Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Tips fesyen untuk wanita berpinggul besar

Tips fesyen untuk wanita berpinggul besar
Gambar hiasan


Kebanyakan wanita yang mempunyai saiz pinggul yang besar dan lebar tidak yakin dengan penampilan diri hanya kerana masalah ini.

Namun, apa yang anda tidak tahu adalah masalah tersebut sebenarnya boleh diatasi dengan beberapa jika anda bijak dalam memilih pakaian. Bagi yang tidak tahu bagaimana untuk menangani masalah ini kami ingin berkongsi beberapa tips untuk lebih yakin bergaya.

Pilih warna gelap dan terang
Padankan baju berwarna cerah dan seluar atau kain berwarna gelap. Teknik ini akan menyembunyikan segala kelemahan anda dan membuatkan ukuran pinggang ke bawah kelihatan lebih kecil dan tidak terlalu melebar.

Pakai cardigan/jaket
Untuk menyembunyikan pinggul anda yang bersaiz besar, apa kata pakailah jacket atau kardigan yang labuh dan menutup bahagian pinggul anda.

Pakai pakaian bercorak bercetak
Sembunyikan saiz pinggul anda dengan seluar atau kain yang mempunyai motif cetakan. Sebaiknya pilihlah corak motif yang kecil dan sarat. Sekurang-kurangnya orang menyangka pinggul anda kelihatan besar di sebabkan corak bukannya saiz sebenar.

Diharap dengan tips ini dapat membantu anda untuk lebih yakin. Selamat mencuba! - Sumber


2 comments:

stuju yg kne pakai cardigan tu..tip yg sgt berkesan

18 February 2014 at 11:17 comment-delete

good tips..:)

18 February 2014 at 13:48 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ