Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



PENCIL VS CAMERA

Pencil dan Camera apabila digabungkan menghasilkan satu karya seni yang menarik. Jom kita saksi beberapa karya2 menarik yang dihasilkan oleh Mr. Ben Heine 

Jom layan...


PENCIL VS CAMERA

Klik read more utk gambar selanjutnya

8 comments:

Post a Comment

AuuMMmmmm

Tengok gambar ni apa yang boleh anda bayangkan?

- Gorgeous?
- Superb?
- Amazing?
- Handsome?
- Anymore?

gorgeous

ps/ Gambar ini bukan superimpose yer.... tapi adalah karya seni oleh Mr. Britta Meven Brijome seorang photographer yang bertajuk Mirroring 

6 comments:

Post a Comment

Suasana Waktu Pagi Di Check Point BSI Ke Singapore

Assalamualaikum wbt...

Hari ini Ida ingin bercerita tentang suasana meriah di lokasi check point Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru (BSI) menghala ke Singapore pada jam 4.00 pagi setiap hari. Anda pernah pergi ke Singapore melalui jalan darat? Kalau pernah anda pasti akan melalui check point BSI ini untuk masuk ke Singapore melalui Tambak Johor.

Suasana Waktu Pagi Di Check Point BSI Ke Singapore

Beginilah suasana di dalam bangunan BSI di waktu awal pagi pada setiap hari. Suasananya cukup meriah seperti musim perayaan di stesyen keretapi Kuala Lumpur atau di Hentian PuduRaya mahu pun di Hentian TBS. Mereka2 ini bukan pelancong tetapi adalah rakyat Malaysia yang bekerja mencari rezeki di Singapore. 

Klik read more untuk gambar selanjutnya...

3 comments:

Post a Comment

SENI KRISTAL YANG MENAKJUBKAN

Lukisan Seni Kristal oleh Dinesh Vora sungguh menarik dan menakjubkan... Jom layan 

seni kristal

seni kristal

Selanjutnya klik read more 

8 comments:

Post a Comment

Lawak Sempena Harga Petrol Naik

Assalamualaikum wbt...

Di bawah ni Ida paparkan  tiga kisah kelakar tentang kenaikan harga petrol yang Ida kumpulkan. Sumber asal ketiga2 kisah ni tidak diketahui, Ida hanya terima melalui group whatsApp... just sharing and caring ;)



Kisah 1 - Sanggup dia conteng keta sendiri kerana marah punya pasal... Ida hanya mampu geleng kepala... 

Lawak Sempena Harga Petrol Naik


Kisah 2 - Pakcik... pakcik.... hahahaha

Lawak Sempena Harga Petrol Naik


Kisah 3 - Kisah Goreng Pisang


Satu hari seorang macai singgah ke sebuah warung menjual goreng pisang. 

Macai: Makcik bungkuskan goreng pisang RM2 

Makcik yang jual goreng pisang tu pun bungkuslah empat ketul goreng pisang

Macai: Kenapa sikit sangat goreng pisang ni makcik? Minggu lepas saya beli dapat 8 ketul, kenapa minggu ni cuma 4 ketul je? 

Makcik: Harga pisang goreng dah naiklah nak. 

Macai: Kenapa boleh naik harga makcik? 

Makcik: Harga minyak petrol naik, terpaksalah makcik naikkan harga goreng pisang, kalau tak rugilah makcik. 

Macai tersebut hanya mendiamkan diri, lalu beredar dari situ. 

Sampai di rumah Macai tersebut terus mencampakkan goreng pisang yang dibelinya ke dalam bakul sampah. Ibunya terperanjat lalu bertanya, 

Ibu Macai: Kenapa kau buang goreng pisang tu? 

Macai: Taknaklah makan, makcik tu goreng pisang pakai minyak petrol!


Nota Kaki - Ini bukan kisah lawak tapi realiti yang sebenar. Di bandar Johor Bahru tempat Ida tinggal, ada satu2 tempat terutama di jalan Abdullah Tahir, ada warung2 kecil menjual roti canai melayu  dan nasi lemak yang kami panggil 'nasi lemak tetek' sebab bungkusan dia kecil2. Dulu harga roti canai tu 80 sen tetapi sekarang dah naik RM1.00 dan 'nasi lemak tetek' tu dulu berharga RM1.20 tetapi sekarang dah naik RM1.50. 

Ida ingin bertanya, seandainya sebulan atau dua bulan nanti, ditakdirkan harga petrol ni turun apakah harga barang2 akan turun? Jawapannya TIDAK!!! - Itulah hakikat SEBENARNYA bahawa harga barang2 keperluan seharian kita tidak pernah MENOLEH KE BELAKANG.




14 comments:

Post a Comment

Gambar Motor Terbakar Atas Jambatan Pulau Pinang.

Assalamualaikum wbt...

Gambar motor terbakar di atas jambatan Pulau Pinang...aduhh!! amat merbahayakan. Gambar2 ni Ida terima pagi tadi di dalam groups WhatsApp Ida. Kemalangan dikatakan berlaku pada jam 7.30 awal pagi tadi 11/09/2013 di Km 0.2 Jambatan Pulau Pinang selepas tol arah ke pulau. Mangsa yang terlibat tidak diketahui. Walau apapun, Ida nasihatkan kepada rakan2 terutama Ida sendiri samada yang menunggang motorsikal atau pun memandu kereta tu selalulah berhati2 ketika memandu. Sesungguhnya malang tidak berbau. Kadang2 kita memandu sudah cukup cermat tetapi kita tidak dapat mengelak apabila kita menjadi mangsa perlanggaran - maksudnya kesalahan pemandu lain yang melibatkan kenderaan kita.

Gambar Motor Terbakar Atas Jambatan Pulau Pinang.

Gambar Motor Terbakar Atas Jambatan Pulau Pinang.

Gambar Motor Terbakar Atas Jambatan Pulau Pinang.

Gambar Motor Terbakar Atas Jambatan Pulau Pinang.

7 comments:

Post a Comment

Untuk Peminat Purple

Assalamualaikum wbt...

Hari ini Ida ingin berbicara pasal warna. Warna pilihan Ida hari ini adalah ungu atau purple. Rupanya ramai wanita yang meminati warna ini selepas warna merah jambu (pink). Pertama sekali bila bercakap tentang warna purple ini yang terbayang di otak Ida adalah ladang Lavender yang luas terbentang... cantik sangat!!!

Untuk Peminat Purple


Dua - tiga hari lepas semasa jenjalan kat blog ni Mawar Rindu a.k.a Ms. SweetPurple bernama Cik Nur Atikah. (klik sini) Semasa dalam entri memperkenalkan diri tu... ramai pula Ida nampak yang meminati warna purple ni. Istimewa ke orang purple ni? Jom kita terjah sifat2 penggemar warna ini...

Untuk Peminat Purple




Rahsia Warna Ungu (Purple)


Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran anda maka anda adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan anda tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan anda adalah yang terbaik. Anda pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih anda. (Amboiii yang kuat mental saja, so lemah sikit tak boleh la yer - ni mesti pandai saikologi ni)

Jom kita terjah lagi...

(Ada juga yang difenisikan purple seperti ini)
Ungu – Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif. (Disini dikatakan kurang teliti pula - ntahlah) 

Terjah lagi 

Ungu Violet - adalah warna yang mewakili kehangatan. Ia adalah warna yang mempemgaruhi hati dan minda iaitu gabungan fizikal dan spiritual.Ia mempengaruhi semangat berdikari dan intuisi. Warna keungu-unguan yang semakin tebal menunjukkan kebolehan untuk menghadapi hubungan dengan secara praktikal. Warna yang pucat mempengaruhi kemanusiaan dan hubungan kerohanian. Warna ungu-kemerah-merahan menunjukkan keinginan dan cita-cita yang tinggi.Semakin keruh warna ungu tersebut maka ia menunjukkan kekuatan dalam menghadapi sesuatu. Ia juga menunjukkan imaginasi erotik yang tebal. Ia juga mempunyai kebolehan untuk menarik simpati dan juga seorang yang tidak dapat memahami orang lain.

Walau apapun ramalan2 yang di buat, hanya yang empunya diri saja yang tahu sifat yang sebenar. Ida pula minat warna apa? Ida minat warna pelangiii kot.... ku lihat hijau....(kata Zainal Abidin)

Jom kita layan gambar2 berwarna purple seketika.....cantik kan?

Untuk Peminat Purple

Klik read more untuk melihat gambar2 selanjutnya ;)

16 comments:

Post a Comment

Jual Blog Atau Jual Diri Anda?

Assalamualaikum wbt...

Pesanan dari seorang blogger popular - Jual blog anda, dan bukan diri anda. Ini adalah kerana ia lebih selamat dan boleh lindungi diri dari fitnah yang anda tidak sedari. Kadangkala orang dok menyampah juga bila tengok gambar diri anda sana sini dalam blog. (Klik dan baca selanjutnya di sini )

Termenung Ida dibuatnya. Pada awalnya bertingkat2 persoalan di dalam kepala Ida.


Jual Blog Bukan Jual Diri Anda!


Akhirnya Ida temukan jawapannya : Ingin menjadi blogger popular atau blog popular? Keputusan ditangan kita. 

Maksudnya kebanyakkan blogger suka bercerita soal diri sendiri  terutama di bahagian About Me. Jarang pula kita nampak blogger yang mahu memberikan info mengenai blog mereka. Bermakna kita lebih mempromosikan diri kita daripada blog kita. Ermmm entahlah...pada pendapat Ida, kita hanya mahu berkongsi cerita kehidupan seharian dengan teman2 yang lain dan bukannya bertujuan mahu menjual diri kita. 

Tapi bila fikirkan sekali lagi Ida juga sependapat dengan beliau iaitu : Saya bukan mahu popular, tetapi saya mahu blog saya yang popular dan dikenali. Kompius tak? hehehehe... whatever lah

17 comments:

Post a Comment

Gambar Ngeri Dilanggar Keretapi Di Kuala Krai

Allahuakhbar... Gambar ni Ida jumpa di sini (klik) Kejadian dikatakan berlaku pada jam 10 pagi semalam di Kuala Krai, Kelantan. Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40an. Tidak dinyatakan samada melayu ataupun tidak. Punca2 kejadian juga tidak diketahui. 



Gambar Ngeri Dilanggar Keretapi Di Kuala Krai

6 comments:

Post a Comment

Girls Problem (Do you Agree Girls?????????????????)

Girls problem - Do you agree girls????




Girls Problem (Do you Agree Girls?????????????????)

10 comments:

Post a Comment

Nostalgia Lalu

Istilah Nostalgia  menggambarkan satu sentimen untuk masa lalu, lazimnya untuk suatu tempoh atau menyimpan kenangan2 peribadi samada gembira atau duka. Herer seorang pelukis berbakat telah mengabadikan beberapa nostalgia yang mengagumkan melalui karya seni yang menakjubkan.

Jom layan....



Nostalgia Lalu

Klik read more untuk gambar2 menarik yang lain

3 comments:

Post a Comment

Santapan Pagi

Assalamualaikum wbt...

Morning glory untuk semua. Buat pertama kali Ida jengah blog diwaktu pagi hari...dan terpandang entri Mama yang menyentuh hati.

Kata Mama:  Biarlah kita sembunyikan perasaan kita, asalkan orang sekeliling yang berada di samping kita bahagia. Biarlah...hanya Allah saja yang mengetahui...

Rasa macam sayu lak... alamakk Mama, pepagi lagi dah buat hati kita meruntun... hehe. Apa pun Mama, Ida suka dengan luahan tu, sesekali membuat kita muhasabah diri. Kena pula dengan lagu yang Ida pasang di blog ni Dayang Nurfaizah - Bisikan Rindu hehe... salute kat Mama.

Sabtapan pagi

Ok lah... Ida ada kelas pagi ni...jumpa lagi disebelah petang + malam. Tata...titi...tutu...

8 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ