Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



MISTERI PESAWAT MH370: INDIVIDU GUNA PASSPORT HILANG DIKENAL PASTI

MISTERI PESAWAT MH370: INDIVIDU GUNA PASSPORT HILANG DIKENAL PASTI


INDIVIDU GUNA PASSPORT DILAPORKAN HILANG DIKENAL PASTI

Ketua Polis Negara mendedahkan hasil siasatan awal polis bahawa terdapat dua orang penumpang pesawat MH370 yang menggunakan pasport yang dilaporkan hilang.

Seorang darinya telah dikenal pasti sebagai Pouria Nour Mohd Mehrdad (imej kiri) rakyat Iran berumur 19 tahun.

Manakala seorang lagi telah dikenal pasti oleh pihak Interpol sebagai Delavar Syed Mohamad Reza, 29 tahun (imej kanan). Pengesahan tersebut dibuat Ronald K. Noble, Setiausaha Agung INTERPOL dalam satu sidang media di Lyon, Perancis.


Terdahulu

WARGA IRAN GUNA PASPORT PALSU NAIKI PESAWAT MH370 DIKENAL PASTI

Sepang, 11 Mac - Polis mengenal pasti warganegara Iran, Pouria Nour Mohd Mehrdad, 19, sebagai seorang daripada dua penumpang yang menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 menggunakan pasport palsu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki itu menggunakan pasport warga Austria yang sebelum ini dilapor hilang di Thailand oleh pemiliknya.

Lelaki warga Iran ini dipercayai akan berpindah ke Jerman dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Khalid berkata identiti seorang lagi penumpang yang menggunakan pasport warga Itali masih disiasat.

Polis kini menyiasat latar belakang semua 239 orang yang menaiki pesawat tersebut dan siasatan diketuai oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Abdul Hadi Ho Abdullah, katanya.

Menurut Khalid siasatan menyentuh empat aspek iaitu pesawat itu dirampas, disabotaj, keadaan psikologi penumpang dan masalah peribadi antara penumpang pesawat.

Penerbangan MH370 yang dikendalikan oleh pesawat Boeing 777-200 dari Kuala Lumpur ke Beijing dilapor hilang daripada radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi Sabtu.

Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dari 14 negara selain 12 anak kapal, sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Media kemudian melaporkan dua daripada penumpang MH370 didapati menggunakan pasport palsu. Kedua-dua pasport itu sebelum ini dilapor hilang di Thailand, setelah kedua-dua pemiliknya disahkan masih hidup dan tidak menaiki pesawat tersebut. - BERNAMA


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ