Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Hina Sultan Perak: Karpal Singh Di Denda RM4,000

Hina Sultan Perak: Karpal Singh Di Denda RM4,000



KUALA LUMPUR: 11/3/2014 -  Peguam Karpal Singh hari ini didenda RM4,000 kerana didakwa bersalah di bawah Akta Hasutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Azman Abdullah berkata, pihak pembela gagal mewujudkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwa.

Peguam Gobind Singh memohon agar hukuman dijatuhkan hari ini, supaya pihaknya boleh mempersiapkan mitigasi untuk mendapatkan hukuman yang lebih ringan.

Karpal ketika ditemui wartawan di luar mahkamah memberitahu, beliau akan memfailkan rayuan bagi meringankan hukuman ini.

“Saya akan failkan rayuan,” katanya ringkas.

Pada 21 Februari, Karpal yang berkerusi roda didapati bersalah kerana menghamburkan perkataan hasutan ke arah Sultan Perak berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar pada 2009.

Karpal, 73, dituduh mengeluarkan kenyataan itu di firma guamannya di Jalan Pudu Lama pada 6 Feb 2009.

Karpal didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengguguran Mohammad Nizar sebagai menteri besar dan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir oleh Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Karpal daripada pertuduhan itu pada 11 Jun 2010, bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 20 Jan 2012 memerintahkan peguam berkenaan membela diri selepas membenarkan rayuan pendakwaan – BERNAMA


Baca juga di sini

DS Anwar Ibrahim Sah Bersalah Dipenjara 5 Tahun Kerana Meliwat

Mahkamah Tinggi arah Papa Gomo bayar RM800,000 kepada Anwar

Tuan Guru Haji Hadi Diperintah Bayar RM2 Juta Atas Saman Fitnah

Tian Chua dipenjara sebulan, denda RM1,000, langgar perintah polis

Mahkamah Kekalkan Tuduhan Hasutan Terhadap Tian Chua, Hishammuddin & Adam Adli


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ