Teori Rampasan MH370 hampir menjadi KENYATAAN
Baru sebentar tadi telah diumumkan oleh Dato Seri Najib Tun Razak berkenaan pengesahan bahawa terdapat elemen rampasan dalam kehilangan MH370. Transponder yang menjadi kaedah untuk menjejaki pesawat tersebut dikatakan dengan sengaja dimatikan. Pesawat telah dipandu dengan membuat Air Turn Back melalui utara semenanjung menuju ke laut Andaman. Dengan pengumuman itu segala operasi di laut China Selatan telah dihentikan. Siasatan dilakukan terhadap anak kapal, penumpang dan diketika saya menulis post ini beberapa kenderaan pelbagai guna milik PDRM disahkan sedang melakukan siasatan terhadap kediaman Juruterbang pesawat itu di Shah Alam.
Berdasarkan post yang telah saya siarkan pada 9 Mac yang lalu iaitu kurang 40 jam selepas kehilangan pesawat ini, ada perkembangan siasatan yang menepati sebahagian besar teori yang telah dibentangkan. Saya percaya kerajaan juga menyedari hal ini dari awal namun tidak bertindak kerana masih menantikan bukti sahih mengenai teori ini. Tidak mustahil segala perkara yang melibatkan juruterbang ini termasuk pendirian serta penglibatan politiknya akan tidak dapat tidak menjadi sebahagian sumber-sumber pegawai penyiasat dalam melengkapkan siasatan motif rampasan. Umum juga sedia maklum rampasan berlaku kurang dari 12 jam hakim menjatuhkan hukuman terhadap ketua parti politik pembangkang. Dan semalam Kesatuan Eropah pula menyelar keputusan kes mahkamah itu yang kononnya dikatakan dibuat secara tergesa-gesa demi menyekat penyertaan pemimpin pembangkang itu dalam proses demokrasi. Kesatuan itu juga mengharapkan PEMBALIKAN keputusan dalam proses rayuan. Kerajaan terus ditekan dan mungkin tidak mustahil terdapat ugutan yang mengancam nyawa penumpang dan anak kapal pesawat MH370 atau pun kemungkinan rampasan terhadap pesawat yang seterusnya.
Ia jelas dilakukan dengan bantuan khidmat profesional dan tidak menolak kemungkinan agen-agen asing yang ditempatkan di lapangan terbang dengan penyamaran sebagai wartawan mahupun pengguna perkhidmatan udara untuk melancarkan tekanan seterusnya terhadap kerajaan. Selain mengharapkan kecekapan pihak berwajib dalam menjalankan siasatan, dengan kekuatan solidariti seluruh rakyat Malaysia yang tidak berganjak sedikitpun dalam mendoakan keselamatan penumpang MH370 dan seterusnya kesejahteraan dan keamanan negara ini dari campur tangan asing, INSYAALLAH pertolongan serta perlindungan Allah akan sentiasa bersama kita.
Yakinlah tiada sesuatupun akan berlaku melainkan ia adalah diizinkan Allah untuk berlaku. - Sumber
zulhairifetani.blogspot
Baca di sini
3 comments:
Pray for MH 370
Doakan agar semuanya selamat....
semoga Allah permudahkan segalanya, ika tak berani nak komen apa2....harap segalanya dipermudahkan saja...doa yang terbaik buat penumpang MH370...
Post a Comment