Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



MH370: Masih Terbang 4 Jam Selepas Kali Terakhir Dikesan Radar - AS

Masih Terbang 4 Jam Selepas Kali Terakhir Dikesan Radar



WASHINGTON 13 Mac - Penyiasat Amerika Syarikat (AS) mendakwa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 berada di udara selama empat jam daripada lokasi terakhir ia dikesan, lapor Wall Street Journal, yang memetik dua sumber.

Laporan itu menyusul ketika pihak berkuasa masih tidak dapat memastikan tentang perairan mana patut lokasi mencari dijalankan selepas ia dilaporkan hilang Sabtu lalu.

Laporan akhbar itu menimbulkan spekulasi bahawa pesawat tersebut dengan 239 orang di dalam kapal mungkin terbang beberapa ratus kilometer lagi di bawah keadaan yang kekal tidak diketahui.

Kali terakhir pesawat itu dikesan pada radar adalah pada pukul 1 pagi selepas ia berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing. - REUTERS




PANAS! MH370 Dilarikan? Data Enjin Memperlihatkan MH370 Masih Terbang Di Udara Selepas Hilang Dari Radar

Penyiasat Amerika Syarikat (AS) mengesyaki pesawat MH370 masih berada di udara selama hampir 4 jam selepas ia kali terakhir dapat dikesan melalui radar awam.

Pendedahan itu disiarkan The Wall Street Journal Asia (WSJ) sebentar tadi dengan memetik sumber dua individu yang mempunyai maklumat berkaitan.

Maklumat terbaru itu mewujudkan kemungkinan kapal tersebut telah diterbangkan ratusan batu lagi dalam keadaan yang agak samar.

Penyiasat udara dan pasukan keselamatan kebangsaan (AS) percaya kapal itu telah diterbangkan tambahan 5 jam lagi berdasarkan data yang dimuat turun dan dihantar ke daratan secara otomatik dari enjin kapal Boeing berkenaan bagi tujuan penyelengaraan dan pemantauan.

Kenyataan pakar AS yang terbaru itu konsisten dengan kenyataan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) semalam bahawa usaha mencari pesawat MAS itu diperluaskan ke Lautan Andaman, iaitu ratusan kilometer menghala barat laut dari tempat asal pencarian.

Bukti memperlihatkan DCA juga beranggapan bahawa kapal itu mungkin dilarikan.

Tambah laporan WSJ, pejabat anti keganasan AS kini melihat kepada kemungkinan sama ada juruterbang atau sesiapa yang lain dalam penerbangan itu melencongkan kapal berkenaan menuju ke lokasi yang tidak dinyatakan selepas dengan sengaja mematikan alat transponder bagi mengelak dari dikesan radar


2 comments:

ssh utk percaya..spekulasi banyak sgt..huhu

13 March 2014 at 15:34 comment-delete

Yakin dengan Allah..moga segala usaha diberkati..

13 March 2014 at 19:45 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ