Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Video pengasas Pondok Geting disaman JPJ tersebar

Video pengasas Pondok Geting disaman JPJ tersebar






Seorang guru pondok menggunakan alasan berada di pihak kerajaan yang sama dalam usaha memujuk pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya tidak disaman selepas ditahan kerana memandu dengan lesen dan cukai jalan tamat tempoh.

"Kita sama-sama kerajaan takkan nak saman juga. 6 haribulan ni perdana menteri panggil pula ke Kuala Lumpur,” kata pengasas pondok Geting Tumpat, Kelantan, Tuan Guru Abdullah Saamah dalam satu video yang kini tersebar di internet.

Dalam video itu, Tuan Guru Abdullah  dirakamkan sedang memujuk pegawai JPJ supaya tidak menahannya.

Dalam kejadian yang tidak diketahui tarikh itu, Tuan Guru Abdullah  ditahan dalam satu sekatan jalan raya oleh JPJ.

Abdullah ditahan kerana memandu dengan menggunakan lesen dan cukai jalan keretanya tamat tempoh.

Selepas ditahan, Abdullah merayu supaya pegawai JPJ itu memaafkannya.

"Kita sama-sama Islam kan takkan tak boleh maaf," kata Abdullah kepada pegawai JPJ berkenaan.

Namun, pegawai JPJ itu menjawab jika beliau dimaafkan kali ini, maka ramai lagi yang turut ditahan pada hari itu perlu dimaafkan.

"Tidak undang-undang Tuhan pun, kita terima amanah kerajaan. Kalau kita maaf seorang, doa juga," kata pegawai JPJ itu menolak rayuan Abdullah.

Pegawai JPJ itu berkata, kereta Abdullah tidak akan ditahan atas kesalahan itu namun mereka terpaksa mengeluarkan saman kerana lesen dan cukai jalan yang tamat tempoh.

Abdullah bagaimanapun berkata, memberikan maaf adalah kebajikan tetapi pegawai JPJ berkenaan menjawab, "Kalau kami tidak buat kerja pun berdosa."



2 comments:

Mohon maaf dan merayu untuk tidak disaman adalah dialog biasa bagi sesiapa saja yang kena tahan oleh pihak yang berkaitan... bukan sesuatu yang luarbiasa.. mengapa perlu disebarkan video ini seperti mau mengaibkan beliau.

15 March 2014 at 13:46 comment-delete

Ye saya setuju tu. Kenapa perlu sebarkn video yg mengaibkan tuan guru ni. Apa rasa kalau kene kat ayah adik bradik sdara mara kita sendiri.

Anonymous
15 March 2014 at 13:55 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ