[Biarkan Gambar Berbicara] Gurun Sahara Yang Menakjubkan

Gurun Sahara dikatakan sebagai tempat yang terkering di dunia. Akan tetapi, tahukah anda penghijauan Gurun Sahara akan benar-benar terjadi di masa depan. Hal ini telah lama diketahui kerana telah tertulis di dalam Al-Quran bahawa "Gurun Sahara akan kembali subur" yang menjadi pertanda bagi semua orang bahawa tanda2 kiamat besar akan berlaku. Sekarang pun kita sudah melihat  dengan adanya curahan hujan yang mencapai hampir 10 kali ganda dari curah hujan biasa di Gurun Sahara serta telah menyebabkan banjir di Gurun tersebut. Maka sangat wajar jika suatu saat nanti Gurun Sahara akan kembali menjadi hutan yang menghijau.

 Di bawah jom kita saksikan gambar2 menarik yang di abadikan oleh David Vartumashvili di dalam pengembaraannya. Ida pula teringat pada lagu Snow On The Sahara yang dinyanyikan oleh Anggun. Sedap lagu tu! (klik sini untuk dengar lagu tu)

Gurun Sahara Yang Menakjubkan

Klik read more untuk melihat gambar selanjutnya

1 comments:

Post a Comment

Betul ke Blogger Popular Sombang?

Betul ke Blogger Popular Sombang?


Assalamualaikum wbt...

Betul ke blogger popular sombong? Entah lah yer... mungkin tak semua la kot. Ida terkena lah pada satu blogger pompuan ni...mungkin secara kebetulan kot... atau pun mungkin dia tak perasan yang kita dah singgah, follow dan tinggalkan komen di blog / entry dia, di cbox pun tidak ketinggalan....almaklumlah blogger popular kan... follower pun beriban2... kan...kan...kan...

Ermmmm

Kalau satu kali kita singgah kat blog dia mungkin la dia tak perasan kot... ini dah lebih lima (5) kali kita singgah beri komen kat entry dia... tinggal pesan lagi kat cbox dia, siap follow sekali, tapi dia sikit pun tak pandang kita.

Agak2nya.... kita nak singgah berapa kali di blog dia baru dia nak datang ke blog kita?
Agak2nya.... kita dah tinggalkan komen berapa kali di entry dia baru dia nak datang ke blog kita?
Agak2nya.... kita tinggalkan pesan berapa kali di cbox dia baru dia nak datang ke blog kita?

Ermmmmm

Betul ke Blogger Popular Sombang?


Kalau begitu, memang betul kata salah seorang blogger yang Ida singgah suatu ketika dulu bahawa blogger popular ni pentingkan diri sendiri. Dia mahu hanya orang saja datang ke blog dia, baca entry dia serta komen. Dan dia pula hanya datang ke blog yang dia kenal sahaja atau yang dah jadi pengikut fanatik dia. Kalau setakat blogger baru macam Ida ni, sikit pun dia tak pandang. Alahaiiiiii.

Sebab tu, Ida ni jarang nak follow blog yang sudah mencecah follower melebihi 2k ke atas. Sebab menyampah lah dengan situasi ini. Kecuali kalau sekali Ida singgah dan tinggal pesan di cbox dia, dia akan datang dan follow Ida terlebih dahulu. Ida cukup hormati blogger seperti itu. Mana2 rakan blogger yang dah follow Ida, tetapi Ida masih belum follow anda, harap dapat beritahu Ida ya, sebab kadang2 Ida tidak dapat membalas follow kerana link yang anda berikan tidak tepat.  

Siapa lah kita di bumi Allah ini...hanyalah insan kerdil yang tidak mempunyai apa2, jasad kita sama2 akan menjadi tanah dan dimakan ulat jua akhirnya...

Betul ke Blogger Popular Sombang?

24 comments:

Post a Comment

Kalau Jumpa Hantu Apa Nak Buat?


Macam2 cara yang dilakukan oleh sesorang kalau terjumpa hantu. Ada juga yang keras kejong tak dapat bergerak kemana-mana tetapi selalunya berlaku dalam mimpi. Tetapi hamba Allah ni seorang cina, barangkali dia dah putus asa nak buat bagaimana lagi, lalu mengambil keputusan untuk membuat laporan kepada pihak polis agar polis dapat menangkap hantu tersebut. Kalau berlaku pada Ida, Ida akan laporkan kepada Uncle Seekers... hehehe

Kalau Jumpa Hantu Apa Nak Buat?
Kalau Jumpa Hantu Apa Nak Buat?


Kalau Jumpa Hantu Apa Nak Buat
Sekadar gambar hiasan

6 comments:

Post a Comment

[Biarkan Gambar Berbicara] Lady Gaga Separuh Bogel

Lady Gaga ni buat hal lagi. Bila nama dah tenggelam, mula lah muncul dengan konteversi baru. Adat lah kan... dunia artis tak kira di barat mahu pun di negara kita semuanya sama.

Lady Gaga Separuh Bogel

Klik Read More untuk melihat gambar2 selanjutnya ;)

3 comments:

Post a Comment

Perlukah Isi Banner Nuffnang Banyak-Banyak Dalam Blog?

Assalamualaikum wbt...



Ida ni kan... memang cukup bengap pasal belog ni. Ida berbelog ni sekadar ada jer. Contoh: orang ada Nuffnang, Ida pun ada juga. Tetapi Ida tak tahu sangat perjalanan Nuffnang tu. Apa dia CTR, apa dia poll, dan yang terbaru heboh pasal CPUV pula... ada yang dah dapat dan ada yang belum. Entah la yerk... yang Ida tahu, Ida blogwalking dan klik2 pada iklan nuffnang yang sedia ada di belog tersebut.  

Dan satu lagi yang Ida tak faham, bila melawat satu2 belog tu ada yang letak sampai 3 banner Nuffnang di situ. Ada yang di atas lah, berhampiran dengan header, ada yang di tepi kiri kanan dan ada juga ditengah2 betul2 di bawah artikel. Persoalannya perlukah buat banyak2 macam tu? 

Apakah memang ada syarat dari Nuffnang untuk buat macam tu? Tetapi Ida tak jumpa pula syarat tu cuma yang Ida baca ia hanyalah pilihan sahaja nak banner yang macam mana. Atau Ida terlepas pandang?

Persoalan Kedua : Bila dah ada banner iklan yang banyak macam tu - contoh 3 iklan, apakah kita ini perlu klik ketiga-tiganya? Atau cukup memadai klik satu sahaja? Sebab apa kadang2 ketiga2 banner tersebut memaparkan iklan yang sama. 

6 comments:

Post a Comment

Apabila Wartawan Internet Melaporkan Berita

Assalamualaikum wbt...

Dimanakah Lokasi Sebenar berlaku?

Baru2 ini kecoh satu Malaysia pasal kenaikan harga minyak Ron 95. Macam2 andaian serta komen samada yang pro atau kontra yang kita baca di laman sesawang terutamanya di muka buku. Yang paling menarik perhatian apabila golongan2 yang tidak berpuas hati ini mengamuk di stesyen minyak. Berita amukan ini tersebar di seluruh Malaysia, tetapi  di manakah lokasi sebenar amukan tersebut terjadi?






Adalah lebih malang lagi apabila wartawan2 internet mula mengambil alih tugas untuk melaporkan berita ini kerana berita dan gambar yang sama ini berlaku di banyak tempat. Cuba perhatikan blog2 di bawah membuat laporan:-

1).Punca Kejadian Rusuhan Amukan Stesen Minyak Di Melaka - Laporan dari aans1.blogspot.com

2).Kerana 20 sen - blog ini melaporkan berlaku di Melaka atau Terengganu - Laporan dari  aswanazmy.blogspot.com

3). Minyak Naik Harga, Rakyat Naik Minyak Langgar Pam Minyak di Batu Buruk, Terenggangu - Laporan dari darisungaiderhaka.blogspot.com

4). Dan Ida juga ada terbaca yang di postkan oleh seorang kawan di muka buku memberitahu kejadian berlaku di sebuah stesyen minyak di Balakong, Selangor merujuk kepada gambar yang sama.

Bagi Ida la... kalau kita sendiri tidak sahih tentang berita ini tak payah lah nak memandai2 membuat laporan, bimbang kita memberi info yang salah.

10 comments:

Post a Comment

[Biarkan Gambar Berbicara] Festival Layang-Layang Antarabangsa Bristol 2013

Kalau diperhatikan betul-betul, ini bukan layang-layang lagi namanya... Ini lebih kepada belon yang di isi angin... tapi dorang mengiktirafkannya sebagai layang-layang...



Klik Read More untuk melihat gambar2 selanjutnya ;)

0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ