Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Rakyat Malaysia Diberi Kepercayaan Mereka Kasut Di Anugerah Grammy 2014

Rakyat Malaysia Diberi Kepercayaan Mereka Kasut Di Anugerah Grammy 2014


Pereka kasut tempatan, Mohd Zul bakal mengharumkan nama negara dalam dunia fesyen apabila kasut rekaannya bakal dipakai oleh personaliti televisyen terkenal, Krystin Burtt pada karpet merah Anugerah Academy 2014 The Oscar pada 2 Mac depan.

Zul yang sebelum ini juga pernah mereka kasut tumit tinggi yang dipakai oleh Korr-A ketika parti selepas malam Anugerah Grammy ke-56 memberitahu dia mengambil masa selama sebulan untuk menyiapkan kasut tumit tinggi berwarna emas lembut dengan kain satin itu.

"Perancangan untuk rekaan kasut Krystin ini bermula sejak tahun lepas lagi, dalam bulan Disember. Ketika itu baru mula berbincang dengan Krystin melalui media sosial berkenaan tarikh The Oscar.

"Bagaimanapun, Krystin baru sahaja mengesahkan bentuk rekaan kasut itu kira-kira sebulan lepas kerana beliau perlu mencari baju yang sesuai untuk dipakai berpadanan dengan kasut eksklusif berkenaan," katanya kepada Mynewshub.

Selain Krystin, Zul juga pernah menghasilkan rekaan kasut yang dipakai antaranya oleh penyanyi Ana Rafali, isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah dan Ratu Jazz negara Datuk Sheila Majid.




2 comments:

oeh.. igtkan jimmy choo...

21 February 2014 at 19:34 comment-delete

Wah hebat, Malaysia boleh!

21 February 2014 at 19:40 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ