KERUNTUHAN AL-AQSA PETANDA AWAL KIAMAT



FREEMASON MERUNTUHKAN MASJID AL-AQSA, PEMBINAAN HAIKAL SULAIMAN

Luangkanlah masa untuk membaca supaya anda benar-benar mengetahui apa yang berlaku di Palestin pada hari ini.

Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa untuk "membangkitkan semula "Temple of Solomon."

Masjid Al Aqsa telah lama menjadi rebutan antara Umat Islam dan bangsa yahudi di Palestin.. Nabi Sulaiman A.S yang merupakan Nabi kepada Umat Islam dan Raja pada Bani israel membangunkan semula Masjid Al-Aqsa dengan mengunakan jin-jin sebagai pekerja dan ia telah menjadi begitu mewah dan megah pada Zaman Nabi Sulaiman A.S, kerana itu bangsa yahudi pada zaman ini menggelar keseluruhan perkarangan Masjid Al-Aqsa sebagai kuil Haikal Sulaiman(Solomon Temple)..dan ingin merampas kembali dari Umat Islam.

Sejarah Haikal Sulaiman bermula di Baitulmaqdis yang merupakan sebuah kota yang terletak di dalam wilayah Palestin dan diiktiraf sebagai kota ketiga paling suci bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah. Dalam kalangan masyarakat antarabangsa, kota ini lebih dikenali dengan nama Jerusalem yang bermaksud ‘tempat yang aman untuk didiami’.

Hari ini, Kota Baitulmaqdis masih berada di bawah kekuasaan bangsa Yahudi yang menyimpan impian untuk meruntuhkan Masjid al-Aqsa yang mahu digantikan dengan Haikal ketiga mereka yang dipercayai menjadi Haikal terakhir mereka, malahan mereka bertungkus lumus melakukan aktiviti carigali di sekitar kompleks Haram al-Sharif untuk menguatkan dakwaan pemilikan mereka ke atas kawasan suci itu sebelum terbinanya masjid-masjid di atasnya.

Mengikut berita yang tersebar luas, mereka melakukan penggalian di bawah tapak masjid sehingga meletakkan Masjid al-Aqsa dan Masjid Kubah Batu di dalam risiko keruntuhan akibat aktiviti yang kononnya berlandaskan kerja-kerja arkeologi itu. Kaum Yahudi kelihatan begitu teruja untuk merealisasikan pembinaan Haikal Sulaiman mereka itu, bagi mereka pembinaan itu adalah sesuatu yang menjadi tuntutan agama mereka dan perlu dilaksanakan, yang menjadi persoalan hanyalah bilakah Haikal Sulaiman itu akan dibangunkan?

Ada sesuatu yang mereka cari disebalik runtuhan haikal tersebut, sesuatu misteri yang dapat menyeru kebangkitan Dajjal Al Masih untuk menjadi nabi palsu akhir zaman.

Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi disitulah Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam.

Apabila Istana ini telah terbina maka Kedatangan Dajjal yang dilahirkan sebagai seorang manusia berbangsa Yahudi akan muncul di Baitul Maqdis.

https://www.youtube.com/watch?v=UIBQqfJqCiU

===========================================================================================================================================

KERUNTUHAN AL-AQSA PETANDA AWAL KIAMAT

Pada perang salib ditahun 1099 adalah awal permulaan kepada dunia dikatakan moden saat ini. Ketika itu, Jerusalem telah jatuh ke tangan tentara salib. Pada tahun 1118, sebuah kumpulan tentara yang bernama Knight Templar telah dibentuk. Knight Templar ini telah mengawali keadaan di Jerussalem dan juga telah menciptakan suatu sistem ekonomi sendiri.


Akan tetapi sesuatu yang unik telah berlaku kepada sekumpulan Knight Templar ini yang jarang kita dengar. Kumpulan tersebut telah menemukan harta yang tak ternilai harganya, tepat dibawah Baitul Maqdis atau yang kita kenal saat ini adalah Masjid Al-Aqsa di Palestin, ketika berada di Jerusalem.

Harta tersebut sebenarnya merupakan buku-buku sihir purba milik Bani Israil yang dirampas oleh Nabi Sulaiman as. Nabi Sulaiman merampas semua buku-buku sihir dan menyimpannya di dalam sebuah bilik rahasia di bawah Al-Aqsa. Khight Templar telah menemukan bilik tersebut dan mempelajari seluruh simbol-simbol dan sihir-sihir dari bani Israil.

Sihir-sihir tersebut sangat hebat, lantas dikala itu mereka meninggakan agama kristiani dan mengamalkan seluruh upacara penyembahan Iblis tersebut. Mereka dapat berhubung langsung dengan Al-Masih Ad Dajjal yang sedang dikurung sebelum kelahiran Nabi Muhammd SAW.

Dajjal menjanjikan mereka kekuasaan, kekayaan, dan segala macam kenikmatan yang tiada tandingnya. Sebagai balasan, para penyembah Iblis ini perlu bekerja untuk Dajjal dalam melaksanakan semua konspirasi agungnya. Termasuk membina haikal sulaiman, sebagai istana tempat Dajjal akan memerintah dunia apabila dilepaskan nanti.

" dan mereka mengikuti apa yang telah dibacakan oleh syaitan-syaitan di zaman kerajaan Nabi Sulaiman. Dan bukanlah Nabi Sulaiman itu kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat Harut dan Marut di Negeri babil," QS. Al-Baqarah : 102.

Tetapi saat itu, Jerusalem berjaya dan dirampas kembali oleh tentara Islam dan The Knigth Templar terpaksa lari balik ke Eropah. Lantas mereka membina semula kekuatan di Eropah. Menyedari hal ini, raja-raja Eropah telah mengharamkan Knight Templar. Amalan sihir mereka terbongkar, hampir semua ahli sihir ditangkap dan dibakar hidup-hidup.

Tetapi kita di ajarkan didalam sejarah, kononnya mereka yang di tangkap itu adalah para ahli saintis yang tidak sehaluan dengan pihak gerejani di zaman kegelapan Eropah. Namun sebagian kecil dari mereka terselamatkan.

Pergerakan mereka disusun semula dan ditukar nama menjadi "Freemason" (simbol segi tiga bermata satu). Seterusnya, Freemason menjalankan konspirasinya dan menjatuhkan semua raja-raja Eropah dan pihak-pihak gereja melalui revolusi.
Semua pergerakan Illuminati adalah ditaja oleh Keluarga Rothschild.

Demi menutup semua konspirasi jahat itu, mereka perkenalkan istilah "renaissance" dalam sejarah. Maka dengan itu, segala perancangan jahat mereka dilihat "Mulia" dalam lipatan sejarah. Maka tertipulah seluruh bangsa Eropah, sedang mereka diperintah oleh para penyembah syaitan.

Setelah mereka menguasai Eropah, mereka memperluaskan kuasa mereka ke seluruh dunia. Disinilah bermula era penjajahan. Akhirnya mereka berjaya dan kembali menguasai Jerusalem. Haikal sulaiman kembali diduduki untuk penyambutan raja mereka "Dajjal Laknatullah alaihi".

Langkah pertama dalam gerakan mereka, orang Yahudi mesti di tindas supaya mereka dalam keadaan terdesak, disinilah Holocaust dirancang. Setelah yahudi dalam keadaan terdesak, mereka memperkenalkan zionis kepada yahudi. Kononnya untuk menyelamatkan yahudi, Orang yahudi dihasut untuk membina sebuah Negara di Palestin dengan mengandaikan lebih baik menghancurkan daripada ditindas.

Mereka juga dihasut supaya membina Haikal Sulaiman. Yahudi telah dijadikan kambing hitam untuk menyambut kedatangan Al-Masih Ad Dajjal. Pertumbuhan zionis telah dicipta oleh para penyembah syaitan untuk menipu seluruh kaum yahudi yang ditindas oleh mereka sendiri. Kerana itulah sebagian rabbi yahudi yang menyedari agenda jahat tentara Dajjal ini berusaha menyedarkan dunia bahawa orang-orang yahudi telah ditipu oleh zionis.


Setelah seluruh dunia dikuasai mereka, perang dunia ke 1 dan 2 dirancang. Watak PBB diciptakan yang kononnya menjadi penyelamat. Kemudian perang dingin dirancang. Dan watak Amerika Syarikat pula diperkenalkan sebagai penyelamat. Nazi, Soviet dan lain-lain dicipta oleh para tentera Dajjal untuk mereka pamerkan kepada dunia bahawa lagi-lagi Negara Kuasa Besar itu sebagai penyelamat dunia.

Mereka juga ingin memanipulasi sejarah yang kononnya merekalah pembawa keamanan kepada dunia selepas menempatkan perang dunia dalam mengalahkan "Raksasa Nazi dan Uni Soviet" yang padahalnya merupakan ciptaan mereka sendiri.

Ramai ilmuwan islam dan pengkaji konspirasi "antichrist" telah membuktikan bahawa perang dunia dan perang dingin hanyalah lakonan semata-mata. Pemimpin pakatan bersekutu, pemimpin aliran fasis dan pemimpin aliran soviet tidak pernah bergaduh. Hanya tentera-tentera mereka dijadikan korban untuk menjayakan konspirasi Agung menyambut kedatangan Al-Masih Ad Dajjal.

Seterusnya, apabila raksasa Soviet telah dipadam, raksasa baru harus di cipta. Oleh kerana itu, peristiwa 11 September telah dirancang. Banyak penyiasatan persendirian juga telah membuktikan bahawa peristiwa 11 September adalah rancangan Amerika sendiri. George W Bush menurut setiap arahan dari Jacob Rothschild manakala Rothschild pula tunduk setiap arahan dari Dajjal.

Seterusnya, setelah pascah runtuhnya menara kembar tersebut, muncullah nama Osama bin Laden yang sebenarnya tidak pernah ada. Menurut data yang diringkaskan, Osama adalah agen CIA yang bernama Tim Osman. Al-Qaeda juga tidak pernah ada. Seorang Wartawan British telah memaparkan bahawa rakyat Afghanistan sebelum itu tidak pernah mendengar nama Osama dan juga Al-Qaeda. Kedua-dua nama tersebut adalah konspirasi ciptaan Amerika dan untuk turut menjayakan konspirasi tersebut, maka alat media siaran TV " Al-Jazeerah " telah disahkan dan mempunyai hubungan rapat dengan Amerika demi menjayakan propaganda perang War On Terror.

Konspirasi Dajjal hampir ke puncaknya. Mereka hanya menunggu KERUNTUHAN AL-AQSA untuk mendirikan HAIKAL SULAIMAN yang tidak pernah ada itu untuk menyambut kedatangan Dajjal sang juru fitnah.

Selepas serangan 11 September, Amerika telah membina pangkalan militer dengan ribuan tenteranya di 10 Negara di sekitar Israel untuk menjaga bakal pusat pemerintah Dajjal kelak.

Setelah Afghanistan hancur, watak Saddam, Iran, dan Hizbullah juga dinaikkan rankingnya hingga sekarang. siapa sangka jika Sadam Hussein adalah ahli 33rd Degree Freemason (penyembah Iblis). Iran pula kononnya menjadi penentang Amerika, sedangkan Iran sendiri mempunyai hubungan yang sulit dengan Amerika ketika saat itu Amerika menyerang Afganistan dan Iraq.

Begitu pula dengan Israel, Negara Boneka Amerika ini berpura-pura berperang dengan Hizbullah pada tahun 2008, kemudian berpura-pura kalah. Hakikatnya, yang menjadi korban dalam peperangan palsu tersebut hanyalah rakyat Sunni Lebanon dan pelarian Palestin.

"Sedikit dikutip keterangan dari bekas naib presiden iran, dia mengatakan, jika tidak kerana orang-orang Iran, Kabul dan Baghdad tidak akan jatuh ke tangan Amerika dengan mudah. //Seminar teluk: cabaran dan masa depan UAE. 15/1/2004.

Sementara itu, Akbar Hashemi Rafsanjani dalam khutbah jumaatnya di Universiti Theran Iran 8 Februari 2002, mengatakan, tentara Iran telah memerangi Taliban dan bekerjasama dengan Amerika untuk menjatuhkannya (Thaliban).

"andai saja tidak kerana bantuan tentara Iran dalam peperangan melawan Taliban, maka disaat itu tentara Amerika telah tenggelam di bumi Afghanistan. Seharusnya mereka Amerika mengetahui jika tidak kerana tentara Iran, Amerika tidak akan mampu menjatuhkan Thaliban,"ungkapnya.

" orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang kafir berperang di jalan taghut. Maka oleh itu, perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah," QS. An-Nisa:76.

Kubah emas bukanlah Masjidil Al-Aqsa tetapi adalah Masjid Batu bergantung “Dome Of The Rock. Setiap kali Masjidil Aqsa diucapkan di media, mereka akan menunjukkan Masjid ” Dome of the rock” sebagai Masjidil Al-Aqsa. Sehingga orang ramai tidak mengetahui yang mana satu Masjidil Al-Aqsa yang sebenarnya.

Ini merupakan muslihat Zionis. Mungkin sehinggakan Masjidil Al-Aqsa dihancurkan, umat Islam tidak mengetahui akan kehancurannya. Menjadi kewajipan umat Islam untuk tahu yang mana satu masjidil Al-Aqsa yang sebenarnya.

============================================================================================================================================

RAHSIA YANG TERTANAM DI BAWAH MASJIDIL AQSA

Berbalik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman”. Nabi Sulaiman As berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin.

Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja. Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). Baginda memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Amalan ini berkaitan berkaitan dengan jin dan setan.

Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak wujudnya seperti Jin “baik” atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.

Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak akan ada sesiapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.

Baginda menanamkan buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesatria yang di kenali sebagai “Knights of the temple of Solomon” untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam.

Kesatria melakukan tugasan yang diberikan pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman a.s wafat, The Knights menemui apa yang terdapat di bawah kuil itu. Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan. Mereka benar-benar jauh dari agama Nabi Sulaiman dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu.

Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai “Free Mason”. Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia yang diketuai Keluarga Rothschild.

Jadi jika freemason/Illuminati sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan “harta rahsia” ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa? Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu “Dajjal”.

Dan inilah sebabnya mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim sebagai pengganas. Mereka ingin menghasut dan mengubah dunia supaya melawan dan membenci orang Islam, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang-orang Muslim. Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh dajjal dan Amerika adalah murid murid Dajjal.

Salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang sedang berlaku sebagaimana yang anda baca ini.

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Dan bukti kedatangan Dajjal akhir zaman adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa.

http://www.youtube.com/watch?v=P5ObyF0KXbU#t=38


“..Mereka (membelakangkan kitab Allah) dan mengikut ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang mempelajari dari mereka berdua… Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat…”;

(Quran: Surah Al-Baqarah:102)

0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ