Kata Hasutan Terhadap Sultan Perak: Karpal Singh Diputuskan Bersalah

Kata Hasutan Terhadap Sultan Perak: Karpal Singh Diputuskan Bersalah


(21/2/2014) - Karpal Singh, peguam terkenal yang juga pengerusi DAP, didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini Jumaat terhadap pertuduhan mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar pada 2009.

Karpal, 73, dituduh mengeluarkan kenyataan itu di firma guamannya di Jalan Pudu Lama pada 6 Feb 2009.

Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan 7 Mac untuk menjatuhkan hukuman setelah peguam Karpal Singh, Gobind Singh Deo yang juga anaknya, memberitahu mahkamah bahawa tertuduh tidak berapa sihat dan memerlukan masa untuk menyediakan mitigasi.

Azman dalam penghakimannya di akhir kes pembelaan, berkata mahkamah telah mengambil kira keterangan Karpal Singh yang mengambil masa selama tujuh hari, dan seorang lagi saksi pembelaan, tetapi keterangan mereka gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Beliau berkata mahkamah juga telah mengambil kira keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan Karpal Singh membela diri terhadap pertuduhan yang dihadapinya setelah dia dilepaskan dan dibebaskan di akhir kes pendakwaan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Karpal Singh didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengguguran Mohammad Nizar sebagai menteri besar dan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir oleh Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan denda RM5,000 atau kedua-duanya.

Sumber : BERNAMA

1 comments:

Post a Comment

Kami Seperti Hamba – Anak Pasangan Malaysia Di Sweden

Kami Seperti Hamba – Anak Pasangan Malaysia Di Sweden


STOCKHOLM: Anak lelaki pasangan Malaysia di Sweden yang didakwa mendera anak mereka berkata rotan yang digunakan terhadap adik beradiknya bertujuan memastikan mereka berdisiplin seperti hamba.

“Ia seperti mereka mengawal kami dengan benda itu. Kami tidak mahu dikenakan hukuman dengan benda itu,” kata Ammar , 12, dalam satu temubual yang direkodkan awal januari lalu.

Video temubual itu disiarkan ketika prosiding di Mahkamah Daerah Solna di sini, pada hari Jumaat.

“Mereka fikir mereka seperti tuan dan kami hamba,” katanya.

Mendengar keterangan itu, ibunya Shalwati Nurshal dilihat memuncungkan bibirnya dan menyilang tangan.

Shalwati dan suaminya, Azizul Raheem Awalluddin ditahan pada 18 Disember tahun lalu selepas Ammar memberitahu kakitangan di sekolahnya bahawa dia dipukul.

Aduannya itu menyebabkan mereka melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Polis wanita yang menemubual Ammar bertanya mengenai alat yang digunakan oleh ibunya itu, Ammar berkata ia dipanggil ‘rotan’ dalam bahasa Melayu.

Katanya beliau tidak tahu jika istilah rotan terdapat dalam bahasa Inggeris.

Anggota polis turut bertanya jika rotan itu mempunyai kegunaan lain seperti penyangkut baju yang digunakan untuk memukul walaupun ia adalah alat untuk menggantung pakaian.

“Ia digunakan untuk memukul sesuatu,” tegas Ammar .

“Saya fikir ia digunakan untuk mendidik. Di Malaysia, beliau (Shalwati) menggunakannya apabila mengajar al-Quran. Apabila saya membuat banyak kesilapan, dia akan memukul saya atau memukul-mukul lantai,” katanya.

Apabila ditanya oleh polis bagaimana Ammar tahu adik-beradiknya turut dipukul, Ammar berkata adik beliau akan ‘berkongsi kesakitan mereka’ tetapi mengakui kakaknya, Aishah lebih berdiam diri.

Perbicaraan bersambung hari Isnin.

Sementara itu perbicaraan hari Khamis sebelumnya. 

Anak lelaki sulung pasangan Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Nor Shal, Ammar terus mengejutkan mahkamah dengan beberapa pengakuan dipukul oleh pasangan itu pada hari ketiga perbicaraan, Khamis.

Dalam sebuah video yang ditayangkan oleh pendakwaraya, Anna Arnell, Ammar yang ditemubual oleh pegawai penyiasat dilihat tidak memerlukan banyak soalan untuk terus ‘bercerita’.

Ammar mendakwa kakak sulungnya Aishah, 14, selalu dipukul kerana mempunyai tabiat suka mencuri coklat dari bilik ibu bapa mereka yang boleh dikatakan berlaku pada setiap bulan.

Dalam satu lagi insiden, Ammar mengaku dipukul menggunakan tali pinggang kulit milik Azizul oleh ibunya setelah dia tidak berhenti mengeluh dan mengomel apabila diminta mencuci bilik air.

“Rasa seperti ada darah keluar dari kaki saya. Saya juga rasa seperti ada air panah mengalir ke hujung kaki. Tali pinggang itu dibuat dari kulit. Ia milik ayah saya dan ia berwarna coklat,” ujarnya.

Peguam Shalwati, Kristofer Stahre berkata, kenyataan Ammar sangat tidak konsisten dengan kenyataan daripada saksi-saksi lain dan boleh menjadi satu kelebihan untuk pihak pembelaan.

Ammar turut menceritakan satu kejadian ketika dia berusia lapan tahun di mana dia telah dicubit berhampiran kemaluannya oleh Shalwati.

Ammar bagaimanapun gagal mengingati punca dia dihukum sedemikian namun yakin ibunya tidak akan mengulangi hukuman itu.

Dalam pada itu, Ammar yang kini berusia 12 tahun turut memberitahu bahawa dia pernah terdengar ibunya mencadangkan kepada Azizul untuk membiarkan dia sahaja yang memukul anak-anak bagi mendisiplikan mereka.

Alasan Shalwati ketika itu ialah kerana Azizul memukul anak-anak mereka terlalu kuat sehingga mereka menangis dengan lebih kuat namun ia berbeza sekiranya Shalwati yang memukul mereka.

Ammar berkata perbualan itu didengarinya ketika melintasi bilik ibu bapanya.

Anak kedua pasangan itu bagaimanapun masih menunjukkan penyesalan apabila bertanya bilakah ibu dan bapanya akan dibebaskan pada permulaan video tersebut.

“Ia adalah satu masa yang panjang. Sudah empat minggu berlalu dan rasa janggal tidak melihat mereka sekian lama. Saya mahu ibu bapa saya berada di rumah dan kami akan baik-baik sahaja bersama-sama,” tambahnya.

Azizul dan Shalwati telah ditahan sejak Disember tahun lalu kerana dipercayai mendera keempat-empat anak mereka yang kini berada dalam jagaan ibu saudara di Kelantan.

Kesemua mereka dibawa pulang dari Sweden oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin, pada awal bulan ini.

Anak sulung pasangan tersebut, Aishah, 14, dan Ammar kini bersekolah di SMK Padang Kala sementara Adam, 11 dan Arif pula menuntut di SK Padang Kala, Kota Bharu.

Perbicaraan tersebut dijangka akan memakan masa sehingga 10 hari di Mahkamah Daerah Solna di Stockholm.


Baca juga perbicaraan-perbicaraan sebelumnya




1 comments:

Post a Comment

Gempar!! Produk Double Stemcell Tiada Sijil Pengesahan Halal JAKIM.

Produk Double Stemcell Tiada Sijil Pengesahan Halal JAKIM


Majoriti pengguna beragama Islam, pasti percaya dan tidak akan mempersoalkan keaslian logo halal itu. Cetakan logo itu sekaligus memberikan isyarat kepada pengguna, produk ini memiliki Sijil Pengesahan Halal JAKIM.

Tanpa didorong oleh insan bergelar manusia, saya kemudian menghubungi Pegawai Perhubungan Awam JAKIM, Ustazah Asiah Alkharib Shah serta Pegawai Perhubungan Awam Hab Halal JAKIM, Nadia Zammil Md Nasir.

Nadia boleh dihubungi di talian 03 8892 5048.

Terima kasih di atas kerjasama dihulurkan.

Pada 20 Januari 2014, JAKIM mengeluarkan kenyataan RASMI di laman Facebook badan dipertanggungjawabkan menjaga kepentingan umat ISLAM di Malaysia. - Mazidul Akmal Sidik

Produk Double Stemcell Tiada Sijil Pengesahan Halal JAKIM

Produk Double Stemcell Tiada Sijil Pengesahan Halal JAKIM

Baca selanjutnya di sini - Bersama Mazidul

2 comments:

Post a Comment

Lagi Gambar Mencari Lapan Pelajar Yang Lepas Di Sungai Buloh Kasap

Semalam sudah sudah dilapurkan tentang Lapan Pelajar Maut Dalam Tragedi Lemas Di Sungar Muar, Segamat. (klik sini)  Alhamdulillah kelapan-lapannya sudah ditemui. Alfatihah. Missi mencari semalam agak sukar kerana sungai dipenuhi dengan pasir jerlus. Boleh lihat contoh video pasir jerlus di sini (klik)
Gambar-gambar ikhsan dari facebook Cikgu Siti Zulaikha Johari

Lagi Gambar Mencari Lapan Pelajar Yang Lepas Di Sungai Buloh Kasap


Lagi Gambar Mencari Lapan Pelajar Yang Lepas Di Sungai Buloh Kasap

1 comments:

Post a Comment

Pemilik Page Murtad in Pantai Timur Seorang Pelajar Yang Pintar

Pemilik Page Murtad in Pantai Timur Seorang Pelajar Yang Pintar


Pemilik Page Murtad in Pantai Timur Seorang Pelajar Yang Pintar

Pemilik Page Murtad in Pantai Timur Seorang Pelajar Yang Pintar

Pemilik Page Murtad in Pantai Timur Seorang Pelajar Yang Pintar



Sebelum ini kita sudah baca Kes Murtad Kini Merebak Di Pantai Timur (di sini). Sekarang kita dedahkan pula nama pemiliknya. Dia adalah seorang yang bijak pandai, tapi kenapa ia berakhir begini? Ida teringat ustaz Ida pernah berkata, jika kita mahu menuntut ilmu tauhid, fahami betul-betul. Sebenarnya ini adalah antara peranan emak ayah terapkan ilmu tauhid kepada kita seusia kanak-kanak seperti juga belajar solat, maka mudahlah kita untuk menepis segala godaan yang datang dari sekeliling kita.

Kesihan kan.... wanita ini dulu adalah seorang pelajar yang cemerlang. Mudah-mudahan beliau kembalilah ke pangkal jalan. Apa lah agaknya perasaan emak dan ayah dia yer?

Atau adakah sesiapa yang boleh menafikan bahawa wanita ini kena hack serta  nama dan gambarnya disalah gunakan oleh orang-orang tertentu yang ingin menjatuhkan maruahnya? 

3 comments:

Post a Comment

Teks Penuh Ucapan Kassim Ahmad Yang Dikatakan Anti Hadith

Teks Penuh Ucapan Kassim Ahmad Yang Dikatakan Anti Hadith


Teks penuh ucapan Kassim Ahmad di Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Fikir dan nilaikan sendiri

Pendahuluan
Hari ini hari istimewa bagi saya. Hari ini saya akan meluahkan isi hati saya tanpa sekatan, insya Allah. Hari ini hari saya akan mempertanggungjawabkan kehidupan saya di dunia. Saya ada satu dua kerja lagi yang ingin saya lakukan , tetapi selepas hari ini, saya reda kalau dipanggil Tuanku untuk diadili.

Saya tidak mendakwa saya seorang yang baik. Saya melakukan banyak kesilapan dalam kehidupan saya. Saya jangka saya bukan keseorangan. Tidak ada manusia yang sempurna. Hanya Tuhan yang sempurna. Tetapi saya boleh mengatakan saya telah cuba hidup sebagai seorang patriot bagi bangsa saya dan bagi bangsa manusia. [1]

Ketika saya seorang muda, saya bersumpah untuk berkata-kata dengan bebas. [2] Saya bersumpah saya akan mendedahkan segala kepalsuan. [3]

Semua orang tahu saya bermula sebagai seorang remaja berhaluan kiri berjuang untuk rakyat marhaen menentang parti kebangsaan Melayu, UMNO, yang pada waktu itu saya anggap reaksioner, walaupun akhirnya saya pulang ke akar ke-Melayuan saya dan memasuki UMNO.

Pada 9 September tahun lalu, saya menjengkau umur 80 tahun tanpa apa-apa perayaan. Hanya sahabat-sahabat saya di Kuala Lumpur, antara lain Dr. Chandra Muzaffar, Sasterawan Negara Dato’ Baha Zain dan Nik Aziz Hassan, telah bermuafakat untuk mera’ikan harijadi itu dengan satu majlis penilaian kritis terhadap karya-karya saya. Majlis ini dijadualkan pada 15 Februari, 2014. Dalam pada itu, saya telah merancang untuk bercakap dalam satu Konferensi Politik Nasional tentang halatuju negara kita untuk tiga puluh tahun akandatang. Ucapan ini dijadualkan pada pada hari berikutnya, iaitu 16 Februari, 2014.

Inilah latar belakang majlis harijadi saya yang ke-80.

2. Keadaan Dunia Sekarang
Negara kita Malaysia sedang melalui satu zaman yang penuh pancaroba. Sistem komunisme sudah runtuh pada akhir abad ke-20. Sistem liberalisme yang kita anuti sekarang juga sedang runtuh di depan mata kita—di Eropah dan Amerika Syarikat.


1 comments:

Post a Comment

Boleh Lepas Road Block Kalau Guna Pelekat Kereta Pekida??

Boleh Lepas Road Block Kalau Guna Pelekat Kereta Pekida


Sebuah laman facebook dikesan mengaut keuntungan mudah dengan menjual pelekat cukai jalan kereta dengan logo Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah (Pekida).

Pelekat yang dijual pada harga mahal iaitu RM25.90 + RM10 pos itu didakwa boleh membantu pemandu apabila berlaku sekatan jalanraya oleh pihak berkuasa.

Ia juga dikatakan dapat membantu apabila terlibat dalam kemalangan jalanraya dengan kaum Cina dan boleh digunakan tidak kira sama ada oleh ahli mahu pun bukan ahli Pekida.

Boleh Lepas Road Block Kalau Guna Pelekat Kereta Pekida

Boleh Lepas Road Block Kalau Guna Pelekat Kereta Pekida


Perbuatan pemilik Facebook ini mendapat kecaman ahli Pekida yang meninggalkan komen di Facebook terbabit. Ia didakwa memberikan imej negatif kepada pertubuhan namun teguran tersebut nampaknya tidak memberi kesan.

Buktinya, dalam satu pos baru admin page Facebook ini mengucapkan terima kasih kepada semua pembeli pelekat yang dijualnya dan akan memaklumkan jika ada pelekat baru. Nampak gaya, perbuatan tidak bertanggung jawab ini perlu disiasat segera kerana nyata ia menipu orang ramai.

Secara logik, mana mungkin kesalahan trafik boleh dipandang sebelah mata semata-mata kerana sekeping pelekat mewakili pertubuhan tertentu bukan??? -Sumber Kulaan Niring

1 comments:

Post a Comment

Sikap Kurang Ajar Seorang Ustaz Menginjak Kepala Lelaki Menjadi Viral Di Indonesia!

Sikap Kurang Ajar Seorang Ustaz Menginjak Kepala Lelaki Menjadi Viral Di Indonesia!


Laman sosial Indonesia petang ini kecoh dengan penyebaran sebuah kilp youtube selama 3 minit yang memperlihatkan seorang ustaz yang dikenali sebagai Hariri menginjak kepala seorang lelaki kerana marah yang teramat.

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah kawasan di Bandung, Jawa Barat. Lelaki yang diinjak kepalanya itu merupakan petugas yang menjaga sistem bunyi pada majlis berkenaan.

Pengurus ustaz berkenaan yang dihubungi media Indonesia, Odet memberitahu majikannya bertindaknya demikian kerana marah dengan kualiti bunyi yang disediakan lelaki itu.

“Kita sewa sound kan wajar ingin yang kualitasnya baik,” katanya.

Menurut beliau, tindakan lelaki itu yang memohon maaf dalam keadaan marah kepada Ustaz hariri menjadi punca mengapa majikannya bertindak menginjak kepada lelaki itu.

Namun menurut Odet, Ustaz Hariri telah memohon maaf kepada lelaki berkenaan dan menganggap isu itu sebagai selesai.

Begitupun, komuniti aktif media online Indonesia nampaknya tidak menerima perlakukan ustaz berkenaan dengan begitu mudah sekali.

Ramai yang menyifatkan ustaz berkenaan yang muncul dalam beberapa sinetron seperti Islam KTP dan Sampean Muslim sebagai sombong dan memalukan penganut Islam.


Jom saksikan videonya dibawah:

0 comments:

Post a Comment

Kahwin Ekspres Mencanak Di Betong Sejak Kebelakangan Ini

Kahwin Ekspres Mencanak Di Betong Sejak Kebelakangan Ini
Gambar hiasan dari google



Pengkalan Hulu – Aktiviti ‘kahwin senyap’ oleh pasangan warga Malaysia di Betong, Selatan Thailand didapati meningkat mendadak berbanding beberapa bulan lalu berikutan proses perkahwinan di pekan sempadan negara jiran itu yang didakwa lebih pantas dan selamat berbanding di wilayah lain.

Permintaan tinggi rakyat Malaysia untuk berkahwin di Betong, menyebabkan Pejabat Kadi Syarie Majlis Agama Islam Yala berpejabat di pekan kecil berkenaan beroperasi tanpa cuti termasuk dibuka sehingga waktu malam untuk urusan perkahwinan termasuk pada Sabtu dan Ahad.

Malah, kakitangan pejabat kadi itu dilaporkan ‘tidak menang tangan’ bagi memenuhi permintaan ramai pasangan tempatan yang mahu berkahwin di pejabat berkenaan saban hari.

Seorang ejen nikah, Mazlan Mat Yusof, 38, berkata, peningkatan mendadak kehadiran pasangan Malaysia yang mahu berkahwin di Betong dipercayai ada kaitan dengan beberapa faktor seperti keselamatan, promosi iklan di Internet dan blog serta proses nikah yang lebih pantas.

Dia yang menetap di Ayer Panas, di sini, mendakwa sekurang-kurangnya lima pasangan dari Malaysia memasuki bandar Betong untuk berkahwin setiap hari. – mymetro Online

1 comments:

Post a Comment

Video Awek Cun Cekap Tebar Roti Canai

Video Awek Cun Cekap Tebar Roti Canai


Biasanya di Malaysia, mereka yang menjadi penebar roti canai terdiri daripada lelaki atau mamak kan. Tapi di Singapura, terdapat seorang gadis remaja yang mempunyai kemahiran menebar roti canai atau roti prata dengan cekap. Ketangkasan gadis ini pasti memukau pengunjung yang bertandang ke sebuah gerai yang terletak di Blok 216 Bedok North.

Gadis tersebut, Nur Hidayu dipercayai sudah lama membantu keluarganya berniaga di situ hingga mempunyai skil yang membanggakan. Sudah pasti lah Nur Hidayu adalah antara tarikan pengunjung ke gerai keluarganya itu.

Jom layan video di bawah


0 comments:

Post a Comment

10 fakta yang anda perlu tahu tentang WhatsApp

KUALA LUMPUR: Facebook membeli aplikasi WhatsApp, perkhidmatan mesej yang berkembang pesat pada harga lebih daripada $16 bilion dalam bentuk tunai dan saham.

Namun, Facebook dan WhatsApp tetap akan beroperasi dan mempunyai ahli lembaga bersasingan. WhatsApp juga mempunyai 450 juta pengguna aktif setiap bulan.

"Pengambilalihan ini menyokong misi bersama Facebook dan WhatsApp untuk mewujudkan lebih banyak rangkaian dan utiliti kepada dunia dengan menyediakan perkhidmatan Internet teras yang cekap dan sesuai dengan kemampuan," dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Facebook.

Berikut adalah 10 fakta menarik tentang WhatsApp:

10 fakta yang anda perlu tahu tentang WhatsApp

10 fakta yang anda perlu tahu tentang WhatsApp

10 fakta yang anda perlu tahu tentang WhatsApp

10 fakta yang anda perlu tahu tentang WhatsApp


Sumber : astro AWANI

0 comments:

Post a Comment

SUSPEK YANG MENYAMAR PEKERJA TNB UNTUK MEROMPAK TELAH DITANGKAP

SUSPEK YANG MENYAMAR PEKERJA TNB UNTUK MEROMPAK TELAH DITANGKAP


Polis Perak ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang membantu dan memberi maklumat kepada pihak polis sehingga tertangkapnya suspek kes menyamar pekerja TNB yang bergiat aktif di sekitar daerah Perak Tengah sejak April 2013.

Suspek yang memakai pakaian menyerupai pekerja TNB memperdayakan mangsa yang terdiri daripada warga emas dengan memberi alasan mahu memeriksa suis di dalam rumah sebelum merompak mangsa.

Suspek dipercayai terlibat dengan kes menyamar pekerja TNB di Kg Selat, Bota Kanan, Batu 26 Jln Tronoh, Bota Kanan, Batu 14 1/4, Padang Marhum, Lambor Kanan , Kg Semangat 2, Titi Gantung Bota dan Batu 14 3/4, Teluk Bakong.

0 comments:

Post a Comment

Lapan Pelajar Maut Dalam Tragedi Lemas Di Sungai Muar, Segamat


Lapan Pelajar Maut Dalam Tragedi Lemas Di Sungai Muar, Segamat


Lapan pelajar SMK Buloh Kasap Segamat, Johor maut dalam tragedi lemas di Sungai Muar.(21/02/2014) Sungguh menyayat hati. Menurut info penduduk tempatan di sini pada awalnya lapan sahabat baik ini berjoging kemudian mandi manda. Tanpa disangka kawasan tersebut adalah kawasan pasir jerlus. Salah seorang lemas dan salah seorang diantara mereka terjun tetapi turut lemas...dan masing-masing terjun untuk menolong, akhirnya semua kelapan-lapan turut lemas.

Lapan Pelajar Maut Dalam Tragedi Lemas Di Sungai Muar, Segamat


Tiga mayat mangsa daripada lapan pelajar lemas telah ditemui petang tadi di Sungai Muar, Buloh Kasap, Segamat. Al - Fatihah buat arwah-arwah dan salam takziah buat keluarga. Sama-samalah kita berdoa semoga dipermudahkan segala urusan untuk mencari dan menyelamat lima lagi mangsa yang belum di temui. 
Gambat ikhsan dari Cikgu Siti Zulaikha Johari.

Lapan Pelajar Maut Dalam Tragedi Lemas Di Sungai Muar, Segamat

Lapan Pelajar Maut Dalam Tragedi Lemas Di Sungai Muar, Segamat

Lapan Pelajar Maut Dalam Tragedi Lemas Di Sungai Muar, Segamat

Lapan Pelajar Maut Dalam Tragedi Lemas Di Sungai Muar, Segamat

Lapan Pelajar Maut Dalam Tragedi Lemas Di Sungai Muar, Segamat

3 comments:

Post a Comment

Rakyat Malaysia Diberi Kepercayaan Mereka Kasut Di Anugerah Grammy 2014

Rakyat Malaysia Diberi Kepercayaan Mereka Kasut Di Anugerah Grammy 2014


Pereka kasut tempatan, Mohd Zul bakal mengharumkan nama negara dalam dunia fesyen apabila kasut rekaannya bakal dipakai oleh personaliti televisyen terkenal, Krystin Burtt pada karpet merah Anugerah Academy 2014 The Oscar pada 2 Mac depan.

Zul yang sebelum ini juga pernah mereka kasut tumit tinggi yang dipakai oleh Korr-A ketika parti selepas malam Anugerah Grammy ke-56 memberitahu dia mengambil masa selama sebulan untuk menyiapkan kasut tumit tinggi berwarna emas lembut dengan kain satin itu.

"Perancangan untuk rekaan kasut Krystin ini bermula sejak tahun lepas lagi, dalam bulan Disember. Ketika itu baru mula berbincang dengan Krystin melalui media sosial berkenaan tarikh The Oscar.

"Bagaimanapun, Krystin baru sahaja mengesahkan bentuk rekaan kasut itu kira-kira sebulan lepas kerana beliau perlu mencari baju yang sesuai untuk dipakai berpadanan dengan kasut eksklusif berkenaan," katanya kepada Mynewshub.

Selain Krystin, Zul juga pernah menghasilkan rekaan kasut yang dipakai antaranya oleh penyanyi Ana Rafali, isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah dan Ratu Jazz negara Datuk Sheila Majid.


2 comments:

Post a Comment

Video Bagaimana Kamera AES Bekerja

Video Bagaimana Kamera AES Bekerja

Saksikan 2 video di bawah
(tunggu beberapa saat untuk loading)









0 comments:

Post a Comment

Subhanallah!! Tanah Runtuh Macam Air Terjun (Video)

Tanah Runtuh Macam Air Terjun

Video tanah bergerak atau tanah runtuh di Itali, mengalir dan terus mengalir macam air terjun. 





1 comments:

Post a Comment

GEMPAR - Berita Rakyat Syria Direjam Mati Kerana FB Adalah Palsu!!

GEMPAR - Berita Rakyat Syria Direjam Kerana FB Adalah Palsu!!


Sebelum ini banyak facebook dan para blogger menyiarkan tentang berita ini (bukan Scripters). Berita ini adalah palsu. 

Washington - Kisah seorang remaja di Damsyik direjam hingga mati gara-gara mempunyai akuan facebook yang disiarkan oleh agensi berita iCNN mencetuskan spekulasi dikebanyakan laman web berita semalam.

Kelmarin, agensi itu memaparkan berita kumpulan militan Iraq dan Syria (ISIS) merejam Fatoum Al-Jaseem di utara Syria hingga mati selepas Mahkamah Syariah Al-Raqqa mendapati gadis itu melakukan jenayah sama seperti berzina.

Menurut sebuah blog, ia adalah satu propaganda untuk melagakan negara Islam yang sedang dilanda perang saudara.

Kisah berjudul Syian girl stoned to death for using Facebook account telah dikongsi lebih 294,000 pengguna laman web selepas kisah tersebut disebarkan oleh agensi berita Fars yang merupakan pro Presiden Syria Bashar al-Assad.

"Gambar disebarkan itu juga adalah sedutan filem filem Stoning of Soraya dihasilkan pada tahun 80-an," menurut satu laporan.

Sejurus mendapat kecaman banyak pihak, Pengarah Kanan Perhubungan Awam CNN, Matt Dornic menarik semula berita berkenaan serta merta. - Agensi
Berita Rakyat Syria Direjam Kerana FB Adalah Palsu


Berita Rakyat Syria Direjam Kerana FB Adalah Palsu

Berita Rakyat Syria Direjam Kerana FB Adalah Palsu


0 comments:

Post a Comment

Video Lelaki Kena Langgar Keretapi




Jom layan video di bawah 
(tunggu beberapa saat untuk loading)


0 comments:

Post a Comment

ISU MAHATHIR DAN KASSIM AHMAD - SATU PENCERAHAN (BAH PERTAMA)

ISU MAHATHIR DAN KASSIM AHMAD - SATU PENCERAHAN



1. Alam maya akhir-akhir ini sibuk memperkatakan tentang isu ini, tetapi kebanyakannya tidak tahu hujung pangkal dan hanya tahu "Kassim Ahmad Anti Hadith" "Tun Mahathir penyokong gerakan Anti Hadith".

2. Ya, kecewa tambahan pula dengan kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani, malah Tan Sri Harussani beberapa kali jua menghentam Tun Dr Mahathir beberapa isu sebelum ini.

3. Jika benar Dr Kassim Ahmad seorang anti hadith dan diminta pihak JAKIM menyiasat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat siasatan ke atas kandungan ‘Seminar Kassim Ahmad: Suatu Penilaian’ yang berlangsung baru-baru ini.

4. Menurut salah seorang exco Kelab Che Det yang mengenali Dr Kassim Ahmad, beliau dulu pernah menganggap Dr. Kassim Ahmad sebagai anti-hadith, tapi sesudah mengkaji dengan lebih cermat (berdasarkan penulisan-penulisannya terkemudian) wujud justifikasi bahawa beliau bukan menolak hadith sepenuhnya dan tuduhan ini turut dinafikan olehnya.

5. Beliau mula mengenal tulisan beliau sejak seusia 14 tahun lagi apabila membaca buku tulisan ‘Hadis- Satu Penilaian Semula’ yang seorang abang admin (dia pensyarah matematik di Universiti Malaya, dia bukan orang agama dan bukan juga pengikut Dr. Kassim Ahmad) tinggalkan buku itu di kampung.

6. Beliau juga sudah membeli dan membaca buku memoir beliau ‘Mencari Jalan Pulang – Daripada Sosialisme kepada Islam’ beberapa tahun lalu.

7. Adakah saudara-saudara disini cukup membaca kesemua buku yang terkemudian itu? Dan tahukah buku beliau disekat di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad malah pernah ditahan ISA di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dan bagaimana pula orang boleh kata Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong Kassim Ahmad??????

8. Menurut Tun Dr Mahathir, Dr Kassim Ahmad juga seorang idealis, walaupun beliau juga tidak berapa bersetuju dengan beberapa pandangan Dr Kassim Ahmad tetapi beliau tidak melabel seseorang itu dengan label Anti Hadith atau label label lain.

9. Dulu ketika Tun Dr Mahathir mengajak Ahmed Dinejad dari Iran untuk bercakap mengenai perpaduan Sunni dan Syiah adakah Tun Dr Mahathir menyokong Syiah? Tidak bukan? Tun Dr Mahathir seorang yang rasionalis, beliau bersifat terbuka, kalau ada yang salah pendapat, beliau lebih suka muzakarah WALAUPUN secara tertutup bagi mengelak permaslahan masyarakat yang lebih besar.

10. Tetapi fakta yang disembunyikan, Seminar tersebut sebenarnya bukan anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) tetapi ia hanya menjadi lokasi seminar sahaja dan mantan PM itu diberi penghormatan untuk merasmikannya. Ketua Jawatankuasa Penaja seminar tersebut ialah Tuan Haji Nik Abdul Aziz Nik Hassan. Beliau ialah pengasas Parti Keadilan Nasional (KeADILan), bekas Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Kelantan dan sehingga kini masih menjadi ahli PKR yang mendukung Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim) malah menurut sumber, sepatutnya Nurul Izzah Anwar juga sepatutnya hadir dalam Seminar ini.

11. Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat memberi ucapan di dalam gereja, mengajak kepada pluralisme agama, malah Syiah lagi besar ancamannya dari Kassim Ahmad, kenapa tiada tindakan ? Malah ada seorang yang disanjung sebagai ulamak itu menghina Rasulullah dengan mempertikai kelahiran Rasulullah dan video masih tersebar sehingga kini, tapi kenapa tiada tindakan jua? Mereka lebih ramai pengikut berbanding Kassim Ahmad!

12. Itu bezanya ddengan orang yang bijak dan orang yang kurang cerdik, orang yang bijak dia sentiasa berfikir dan mengkaji pemikiran orang lain tak kira siapa. Malah orang yang benci Islam pun perlu dikaji pemikiran nya bukan menolak hanya kita berbeza pendapat!

13. Kalau Ahmad Deedat kaji bible dan buat forum mengkaji bible adakah bermakna kita menyokong Bible?

14. Syiah, Pluralisme Agama, Liberal ini lagi besar ancaman terhadap umat Islam hari ini. Jika ditanya SSTDMM, ya siasatan dan tindakan jika benar Dr Kassim bersalah dalam hal ini. Malah berdasarkan teks ucapan beliau dalam seminar baru-baru ini banyak juga yang saya ingin pertikai namun memerlukan pembacaan lebih lanjut dan akan kembali dengan bahagian seterusnya. - sumber fb page SSTDMM

2 comments:

Post a Comment

Gambar Shahrukh Khan Bersama Tun Dr Mahathir

Saya mula mengenali beliau (Tun Dr Mahathir) sejak 15 tahun yang lalu. Sejak mengenali beliau, hidup saya lebih bermakna kerana beliau inspirasi buat diri saya sendiri. Setiap kali bertemu dan berbual dengan beliau, saya rasa cukup senang. Beliau sangat bijak dan mempunyai pengetahuan yang cukup luas dan besar. Saya bertuah kerana dapat mengenali beliau. Dia bukan saja mentor buat saya, malahan merupakan salah seorang individu paling bermakna dalam hidup saya. Saya akan sentiasa membawa prinsip dan falsafahnya ke mana saja saya pergi.. - Shahrukh Khan

Gambar Shahrukh Khan Bersama Tun Dr Mahathir

Gambar Shahrukh Khan Bersama Tun Dr Mahathir

Gambar Shahrukh Khan Bersama Tun Dr Mahathir

1 comments:

Post a Comment

Warga Sweden Terkejut ‘Rotan’ Digunakan Untuk Disiplinkan Anak Di Malaysia

Warga Sweden Terkejut ‘Rotan’ Digunakan Untuk Disiplinkan Anak Di Malaysia


STOCKHOLM: Anak bongsu pasangan Malaysia di Sweden yang didakwa dipukul kerana tidak solat merupakan saksi pertama yang memberi keterangan dalam perbicaraan ibu bapa mereka.

Arif, 7, memberi keterangan menerusi temuduga yang direkodkan lebih awal.

Video keterangan itu adalah sebahagian daripada bukti lisan pihak pendakwaan terhadap pengarah Tourism Malaysia di Stockholm, Azizul Raheem Awalluddin dan isterinya Shalwati Nurshal.

Mahkamah Daerah Solna ketika prosiding pada Selasa dipertontonkan rakaman video kira-kira 136 minit temuduga polis Sweden dengan Arif yang direkodkan di hadapan kanak-kanak itu sebelum dihantar pulang ke Malaysia pada 31 Januari lalu.

Kanak-kanak itu kelihatan agak pemalu ketika ditemuduga, bercakap dengan suara yang perlahan dan jarang melihat anggora polis yang menemuduganya.

Arif sering berkata “ia sukar untuk diterangkan” dan “cakap sekali lagi” apabila dia keliru dengan soalan yang diajukan.

Tindakan itu mendorong polis berkenaan bertanyakan soalan yang sama berulang kali atau dengan ayat yang berbeza.

Pada satu ketika, apabila ditanya bagaimana perasaannya ketika bercakap dengan polis mengenai ibu bapanya, Arif hanya menjawab “pelik”.

Jawapannya itu menyebabkan hadirin di dalam galeri mahkamah ketawa.

Anggota polis itu menyoal Arif mengapa dia dipukul oleh ibu bapanya.

Arif berkata bapanya mencubitnya di bahagian tangan, manakala ibunya memukul dengan penyangkut baju dan sebatang ‘kayu dengan simpulan di bahagian hujung’.

Pendakwa, Anna Arnell menunjukkan ‘kayu’ kepada mahkamah dan mendedahkan ia adalah rotan berukuran kira-kira satu setengah kaki panjang.

Beliau juga menunjukkan pemukul permaidani, satu lagi alat yang dikatakan digunakan untuk memukul anak-anak mereka.

Warga Sweden Terkejut ‘Rotan’ Digunakan Untuk Disiplinkan Anak Di Malaysia


“Ini adalah apa yang dipanggil anak-anak mereka sebagai ‘rotan’. Di Malaysia ia digunakan untuk mendisiplinkan anak-anak di sekolah dan di rumah,” jelas Arnell.

Penjelasannya menimbulkan kekeliruan dan kejutan kepada orang awam yang hadir.

Johan Kallus yang mewakili Arif dan abangnya Ammar memberitahu pemberita bahawa walaupun kanak-kanak itu masih di Sweden, mereka tidak akan memberi keterangan secara langsung di mahkamah kerana mereka bawah umur.

Perbicaraan disambung hari ini. – Mstar.

0 comments:

Post a Comment

Hadith PALSU Azab Wanita Tentang Rambut

Hadith PALSU Azab Wanita Tentang Rambut


Hadith PALSU Tentang Azab Wanita didakwa dari al-Bukhari dan Muslim
Soalan:

Assalamu'alaikum..

Benarkah hadith ni riwayat Bukhari Muslim? Ada yg kata bukan. Saya tgk kat internet hampir bnyk yg quote kan riwayat bukhari dan muslim.. Minta jasa baik ustaz untuk tolong periksa..

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Jawapan:

Hasil pemeriksaan saya. Di dapati hadith ini merupakan keratan dari hadith yang panjang didakwa dari Sayyidina 'Ali bin Abi Tolib r.a. dan Fatimah r.a.. Hadith tersebut ialah:

عن الإمام علي بن أبي طالب قال: دخلت أنا وفاطمة على رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم فوجدته يبكي بكاء شديدا فقلت: فداك أبي وأمي يا رسول الله ما الذي أبكاك؟ فقال صلى الله عليه وآله وسلم: يا علي ليلة أسري بي إلى السماء رأيت نساء من أمتي في عذاب شديد واذكرت شأنهن لما رأيت من شدة عذابهن

رأيت امرأة معلقة بشعرها يغلي دماغ رأسها، ورأيت امرأة معلقة بلسانها والحميم يصب في حلقها، ورأيت امرأة معلقة بثديها، ورأيت امرأة تأكل لحم جسدها والنار توقد من تحتها، ورأيت امرأة قد شد رجلاها إلى يداها وقد سلط عليها الحيات والعقارب، ورأيت امرأة عمياء في تابوت من النار يخرج دماغ رأسها من فخذيها وبدنها يتقطع من الجذاع والبرص، ورأيت امرأة معلقة برجليها في النار، ورأيت امرأة تقطع لحم جسدها في مقدمها ومؤخرها بمقارض من نار، ورأيت امرأة تحرق وجهها ويدها وهي تأكل امعاءها، ورأيت امرأة رأسها رأس خنزير وبدنها بدن حمار وعليها ألف ألف لون من بدنها، ورأيت امرأة على صورة الكلب والنار تدخل من دبرها وتخرج من فمها والملائكة يضربون على رأسها وبدنها بمقاطع من النار، فقالت فاطمة: حسبي وقرة عيني أخبرني ما كان عملهن وسيرهن حتى و ضع الله عليه هذا العذاب فقال صلى الله عليه وآله وسلم: يا بنيتي أما المعلقة بشعرها فإنها كانت لا تغطي شعرها من الرجال، أما المعلقة بلسانها كانت تؤذي زوجها،

أما المعلقة بثديها فإنها كانت تمتنع عن فراش زوجها، أما المعلقة برجلها فإنها كانت تخرج من بيتها بغير أذن زوجها، أما التي تأكل لحم جسمها فإنها كانت تزين بدنها للناس، أما التي شد رجلاها إلى يداها وسلط عليها الحيات والعقارب فإنها كانت قليلة الوضوء قذرة اللعاب وكانت لا تغتسل من الجنابة والحيض ولا تنظف وكانت تستهين بالصلاة، أما العمياء والصماء والخرساء فإنها كانت تلد من الزنا فتعلقه بأعنق زوجها، أما التي كانت تقرض لحمها بالمقارض فإنها كانت قوادة، أما التي رأسها رأس خنزير وبدنها بدن حمار فإنها كانت نمامة كذابة، أما التي على صورة الكلب والنار تدخل من دبرها وتخرج من فمها فإنها كانت معلية نواحه، ثم قال صلى الله عليه وآله و سلم: و يل لامرأة أغضبت زوجها وطوبى لامرأة رضى عنها زوجها ...

Potongan yang saya garis dan hitamkan itu adalah potongan yang diterjemahkan dan didakwa diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

Hadith ini TIDAK SAHIH ia adalah satu PENDUSTAAN, ia juga bukan dari hadith al-Bukhari mahupun Muslim. Sebaliknya hadith ini disebarkan oleh beberapa kitab Syiah yang sememangnya terkenal suka melakukan pembohongan atas nama Nabi s.a.w., seperti kitab 'Uyun Akhbar al-Ridha (عيون أخبار الرضا), Bihar al-Anwar (بحار الأنوار) oleh al-Majlisi (المجلسي) dengan sanad yang dipenuhi dengan para pendusta dan individu yang tidak dikenali. Di bawah ini kami datangkan beberapa fatwa dari para ulama:

1. Jawatankuasa Fatwa Arab Saudi. Jilid:17. Hal:165.

ترى اللجنة أن هذه النشرة – يعني التي فيها الحديث - مكذوبة على رسول الله صلى الله عليه وسلم ، وعلى من نسبت إليهم روايتها عنه ، يستحق من اختلقها أو روَّجها الوعيد الثابت عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ، بقوله : ( من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار ) متفق على صحته

Maksudnya: "Pihak Jawatankuasa Fatwa melihat penyebaran hadith ini adalah satu PENDUSTAAN ke atas Nabi s.a.w., dan ke atas sesiapa yang dinisbahkan kepada mereka periwayatannya. Sesiapa yang mereka-reka dan menyebarkannya ia layak mendapat ancaman dari Nabi s.a.w. dengan sabda baginda: "Sesiapa yang berbohong ke atas ku dengan sengaja, maka dia telah menempah tempat tinggalnya di dalam neraka." hadith ini telah disepakati kesahihannya."

2. al-Syeikh 'Abdul 'Aziz bin 'Abdillah bin Baz di dalam Majmu' al-Fatawa. Jilid:8. Hal:305, berkata:

هذا الخبر معروف ، يتداوله كثير من الناس ، وهو باطل ومكذوب على النبي صلى الله عليه وسلم ، وليس له أصل ، وهو من الموضوعات المكذوبة على النبي صلى الله عليه وسلم ، وعلى علي وفاطمة رضي الله عنهما ، وما أكثر ما يكذبه بعض الشيعة على علي رضي الله عنه ، فينبغي لمن وقع في يده شيء من هذا أن يتلفه ، ويخبر من حوله بأنه كذب ، والله المستعان

Maksudnya: "Hadith ini diketahui ramai, disebarkan oleh ramai orang, ia adalah hadith yang BATIL dan DUSTA ke atas Nabi s.a.w. Ia tidak ada asalnya, termasuk di dalam hadith-hadith PALSU yang didustakan ke atas Nabi s.a.w, ke atas 'Ali dan Fatimah r.a. Teramat banyak perkara yang telah didustakan oleh sebahagian Syiah ke atas 'Ali r.a. Maka hendaklah sesiapa yang sampai kepadanya hadith ini, untuk dia menghapuskannya dan memberitahu tahu kepada orang lain yang hadith ini adalah satu PENDUSTAAN. Allahlah tempat meminta pertolongan."

Pesanan: "Berhati-hati menerima maklumat dari Internet."
wallahu a'lam. bs


Nota: Sekadar memanjangkan. Jika sesiapa ada kemusykilan bolehlah terus bertanya kepada ustaz binsahak dengan mengklik sumber yang diberi. Tapi ada member kasi tahu bahawa beliau ni adalah salah seorang daripada golongan yang anti hadith... wallahualam...

0 comments:

Post a Comment

Kim Kardashian Dan Miranda Kerr Tayang Buah Dada Dalam Premiere "Mademoiselle C"

Kim Kardashian Dan Miranda Kerr Tayang Buah Dada

Kim Kardashian Dan Miranda Kerr Tayang Buah Dada

Kim Kardashian Dan Miranda Kerr Tayang Buah Dada

Kim Kardashian Dan Miranda Kerr Tayang Buah Dada

Kim Kardashian Dan Miranda Kerr Tayang Buah Dada



Kim Kardashian Dan Miranda Kerr Tayang Buah Dada

Kim Kardashian Dan Miranda Kerr Tayang Buah Dada

Kim Kardashian Dan Miranda Kerr Tayang Buah Dada


1 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ