.

ACARS merupakan sistem komunikasi pesanan pendek yang digunakan untuk perhubungan antara pesawat dengan pusat kawalan di darat manakala transponder memainkan peranan untuk membolehkan pengawal trafik udara mengenal pasti kelajuan dan hala tuju pesawat.

Perdana Menteri bagaimanapun tidak mengesahkan rampasan kapal terbang telah berlaku tetapi menegaskan siasatan sedang dilakukan.

"Walaupun ada laporan bahawa ia dirampas, kita sedang menyiasat semua kemungkinan tentang pesawat MH370 yang bertukar haluan.

"Pihak berkuasa Malaysia memfokus semula siasatan terhadap kru dan penumpang dalam pesawat ini," katanya. - UTUSAN ONLINE



Baca Juga Di sini






0 comments:

Post a Comment

Semua Kru dan Penumpang MH370 Menjadi Fokus Baru Siasatan - PM




Sekarang baru kerajaan nak tumpukan kepada spekulasi yang telah dibuat oleh penyiasat persendirian ataupun para blogger... harap-harap masih belum terlambat...Pasti ada seseorang yang sedang ketawa melihat kekalutan kita semua...


Sepang - 15/3/2014: Senarai penumpang dan anak kapal pesawat MH370 menjadi fokus baru siasatan kerajaan Malaysia selepas penemuan beberapa data baru yang disahkan oleh beberapa penguatkuasa penerbangan.

"Berdasarkan perkembangan baru ini, pihak berkuasa Malaysia memfokuskan semula siasatan mereka kepada kru dan penumpang di dalam pesawat," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media di KLIA petang ini.

Perdana menteri mendedahkan bahawa pesawat MH370 telah sengaja diterbangkan dalam arah yang berbeza.

Bagaimanapun, mengenai laporan bahawa pesawat itu telah dirampas, Najib berkata pihak berkuasa masih menyiasat semua kemungkinan apa yang menyebabkan MH370 menyimpang dari laluan penerbangan asalnya.

Beliau juga berkata peralatan komunikasi dalm pesawat Boeing 777 telah dimatikan.

Pengesahan itu adalah berdasarkan maklumat satelit.

Najib berkata operasi mencari dan mencari diteruskan , tetapi tidak lagi akan memberi tumpuan di Laut China Selatan.

Menurutnya, perhatian kini tertumpu kepada dua kawasan operasi di barat Semenanjung Malaysia - koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke sempadan Utara Thailand dan koridor selatan, dari Indonesia ke Lautan selatan India.

Najib berkata, maklumat satelit baru telah memberi kesan penting terhadap keadaan dan skop operasi mencari.

"Kita menghentikan operasi di Laut China Selatan dan menilai semula penempatan aset kita. Kita sedang bekerjasama dengan negara-negara yang berkenaan untuk mendapatkan semua maklumat yang relevan dengan usaha mencari, termasuk data radar.

Turut hadir dalam sidang media tadi adalah duta besar China ke Malaysia, Huang Hui Kang.

Turut dilaporkan kelihatan adalah dua wakil dari kedutaan Russia dan duta besar Ukraine.

Kehadiran mereka dipercayai sebagai pihak berkepentingan kerana warganegara mereka turut tersenarai dalam senarai penumpang MH370.

Seramai 153 warga Cina, dua warga Ukraine, dan seorang warga Russia sebelum ini disenaraikan antara 227 penumpang yang menaiki MH370.

Selain itu, dua lelaki Iran turun dikesan menaiki penerbangan tersebut, masing-masing dengan pasport Austria dan Itali yang dicuri.



Baca di sini

Sepasukan Polis Tiba Di Tempat Kediaman Kapten Zaharie



1 comments:

Post a Comment

Misteri MH370: Kenyataan Penuh Perdana Menteri - Sahkan Pesawat Tukar Laluan

Kenyataan Penuh Perdana Menteri Setelah Seminggu


Kenyataan penuh Perdana Menteri

Berikut adalah kenyataan penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (Bahasa Inggeris) berhubung maklumat terbaru yang disahkan, di sidang media di KLIA, hari ini.

KLIA - 15/3/2014 - Seven days ago Malaysia Airlines flight MH370 disappeared. We realise this is an excruciating time for the families of those on board. No words can


describe the pain they must be going through. Our thoughts and our prayers are with them. I have been appraised of the on-going search operation round the clock. At the beginning of the operation, I ordered the search area to be broadened; I

instructed the Malaysian authorities to share all relevant information freely and transparently with the wider investigation team; and I requested that our friends and allies join the operation. As of today, 14 countries, 43 ships and 58 aircraft are involved in the search.

I wish to thank all the governments for their help at such a crucial time. Since day one, the Malaysian authorities have worked hand-in-hand with our international partners – including neighbouring countries, the aviation authorities and a multinational search force – many of whom have been here on the ground since Sunday.

We have shared information in real time with authorities who have the necessary experience to interpret the data. We have been working non-stop to assist the investigation. And we have put our national security second to the search for the missing plane.

It is widely understood that this has been a situation without precedent.

We have conducted search operations over land, in the South China Sea, the Straits of Malacca, the Andaman Sea and the Indian Ocean. At every stage, we acted on the basis of verified information, and we followed every credible lead. Sometimes these leads have led nowhere.

There has been intense speculation. We understand the desperate need for information on behalf of the families and those watching around the world. But we have a responsibility to the investigation and the families to only release information that has been corroborated. And our primary motivation has always
been to find the plane.

In the first phase of the search operation, we searched near MH370’s last known position, in the South China Sea. At the same time, it was brought to our attention by the Royal Malaysian Air Force that, based on their primary radar, an aircraft – the identity of which could not be confirmed – made a turn back. The primary radar data showed the aircraft proceeding on a flight path which took it to an area north of the Straits of Malacca.

Given this credible data, which was subsequently corroborated with the relevant international authorities, we expanded the area of search to include the Straits of Malacca and, later, to the Andaman Sea.

Early this morning I was briefed by the investigation team – which includes the FAA, NTSB, the AAIB, the Malaysian authorities and the Acting Minister of Transport – on new information that sheds further light on what happened to MH370.

Based on new satellite information, we can say with a high degree of certainty that the Aircraft Communications Addressing and Reporting System (ACARS) was disabled just before the aircraft reached the East coast of peninsular Malaysia.

Shortly afterwards, near the border between Malaysian and Vietnamese air traffic control, the aircraft’s transponder was switched off.

From this point onwards, the Royal Malaysian Air Force primary radar showed that an aircraft which was believed – but not confirmed – to be MH370 did indeed turn back. It then flew in a westerly direction back over peninsular Malaysia before turning northwest. Up until the point at which it left military primary radar coverage, these movements are consistent with deliberate action by someone on the plane.

Today, based on raw satellite data that was obtained from the satellite data service provider, we can confirm that the aircraft shown in the primary radar data was flight MH370. After much forensic work and deliberation, the FAA, NTSB, AAIB and the Malaysian authorities, working separately on the same data, concur.


According to the new data, the last confirmed communication between the plane and the satellite was at 8:11AM Malaysian time on Saturday 8th March. The investigations team is making further calculations which will indicate how far the aircraft may have flown after this last point of contact. This will help us to refine the search.

Due to the type of satellite data, we are unable to confirm the precise location of the plane when it last made contact with the satellite.

However, based on this new data, the aviation authorities of Malaysia and their international counterparts have determined that the plane’s last communication with the satellite was in one of two possible corridors: a
northern corridor stretching approximately from the border of Kazakhstan and Turkmenistan to northern Thailand, or a southern corridor stretching approximately from Indonesia to the southern Indian ocean. The investigation team is working to further refine the information.

In view of this latest development the Malaysian authorities have refocused their investigation into the crew and passengers on board. Despite media reports that the plane was hijacked, I wish to be very clear: we are still investigating all possibilities as to what caused MH370 to deviate from its original flight path.

This new satellite information has a significant impact on the nature and scope of the search operation. We are ending our operations in the South China Sea and reassessing the redeployment of our assets. We are working with the relevant countries to request all information relevant to the search, including radar data.

As the two new corridors involve many countries, the relevant foreign embassies have been invited to a briefing on the new information today by the Malaysian Foreign Ministry and the technical experts. I have also instructed the Foreign Ministry to provide a full briefing to foreign governments which had passengers on the plane. This morning, Malaysia Airlines has been informing the families of the passengers and crew of these new developments.

Clearly, the search for MH370 has entered a new phase. Over the last seven days, we have followed every lead and looked into every possibility. For the families and friends of those involved, we hope this new information brings us one step closer to finding the plane. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Misteri MH370: Sepasukan Polis Tiba Dikediaman Kapten Zaharie Petang Tadi



Shah Alam - 15/3/2014: Sepasukan polis dilihat tiba di kawasan kediaman juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, di Laman Seri, di sini, kira-kira jam 2.40 petang tadi.

Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kereta peronda dilihat memasuki kawasan kediaman berpagar (gated community) mewah itu, selepas seorang pegawai turun memperkenalkan diri kepada pengawal keselamatan yang bertugas di pondok pengawal.

Bagaimanapun, wakil media yang menunggu di luar kawasan itu tidak dibenarkan masuk.

1 comments:

Post a Comment

MH370: Operasi diperluas, banyak persoalan masih belum terungkai

Operasi diperluas, banyak persoalan masih belum terungkai


KUALA LUMPUR - 15/3/2014 : Sudah hampir seminggu sejak kehilangan Pesawat MH370 Penerbangan Malaysia dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu lalu dan pasukan pencari dan penyelamat masih gagal merungkaikan misteri kehilangan pesawat tersebut.

Malah, teori yang mengatakan bahawa kapal terbang tersebut mungkin telah terbang menuju ke Laut Andaman selepas hilang dari radar itu juga sukar untuk disahkan kesahihannya.

Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengatakan meskipun maklumat dari radar Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) membayangkan bahawa kapal terbang tersebut cuba berpatah balik, namun masih tidak dapat dipastikan secara keseluruhannya bahawa plot misteri yang dikatakan muncul dalam radar tentera berhampiran Pulau Perak di Kedah itu ialah pesawat MH370.

“Maklumat dari Panglima TUDM pada Sabtu lalu sangat jelas terdapat indikasi bahawa pesawat MH370 itu berkemungkinan berpatah balik selepas terputus komunikasi dengan menara kawalan udara di Subang namun begitu, ianya tidak dapat dipastikan 100 peratus bahawa pesawat tersebut adalah pesawat MH370 yang hilang itu,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Namun begitu, operasi mencari dan menyelamat kini telah pun di perluaskan hingga ke Selat Melaka dan kawasan-kawasan yang berada diluar selat tersebut.

Sementara itu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata dari Ahad lalu, Malaysia telah bekerjasama dengan pelbagai agensi antarabangsa dan tentera termasuk dari Amerika Syarikat.

“Malah, kawasan mencari dan menyelamat ini juga telah diperluaskan hingga ke Laut Andaman dan kita telah meluaskan juga gerakan mencari dan menyelamat ini sebelah timur hingga ke Lautan Hindi,”.

Menurutnya, siasatan pada lazimnya akan mengecilkan skop apa jua bukti dan penemuan, namun untuk siasatan seperti ini ianya telah memaksa pihak Malaysia untuk terus melihat sejauh mungkin kemungkinan dan bukti-bukti yang ditemui.

Dalam pada itu, saintis China mendakwa mereka telah mengesan satu “aktiviti gegaran” pada dasar laut Vietnam dan Malaysia pada 8 Mac lalu dimana dipercayai ianya konsisten dengan bunyi pesawat terhempas.

Kemungkinan tersebut juga dipercayai mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 yang masih hilang.
Penyelidik dari Universiti Sains dan Teknologi China mendakwa mereka mengesan gegaran tersebut pada hari yang sama pesawat Boeing 777-200 itu dilaporkan hilang dari radar, iaitu kira-kira 120 batu nautika dari Kota Bharu, Kelantan.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan dari laman sesawang universiti berkenaan menerusi akhbar South China Morning Post, satu gegaran kecil berlaku pada dasar laut kira-kira 150 kilometer dari selatan Vietnam pada jam 2.55 pagi.

Namun begitu, tiada pengesahan berkenaan dakwaan tersebut dilakukan dari pihak China, Vietnam mahupun Malaysia.

Sehingga kini, gerakan mencari dan menyelamat telah melibatkan penggunaan 57 kapal dan 48 kapal terbang dan helikopter dari tentera dan agensi penguatkuasaan maritim dari 13 buah negara


1 comments:

Post a Comment

MH370: Bekas kapten ulas sistem ping, mahu Rolls Royce beri kepastian

Bekas kapten ulas sistem ping, mahu Rolls Royce beri kepastian


KUALA LUMPUR - 15/3/2014 : Bekas ketua juruterbang penerbangan serantau MAS Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain menggesa pihak Rolls Royce untuk mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa "ping" terakhir pesawat MH370 adalah pada 1.07 pagi, 8 Mac.

Ia sebagai cara untuk menghentikan segala spekulasi dan maklumat yang tidak mendapat pengesahan yang dikeluarkan oleh media antarabangsa.

"Hantarkan satu surat yang mengatakan bahawa last ping adalah pada 01:07 pagi. Habis cerita," kata beliau.

Beliau merujuk kepada beberapa laporan antarabangsa termasuk laporan WSJ yang berkata bahawa penyiasat penerbangan dan para pegawai keselamatan percaya pesawat itu berada di udara untuk jumlah masa lima jam termasuk sejam daripada lokasi terakhir ia berlepas.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata laporan berkenaan tidak benar.


Kapten Nik juga tidak pasti jika sistem "ping" berkenaan mempunyai teknologi untuk mengetahui plot, lokasi, hala tuju, ketinggian, dan kelajuan sebuah pesawat:


Kapten Nik juga mengulas tentang kemungkinan jika pesawat MH370 terbang di luar radar.

Kata beliau, ia boleh berlaku jika pesawat itu menghala ke Kota Kinabalu atau kota Ho Chi Minh. Namun terdapat satu radar di Filipina.

"Jika betul pesawat itu menghala ke sana, radar di Igari Waypoint akan menangkapnya. Ada trend untuk pesawat itu ke sana tetapi tiada operasi mencari dan menyelamat (SAR)," kata beliau.


0 comments:

Post a Comment

MH370: Aset canggih AS di Diego Garcia dapat membantu SAR di Lautan Hindi

Aset canggih AS di Diego Garcia dapat membantu SAR di Lautan Hindi



KUALA LUMPUR- 15/3/2014: Ketua Koresponden Orient Aviation Tom Balentyne berkata aset milik pangkalan tentera Amerika Syarikat di Diego Garcia dapat membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Lautan Hindi.

"Mereka mempunyai aset yang banyak kerana pangkalan tentera Amerika Syarikat di Diego Garcia digunakan kerana situasi di rantau Teluk terutama sekali Iraq. Mereka mempunyai kapal terbang dan kapal laut yang boleh bergerak dengan pantas. Ia juga menggunakan teknologi terkini dan canggih.

"Kita harus ingat bahawa peralatan ini digunakan untuk mencari kapal selam musuh. Ia boleh juga mencari logam yang besar di bawah laut. Ia boleh membantu mengesan logam pesawat," kata beliau ketika dihubungi ketika Astro AWANI Khas.

Namun, beliau akui bahawa walaupun mempunyai peralatan yang canggih, lautan Hindi sangat luas dan operasi SAR akan menjadi agak sukar.

Ditanya jika pertolongan Amerika Syarikat ataupun misi SAR perlu merangkumi Lautan Hindi dari hari pertama, beliau berkata bahawa tiada siapa menyangka penerbangan itu berkemungkinan terbang ke Lautan Hindi.

"Tiada siapa menyangka ini akan berlaku. Tetapi kita juga tidak boleh tumpu kepada kawasan ini sahaja. Misi di Laut China Selatan perlu diteruskan. Kita tidak boleh tolak sebarang kemungkinan," kata beliau.


0 comments:

Post a Comment

Video pengasas Pondok Geting disaman JPJ tersebar

Video pengasas Pondok Geting disaman JPJ tersebar






Seorang guru pondok menggunakan alasan berada di pihak kerajaan yang sama dalam usaha memujuk pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya tidak disaman selepas ditahan kerana memandu dengan lesen dan cukai jalan tamat tempoh.

"Kita sama-sama kerajaan takkan nak saman juga. 6 haribulan ni perdana menteri panggil pula ke Kuala Lumpur,” kata pengasas pondok Geting Tumpat, Kelantan, Tuan Guru Abdullah Saamah dalam satu video yang kini tersebar di internet.

Dalam video itu, Tuan Guru Abdullah  dirakamkan sedang memujuk pegawai JPJ supaya tidak menahannya.

Dalam kejadian yang tidak diketahui tarikh itu, Tuan Guru Abdullah  ditahan dalam satu sekatan jalan raya oleh JPJ.

Abdullah ditahan kerana memandu dengan menggunakan lesen dan cukai jalan keretanya tamat tempoh.

Selepas ditahan, Abdullah merayu supaya pegawai JPJ itu memaafkannya.

"Kita sama-sama Islam kan takkan tak boleh maaf," kata Abdullah kepada pegawai JPJ berkenaan.

Namun, pegawai JPJ itu menjawab jika beliau dimaafkan kali ini, maka ramai lagi yang turut ditahan pada hari itu perlu dimaafkan.

"Tidak undang-undang Tuhan pun, kita terima amanah kerajaan. Kalau kita maaf seorang, doa juga," kata pegawai JPJ itu menolak rayuan Abdullah.

Pegawai JPJ itu berkata, kereta Abdullah tidak akan ditahan atas kesalahan itu namun mereka terpaksa mengeluarkan saman kerana lesen dan cukai jalan yang tamat tempoh.

Abdullah bagaimanapun berkata, memberikan maaf adalah kebajikan tetapi pegawai JPJ berkenaan menjawab, "Kalau kami tidak buat kerja pun berdosa."

2 comments:

Post a Comment

Fakta Lautan Hindi

Fakta Lautan Hindi



Fakta Lautan Hindi


  • Seluas 73,440.00 km persegi
  • Ketiga terluas di dunia selepas lautan Pasific dan Atlantik
  • Mewakili 20% kawasan air dimuka bumi
  • Negara Kepulauan: Comoros, Madagascar, Mauritius, Maldives, Seychelles dan Sri Lanka
  • Purata kedalaman 3,890 meter, pernah mencecah kedalaman 7,450 meter
  • 40% daripada pengeluaran minyak persisir   

Kredit: Astro Awani

0 comments:

Post a Comment

Pemimpin PKR dakwa telefon bimbit mereka digodam


Mohamed Azmin Ali dan Nurul Izzah Anwar mendakwa nombor telefon mereka digodam untuk menyebarkan maklumat memecahbelahkan PKR. – Gambar fail.



Malaysian Insider - 14/3/2014 - Dua pemimpin PKR hari ini mendakwa nombor telefon mereka digodam individu tidak bertanggungjawab yang dipercayai bertujuan untuk memecahbelahkan hubungan parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR).


Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menjadi pemimpin pertama parti itu yang mengeluarkan kenyataan telefon bimbit dan talian telefon yang digunakannya digodam.

Ia kemudian diikuti dengan kenyataan media berkaitan perkara sama oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

"Adalah dimaklumkan bahawa telefon bimbit dan nombor talian yang digunakan oleh Azmin telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Perilaku khianat ini dipercayai bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat. Tindakan segera sedang diambil," kata satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat Timbalan Presiden PKR itu.

Sementara kenyataan daripada pejabat Nurul Izzah mendakwa individu yang menggodam talian telefon miliknya menghantar khidmat mesej pesanan ringkat (SMS) yang tidak diketahui kandungannya.

"Talian telefon Nurul Izzah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang masih lagi belum diketahui identitinya.

"Talian beliau telah digunakan oleh penggodam untuk menghantar SMS yang tidak diketahui kandungannya," kata kandungan kenyataan tersebut.

"Kami percaya, perbuatan ini dilakukan dengan untuk mewujudkan kecelaruan di dalam barisan jentera parti-parti pembangkang. Kami berharap tindakan segera dan tegas sedang diambil syarikat telekomunikasi khususnya Maxis atas kelakuan khianat ini," katanya.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan talian telefon kedua-dua pemimpin itu digodam, dan mereka hanya menyedari perkara itu apabila ada beberapa individu yang memberikan respons terhadap SMS yang tidak diketahui kandungannya.

"Saya sendiri telah bercakap dengan Nurul Izzah tadi, beliau berkata menerima lebih kurang 20 SMS yang mengatakan mereka bukan pengundi Kajang.

"Ada juga yang memberikan mesej marah-marah beliau," katanya.

PKR yang meletakkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac depan menentang calon Barisan Nasional Datin Paduka Chew Mei Fun.

Isu menggodam telefon bimbit bukan perkara baru buat Pakatan Rakyat apabila Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut turut berlaku insiden sama apabila nombor telefon Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad mendakwa diklon untuk mengedar maklumat palsu berhubung pemberian zakat oleh calon PAS ketika itu, Endut@Azhar Yusof.

Wan Azhar, pembantu kepada kempen Azhar yang lebih dikenali sebagai Che Lon, hanya mengetahui perkara itu apabila terdapat sekitar 15 warga emas berkumpul di rumahnya untuk menuntut wang zakat.

Beliau menafikan menghantar mesej berkenaan pemberian zakat tersebut, namun mengakui nombor telefon yang digunakan adalah miliknya.

Tempoh kempen untuk PRK DUN Kajang bermula pada 11 Mac dan tamat pada 22 Mac depan.

0 comments:

Post a Comment

Games BOMOH Cari Pesawat MH370 Pula Muncul

Games BOMOH cari pesawat MH370 kini di Google


Kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dan tindakan sensasi bomoh Ibrahim Mat Zin yang dilihat kononnya mahu membantu pihak berkuasa mencari pesawat berkenaan kini dijadikan satu permainan video. Permainan yang muncul semalam, dinamakan 'BOMOH'.


1 comments:

Post a Comment

Bantuan RM2500 Dari KWSP Yang Tidak Diketahui Oleh Orang Ramai! Sebarkan!!

Bantuan RM2500 Dari KWSP Yang Tidak Diketahui Oleh Orang Ramai!


PERHATIAN kepada semua orang yang mempunyai akaun KWSP!

Tidak kira berapa umur anda, tidak kira berapa lama anda memegang akaun KWSP anda, tidak kira berapa banyak wang yang anda ada di dalam anda akaun KWSP, dan kira berapa lama anda telah membayar kepada KWSP, mengikut Undang-undang Kerajaan, KWSP perlu membayar RM 2500 untuk keluarga pemegang akaun KWSP apabila dia / dia mati (ahli keluarga perlu menuntut RM 2500 dalam tempoh 6 bulan).
Mungkinkah KWSP tidak pernah memberitahu kepada kita tentang pekara ini, kalau di hitung, sangatlah sedikit keluarga yang benar-benar menerima RM ini 2500 apabila ahli keluarga / beliau meninggal dunia, kerana tidak ramai yang tahu tentang perkara ini. Di manakah ini RM 2500 pergi apabila keluarga itu meninggal dunia itu tidak menuntut RM2500? poket seseorang?? Kita tidak tahu!

Oleh itu, sila dihujani maklumat ini kepada semua anda keluarga, saudara-mara, rakan sekerja dan rakan-rakan, biarkan mereka tahu tentang maklumat ini dan jangan lupa untuk menuntut RM2500 apabila salah seorang ahli keluarga yang pernah mencarum meninggal dunia. 


Rujuk dan isi borang di sini (klik) . Semoga bermanfaat sebarkan semoga menjadi pahala berterusan.

contoh borang 







0 comments:

Post a Comment

Minyak Penerbangan MH370 Cukup Selama 8 Jam Tanpa Henti




MH370: Berdasarkan maklumat, pesawat sepatutnya berada dalam radius tertentu


KUALA LUMPUR - 14/3/2014: Susulan misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 dengan kod MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing yang dilaporkan hilang pada awal 8 Mac, banyak maklumat yang telah diberikan, dari laporan media hingga pada sidang media rasmi oleh pihak berkuasa.

Jika pada mulanya situasi penuh huru-hara kerana kejadian seperti ini tidak pernah berlaku, ia boleh difahami. Namun, sudah satu minggu siasatan dan operasi SAR yang melibatkan 13 buah negara telah dijalankan, jadi semuanya sepatutnya lebih tersusun.

MH370 berlepas dari KLIA pada jam 12.41 tengah malam. Data yang diperolehi daripada radar awam dan tentera menunjukkan bahawa pesawat mula memasuki ruang udara Vietnam dan kemudian terputus hubungan radio pada 1:30 pagi, dan kemudiannya terputus hubungan radar pada 2:15 pagi 205 batu dari barat laut Pulau Pinang.

Dengan semua data yang diperolehi, kawasan SAR bermula di Laut China Selatan dan kemudian diperluaskan ke pantai barat Malaysia, khususnya Selat Melaka.

Kemudian, lebih banyak maklumat timbul. Menurut data yang dikeluarkan oleh Boeing, enjin pesawat MH370 telah terbang selama empat jam selepas putus hubungan radar di teluk Thailand. Ia selaras dengan pengesanan radar yang disahkan oleh sumber Pentagon yang tidak dinamakan.

Dengan semua maklumat yang terperinci yang kini diperolehi, ditambah dengan fakta bahawa pesawat itu mempunyai minyak yang cukup untuk menuju ke Beijing (penerbangan ke Beijing adalah sekitar 6 jam dan ini bermakna pesawat akan mempunyai minyak cukup untuk terbang selama 8 jam), ia adalah lebih mudah untuk menentukan kawasan SAR tertentu supaya pihak berkuasa boleh memberi fokus kepada zon tertentu agar peluang untuk menemui MH370 lebih tinggi.

Bukankah, sekiranya semua data ini diproses dan kemudiannya dilakar radius di mana MH370 mungkin berada, adalah lebih mudah untuk menghantar pasukan SAR ke kawasan berkenaan? - Astro Awani







0 comments:

Post a Comment

Pegawai AS Percaya MH370 Tidak Hilang Dalam Bencana Alam

Pegawai AS Percaya MH370 Tidak Hilang Dalam Bencana Alam


MH370: Pegawai AS percaya dua sistem komunikasi ditutup secara berasingan


KUALA LUMPUR: Pegawai-pegawai Amerika Syarikat, mempercayai bahawa dua sistem komunikasi dalam pesawat MH370 mungkin telah ditutup secara berasingan, menurut laporan ABC News.

Penyiasat Amerika Syarikat yang enggan dikenali dipetik oleh ABC News sebagai berkata, kedua-dua bentuk komunikasi itu telah ‘ditutup secara sistematik’.

"Mereka percaya, sistem data laporan telah ditutup pada 01:07 pagi dan transponder - yang menghantar radar – telah ditutup pada 01:21 pagi" kata laporan itu.

"Ini menunjukkan ia mungkin satu tindakan yang disengajakan" kata seorang pakar penerbangan ABC News, John Nance.

Menurut satu lagi sumber yang enggan dikenali, 'penutupan sistematik' itu menunjukkan bahawa kapal terbang itu tidak hilang kerana bencana alam.

Sumber itu memberitahu media bahawa pasukan Amerika Syarikat yakin bahawa terdapat campur tangan secara manual.

Pada Khamis, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad, Jauhari Yahya berkata penghantaran yang terakhir adalah pada 01:07 pagi dan pesawat tidak terbang lebih dari itu.

Kemudian Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Malaysia, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata maklumat terhadir diterima ialah pada 01:21 pagi.

"Dalam radar sekunderi kita radar telah dihantar kira-kira 1.21 pagi, dan sasaran hilang pada jam 1.30 pagi, " katanya.

Masa-masa yang berbeza dan kenyataan yang seolah-olah bercanggah telah ditambah kepada kekeliruan sejak misi pencarian bermula pada Sabtu.

MH370 terus ‘ping’ kepada satelit setiap sejam selepas is terputus hubungan dengan radar, menurut pegawai-pegawai Amerika Syarikat seperti yang dilaporkan ABC News.

Ini bukan kali pertama yang kemungkinan bahawa MH370 terus terbang selama berjam-jam telah dibangkitkan.

Semalam, The Wall Street Journal melaporkan bahawa data dimuat turun secara automatik dari enjin Boeing Co 777 menunjukkan bahawa kapal terbang itu terbang selama lima jam selepas berlepas dari Kuala Lumpur.

Masa penerbangan lima jam selepas berlepas dari Kuala Lumpur bermakna pesawat boleh terus terbang dengan jarak tambahan kira-kira 2,200 batu nautika, mencapai titik sejauh Lautan Hindi, sempadan Pakistan atau Laut Arab.

Walau bagaimanapun , laporan ini telah dinafikan oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein petang semalam. - Astro Awani


Baca di sini

Tidak Benar MH370 Terbang 4 Jam Dari Lokasi Terakhir - Boeing, Rolls-Royce

Alat Komunikasi Pesawat MH370 Sengaja Di Tutup?


1 comments:

Post a Comment

Bola Sepak: Selangor, Pahang, Terengganu, Perak Didenda RM75,000

Lari sedikit dari kisah MH370

Ramai yang kata banyak2 persatuan bola sepak sekarang, Johor yang paling bermasalah... tapi kenapa masih belum didenda? - pemerhati dari atas batu jer!!


Taufek Abdul Razak
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM

PETALING JAYA - Empat persatuan bola sepak negeri dikenakan denda berjumlah RM75,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ekoran tindakan penyokong mereka membakar suar, membaling mercun dan menggunakan bom asap di stadium ketika berlangsungnya perlawanan Liga Super musim ini.

Empat persatuan itu ialah Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP), Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

PBNP didenda RM30,000 bagi enam pertuduhan melibatkan perlawanan menentang Lions XII dan pertembungan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Makmur pada 17 Januari dan 7 Februari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak (gambar) berkata, PBNP mengaku bersalah atas kesalahan penyokongnya membakar suar semasa perlawanan sedang berlangsung dan ketika tamat perlawanan menentang Lions XII selain gagal menyediakan kawalan keselamatan yang mencukupi untuk para penonton yang hadir ke stadium semasa perlawanan itu.

“PBNP turut mengaku bersalah untuk tiga lagi pertuduhan sama melibatkan perlawanan menentang JDT. Bagi setiap satu kesalahan, pihak persatuan didenda sebanyak RM5,000," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM di Wisma FAM di sini semalam.

Taufek, memberitahu, FAS didenda sebanyak RM15,000 selepas mengaku bersalah bagi kesalahan penyokong melibatkan Ultras Selangor membakar suar selepas tamat perlawanan menentang T-Team di Stadium Petaling Jaya pada 18 Januari lalu.

FAS juga katanya, turut mengaku bersalah atas tindakan penyokong masuk ke dalam padang ketika perlawanan selain kegagalan menyediakan kawalan keselamatan yang mencukupi untuk para penonton yang hadir ketika itu.

“PAFA dikenakan denda berjumlah RM20,000 selepas mengaku bersalah bagi empat pertuduhan termasuk tindakan penyokong membakar mercun ketika pemain menjaringkan gol ketika perlawanan menentang Terengganu pada 25 Januari lalu di Stadium Perak.

“Tiga lagi kesalahan melibatkan pembakaran mercun selepas tamat perlawanan, tindakan penyokong membakar suar dan gagal menyediakan kawalan keselamatan yang mencukupi semasa perlawanan berlangsung," katanya.

Beliau memberitahu, T-Team pula didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah bagi dua pertuduhan melibatkan penyokong masuk ke padang ketika perlawanan menentang JDT di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 25 Januari lalu.

“Selain denda, kesemua empat persatuan terlibat diberikan amaran keras bagi memastikan perkara sama tidak berulang pada masa akan datang.

“Hari ini mereka bernasib baik kerana didenda dalam jumlah yang kecil kerana bagi kesalahan melibatkan aspek keselamatan pihak persatuan bola sepak negeri boleh dikenakan denda sehingga RM100,000," katanya.

Dalam perkembangan sama, Taufek memberitahu, hasil mesyuarat jawatankuasa itu turut memutuskan untuk menangguh keputusan berhubung isu keselamatan dan pembakaran suar melibatkan penyokong Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) ketika perlawanan di antara Sarawak dengan ATM di Stadium Selayang pada 18 Januari lalu.

Katanya, penangguhan itu dibuat berdasarkan perkara 36.3 kod tatatertib FAM bagi membolehkan pihak jawatankuasa mendapatkan keterangan dan bukti daripada pihak yang terlibat dengan insiden itu.

“Keputusan mengenainya akan dibuat pada suatu tarikh lain yang akan ditetapkan. Dalam insiden itu, FAS tidak mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan pembakaran suar dan aspek keselamatan yang dipercayai melibatkan penyokong pasukan itu," katanya.

Mengulas mengenai insiden pembakaran suar ketika perlawanan Harimau Malaya menentang Filipina di Stadium Selayang, 1 Februari lalu, Taufek menegaskan, pihaknya tidak mempunyai hak untuk mengambil tindakan terhadap penyokong yang terlibat kerana diluar bidang kuasa pihak jawatankuasa sebaliknya akan dirujuk kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Katanya, seiranya penyokong Malaysia melakukan kesalahan semasa perlawanan antarabangsa hanya AFC atau FIFA boleh mengambil tindakan.

“Jawatankuasa Tatatertib FAM hanya berkuasa mengendalikan kes melibatkan perlawanan tempatan dan sekiranya terdapat penyokong yang melakukan kesalahan semasa perlawanan antarabangsa, pihak polis boleh mengambil tindakan terhadap mereka," katanya.



0 comments:

Post a Comment

Kronologi Kehilangan Pesawat MH370



Misi mencari yang menyelamat pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 dengan kod MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang pada awal 8 Mac.

MH370 berlepas dari KLIA pada jam 12.41 tengah malam. Data yang diperolehi daripada radar awam dan tentera menunjukkan bahawa pesawat mula memasuki ruang udara Vietnam dan kemudian terputus hubungan radio pada 1:30 pagi, dan kemudian terputus hubungan radar pada 2:15 pagi 205 batu dari barat laut Pulau Pinang.

Ikuti kejadian kronologi kehilangan MH370 dengan perkembangan harian dan maklumat dari pihak berkuasa:















Kredit - Astro Awani

1 comments:

Post a Comment

Waspada Pautan SPAM Maklumat MH370 di Facebook



Waspada pautan maklumat MH370 di Facebook

Ini berita yang baru di terima berkaitan percubaan spam di Facebook berkaitan berita terkini berkaitan misteri kehilangan pesawat MH370. Terbaru, The Hackers News melaporkan bahawa terdapat sebuah perisian hasad ataupun malware kini sedang berlegar di platform Facebook.




2 comments:

Post a Comment

KJ Bersikap Selamba Dan Main-Main Dengan Ugutan Tampar 'Raja Bomoh'



KJ Bersikap Selamba Dan Main-Main Dengan Ugutan 'Raja Bomoh'


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tidak mengendahkan ugutan bomoh Ibrahim Mat Zain yang mengancam mahu menamparnya "macam buaya".

Khairy sebaliknya mentuit semula beberapa mesej kepadanya di Twitter dengan nada yang cukup selamba dan menyindir termasuk berkongsi rakaman wawancara bomoh itu ketika mana dia membuat ugutan tersebut.


KJ Bersikap Selamba Dan Main-Main Dengan Ugutan 'Raja Bomoh'

KJ Bersikap Selamba Dan Main-Main Dengan Ugutan 'Raja Bomoh'



3 comments:

Post a Comment

MH370: Pesawat Dipesongkan Oleh "Seseorang" Ke Kepulauan Andaman?

Pesawat dipesongkan oleh "seseorang" ke Kepulauan Andaman


KUALA LUMPUR - 14/3/2014 : Sudah hampir seminggu, pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) masih gagal ditemui dan pelbagai dakwaan dan andaian kian timbul mengenai kehilangan pesawat itu.

Pesawat Boeing 777-200 yang masih hilang itu dipercayai telah terbang merentasi Semenanjung Malaysia dan menuju ke Kepulauan Andaman berdasarkan pengesanan yang dilakukan oleh radar tentera.

Memetik laporan berita Reuters, dua sumber memberitahu agensi berita itu pada Jumaat bahawa sebuah pesawat misteri dimana para penyiasat mempercayainya sebagai pesawat MH370 telah terbang mengikut titik-titik navigasi penerbangan dimana titik terakhir yang direkodkan dalam radar tentera adalah di di Barat Laut Malaysia.

Ini membuktikan bahawa pesawat tersebut mungkin telah dikendalikan oleh seseorang yang berkemahiran tinggi dalam menerbangkan pesawat .

Titik terakhir yang berjaya direkodkan oleh radar tentera membayangkan bahawa pesawat tersebut berkemungkinan telah terbang menuju ke Kepulauan Andaman yang terletak di India dimana pulau tersebut terletak di lokasi antara Laut Andaman dan Teluk Bengal.

Pesawat dipesongkan oleh "seseorang" ke Kepulauan Andaman


“Waypoints” adalah merujuk titik navigasi lokasi yang dihubungkan dengan longitude dan latitude yang mampu membantu juruterbang melalui koridor udara.

Sumber ketiga dalam siasatan tersebut pula berkata inkuiri yang timbul pada waktu sekarang ini lebih menjurus kearah teori bahawa “seseorang” yang pandai mengendalikan pesawat tersebut telah sengaja mengubah haluan pesawat tersebut dari laluan sebenar Kuala Lumpur-Beijing.

“Kami melihat kemungkinan sabotaj dan juga rampasan pesawat dalam situasi ini,” kata sumber yang juga seorang pegawai kanan polis PDRM.

Kesemua sumber tersebut tidak mahu dikenali kerana mereka tiada kuasa untuk bercakap kepada media dan juga demi memelihara perjalanan penyiasatan tersebut.

Menurut laporan itu juga, Kementerian Pengangkutan bagaimanapun gagal dihubungi dan pendedahan sumber-sumber tersebut menunjukkan bahawa terdapat kemungkinan terdapat unsur ‘foul play’ dalam kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini dipetik sebagai berkata siasatan terhadap kehilangan pesawat MH307 ini meliputi siasatan terhadap sama ada terdapatnya mana-mana masalah peribadi dan psikologi penumpang dan kru selain kemungkinan seperti rampasan, sabotaj dan juga kegagalan mekanikal pesawat.

Dengan pelbagai teori dan juga dakwaan bukti-bukti baru, gerakan mencari dan menyelamat pelbagai nasional ditingkatkan lagi hingga menjurus kearah Laut Andaman dan Lautan Hindi.  Astro Awani




1 comments:

Post a Comment

Pengkalan Tentera Rahsia Amerika Di Pulau Diego Garcia



Pulau Diego Garcia bukan sebuah pulau peranginan dan penempatan walaupun ianya cantik tetapi sebagai pengkalan ketenteraan



Amerika Syarikat. Kedudukan yang strategik di antara Asia Timur dan Asia Barat, ianya tersembunyi dari mata dunia yang sebenarnya menjadi pengkalan tentera rahsia U.S.



Terletak di tengah-tengah Lautan Hindi, Lautan wilayah British India. Diego Garcia adalah asas strategik utama yang bertindak sebagai kawasan pementasan untuk kapal tentera laut, pengebom jarak jauh, kapal udara, dan lain-lain aset ketenteraan yang misi membawa mereka ke Afrika, Asia, dan timur Tengah.


Misi kononnya untuk keamanan dan keselamatan digunakan termasuk statusnya sebagai salah satu tapak pendaratan kecemasan Space Shuttle, dan hosting salah satu daripada 3 tanah untuk Sistem Penentu serta pemantauan kedudukan Global (Global Positioning System’s) juga berfungsi sebagai Rangkaian Pengawasan Angkasa USA.

Perjanjian UK / US yang bertukar pulau ke sebuah pangkalan tentera telah ditandatangani pada tahun 1966. Ia berlangsung sehingga tahun 2036, tetapi sama ada kerajaan U.S boleh memilih untuk keluar pada pada tahun 2016. Sementara itu, terdapat perkara yang bukan remeh dalam kos pemembekalkan ketenteraan, postdam tentera, memperbaiki sistem dan operasi infrastruktur ketenteraan yang tinggi di pulau itu. - Sumber



















Anda dapat bayangkan tujuan apakah pengkalan ini dibina di pulau yang terletak di tengah-tengah Asia ini.Tetapi ianya agak sunyi dari mata dunia.






1 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ