Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



ISU BUDAK OKU - SURAT TERBUKA BUAT 'USTAZAH' WARDINA - KAN DAH MALU!!



Kehadapan Ustazah Wardina.

Bila hati busuk, minda penuh kebencian memang nampak semua yang salah sahaja di Kerajaan.

Sebesar-besar Masjid yang Ustazah Wardina berhenti solat dibina Kerajaan, pun tak nak nampak kan? Jalan raya lapang, highway selesa mana nak nampak?

Anak-anak belajar agama di sekolah agama kerajaan mana nak nampak? Wujudnya lambakan sekolah agama kerajaan, wardina butakan mata & hati nak nampak semua tu. Sebab hati terlalu penuh benci pada kerajaan.


Saya tak anti golongan tudung labuh litup macam ustazah wardina, jauh lagi saya nak mengeji golongan yang baru mendekati agama tapi suka riak dengan ilmu sedikit. Setiap nafas penuh sifat holier-than-thou.

Alhamdulillah, anak-anak ustazah Wardina semua sempurna sihat. Suami ada, berlakon iklan pun banyak, duit banyak. Maka mudahlah ustazah wardina lantas mengutuk kekurangan orang lain.



Ustazah Wardina mungkin kurang buat lawatan di Rumah-rumah Kebajikan. Sebab tu ustazah wardina nampak satu kes je terus nak hentam kerajaan. Yelah, wardina kan perfect, ilmu agama lengkap, baru bertudung, dah kalah semua ustazah-ustazah tauliah lain. Kerajaan memang semua salah wardina. Yang beribu OKU dah dibantu tu apa la sangat, nak dibandingkan dengan seorang yang kerajaan terlepas, sebab kekhilafan si ibu yang tak berdaftar dengan JKM.

Diselamatkan budak itu, dihantar juga ke hospital kerajaan. Tapi yelah kerajaan tetap salah dan lemah. Apalah sangat nak dibandingkan negara kita dengan Acheh tempat Wardina tu? Maju kan Acheh tu, mana ada orang susah, sebab itu wardina cari makan di negara yang kerajaannya teruk ini kan.

Ibubapa ada anak OKU memang tertekan Wardina, tapi bila ada iman, semua tu boleh diatasi. Selama ini, tidak pernah saya dengar ibu bapa OKU salahkan kerajaan. Hanya Wardina seorang. Yela, Wardina kan sempurna, mana salah pandangannya.

Kita manusia baru belajar agama, baru tutup aurat ini memang suka tunjuk agama, sampai kita terlupa berapa pula dosa kita tambah atas nama agama kan? Kadang-kadang saya terfikir kenapa gadis rambut merah, pakaian menjolok mata lebih baik tutur kata, berlapang dada, bersangka baik terhadap yg lain berbanding yang bertudung litup. Tapi akhirnya saya tersedar, hanya kerana Wardina dan Ustazah segera seorang lagi tak baiklah saya nak judge semua begitu.

Sama macam kes, hanya sebab seorang budak tidak berdaftar dengan JKM, terus kita nak lupakan ribuan lain yg dibantu kerajaan selama ini?? Tidak adil bukan?

Cukup-cukuplah itu Wardina, bukan sekali, terlalu lantang bersuara, riak dengan ilmu tak seberapa. Semoga terbuka hati, kurang rasa benci. Semoga terus hidup dalam kesempurnaan di bumi Malaysia - SUMBER


Di bawah pula penafian seorang pengguna Facebook yang menyangkal dakwaan liar Wardina:






29 comments:

wardina mmg terkenal dgn so called cakap dulu baru fikir

24 June 2014 at 14:17 comment-delete

Menunjukkan kebodohan artis..

24 June 2014 at 16:01 comment-delete

tapi mmg btol pe yg wardina ckp kn tu. . .

24 June 2014 at 19:01 comment-delete

This comment has been removed by the author.

24 June 2014 at 19:02 comment-delete

Eya kan epool :)

24 June 2014 at 20:42 comment-delete

Langsung x betul...tahu cari kesalahan org lain je wardina ni...

24 June 2014 at 23:54 comment-delete

This comment has been removed by the author.

25 June 2014 at 00:00 comment-delete

Lebih baik jadi sukarelawan dan cari dimana punca dan sebabnya terlebih dahulu dari so called judge book by its cover. Ini tidak, asyik melatah sehinggakan tidak sedar apa yg dilontarkan sebenarnya hanya andaian semata2....

25 June 2014 at 01:05 comment-delete

Saya setuju sangat macam apa yang afiq ahmad cakap ni.apa yg dilontarkan beliau sangat jelas dan diharap lebih ramai anak muda seperti afiq ahmad akan muncul.beliaulah suara belia abad ini .selamat maju jaya perwiraku.

25 June 2014 at 01:37 comment-delete

pelik2.. sume dia nak isukan.. bagi jerlah kat dia..dari ckp itu ini bek dia tlg dari meroyan gitu,,, anyway.. meh jemput ke blog daku..
http://bbbamshopbizz.blogspot.com/

25 June 2014 at 07:52 comment-delete

Die ni jenis nak tunjuk pandai konon dah habis tuntu ilmu sampai ke china, kesian laki die mesti stress giler at rumah duk melayan bini meroyan cam ni..

25 June 2014 at 11:47 comment-delete

Perempuan meroyan

25 June 2014 at 11:48 comment-delete

Sudah2 la tu wardina...jgn la taksub sngt smpai semua org buat x kena..x salah nk jd pembngkang..dlm demokrasi mmg mesti ada pemerintah dan pembngkang..apa tujuan pembangkang?? bg pendapat yg lebih baik agar pemerintah x tesasar dari landasan sebenar..iaitu memberi yang terbaik kepada rakyat..menyediakan semua kemudahan, insfrastruktur dan kemudahan adalah tanggujwb kerajaan yg memerintah..x kisah la dari parti mana skali pn..bila dh diberi mandat..buat yang terbaik..dalam kes Adik Firdaus ni rasanya kes terlepas pandang dek kerana kekusutan seorang ibu yg mengharungi kepayahan dan x tau saluran untuk buat laporan ( mengikut laporan2 media la ) jd mcm mna pihak2 yg berwajib nk bertindak? tp dr kes ni la kita semua dpt menginsafi dan mengakui kekuasaan Allah SWT..Anak2 syurga mcm ni x kan terbiar mcm tu ja..biarpun x der laporan.. Adik ni ditakdirkan ditemui dlm operasi PATI..takbir!! Allahuakhbar!!!

Ein
25 June 2014 at 13:05 comment-delete

Mcm good2 je ostajah segera ni. Baru pakai tudung. Baru ada ilmu agama sikit dah riak takbur. Sebelum ni ustaz don dia bidas. Sekarang ni dia nak salahkan kerajaan pula. Bila dah rasa sempurna dan maksum mmg mcm ni agaknya.

25 June 2014 at 13:06 comment-delete

Yalahh...wardina n abby samaje...nak jadi ustazah...kalo nak cakap biar berilmu

25 June 2014 at 15:31 comment-delete

If you are here to oppose or disclaim, that's fine. But if you are here to mock a person, it makes you no different than the said person.
Keep in mind that Ramadhan is approaching. If we are to succeed, we ought to take lessons from the recent incidents and move on.

25 June 2014 at 15:40 comment-delete

Rasanya tidak perlu dikaitkan pun dengan "baru pakai tudung dah nak berlagak". Seolah2 beliau memakai tudung itu satu faktor kepada sikap beliau. Sekalipun ingin tegur beliau, tegur lah seadanya jangan sampai terkait kepada hal2 peribadi. Surat ini tidak lebih sekadar mencari jalan untuk memalukan sesama sendiri. Yang menulis pun menunjukkan keaiban diri dan isi sebenar yang berada dalam hatinya.

25 June 2014 at 20:50 comment-delete

Semua hal di Malaysia ni hendak dipolitik kan........perkara macam ni pun, yg tidak diketahui oleh pihak kerajaan pada mulanya, ditimbunkan dosanya pada kerajaan......tengok sekarang siapa mengambil tanggungjawab bila sudah di dedahkan.......mana pihak yang baik sangat yg sentiasa mengkritik kerajaan tu.....khidmat airliur aja le

25 June 2014 at 22:24 comment-delete

Ada komen dr user lain yg didelete penulis ni.nmpk sgt nak sembunyikan kebenaran.

26 June 2014 at 06:22 comment-delete

ada betulnya juga luahan wardina...krg try lah tanya bbrpa org ibubapa yg ada anak istimewa ini dan penglamana mereka berdepan dengan kerajaan dalam usaha memohon bantuan OKU.

26 June 2014 at 07:10 comment-delete

This comment has been removed by the author.

26 June 2014 at 07:13 comment-delete

Bukan penulis yang delete. Padahal orang yang comment tu delete sendiri. Ce try delete comment sendiri. Lain kali jangan cakap melulu kalau tak tahu apa apa :)

26 June 2014 at 07:19 comment-delete

ok la tu...sy no comment.jdi neutral sm bab2 mengutuk/menyindir dlm hal ni nnt tambah dosa.

26 June 2014 at 08:33 comment-delete

owhhh dia org Acheh ker?ingatkan dia org Malaysia.so elok juga dia balik sana n betul kan dulu apa yg ada kat sana. n ada juga perkara yang dia tegur tu patut kita ambil ingatan.mmg ada sesetengah kes berlaku anak OKU tidak dpt bantuan, jadi dimana silapnya?adakah kakitangan JKM gagal laksanakan tugas dgn baik?atau sistem kerja yang lemah spt SOP yang begitu melecehkan?atau mmg kekegalan drpd kita sendiri?

26 June 2014 at 12:46 comment-delete

Xpyah la korg nk cari salah dan menghukum dia.kalo kenyataan ni dibuat oleh org biasa knapa tak di isukan? Xpyah la nk cari publisiti murahan blog ni.rasenye lg terok dosa ko buat mcm ni.bia Allah yg menentukan semua ni.masyaAllah

26 June 2014 at 13:46 comment-delete

Mungkin sel-sel otaknya sedang berhubung...

27 June 2014 at 16:54 comment-delete

Dia mention Muslim society. Maksudnya merangkumi kita semua dalam satu negara, bukan hanya kerajaan. Kerajaan Malaysia memamg ada bagi banyak bantuan tapi kita sendiri sebagai masyarakat, ada je segelintir yang masih pandang rendah kepada mereka yang OKU atau ada keluarga OKU. So, tak payah nak kutuk sangatla Wardina ni hentam kerajaan. Sebenarnya kita, kita sendiri yang perlu sedar, perlu bantu. Contoh kawan Puan Lola mesti ada yang tahu mengenai masalah yang brliau hadapi kenapa tak turit membantu, bagi nasihat, bagi tahu info bagaimana nak dapatkan bantuan... Jiran pun kata tahu mengenai keadaan adik Firdaus tu, krnapa tak diberi bantuan, walau hanya sehrlai baju lama untuk menggantikan baju reputnya, walau hanya sebaldi air untuk memandikanya, kenapa tidak? Sebab kita yang kekurangan pendedahan, kurang kesedaran. Kita terlampau bergantung kepada Jabatan Kebajikan, kita rasakan kalau bab-bab anak OKU ni semua di atas bahu pekerja kebajikan. Walhal, kita semua patut membantu. Kalaupun bukan dari segi material tapi dari segi nasihat, memberi semangat. Beban akan dikurangkan dan itulah sebenar-benarnya Muslim Society. Moga Allah beri kita semua termasuk saya kekuatan untuk lebih cakna mengenai isu sebegini atau yang lebih serius. Moga-moga. *Just a humble opinion.

LOC
27 June 2014 at 17:14 comment-delete

aik...sejak bila pula si wardinah jadi ustazah?.setahu sy dia tu pelakon je...

8 July 2014 at 10:13 comment-delete

mmg dasar emosi. tak leh fikir dulu sebelum post. sume nak tunjuk handal. sama la mcm kes Siti dlu

Que
13 July 2014 at 13:25 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ