KUIH MELAYU




Cerita perlu kita baca.... Ada falsafah 'Melayu' yg buat kita senyum pada diri sendiri....

KUIH MELAYU

"Makcik, bagi kuih ni 2, yang ni 3," kata Nora.

"Tak nak tambah lagi satu nak bagi cukup tiga ringgit?" tanya makcik itu.

"50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni cik?" tanya Nora secara berseloroh. "Bolehlah, saya tambah lagi satu biji."

Makcik itu menyepit kuih lapis berwarna merah jambu itu lalu diletakkan di dalam plastik putih, lalu dimasukkan ke dalam plastik kecil berwarna kuning.

"50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik," jawab makcik itu.

"Ye ke ni cik?" tanya Nora semula.

"Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana," jawab makcik.

Makcik itu menghulurkan beg plastik kuning berisi 6 biji kuih itu kepada Nora.

"Adik agak pukul berapa makcik start buat kuih tu?" tanya makcik itu.

"Tengahari, dalam jam 11 macam tu," agak Nora.

"Makcik buat seorang, dari pukul 10 pagi," jawab Makcik tu. "Dalam pukul 3.30 dah kena siap semua, pukul 4.15 makcik dah ada dekat sini bukak gerai, selalunya dalam 6.30 makcik dah kena tutup, sebab anak-anak nak balik sekolah," beritahu makcik itu.

"Sekarang pukul berapa ni dik?" tanya makcik itu lagi kepada Nora.

"5 suku," jawab Nora.

"Adik pelanggan kedua makcik hari ni," jawab makcik itu. "Berapa ringgit makcik untung jualan atas adik? RM1, RM1.20."

Nora diam sahaja.

"Berapa biji kuih pelanggan pertama makcik beli tadi? Tiga," kata makcik itu sambil mengangkat jari. "Katalah makcik untung dengan dia RM1.00. Dari jam 10 pagi sampai sekarang, makcik baru untung RM2.20."

Tak pernah Nora terfikir semua itu sebelum ini.

"Dulu makcik jual goreng pisang, yang tu untung dia banyak sikit, tapi lepas anak makcik dah masuk sambung belajar, makcik tak larat nak buat," beritahu makcik tu. "Tu kuih ketayap yang adik beli tu, berapa lama adik rasa satu biji kuih tu nak siap?"

"Sejam lebih," agak Nora lagi. "Nampak macam leceh nak membuatnya tu. Maaf makcik, saya nak tanya, kalau tak untung, kenapa makcik meniaga?"

Makcik itu merenung muka Nora.

"Sebab ada ramai orang Melayu nak makan kuih Melayu, kalau makcik tak meniaga, siapa lagi yang nak meniaga kuih Melayu," jawab makcik itu. "Makcik suka meniaga. Lagipun makcik bukan pandai buat benda lain dah sebenarnya. "

Makcik itu menyusun bekas-bekas kuih yang ada, "tapi maaflah dik takut adik terasa, makcik nak kata, orang Melayu kita sekarang ni pelik dik."

Nora terdiam tertanya-tanya. "Pelik macam mana tu Cik?"

"Orang kita makan donut sebijik RM3 tak apa, sushi sebijik RM2 tak apa, tapi bila cerita pasal kuih tepi jalan, 50 sen sebiji, mahal," Makcik itu senyum.

Nora terdiam lagi.

"Adik pernah cuba buat kuih orang kita?" tanya makcik itu tiba-tiba.

"Tak pernah lagi, kuih bahulu ada la saya cuba buat masa raya dulu," jawab Nora.

"Berapa sen adik rasa berbaloi nak jual kuih bahulu sebiji yang adik buat dari mula sampai siap?" tanya makcik tu.

Nora hanya diam. Terkenang penat dan lenguh tangannya memukul telur.

"Pada makcik, tak apa makcik untung sikit, makcik cukup makan, sebab makcik tau, ada ramai orang kat luar sana yang macam adik, nak makan kuih orang kita. Pada makcik, ni semua sumbangan makcik pada anak-anak jugalah," kata makcik itu. "Tapi makcik sedih tengok orang kita, yang dah tak peduli nak jaga apa yang kita ada."

Nora diam sahaja mendengar. Dia hanya merenung melihat makcik itu meneguk sedikit air kosong dari botol air berkarbonat yang dibawa.

"Makcik orang Melayu. Makcik boleh meniaga sushi ke, dorayaki ke, harga pun sebijik 2 ringgit, jual 10 dah macam untung makcik sehari, barang pun ambik dari pembekal, tak perlu renyah-renyah buat semua," kata makcik tu.

"Tapi dik, kalau makcik buat macam tu, siapa lagi nak jual kuih-kuih ni dekat adik?" tanya makcik tu.

"Kalau makcik mati nanti, anak-anak makcik semua dah tak mau buat kuih. Yang perempuan pun tak minat nak belajar macam mana, nanti-nanti takkan la semua orang Melayu nak makan sushi dengan donut aje hari-hari?" Makcik itu menghulurkan duit RM3 semula kepada Nora.

"Eh, makcik, ni kan duit kuih saya," kata Nora.

"Makcik tak nak duit kau dik, makcik sedekah. Tiap-tiap orang yang beli kuih dengan makcik dan dia kata mahal, makcik bagi balik duit kat dia dan makcik sedekahkan," jawab makcik itu.

"Kenapa pula makcik?" tanya Nora kehairanan.

"Sebab kalau orang Melayu tak nak tolong orang Melayu yang tak mampu macam adik, siapa lagi yang akan tolong orang kita, yang sibuk laung tolong melayu pun cuma tolong yang melayu kaya je..macam bawah-bawah ni mana lah mereka fikir sangat" jawab makcik itu.

"Ehh..saya masih mampu makcik," balas Nora.

"50 sen sebiji adik kata mahal, tak mampu lah tu," kata makcik itu tersenyum, ikhlas.


Ps/ Admin Tak tahu nak kasi kredit pada siapa dan siapa penulisnya tetapi cerita di atas viral dgn meluas di fb dan juga wassap. Terima kasih pada penulis.

0 comments:

Post a Comment

Inilah Baitul Makmur, Kiblat Para Malaikat di Langit Ketujuh






Saat melaksanakan shalat, Umat Islam dari segala penjuru menghadap ke Ka’bah sebagai arah kiblat. Bangunan berbentuk kubus ini terletak di jantung Masjidil Haram dan dikelilingi oleh ribuan manusia setiap hari.

Sedikit orang yang tahu, bahwa ternyata tidak hanya satu ka’bah yang ada di alam semesta ini. Berdasarkan Al-Quran dan hadist, ada dua Ka’bah yang dipercaya menjadi rumah Allah. Selain ka’bah yang dibangun di Mekkah, ternyata ada satu lagi Ka’bah yang menjadi arah kiblat penduduk langit.

Ka’bah tersebut bernama Baitul Makmur dan terletak di langit ketujuh. Layaknya ka’bah di dunia, Baitul Makmur juga dikelilingi oleh malaikat setiap hari untuk melakukan tawaf. Berdasarkan hadist Nabi, letak ka’bah di langit ini sejajar dengan ka’bah yang berada di bumi. Sebagaimana penduduk bumi memakmurkan ka’bah maka penduduk langit juga memakmurkan baitul makmur.

Nabi Muhammad SAW melihat langsung Baitul Makmur ketika melaksanakan Isra Mi’raj untuk menjemput perintah salat. Sesampainya di langit ketujuh, Nabi bersama Malaikat Jibril disambut oleh Nabi Ibrahim AS. Ketika itu sang Rasulullah melihat Baitul Makmur yang dikelilingi ribuan malaikat. Kisah ini diceritakan Nabi yang artinya:

“Lalu aku melihat Baitul Makmur. Akupun bertanya kepada Jibril. “Ini adalah Baitul Makmur, setiap hari, tempat ini dikunjungi 70.000 Malaikat untuk melakukan shalat di sana. Setelah mereka kaluar, mereka tidak akan kembali lagi ke tempat ini.” (HR. Bukhari 3207 & Muslim 162).



Baitul Makmur makmur juga menjadi salah satu tempat yang dijadikan Allah sebagai Sumpah-Nya. Seperti diketahui bahwa makhluk Allah yang menjadi sumpah berarti termasuk makhluk yang mulia. Baitul Makmur dalam Al-Qur’an disebutkan dalam surat At-Thur yang artinya, “dan demi Baitul Ma’mur, dan atap yang ditinggikan (langit), dan laut yang di dalam tanahnya ada api,” (QS. At-Thur: 4-6).

Baitul Makmur bermula saat Allah SWT hendak menciptakan khalifah di bumi. Saat itu keputusan Allah SWT ini dipertanyakan oleh para Malaikat. Seperti kalam Allah dalam Al-Baqarah : 30 yang artinya “Kenapa Engkau hendak menciptakan khalifah dibumi, yaitu orang-orang yang akan berbuat kerusakan & saling menumpahkan darah, sedangkan kami ini (para Malaikat) masih selalu bertasbih, bertauhid, dan mesucikan Engkau”, Allah berfirman : “Sesungguhnya Aku lebih mengetahui terhadap apa yang kalian tidak ketahui” (Al-Baqarah : 30)

Ternyata jawaban Allah membuat malaikat merasa berdosa. Kemudian untuk menebus segala dosa-dosanya, golongan malaikat ini berthowaf (berkeliling) Arsy sebanyak 7 kali. Allah kemudian memerintahkan kepada para malikat itu untuk turun ke bumi dan membangun sebuah Baitullah (Ka’bah). Tujuannya agar jika Adam (manusia) berbuat dosa, dapat diampuni dengan berthowaf mengelilingi Ka’bah sebanyak 7 kali.

Namun ketika banjir pada zaman Nabi Nuh AS, Allah mengangkat Baitullah ini ke atas langit. Di sisi Ka’bah tersebut dibangun sebuah menara yang kira-kira tingginya adalah sepanjang 500 tahun perjalanan. Apabila telah datang hari Jum’at, malaikat jibril naik keatas menara dan mengumandangkan adzan, Malaikat Israfil yang membacakan khutbah Jum’at nya dan sholat Jum’at diimami oleh Malaikat Mikail, diikuti oleh seluruh Malaikat yang berada di Baitul Makmur tersebut.

Bangunan ini memiliki kedudukan yang sangat mulia, maka nama ini tidak boleh digunakan untuk menamakan satu rumah, atau tempat, atau bangunan apapun. Sebagaimana kita tidak boleh memberi nama tempat di sekitar kita dengan nama Ka’bah atau Baitul Haram, atau nama-nama lainnya yang diagungkan. Karena termasuk bentuk pennghinaan dan agar tidak dianggap menyerupakan.

Sekiranya jika ada yang kurang dalam pembahasan artikel ini mohon ditambahkan. Jika ada yang salah mohon dikoreksi. Allah SWT penguasa segala pengetahuan di alam semesta.

Sumber: muslimsatu.com


0 comments:

Post a Comment

Wanita Dakwa Dirogol Pokemon Semasa Tidur



SEJAK aplikasi permainan dalam talian Pokemon GO dilancarkan pada Julai lalu, beberapa kes termasuk membabitkan kematian, kemalangan dan dakwaan ‘menceroboh’ privasi kediaman telah dilaporkan terhadap permainan tersebut, yang kini menjadi fenomena masyarakat seluruh dunia.

Terbaharu, seorang wanita Rusia membuat laporan polis mendakwa dia telah ‘dirogol’ oleh Pokemon ketika sedang tidur di rumahnya.

‘Mangsa’, yang tidak didedahkan identiti mendakwa serangan seksual tersebut dilakukan oleh seekor Pokemon gergasi di kediamannya yang terletak di Moscow.

Menurut laporan media antarabangsa, wanita yang sudah berkahwin itu dikatakan bermain permainan tersebut sebelum dia tertidur.

Dakwa wanita itu, selepas tersedar daripada tidur, dia mendapati seekor Pokemon besar sedang ‘baring’ di atas badan dan merogolnya.

Tambah wanita itu lagi, ‘perogol’ itu hilang apabila dia melompat daripada katilnya, namun aplikasi Pokemon GO pada telefon pintarnya masih boleh mengesan kehadiran watak maya yang sama di katilnya.

Dia kemudian membangunkan suaminya yang sedang tidur untuk memaklumkan kejadian yang menimpa dirinya, namun suaminya tidak percaya, selain meminta wanita itu berjumpa dengan pakar psikiatri.

Pihak polis juga sukar untuk mempercayai laporan wanita itu.

Ekoran itu, dia pergi berjumpa dengan pakar psikik, namun tidak dapat juga membantunya, lapor portal berita Rusia, Bloknot.

Sementara rakan wanita itu, Ivan Makarov berkata, ‘mangsa’ pernah memberitahu bahawa terdapat banyak Pokemon di kediamannya sehinggakan anjing peliharaan wanita itu juga dapat mengesan kehadiran Pokemon setiap kali dia bermain permainan itu.

Menurut Makarov, wanita itu akhirnya akur dengan arahan suaminya yang meminta supaya dia berjumpa dengan pakar psikiatri.

Pokemon GO, satu permainan realiti berperantara berasaskan lokasi yang dilancarkan secara rasmi pada 6 Julai lalu, juga telah memasuki pasaran Malaysia pada Sabtu lalu.

Aplikasi dibangunkan Niantic Incorporation of Nintendo USA itu merupakan permainan sembunyi-sembunyi konvensional di mana pemain perlu mencari dan berlawan dengan karektor maya berdasarkan lokasi dunia sebenar yang dikesan melalui telefon pintar.

0 comments:

Post a Comment

Isu Pokemon. Ini Jawapan Dr Maza Yang Buat Ramai Umat Islam TERPANA !!!



Isu Pokemon. Ini Jawapan Dr Maza Yang Buat Ramai Umat Islam TERPANA !!!

Sudah berapa hari wartawan tidak henti-henti cuba hubungi saya kerana mahu bertanya pasal Pokémon. Saya cuba mengelakkan diri dari memberikan komen sebab ramai sangat yang dah bercakap pasal Pokémon ini. Hebat benar nampaknya ‘game’ itu sehingga pelbagai pihak khususnya golongan agama banyak berbicara tentangnya.




Disebabkan ramai sangat yang email dan tanya saya pasal hal ini, maka di sini saya ingin menyebut secara ringkas dan harap dapat difahami dengan lebih luas.

Saya ingin menegaskan bahawa apa sahaja perbuatan yang memperbodohkan ataupun memudaratkan diri sendiri ataupun orang lain maka ia dilarang oleh agama Islam yang mulia dan bermaruah ini. Apa sahaja yang boleh mengundang ke arah kebodohan dan kemudaratan hendaklah dihalang.

Cumanya, dalam negara ini bukan sahaja Pokémon yang membawa kepada kebodohan dan kemerbahayaan, tapi banyak lagi yang lain yang kadang-kala lebih bodoh dan lebih mudarat kepada diri, orangramai, negara dan rakyat. Bahkan sebahagian kemerbahayaan itu bukan sekadar sebahaya Pokémon sahaja tapi boleh memusnahkan masa depan generasi dan negara.

Pokémon yang mungkin membawa kebodohan dan bahaya itu kadang-kala masih boleh dikawal, sementara sebahagian kebodohan dan kemerbahayaan yang lain sukar untuk dikawal.

Saya pelik apabila terlihat seorang yang merokok di tempat awam bercakap tentang bahaya Pokémon untuk diri dan orang lain. Padahal rokoknya itu sejak sekian lama telah memusnahkan diri dan orangramai.

Hal yang sama jika seseorang yang menyalahgunakan harta awam sibuk tentang game Pokémon, padahal negara sedang musnah disebabkan ‘pokémon salahguna dan salah tadbir’ yang dia terlupa untuk fikirkan.

Saya ingin tegaskan; jangan main atau lakukan apa sahaja termasuk permainan Pokemon ini yang boleh memperbodoh dan membahayakan diri dan masyarakat.

Satu lagi yang penting; jangan kita lalai kerana asyik main Pokémon sehingga melupai apa yang ada di sekitar kita. JUGA, jangan kita lalai asyik bincang pasal Pokémon sehingga lupa tentang bahaya-bahaya lain yang lebih besar dan lebih membodohkan kita yang sedang dan telah ada. KREDIT DR MAZA.


Sumber: dirikhalifah.blogspot.my

0 comments:

Post a Comment

MASJID AL HUDA SCHAUMBURG IL (USA)

MASJID AL HUDA SCHAUMBURG IL (USA)
Islam sudah berkembang di seluruh dunia...
Photos: Ateeq Ahmed Siddiqui


















0 comments:

Post a Comment

MASJID OMAR BIN AL-KHATTAB PETERSON USA

MELAWAT MASJID OMAR BIN AL-KHATTAB PETERSON USA


















Photos by: Ateeq Ahmed Siddiqui

0 comments:

Post a Comment

TURKI MERUPAKAN KEKUATAN ISLAM

TURKI MERUPAKAN KEKUATAN ISLAM



TURKI MERUPAKAN KEKUATAN ISLAM

Bangsa Turki pernah bangkit sebagai kuasa besar pada abad ke-15, sehingga kejatuhan empayarnya sekitar abad ke-19. Pengaruhnya menjangkaui sehingga ke Eropah apabila beberapa wilayah di bawah naugannya berada di timur Eropah.

Bangsa Turki yang menerajui empayar Othmaniyyah disanjung umat Islam kerana empayar Turki Othmaniyyah mempunyai satu-satunya pemimpin yang diramalkan oleh Rasulullah saw dalam hadis kursinya. Pemimpin yang dimaksudkan adalah Muhammad atau lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fatih. Gelaran al-Fatih yang membawa maksud ‘Si Pembuka’ merujuk kepada peranan besarnya membuka dan menakluk kota Konstatinopel.

Penaklukan kota Konstatinopel sekitar kurun ke-15 itu adalah sumbangan Sultan Muhammad al-Fatih yang tiada tolak bandingnya. Sehingga ke hari ini kota tersebut masih lagi di bawah genggaman umat Islam yang berada di bawah naugan kerajaan Turki sekarang. Detik bersejarah itu yang berlaku pada 1453 masihi menandakan berakhirnya kerajaan Kristian Byzantine Timur yang berpusat di kota Konstatinopel.





Siapa bangsa Turki sebenarnya?


Bangsa Turki disifatkan oleh pakar-pakar Sirah Islam sebagai bangsa yang berasal daripada anak nabi Nuh as, Yafit. Diriwayatkan, Nabi Nuh as mempunyai tiga oleh anak lelaki iaitu Sam, Yafit dan Ham.

Sam menurunkan ras bangsa Semitik yang berkulit keputihan seperti Arab, Parsi, Syria, Yunani, Latin (Sepanyol) dan di sebelah Barat dunia. Daripada anak-pinak Sam lahir ramai Rasul dan Nabi. Dikisahkan bahawa pada zaman Nabi Isa as, berkat mukjizat baginda, Sam telah dibangkitkan daripada kuburnya dan sempat menceritakan perit sakitnya kematian.

Ham menurunkan ras bangsa berkulit hitam seperti bangsa yang kebanyakan mendiami benua Afrika. Di dalam kitab Perjanjian Lama (Old Tastement), Ham telah dilaknat oleh Nabi Nuh as dan kisah tersebut dikenali sebagai Ham’s Curse. Laknat Nabi Nuh as yang kononnya diberitakan dalam kitab Perjanjian Lama tersebut antara lain melaknat keturunan Ham dan anak pinaknya bakal menjadi hamba kepada anak pinak Sam dan Yafit.

Yafit pula menurunkan ras bangsa berkulit kulit langsat seperti Cina, Mongoloid, Russia dan beberapa bangsa di sebelah Timur dunia. Anak-pinak Yafit mempunyai sifat dan semangat suka berperang yang tinggi. Kebanyakan yang lahir daripada suku Yafit adalah penakluk hebat. Lihat saja bangsa Cina, Mongol dan juga Russia.

Daripada genetik Yafit lahirnya bangsa Turki. Turki sepertimana bangsa-bangsa suku Yafit yang lain suka berperang dan menakluk. Daripada Yafit juga lahir bangsa yang cukup terkenal kejamnya dan diramalkan oleh Rasulullah saw dalam banyak hadis kursinya. Bangsa tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah bangsa Ya’juk dan Ma’juk.

Ya’juk dan Ma’juk mempunyai beberapa gelaran lain. Bangsa Cina menggelar mereka Xiongnu, Yunani pula menggelar mereka sebagai Sos dan bangsa Barat menggelar mereka sebagai bangsa Sychtia atau Simmeria. Dalam tradisi masyarakat Kristian juga mengenali bangsa Ya’juk dan Ma’juk sebagai Gog dan Magog.



Sebuah kawasan pergunungan di Darius Gorge yang diyakini sebagai tempat tembok Zulkarnain dibina.



Kaitan Ya’juk dan Ma’juk dan Turki

Antara kedua-dua bangsa iaitu Ya’juk dan Ma’juk dan bangsa Turki, terdapat cerita yang berkait. Umumnya, bangsa Ya’juk dan Ma’juk adalah bangsa yang ganas dan suka membuat kerosakan. Mereka muncul membawa kerosakan pada dunia. Allah swt berfirman di dalam al-Quran dalam surah al-Kahfi;

Mereka berkata: “Hai Zulkarnain, sesungguhnya Ya’juj dan Ma’juj itu orang-orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?”

Mereka menguasai dunia, bahkan tiada apa yang mampu mengalah dan menumpaskan mereka. Rasulullah saw bersabda bahawa ketika mana Ya’juk dan Ma’juk bermaharajalela di muka bumi, Allah swt mematikan mereka dengan mengirimkan satu wabak di mana ulat-ulat memakan belakang badan mereka.

Diriwayatkan bahawa ketika ekspedisi Zulkarnain yang memerangi kaum Ya’juk dan Ma’juk di tempat yang disifatkan Allah sebagai ‘di antara dua buah gunung’ dalam surah al-Kahfi ayat 93, kaum itu terperangkap di antara gunung. Lalu dengan bantuan masyarakat tempatan, Zulkarnain dan bala tenteranya mengurung Ya’juk dan Ma’juk dengan tembok besi bersadur tembaga. Ya’juk dan Ma’juk tidak akan berjaya menembusi tembok tersebut dan kekal terkurung di dalamnya sehingga tiba masa yang ditetapkan oleh Allah swt.



Ekspedisi tersebut berjaya namun, ketika pertempuran tersebut terdapat saki-baki daripada mereka yang berjaya ‘melepaskan diri’. Bangsa tersebut adalah bangsa Turki. Istilah Turki adalah berasal daripada perkataan ‘Taraka’ atau ‘Turika’ yang membawa maksud ‘meninggalkan’ atau ‘ditinggalkan’. Boleh jadi, asal asbab istilah Turki yang dinisbatkan kepada bangsa Turki adalah kerana kisah saki baki bangsa Ya’juk dan Ma’juk yang berjaya berlepas diri.


Dalam satu kajian lain, antara suku yang berjaya melarikan diri daripada serangan bertali arus tentera Zulkarnain adalah suku Mongol yang mana kemudiannya mendiami Gurun Gobi dan Steppe di Mongolia. Mongol sepertimana ‘moyangnya’ dilahirkan sebagai bangsa yang ganas. Perang tiada etika sehingga memusnahkan beberapa tamadun agung di dunia. Antara yang menjadi mangsa kerakusan suku Mongol adalah Dinasti Abbasiyyah. Baghdad yang dilanggar oleh suku Mongol telah hancur luluh dan rebah menyembah bumi. Kejatuhan Baghdad di tangan Mongol menyebabkan kota tersebut hilang fungsi sebagai pusat tamadun dan perabadan dunia. Sehingga kini kota tersebut gagal bangkit seperti yang berlaku pada zaman keemasannya.

Rasulullah saw menyedari potensi Turki

Dalam satu hadis, Rasulullah saw bersabda;

‘Tinggalkan Turki selama mana mereka tinggalkan kalian’

Hadis ini memberi gambaran bahawa Turki patut diberi keistimewaan berbanding lain-lain bangsa kerana bangsa ini seakan-akan diberi gambaran bahawa ia dielakkan untuk diperangi bahkan memberi mereka ruang untuk melepas diri.

Dakwah Islam ke atas lain-lain bangsa bermula seawal zaman Rasulullah saw di mana Rasulullah saw mula mengirimkan risalah dakwah kepada beberapa Raja di negara jiran baginda. Antara yang mendapat risalah tersebut adalah Hercules daripada Byzantine dan Kisra Khusraw daripada Parsi Sasanid. Hercules miskipun diriwayatkan tidak menerima Islam tetapi melayan duta Rasulullah saw dengan baik. Namun, berlainan dengan reaksi Kisra apabila mengoyak risalah Rasulullah saw sehingga menguris hati baginda Nabi saw.

Apabila Rasulullah saw wafat dan diganti dengan sistem khalifah, dakwah rancak berjalan. Beberapa wilayah dan tamadun besar berjaya ditawan. Antaranya adalah Mesir oleh Amr bin As. Syria dan Parsi pula oleh Saad bin Abi Waqqas, Khalid al-Walid dan Ubaidah ibn Jarrah.

Namun, bangsa Turki tetap diberi kelonggaran dan antara yang pertama menjalinkan hubungan dengan Turki adalah Saidina Uthman bin Affan. Saidina Uthman menyeru mereka kepada Islam dan berpusu-pusu mereka memeluk Islam. Berkat keislaman mereka di zaman khulafa ar-Rashidin dan para tabiin, mereka menjadi muslim yang berpegang kuat kepada ajaran Islam.

Bangsa Turki pada masa itu kebanyakan mereka berasal dari kawasan pergunungan Turkistan dan dataran Steppe. Menjelang abad ke-8 Masihi, mereka berhijrah ke arah Barat melalui dataran tinggi Serbia menuju ke laut Arab dan sebahagiannya pula ke wilayah Russia.

Ketika Mongol berkuasa dan menjajah banyak tempat di Asia Tengah, beribu-ribu bangsa Turki sekali lagi mengalami pengasingan apabila mereka terpaksa berhijrah ke negeri-negeri jiran mereka. Semasa pemerintahan Dinasti Abbasiyyah, bangsa Turki sangat taat kepada penguasa di Turkistan. Mereka mendapat layanan yang baik daripada pemerintah Dinasti Abbasiyyah terutama semasa pemerintahan Al-Mustashim.

Kerana Al-Mustashim berfahaman Muktazillah dan banyak menzalimi ulama ahli Sunnah, maka banyak berlaku pemberontakan. Oleh itu, Al-Mustashim mengalihkan pusat pemerintahan ke Samarra.Di s ana, Al-Mustashim lebih menggemari pegawai berbangsa Turki berbanding Arab kerana curiga dengan kesetiaan bangsa Arab iaitu bangsanya sendiri kepadanya. Bermula detik itu, bangsa Turki mula mendapat kekuatan terutama daripada segi politik.

Banyak pegawai dan panglima Turki berperang di sempadan Byzantine bagi menjaga wilayah Abbasiyyah. Lama-kelamaan, bangsa Turki membentuk kekuasaan di sempadan yang pada mulanya taat setia kepada Dinasti Abbasiyyah. Apabila Dinasti Abbasiyyah runtuh, mereka muncul membentuk komuniti yang berpaksikan militari di sempadan.

Maka disitulah bermulanya era Bani Saljuk yang mana pemerintah pertamanya adalah Sultan Arp Arslan. Mereka memiliki semangat jihad yang tinggi, bervisi jauh dan ingin melihat Islam tertegak di merata ceruk. Mereka bangga menggelar mereka ‘Ghazi’ yang membawa maksud ‘orang yang suka berperang’. Sememangnya mereka gemar berperang atas dasar jihad dan tidak sesekali gentar apabila dengan berhadapan musuh.

Di sisi yang lain, lahir pula sebuah Dinasti yang lebih agung yang berbangsa Turki. Ia adalah dinasti Othmaniyyah yang diasaskan sekitar abad ke-13. Dinasti ini bermula daripada seorang lelaki yang bernama Ertugrul. Ertugrul dikatakan berhijrah daripada tanah airnya ke Asia Minor bersama-sama 400 tentera berkudanya. Di sana, beliau bergabung dengan Kesultanan Saljuk untuk memerangi empayar Rom Byzantine.

Gabungan kedua-dua tentera Islam tersebut membuahkan hasil dan mencapai kemenangan. Atas jasa Ertugrul, sebuah wilayah di Eskisehir dihadiahkan kepada beliau. Kemudian, anak kepada Ertugrul iaitu Osman I yang bercita-cita tinggi mendirikan sebuah empayar yang dikenali sebagai Dinasti Othmaniyyah. Empayar Othmaniyyah menenggelamkan beberapa empayar Islam yang lain sehingga pada satu peringkat empayar ini mencapai keluasan yang mencecah ke sempadan Eropah. Beberapa sultan dan panglima agung bangkit daripada empayar bangsa Turki ini.





Sultan Muhammad al-Fatih yang mendapat sanjungan daripada Rasulullah saw kerana berjaya membuka kota Konstatinopel lahir di dalam kelompak Bani Othmaniyyah. Inilah bangsa yang dikatakan serpihan Ya’juk dan Ma’juk daripada sulur galur Yafit. Inilah hikmah yang mana Allah swt adalah juru-aturnya. Lihat bagaimana Allah swt memberi kekuasaan kepada siapa yang Dia suka. Islam bukan terletak di tangan bangsa Arab bahkan kepada sesiapa sahaja. Bangsa Turki menunjukkan kepada kita bahawa mereka boleh dijadikan satu tanda aras kepada kekuatan kesultanan Islam.


Sumber: takusahrisau.wordpress.com

0 comments:

Post a Comment

Benarkah Google Memadamkan Palestin Dari Google Maps?

Benarkah Google Memadamkan Palestin Dari Google Maps



Semalam berita tersebar bahawa Google telah memadamkan Palestin dari Google Maps. Status media sosial yang kami temui secara majoriti mengutuk tindakan Google yang dikatakan pro-Israel dan cuba memadamkan kewujudan negara Palestin yang dijajah rejim Zionis sejak 1948. Terdapat juga pengguna yang mencadangkan supaya Google diboikot akibat tindakan mereka ini. Tetapi sejauh manakah kebenaran berita viral ini? Adakah benar Google Maps dipadam kerana agenda jahat Zionis untuk menidakkan hak warga Palestin?


Benarkah Google Memadamkan Palestin Dari Google Maps



Google Maps sudah beroperasi sejak Februari 2005 dan sejak beroperasi tidak pernah memaparkan perkataan Palestin di atas peta mereka. Sebaliknya sempadan negara Palestin ditandakan dengan garis putus-putus seperti yang dilihat sekarang. Walau bagaimanapun pihak Google apabila dihubungi oleh kami mengesahkan terdapat pepijat yang membuatkan label untuk Semenanjung Gaza (Gaza Strip) dan Tebing Barat (West Bank) hilang dari paparan. Google sedang berusaha untuk mengembalikan dua label yang hilang ini secepat mungkin.

Jadi apakah sebab yang diberikan untuk tidak meletakkan Palestin pada peta? Jawapannya senang tetapi tidak mudah. Untuk melayakkan nama negara dipaparkan di Google Maps, ia harus diiktiraf oleh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara.

Palestin setakat ini hanya diiktiraf sebagai negara pemerhati bukan ahli di PBB sejak 29 November 2012. Ini ialah langkah pertama untuk mengiktirafnya sebagai sebuah negara. Setakat ini 136 dari 193 negara ahli PBB mengiktiraf kewujudan negara Palestin. Pada 31 Disember 2014, Majlis Keselamatan PBB menolak resolusi penubuhan negara Palestin dan menggesa Israel untuk menghentikan penjajahan menjelang 2017. Lapan negara menyokong resolusi ini dengan dua menolak dan lima lagi berkecuali. Resolusi ditolak kerana tidak mendapat sekurang-kurangnya undian untuk meluluskannya. Negara yang mengundi untuk menyokong resolusi ialah China, Perancis, Rusia, Argentina, Chad, Chile, Jordan dan Luxembourg. Amerika Syarikat dan Australia menolak sementara Britain, Lithuania, Nigeria, Korea Selatan, dan Rwanda memilih untuk berkecuali.


Benarkah Google Memadamkan Palestin Dari Google Maps




Oleh sebab inilah Palestin masih belum diiktiraf sepenuhnya sebagai sebuah negara dan menjadi ahli penuh PBB. Selagi ini tidak diselesaikan, selagi itulah Palestin tidak akan wujud di dalam Google Maps. Tetapi pada waktu yang sama sejak Mei 2013, Google mula mengiktiraf kewujudan Palestin dengan menukar perkataan “Wilayah Palestin” kepada “Palestin” pada laman utama Google.ps.

Palestin bukan satu-satunya negara yang tidak muncul di dalan Google Maps. Abkhazia, Republik Turki Cyprus Utara dan Somaliland ialah tiga contoh negara yang turut menerima nasib yang sama.



Benarkah Google Memadamkan Palestin Dari Google Maps


Tetapi ini tidak bermakna Google Maps konsisten dalam melabel negara-negara di atas petanya. Contoh terbaik ialah Taiwan dan Kosovo. Kedua-duanya bukan negara ahli PBB. Keahlian Taiwan diveto oleh China yang merupakan ahli tetap Majlis Keselamatan PBB. Keahlian Kosovo yang mengumumkan kemerdekaan pada tahun 2008 pula ditentang oleh Serbia yang mendapat sokongan kuat Russia yang turut merupakan ahli Majlis Keselamatan PBB. Tetapi cuba anda lakukan carian terhadap Kosovo dan Taiwan sekarang. Jelas dan terang nama kedua-dua negara ini terpapar di Google Maps. Di dalam hal ini pihak Google Maps adalah tidak konsisten dengan alasan yang diberikan terhadap Palestin.


Benarkah Google Memadamkan Palestin Dari Google Maps



Apakah yang boleh dilakukan oleh mereka yang mahu Palestin dipaparkan pada laman pemetaan nombor satu dunia ini? Buat masa ini hanya petisyen Change.org sahaja jalan yang boleh dilakukan. Mungkin dengan sambutan yang kuat dari komuniti dunia, Google Maps akan memberikan pelepasan untuk Palestin seperti yang diberikan kepada Kosovo dan Taiwan. Buat masa ini Palestin hanya boleh ditemui di satu tempat sahaja di Google Map dan ia adalah sebuah bandar di Texas, Amerika Syarikat.


Benarkah Google Memadamkan Palestin Dari Google Maps



Sila Tandangan: Petisyen untuk mengiktiraf kewujudan Palestin di Google Maps



Sumber:https: amanz.my

0 comments:

Post a Comment

MENGENALI NEGARAWAN ULUNG TUN DR MAHATHIR MOHAMED




MENGENALI NEGARAWAN ULUNG TUN DR MAHATHIR MOHAMED

Sekiranya anda seorang rakyat yang prihatin dan sayangkan pemimpin anda, anda akan dapat membezakan watak setiap Perdana Menteri kita dari Tun Dr Mahathir Mohamed, Tun Abdullah Badawi dan Dato Sri Najib Abdul Razak. Tidak perlu kempen PR, tak perlu puluhan strategis media, penasihat dan pengaruh blogger upahan, kita sendiri boleh menilai jenis pemimpin yang kita ada hari ini.

Perhatikan gerak tubuh Tun Mahathir. Sekiranya anda berpeluang bersalaman dengan Tun Mahathir, anda akan rasai tentangan mata Tun cuba untuk mengenali anda. Semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun hinggalah sekarang selepas 13 tahun bersara, profail diri Tun Mahathir tidak pernah berubah. Dalam akhbar dan TV, Tun kelihatan begitu mesra, menyayangi rakyat dan orang sekeliling beliau. Beliau menatap muka setiap orang yang bersalaman sambil tersenyum tanda menghormati orang tersebut. Bezakan Tun Mahathir dengan beberapa pemimpin sekarang yang kelihatan tidak mengindahkan orang yang disalami sebaliknya memerhati tempat lain dan ada yang tersengeh-sengeh. Saya maksudkan ketika bersalaman dengan rakyat jelata bukan bersalaman dengan pembesar dan menteri.

Berbanding etika bekerja dalam bilik mesyuarat, Tun Mahathir sangat digeruni. Setiap rakan kabinet beliau perlu bersedia dengan lapuran kementerian masing-masing setiap mesyuarat. Setiap tindakan perlu diperincikan.

Itu lah sifat seorang pemimpin yang hebat: bertanggungjawab, berpandangan jauh dan sayangkan rakyatnya. Rakyat yang mengenali Tun Mahathir akan jatuh sayang, kasih dan hormat pada kehebatan dan aura pemimpin ini, tidak kira apa bangsa, keturunan dan negara sekalipun. Saya banyak melihat tangisan airmata rakyat negara asing yang begitu hormat dan kasihkan Tun Mahathir. Oleh kerana profail diri yang tidak pernah berubah, jadi, jangan lah kita risau yang Tun telah nyanyok atau lupa. Dia tetap Tun Dr Mahathir yang kita kenal, yang sentiasa mendahulukan kepentingan bumiputera, ketuanan Melayu dan kesejahteraan rakyat berbilang kaum dalam negara ini.

Ketika berucap Tun Mahathir lazimnya tidak memerlukan teks, kecuali ketika membentangkan laporan penting negara, Rancangan 5 tahun Malaysia, budget tahunan dan membentang kertaskerja persidangan.Tetapi ketika menanda tangani Deklarasi Rakyat yang lepas, Tun Mahathir telah merujuk kepada teks dan hanya membacakan teks yang telah disediakan tanpa mengulas lanjut. Jawapan-jawapan yang diberi kepada pertanyaan pemberita sangat spesifik dan pendek. Ini menunjukkan bahawa Tun Mahathir sangat fokus kepada satu objektif Deklarasi Rakyat tersebut demi menyelamatkan Malaysia, tanpa mahu menimbulkan isu-isu remeh yang lain.

Oleh yang demikian, janganlah kita khuatir bahawa Tun Mahathir telah berubah dan menyokong DAP atau pengamal LGBT apabila duduk semeja dengan pemimpin pembangkang. TIDAK SAMA SEKALI. Nabi Muhammad S.A.W juga duduk bersama penentang dan pembangkang baginda di bawah Piagam Madinah. Bersyukurlah kita kerana Tun Mahathir mengikut sunnah Nabi. Yang penting ialah pemimpin Islam kita masih lagi dan akan terus memimpin negara ini. Itulah yang mahu Tun Mahathir lakukan sebagai jalan terakhir untuk menyelamatkan kedaulatan negara agar rakyatnya tidak hidup dalam keperitan. Tentunya kita masih mahu terus dihormati oleh negara jiran yang lain.

Profail diri, prinsip dan kepercayaan Tun Mahathir tetap teguh dulu, kini dan selamanya. Percayalah kepada kematangan Tun Mahathir berpolitik. Percayalah pada integriti dan jatidiri Tun Mahathir yang kita kenal dan sayang. Ketika di penghujung umurnya ini, seorang pemimpin agung Islam yang amat dihormati oleh dunia Islam, negara Selatan-Selatan dan Negara Dunia ke3 dan digeruni oleh negara barat, Tun Mahathir tidak akan sekali-kali mengecewakan kita, umat islam dan bumiputera di negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Tun Mahathir tentunya mahu meninggalkan dunia ini dengan tenang dan aman ketika mengadap Penciptanya.

Malulah kita yang masih muda dan bertenaga kalau kita telah berpaling dan kecewa melihat keadaan negara kita ini dan menghina cerca Tun Mahathir pemimpin yang berpuluh tahun berbakti untuk negara. Bangkitlah bangsa ku, bukalah mata, lihatlah sekelilingmu. Apakah kita gembira dengan keadaan kita sekarang berbanding dahulu?

Marilah kita yakinkan diri dan mengajak saudara-mara dan handai taulan kita di kampung supaya yakin kepada usaha-usaha yang dilakukan oleh negarawan ulung kita, Tun Mahathir. Marilah kita bersama-sama berdoa ke hadrat Allah Taala supaya usaha-usaha Tun Mahathir dalam wadah perjuangan parti baru diberkati Allah demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara kita. Amin Ya Rabbul Alamin.


0 comments:

Post a Comment

Pokemon Go Perlu Ada Had - JAKIM




Pokemon Go Perlu Ada Had - JAKIM

PUTRAJAYA, 8 Ogos (Bernama) -- Perlu ada had dikenakan pada permainan Pokemon Go agar institusi agama tidak tercemar dalam keasyikan masyarakat terhadap permainan itu, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tan Sri Othman Mustapha.

Beliau berkata tempat-tempat ibadat termasuk masjid tidak sepatutnya digunakan sebagai lokasi pencarian karektor permainan itu.

Othman, yang turut mencuba permainan tersebut bagi melihat sendiri fungsinya, mendapati Pokemon turut berada di kawasan masjid dan surau.

Pada pendapat beliau, pihak yang membangunkan aplikasi tersebut tidak begitu sensitif terhadap pusat ibadat yang mana ia tidak sesuai untuk dijadikan gelanggang permainan aplikasi maya itu.

"Permainan ini pada pendapat saya bagus kerana ia menggalakkan masyarakat beriadah sambil bersenam kerana memerlukan kita berjalan untuk mencari karektor tersebut, namun perlu ada hadnya," katanya kepada Bernama hari ini.

Othman berkata adalah tidak elok sekiranya seseorang pergi ke tempat-tempat ibadat hanya untuk bermain permainan itu malah beliau berpendapat permainan tersebut turut telah mendatangkan pelbagai mudarat.

"Kita lihat di luar negara ada pemain yang memasuki kawasan privasi seperti rumah orang dan kawasan larangan hingga ke tahap ada yang tercedera dan meninggal akibat permainan tersebut," katanya.

Permainan realiti berperantara berasaskan lokasi yang dibangunkan Niantic Incorporation of Nintendo USA itu mula memasuki Malaysia Sabtu lepas dan telah mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat.

Tinjauan Bernama di dua buah masjid di Putrajaya iaitu Masjid Putra, Presint 1 dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3 di sini hari ini mendapati kedua-dua tempat itu diletakkan sebagai tempat 'PokeStop', untuk mendapat 'reward atau hadiah'.

Malah kedua-dua tempat ibadat bagi orang Islam itu turut dijadikan 'PokeGyM', platform yang digunakan sebagai medan pertarungan bagi para pemain yang sudah mula mencapai aras lima.

Tinjauan juga mendapati melalui aplikasi tersebut, PokeStop dan PokeGym juga terdapat di hampir kesemua tempat tumpuan orang ramai dan bangunan-bangunan kerajaan serta kementerian di sekitar Putrajaya.

-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Betapa Bahayanya Aktiviti Permainan Pokemon Go Terhadap Sektor Keselamatan Negara.



Perkaitan aktiviti permainan virtual Pokemon Go dengan Sistem Perisikan Remote Sensing Geospatial (GEOINT) Amerika/Israel-CIA-DOD-Mossad
(Gua harap penjelasan mudah ini dapat menghuraikan betapa bahayanya aktiviti permainan maya berteknologi Augmented Reality terhadap sektor keselamatan negara. Perlu penjelasan ringkas dilakukan kerana terbaca banyak salah faham mengenai isu ini mengaitkan dengan kospirasi itu dan ini tanpa memahami apakah sebenarnya bahaya yang dikatakan itu. Semoga bermanfaat.)

Sindrom permainan maya Pokemon Go telah pun menjangkiti seluruh dunia dengan sangat pantas dan effisien sekali. Sesuatu yang menggemparkan semua kerajaan dunia sebenarnya. Permainan ini memerlukan para pemain ''menjelajah'' dialam realiti dalam usaha mencari haiwan pocket monster yang diletakkan secara rawak dan merata rata. Kemudian dalam proses pencarian pokemon tersebut dengan bantuan pemetaan GPS, para pemain terpaksa menghalakan kamera henfon digital mereka disetiap arah, dan mengambil gambar.

Apa yang difikirkan orang biasa biasa adalah ini merupakan mainan sahaja, salah satu cara melepaskan tekanan jiwa dan sebagainya. Tetapi apa yang tidak diketahui masyarakat adalah teknik disebalik tabir yang digunakan pihak pencipta permainan ini, iaitu teknik Perisikan Geospatikal yang sangat cekap! Kini dengan keluarnya permainan ini tidak perlukan lagi operatif perisikan keluar medan, tetapi data maklumat remote sensing Geospatikal dicerap secara direct setiap masa seluruh kawasan yang sangat luas diseluruh dunia oleh penduduk negara tersebut sendiri, yakni para pemain permainan itu sendiri.

Jika sebelum ini pihak perisikan Amerika menggunakan aplikasi pemetaan Google Maps Streeview untuk mengumpul data Geospatial ini nampaknya tidak mencukupi. Banyak kawasan dikatakan tidak dapat diakses oleh pemeta kenderaan Google tersebut dan inilah yang akan diakses dengan sangat mudah dan cekap oleh aplikasi permainan maya ini. Tiada tempat lagi yang tidak boleh diakses kerana hampir kesemua kawasan adalah berpotensi kepada pemain mendapatkan pokemon mereka. Termasuklah didalam kem kem tentera dan kawasan sulit kerajaan.

Pihak perisikan CIA sebelum ini menggunakan Google Streetview sebagai bahan rekod maklumat Geospatial mereka, seperti didedahkan oleh bekas penganalisis pertahanan Amerika yang menjadi buruan CIA sekarang ini, Edward Snowden. Malangnya data yang dikumpulkan masih belum mencukupi. Ada banyak faktor luaran yang menyukarkan usaha seperti kesukaran memetakan gambaran didalam sesebuah bangunan contohnya. Tetapi dengan Pokemon Go ini, tidak lagi mustahil.

Staff para pekerja mana mana kompleks bangunan itu sendiri yang akan mengambil gambar dan memetakan semua sudut didalam bangunan tersebut. Sangat mudah hanya respawn saja imej bodoh pokemon untuk ditangkap secara maya oleh pemain didalam mana mana bangunan pun. Even didalam bawah tanah sekalipun!. (let say Malaysia ada bunker rahsia bawah tanah diPutrajaya, sudah mudah data dalaman semua kawasan tersebut dipetakan oleh mana mana staff yang bermain permainan ini).

Siapakah pemodal yang menghasilkan permainan Pokemon Go ini? Niantic Inc yang diasaskan oleh pemilik Keyhole Inc, John Hanke. Keyhole pula dibiayai oleh Sony dan Nvidia, serta firma entiti berhantu CIA, In-Q-Tel. Firma CIA tersebut pula menerima dana daripada Agensi Geospatial Negara Amerika (NGA). Nampak tak entente yang terlibat dibelakang tabir permainan ini?
NGA pula sebelum ini dikenali sebagai NIMA, Agensi Pusat Pemetaan dan Imaging Amerika yang ditukar nama pada tahun 2003. Fungsi utama NGA adalah mendapatkan data pemetaan darat untuk proses Perisikan Geospatial (GEOINT). Geoint ini pulak akan digunakan oleh pasukan tentera Amerika dalam sebarang operasi mereka dan juga operasi staff CIA dimana mana negara.

GEOINT ini pula apa? GEOINT ini bermaksud Perisikan Geospatial, dimana perisikan tentang pergerakan manusia dimana mana lokasi akan direkodkan dengan teliti dan lengkap. Projeksi semua kawasan kawasan kompleks bangunan di daratan juga termasuk didalam proses ini.

''Geospatial Intelligence is intelligence about human activity on earth derived from the exploitation and analysis of imagery and geospatial information that describes, assesses, and visually depicts physical features and geographical referenced activities on the Earth. GEOINT consists of imagery, imagery intelligence (IMINT) and geospatial information.''

Pokemon Go ini secara relatifnya dimiliki dan dikawal oleh Niantic yang mana dimiliki oleh CIA juga. Kenapakah pentingnya GEOINT ini? Satu kisah lama gua ceritakan. Dalam Operasi Babylon pada tahun 1981 dahulu, para pegawai perisikan Israel mengambil keputusan untuk mengebom pusat reaktor penjanaan tenaga Nuklear Iraq di Osiraq. Pihak Israel sudahpun mempunyai imej imejan satelit yang lengkap dimana letaknya reaktor tersebut.

Tetapi untuk mengsahihkan dengan tepat tidak boleh bergantung pada Remote Sensing Satelit sahaja. Maka operatif Mossad pun dihantar ke Osiraq dan memetakan dengan tepat lokasi serta data imejan dalaman reaktor tersebut dengan menggunakan teknologi Geospatial ini. Setelah dipastikan sahih, June 1981 satu skuadron F16 Udara Israel pun dikerahkan ke Osiraq dan berjaya mengebom reaktor tersebut. Operasi ini membuka mata dunia peri pentingnya sistem Perisikan Geospatial ini. CIA dan Mossad adalah dua agensi pakar dalam GEOSINT ini. Russia pula agak ketinggalan selepas runtuhnya Soviet Union awal 90an dahulu, tetapi kini semakin menguasai semula teknik risikan ini.

Jika dahulu Malaysia sangat sensitif dan sangat berahsia menjaga maklumat keselamatan negara, tetapi zaman kini semakin bocor. Pihak musuh tidak perlu lagi menghantar operatif mereka kesini mengumpul maklumat lapangan, tetapi staf staf kerajaan dan rakyat Malaysia sendiri yang menjadi mata dan pemberi maklumat tanpa tauliah kepada musuh. Itulah yang sedang berlaku sekarang ini.

Buat masa ini kerajaan Russia sedang memikirkan untuk mengharamkan permainan bodoh ini disana. Kerajaan Israel pula dari awal awal lagi sudah haramkan disana. Malaysia dan negara negara lain pulak berlapang dada menyerahkan leher disembelih musuh. Jangan lupa macam mana Jepun mengumpulkan 20 tahun data risikan sebelum berjaya menawan semenanjung Tanah Melayu dalam masa seminggu dengan menaiki basikal sahaja.
Yang sangat malang majlis Mufti negara tidak melakukan perincian sebegini untuk menerangkan peri pentingnya mengharamkan aktiviti permainan ini di Malaysia. Jika diterangkan secara detail dengan fakta fakta teknikal, mungkin lebih mudah difahami dan diterima oleh rakyat Malaysia sendiri. Itulah kelemahan majlis Mufti di Malaysia. Sedikit kurang intelektual. Itu yang mendatangkan amarah masyarakat yang tak memahami masalah sebalik tabir ini.

Perlulah diingatkan, kita sekarang dalam fasa menuju Perang Dunia Ketiga bila bila masa sahaja mampu meletus diseluruh dunia dengan kali ini tiada negara akan terselamat semua akan diterjebakkan sama sekali. Musuh sudahpun beratus langkah kehadapan berbanding kita, tambah teruk kita pula dalam diam menjadi talibarut menyediakan maklumat data risikan kepada pihak musuh tanpa disedari. Walaubagaimanapun masih belum terlewat untuk mengambil langkah serupa dengan Israel dan Russia, Haramkan Pokemon Go ini dengan tegas.

+DM+
PS : Pengalaman gua dulu awal 2000an pernah bekerja dibawah agensi Satelit Jepun buat pemetaan Remote Sensing ni. Pendek kata mcm mana canggih pun Imej Satelit ini tidak mampu menyamai kualiti imej GEOINT. Pentingnya data GEOINT ini kepada pihak tentera luar dalam merancang proses ketenteraan dimana mana kawasan musuhnya. Perang Afghan gagal teruk Amerika disana kerana ketidakcekapan GEOINT ini walaupun mempunyai ratusan sistem satelit yang canggih.

PS2 : Nak tahu betapa pentingnya unit risikan GEOINT ini, sila periksa berapa banyak unit bawah tentera Amerika punya :

GEOINT Units
(Homeland Security: Army Spatial Information Capabilities)
United States Army: United States Army Space and Missile Defense Command - Army Forces Strategic Command - Advanced Geospatial Intelligence (AGI) Node[12]

United States Marine Corps: 1st Topographic Platoon (1st TOPO)[13] (1st Marine Expeditionary Force - Marine Headquarters Group - 1st Intelligence Battalion - Production and Analysis Company)

United States Marine Corps: 2nd Topographic Platoon (2nd TOPO)[14] (2nd Marine Expeditionary Force - Marine Headquarters Group - 2nd Intelligence Battalion - Production and Analysis Company)

United States Marine Corps: 3rd Topographic Platoon (3rd TOPO)[15] (3rd Marine Expeditionary Force - Marine Headquarters Group - 3rd Intelligence Battalion - Production and Analysis Company)

United States Army:
1) 5Th Engineer Detachment, Geospatial Planning Cell (5th GPC) Theater Geospatial Database (TGD),

2) 60th Engineer Detachment, Geospatial Planning Cell (60th GPC) Theater Geospatial Database (TGD),

3) 64th Engineer Detachment, Geospatial Planning Cell (64th GPC) Theater Geospatial Database (TGD),

4) 132nd Engineer Detachment, Geospatial Planning Cell (132nd GPC) Theater Geospatial Database (TGD),

5) 512th Engineer Detachment, Geospatial Planning Cell (512th GPC) Theater Geospatial Database (TGD),

6) 517th Engineer Detachment, Geospatial Planning Cell (517th GPC) Theater Geospatial Database (TGD),

7) 543rd Engineer Detachment, Geospatial Planning Cell (5423rd GPC) Theater Geospatial Database (TGD).

Credit to: Amzarul Yuzrin Bin Mohd Yusof

0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ