Kisah Syiling


Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen. Melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.
Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.
Tiada siapa yang berdekatan dengannya . Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya. "Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.

Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya.
Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan ,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.
Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.
Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas. Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.
Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.
Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.
Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
Sahabat sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya.
Tetapi, acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat utk mendongak, menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.
Selamat Menyambut tahun 2015

1 comments:

Post a Comment

KERAP BERCIUM BOLEH MENGURANGKAN BERAT BADAN



KELEBIHAN BERCIUM

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya sebelum pergi ke tempat kerja rata-rata memiliki jangka hayat lima tahun lebih lama berbanding dengan pasangan yang tidak melakukan rutin ini. Bercium dalam waktu lama boleh membantu sistem peredaran darah kita. Ketika berciuman, detak jantung menjadi semakin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.

2. Bercium adalah sangat baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuatkan seseorang itu berasa lebih dihargai dan tenang. Tapi janganlah sampai nak bercium kat depan orang ramai pulak ye, itu dah over-confident namanya!

3. Bercium mampu membakar kalori (2-3 kalori per minit) dan dapat meningkatkan tahap metabolisme badan. Ada yang mengatakan, bahawa dengan bercium selama tiga kali sehari (minima 20 detik per ciuman) boleh membantu mengurangkan berat badan. Ini merupakan tips yang paling senang untuk diamalkan bagi mereka yang nak cepat kurus.

4. Ciuman cukup sinonim sebagai penghilang stress. Benar! Ciuman yang berlangsung lebih daripada tiga minit dapat membantu kita untuk melawan stress. Ciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangkan perasaan negatif dan sekaligus membuatkan kita berasa lebih bersemangat.

5. Bercium menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi akan menegang dan menjadikan kulit muka menjadi lebih halus. Patut laa ramai orang cakap, pasangan yang baru berkahwin akan kelihatan lebih berseri. So tak lain tak bukan inilah antara sebabnya kan? Untung laaa..Hahaha! =p

6. Ciuman baik untuk jantung. Setelah bercium, paru-paru akan bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit jika dibandingkan dengan nafas normal iaitu hanya 20 kali tarikan nafas per minit. Ini sangat baik untuk mencegah penyakit paru-paru, menurunkan tekanan darah dan kolesterol berlebihan.

7. Mereka yang sering bercium jarang mendapat masalah sakit perut. Seperti yang kita semua dah belajar masa kat sekolah dulu, perut adalah tempat pengumpulan asid. Air liur pulak bersifat alkali. So kalau asid dan alkali bergabung, neutral lah jadinya kan? Kita sakit perut sebab perut banyak asid. Dengan bercium, kita mampu mengurangkan kadar keasidan dalam perut berikutan air liur yang terhasil kesan daripada aktiviti bercium telah menolong kita untuk tidak sakit perut.

8. Last but not least, bercium juga dapat mengurangkan penyakit gigi. Selama berciuman, tubuh badan kita akan mengeluarkan antibiotik melalui air liur yang bertindak sebagai anestetik untuk menjaga gigi supaya sentiasa berada dalam keadaan baik, mencegah gigi berlubang dan kerosakan gigi. Tapi dengan syarat, dua pasangan yang berciuman harus menjaga kebersihan mulut. Jangan lupa gosok gigi dulu ye. Hahaha!

TAPI INGAT!!!
PASTIKAN ANDA BERNIKAH DAHULU SEBELUM BERCIUM!!!

1 comments:

Post a Comment

Senjata Perang Dunia Kedua Ditemui Selepas Banjir



TUMPAT - Penemuan ratusan peluru dan senjata api dipercayai tinggalan zaman perang dunia kedua di halaman rumah mekanik lori, menggemparkan penduduk Kampung Tanjung Kuala di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, Che Mud Ismail, 51, memberitahu, peluru dan senjata api ditemui ketika dia bersama anaknya, Zuhairi, 19, membersihkan halaman rumahnya yang runtuh akibat banjir.




Katanya, ketika mencangkul dan menyapu kawasan itu, dia ternampak enam peluru lama di atas besi berkarat berhampiran pokok mangga.

“Saya menghampirinya dan tidak menyangka besi itu adalah topi askar. Saya angkat topi yang terbenam dalam pasir, keluar pula serpihan tulang di dalamnya, saya syak ia tengkorak manusia,” katanya.

Menurutnya, berdekatan itu juga, dia ternampak sebatang besi berkarat lalu dan amat mengejutkannya kerana ia adalah senjata api.

Sementara itu Zuhairi berkata, ketika tangannya meraba-raba di kawasan akar pokok mangga yang terbongkah keluar, ada ratusan peluru di bawah tanah itu.

“Ketika jam 12 tengah hari, kira-kira 50 peluru berjaya dikeluarkan dalam tanah di hadapan rumah kami yang runtuh akibat dibawa arus ketika banjir Jumaat lalu,” katanya.

Menurutnya, kawasan halaman rumahnya terhakis dan menjadi rendah daripada jalan utama walau pun sebelum banjir, tapak rumahnya sama tinggi dengan jalan Kampung Tanjung Kuala.

“Mungkin apa yang ada di bawah tanah ini seperti peluru dan senjata api peninggalan Jepun timbul akibat hakisan tersebut,” katanya.

Difahamkan, sekitar tapak rumah sewa Che Mud merupakan kubu Jepun pada zaman perang dunia kedua.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan berkaitan penemuan peluru dan senjata api lama tersebut,” katanya.-Sinar Harian



0 comments:

Post a Comment

Rahsia Nombor Dalam Islam



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Jumlah para nabi, rasul dan sahabat

Jumlah para nabi dan rasul berdasarkan kepada hadits nabi iaitu ada seramai 124,000 orang.  Manakala jumlah para rasul sahaja ialah 313 orang. Sedangkan rasul yang wajib kita ketahui ialah 25 orang. Ada kisah nabi yang diceritakan kepada kita dan ada yang tidak pernah diceritakan.

“Dan Sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang Rasul sebelum kamu, di antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka ada yang tidak Kami ceritakan kepadamu.”  [Surah Ghafir : Ayat 78]

Dari Abi Zar al Ghifary r.a. berkata, “Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ketika ditanya tentang jumlah para nabi, “(Jumlah para nabi itu) adalah seratus dua puluh empat ribu (124,000) nabi.” “Lalu berapa jumlah Rasul di antara mereka?” Baginda menjawab, “Tiga ratus tiga belas (313)” [Hadits Riwayat At-Tirmizi]

1 + 2 + 4 = 7

manakala jumlah para rasul pula ialah 313 orang,

3 + 1 + 3 = 7

dan jumlah rasul yang WAJIB kita ketahui ialah 25 orang,

2 + 5 = 7

Jumlah keseluruhan sahabat nabi S.a.w ialah 124,000 orang. Jumlah pejuang-pejuang Islam yang menyertai Perang Badar iaitu perang pertama dalam sejarah dakwah Nabi Muhammad S.a.w ialah seramai 313 orang.

Sila buka terjemahan AlQuran, surah ke 3 dan ayat ke 13, maka anda akan menjumpai ayat yang berkaitan dengan Perang Badar.

"Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan berperang pada jalan Allah, dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa (seolah-olah) dua kali jumlah mereka. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya yang demikian itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang mempunyai mata hati."  [Surah Aali Imran : Ayat 13]

Telah diriwayatkan oleh Al-Aufi, dari Ibnu Abbas, bahawa kaum mukmin dalam Perang Badar adalah seramai 313 orang.

Sebahagian ulama Salaf berkata; "Iman itu mengandungi 313 akhlak, sesuai dengan jumlah bilangan para Rasul yang diutus...... "

Tentang jumlah rasul yang wajib kita ketahui iaitu seramai 25 orang, ada kaitannya dengan jumlah nama Nabi Adam a.s disebut dalam AlQuran iaitu 25 kali.

Dapat kita lihat, setiap satu nombor yang mewakili jumlah para nabi dan para rasul, jika dicampur setiap angka akan menjadi jawapannya 7.
Sebagaimana kita ketahui, nombor 7 juga sangat banyak ada kaitan dalam Islam.

Rasulullah S.a.w berkahwin dengan Khadijah r.a ketika berumur 25 tahun, dan hidup bersama Khadijah r.a selama 25 tahun juga.

Rahsia nombor 7

Sangat banyak jika mahu dibicarakan tentang nombor 7 sahaja, tetapi saya kongsikan di sini setakat yang saya ingat dan jumpa.

- 7 lapis langit, 7 lapis bumi.

"Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh."  [Surah An-Naba' : Ayat 12]

"Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. Supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu."  [Surah At-Thalaq : Ayat 12]

- 7 hari dalam seminggu. Allah memuliakan beberapa nabi dengan hari-hari tersebut iaitu;

1) Nabi Musa a.s dengan hari Sabtu

2) Nabi Isa a.s dengan hari Ahad

3) Nabi Daud a.s dengan hari Isnin

4) Nabi Sulaiman a.s dengan hari Selasa

5) Nabi Ya'akob a.s dengan hari Rabu

6) Nabi Adam a.s dengan hari Khamis

7) Nabi Muhammad S.a.w dengan hari Jumaat

- Al-Fatihah mengandungi 7 ayat.

"Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Quran yang agung." [Surah Al-Hijr : 87]

Surah Al-Fatihah juga adalah Surah ke 1 dalam Al-Quran.

Dan ia wajib dibaca dalam sehari sebanyak 17 kali (bacaan dalam solat fardhu = Subuh 2 + Zuhur 4 + Asar 4 + Maghrib 3 + Isya' 4 = 17).

- Anggota tubuh yang wajib menyentuh tempat sujud ketika solat ada 7 iaitu dahi , 2 tapak tangan , 2 lutut ,dan 2 hujung jari-jari kaki.

Diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; " Aku diperintahkan supaya bersujud di atas 7 tulang iaitu dahi, dua tangan, dua lutut dan dipenghujung (jari-jari) dua kaki serta menyingkap pakaian dan rambut "  [Hadits Riwayat al-Bukhari dan Muslim]


- Kalimah Tauhid yang agung ada 7 kalimah (perkataan)

لا اله الا الله محمد رسول الله

Laa ilaaha illa Allah  Muhammadur Rasul Allah

- Perbuatan Tawaf ketika mengerjakan Haji di baitullah, ialah mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali.

Bacaan lain berkaitan dengan tawaf boleh dilanjutkan pada topik Dari makhluk terkecil hingga makhluk terbesar semuanya memuji Allah

- Larian Sa'ie sebanyak 7 pusingan.

- Melontar ketiga-tiga jamrah iaitu Jamrah Al-Ula, Jamrah Al-Wusta dan Jamrah Al-Aqabah, masing-masing dengan 7 biji batu.

- Ada 7 cara wahyu diturunkan kepada Nabi Muhammad S.a.w.

1) Melalui mimpi yang benar. Cara ini juga pernah dialami oleh Nabi Ibrahim a.s ketika Allah perintah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.

2) Masuk secara terus ke lubuk hati nabi.

3) Malaikat Jibril datang menyerupai seorang lelaki.

4) Datang bunyi seperti loceng.

5) Datang bunyi seperti lebah.

6) Malaikat Jibril menjelma dalam rupa asli.

7) Allah S.w.t berfirman secara langsung kepada Nabi Muhammad S.a.w.  Seperti dalam Peristiwa Isra' Mi'raj, ketika nabi Mi'raj ke langit.

- Anak Nabi Muhammad S.a.w ialah 7 orang, iaitu 3 lelaki dan 4 perempuan.

- Nabi S.a.w galakkan makan Kurma 'Ajwah sehari 7 biji.

"Siapa yang sarapan dengan 7 biji kurma 'Ajwah (boleh didapati di Madinah), maka pada hari itu dia boleh terhindar dari kesan racun dan sihir."  [HR Bukhari dan Muslim]

- Ada 7 tahap penciptaan manusia. Ibnu Abbas r.a berkata; "Anak Adam diciptakan melalui tujuh tahapan." Lalu dia membacakan ayat;

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. kemudian Kami jadikan Dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta yang paling baik." [Surah al-Mukminun : ayat 12-14]

- Allah ciptakan ada 7 lubang di kepala kita iaitu 2 lubang mata, 2 lubang telinga, 2 lubang hidung dan 1 lubang mulut.  Sains juga telah menyatakan bahawa manusia normal dewasa mempunyai 206 tulang.

Surah yang ke 7 iaitu Surah al-A'raaf, mempunyai 206 ayat.

Di dalam Surah al-A'raaf juga ada diceritakan tentang penciptaan manusia.  "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka sujud melainkan Iblis, dia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud."  [Surah al-A'raaf : Ayat 11]

Nombor 2

- Setiap makhluk dijadikan berpasangan. Dan ini menyebabkan nombor 2 juga termasuk dalam senarai nombor yang istimewa.

- Kita hidup di atas bumi yang mempunyai 2 dunia iaitu dunia nyata dan dunia ghaib.

- Rasulullah S.a.w dilahirkan pada hari KEDUA iaitu hari Isnin (12 Rabi'ul Awwal) , dilantik sebagai Rasul pada hari Isnin (21 Ramadhan) , sampai di Madinah sewaktu Hijrah pada Isnin 12 Rabi'ul Awwal, dan wafat pada hari Isnin juga (12 Rabi'ul Awwal).

- Keseimbangan dan berpasangan, adalah berkait rapat.

Nombor 9

Rasulullah S.a.w wafat pada usia 63 tahun.

Abu Bakar r.a meninggal dunia  = 63 tahun.

Umar r.a meninggal dunia = 63 tahun

Utsman r.a meninggal dunia = 81 tahun

Ali r.a meninggal dunia = 63 tahun

6 + 3 = 9

8 + 1 = 9

Nombor 9 ialah nombor yang mempunyai nilai terbesar dalam kitaran nombor. Nombor 1 ialah nombor permulaan dan nombor 9 ialah nombor akhir. Sinonim dengan Allah Yang Awal dan juga Yang Akhir. Juga Allah Yang Esa dan Allah Maha Besar.


Nombor 9 mempunyai beberapa keistimewaan dalam kaedah Matematik. Antaranya;

- Nombor yang didarabkan dengan 9, apabila dicampurkan antara nombor-nombor jawapannya akan menghasilkan nombor 9 juga, melainkan nombor yang sama seperti 11, 22, 33 dan seterusnya. Dan nombor itu pula lebih kecil dari 51, contoh;

3 X 9 = 27. Maka 2 + 7 = 9

5 X 9 = 45. Maka 4 + 5 = 9

7 X 9 = 63. Maka 6 + 3 = 9

12 X 9 = 108. Maka 1 + 0 + 8 = 9

16 X 9 = 144. Maka 1 + 4 + 4 = 9

23 X 9 = 207. Maka 2 + 0 + 7 = 9

Rahsia nombor di sebalik solat - pada ruku' dan sujud

Seharian kita menjalankan ibadat solat 5 kali sehari semalam. Ia terbina dengan 17 rakaat iaitu 2 bagi solat Subuh, 4 untuk Zohor, Asar dan Isya’ dan 3 untuk Maghrib. Pada setiap rakaat pula kita membaca Al-Fatihah yang mengandungi 7 ayat, melakukan 1 X Ruku’ dan 2 X Sujud dengan 1 X duduk di antaranya.

Di dalam buku Matematika Islam karangan KH. Fahmi Basya, beliau menjelaskan bahawa ketika kita telah melakukan 1 rakaat dalam solat, sesungguhnya kita sudah melakukan satu putaran yang terdiri atas satu kali ruku’ dan dua kali sujud. Ketika ruku' kita membentuk sudut 90° dari posisi berdiri tegak. Sedangkan ketika sujud kita membentuk sudut 90° + 45° = 135° dari posisi tegak. Maka tatkata kita lengkap melakukan 1 ruku’ dan ditambah dua sujud, jumlah sudutnya adalah 90° + 135° + 135° = 360° atau satu pusingan penuh. Umpama TITIK AWAL yang melingkar penuh lalu menemui TITIK AKHIR dengan awalannya. PENUH bermaksud SEMPURNA.



Pada setiap rakaat, melalui pusingan yang penuh ini rakaat itu menjadi sempurna lalu kita ulanginya lagi dan lagi mengikut perkadaran jumlah rakaat solat yang ditunaikan. Bukankah solat itu membentuk KESEMPURNAAN. Melatih energi dalaman agar terjana penuh. Umpama PUSARAN KIPAS yang lengkap putarannya. Lalu, 17 rakaat sehari semalam ini membawa kepada 17 pusingan penuh (BULATAN 360°) atau PUSARAN LENGKAP KIPAS YANG MENJANAKAN ENERGI TUBUH. Jika dihalusi lagi, angka 1 dan 7 (pada jumlah 17 ini) akan membawa kepada angka 8 (iaitu 1 + 7 = 8) dan 8 adalah satu-satunya angka yang TIDAK PUTUS (titik awal bertemu titik akhir). Ia juga seumpama bentuk BILAH KIPAS yang digambarkan tadi.

Rasullullah S.a.w sebagai UTUSAN ilmu-ilmu ALLAH.  Menariknya untuk kita renungi lagi, sewaktu berlakunya GERHANA MATAHARI iaitu pada masa BUMI, BULAN DAN MATAHARI BERADA PADA SATU GARISAN LURUS, kita disunatkan melakukan Solat Gerhana. Aisyah r.a. berkata, “Pada masa Rasulullah s.a.w. masih hidup pernah terjadi gerhana matahari. Maka Rasulullah s.a.w. menyuruh orang ramai solat berjamaah. Setelah mereka berkumpul, Rasulullah s.a.w. datang lalu bertakbir dan solat dengan 4 kali ruku’ dan 4 kali sujud dalam dua rakaat.” (Sahih Muslim)

Kembali ke kajian tentang ruku' dan sujud di atas tadi, pemusingan dalam Solat Gerhana yang terdiri atas dua rakaat dengan 4 ruku dan 4 sujud itu dihitung sebagai berikut:

Rakaat 1 = 360º + 90º (kerana 2 x ruku’) = 0º + 90º = 90º

Rakaat 2 = 360º + 90º (kerana 2 x ruku’) = 0º + 90º = 90º

Maka, 90º +90º = 180º = iaitu SAMA DENGAN SATU GARIS LURUS. Hal ini sama duduknya dengan peristiwa gerhana iaitu posisi matahari, bumi, dan bulan membentuk satu garis lurus.

Manakala jikalau diamati pula senario Solat Jenazah yang tiada ruku’ dan sujud melalui diskusi kaedah di atas, kita akan mendapati TIADA PUSINGAN PENUH atau PUSARAN LENGKAP terbentuk. Ini adalah kerana tiada posisi ruku’ dan sujud yang dilakukan. Jika pusingan penuh ini dikaitkan dengan penjanaan PUSARAN ENERGI HIDUP (roh), maka kaedah solat jenazah ini menggambarkan tiadanya lagi PENJANAAN ENERGI berlaku kerana hakikatnya roh si mati telah pun meninggalkan tubuhnya. Solat jenazah adalah himpunan doa-doa yang dilakukan secara berjemaah untuk dihadiahkan kepada si mati seperti bacaan doa selepas takbir ketiga iaitu:

“Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka.”

Dan bacaan doa selepas takbir ke empat:

“Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan iman dan janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang yang beriman, Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Penutup

Walaubagaimana pun, pernomboran ini semua bukannya untuk kita percaya kepada nombor bertuah atau untuk dibeli nombor ekor. Tetapi ianya menunjukkan keindahan dan betapa sistematiknya Islam ini. Segalanya dibuat dalam keadaan yang tersusun rapi dan mempunyai misteri-misteri tersendiri agar manusia sentiasa berfikir dan mengagungkan kebesaran Allah Yang Maha Bijaksana.  Allahu akbar .......

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal.” [Surah Ali-Imraan, ayat 190]

”Berfikirlah tentang kejadian ciptaan Allah dan jangan kamu berfikir tentang zat Allah kerana kamu tidak dapat mentakdirkan (menentukan zat Allah) yang sebenarnya,”  [Hadits Riwayat Abu Nu'aim]

Kita digalakkan oleh Rasulullah S.a.w agar berfikir tentang makhluk-makhluk ciptaan Allah, agar iman kita dapat bertambah dan semakin dekat pada Allah S.w.t. Dan kita dilarang dari berfikir tentang zat Allah, kerana akal kita ini tidak mampu untuk membayangkan bagaimana rupa Allah. Jika kita teruskan juga berfikir tentang zat Allah, nescaya syaitan-syaitan akan membayangkan imaginasi yang bukan-bukan yang sememangnya TIDAK LAYAK bagi Allah Azza wa Jalla.

Wallahu a'lam...

0 comments:

Post a Comment

Misteri Tenaga Piramid



Piramid merujuk kepada bentuk geometri yang terdiri daripada satu tapak dengan pepenjuru yang bersambung dengan kemuncak yang sama, membentuk segitiga. Sekiranya tidak dinyatakan, tapak biasanya empat segi sama. Isipadu piramid adalah A × h / 3, dimana A merupakan luas tapak dan h merupakan ketinggian tapak sehingga ke puncak.

BINAAN PIRAMID 

Bangunan berbentuk piramid telah dibina oleh banyak kebudayaan silam. Yang paling terkemuka di antara bangunan piramid adalah di Mesir silam, dimana piramid diperbuat daripada batu padu dibina sebagai makam firaun. Piramid Mesir pertama dibina pada Zaman Kerajaan Lama oleh arkitek Imhotep untuk Raja Zoser (2650 SM).

Piramid yang paling terkenal ialah di Giza, iaitu Piramid Besar Kufu, salah satu daripada tujuh benda ajaib di dunia. Piramid ini siap dibina pada tahun 2600 SM, mengambil masa 20 tahun, mengandungi 2 juta batu blok yang setiap satunya seberat 1 tan dan tapaknya pula seluas 13 ekar (5 hektar) dan tingginya 482 kaki. Piramid Mesir mempunyai permukaan batu kapur yang licin dan sudah tentunya kelihatan hebat ketika ia siap dibina. Pada masa sekarang kebanyakan kelonsong batu kapur tersebut telahpun diambil sebagai bahan binaan bangunan sekitarnya pada zaman selepasnya, meninggalkan permukaan batu kasar yang kelihatan pada masa sekarang.



Di selatan Mesir, terdapat juga piramid dibina oleh orang-orang Nubia. Orang-orang Nubia membina lebih banyak piramid berbanding orang-orang Mesir, tetapi ia jauh lebih kecil. Piramid Nubia dibina lebih curam berbanding piramid Mesir dan merupakan tugu untuk raja yang meninggal dan bukanya sebagai makam. Piramid Nubia dibina sehingga 300s S.M. (A.D.)


Orang-orang Babylon juga membina piramid bertingkat yang dikenali sebagai piramid bertingkat, sementara piramid yang dibina di Mesopotamia biasanya dikenali sebagai ziggurat. Menara Babel dalam kitab Injil dipercayai merujuk kepada ziggurat orang-orang Babylon.

PIRAMID DI MEXICO

Beberapa peradapan Mesoamerika seperti Maya, juga membina binaan berbentuk pyramid. Ia biasanya bertingkat dan selalunya digunakan sebagai tempat pengorbanan manusia dan haiwan.
Terdapat juga monumen silam berbentuk piramid di Amerika Tengah dan sebahagian Asia.

PYRAMID – TENAGA YANG TERTUMPU 

Anda mungkin mengetahui tentang kewujudan piramid di dunia ini tetapi pernahkan anda mendengar mengenai daya dan tenaga yang dihasilkan daripada piramid yang ada di muka bumi ini ? Bagaimana tenaga ini terhasil dan bagaimana kaedah untuk menggunakannya untuk memenuhi keperluan seharian kita ?  Tenaga Piramid merupakan bentuk tenaga mistik yang masih lagi dikaji oleh penyelidik mengenainya. Namun telah ramai yang menggunakan tenaga tersebut dan terbukti keberkesanannya.

Pengunaan tenaga ini tidak dikaitkan dengan sebarang amalan keagamaan kerana ia bersifat semulajadi dan universal. Percaya atau tidak tentang keupayaan tenaga Piramid ini adalah bergantung sejauh mana anda dapat menggunakan tenaga ini mengikut kaedah yang ditunjukkan. Ingat, piramid tidak berkuasa tetapi tenaga yang ada di dalamnya adalah anugerah Allah untuk kita ,sebagai khalifah di muka bumi ini untuk menggunakannya.

Tenaga yang terdapat di dalam binaan Piramid hanya merujuk kepada tenaga , daya dan kuasa yang terdapat di alam semesta ciptaan Allah . Ia sama seperti tenaga tenaga lain yang diketahui oleh sains seperti tenaga cahaya, mekanikal, bunyi , cahaya dan sebagainya. Bezanya Cuma sains moden tidak mengiktiraf tenaga piramid sebagai satu tenaga dalam erti kata sains moden kerana para saintis tidak dapat menjelaskan mengapa terdapatnya kuasa di dalam binaan piramid atau mengapa tenaga dan daya dapat disalurkan dan dikumpulkan dengan hanya menggunakan sebuah piramid.

Secara saintifiknya, bahagian tajam atau runcing yang menghala ke atas akan menarik ion-ion atau tenaga dari atmosfera sebagaimana bahagian tajam yang dipasang di atas bumbung struktur tinggi untuk menarik pancaran kilat ke bumi. Bahagian di bawah bentuk tajam atau runcing pula akan mengumpulkan tenaga yang berada di bawahnya sebagaimana terdapatnya kebocoran di lapisan ozon tertentu di atmosfera kerana bahagian tersebut merupakan bahagian yang meruncing berbanding bahagian lapisan ozon yang lain.  Kesimpulannya struktur binaan piramid akan menarik tenaga dari alam ini dan mengumpulkannya di dalam binaannya serta akan dipancarkan ke empat penjuru mengikut penjuru yang ada pada binaan piramid. Pancaran tenaga itu tidak dapat berbuat apa apa kecuali difokuskan dengan penggunaan minda kita yang juga merupakan sebahagian daripada pancaran gelombang yang boleh diubahsuai mengikut keadaan.

Sebagai contoh, pancaran cahaya matahari tidak dapat membakar kecuali kita menggunakan kanta untuk memokuskan pancaran menjadi terkumpul dan membakar objek yang disinarinya.  Dengan menghalakan diri anda kepada piramid yang terdapat di Mesir atau di mana mana sahaja di alam ini, atau ke permukaan piramid yang anda bina sendiri ( daripada kadbod ), akan berlakulah perkara-perkara yang mengagumkan serta dapat menyelesaikan masalah kehidupan anda.

KAJIAN YANG TELAH DILAKUKAN 

Barang dan objek yang diletakkan di dalam piramid akan :-  Mengekalkan warna bunga ros Mengekalkan ketajaman pisau cukur Mengering dan mengekalkan bentuk serta buah epal Mengekalkan kilauan barang – barang perhiasan Mengekalkan kesegaran susu segar dalam masa yang lebih panjang Membantu perkembangan pokok Meningkatkan rasa / aroma kopi dan jus buah buahan Mengeringkan daging dan makanan mentah tanpa mngubah rasanya Meningkatkan kualiti tidur dan rehat Meningkatkan daya penyembuhan penyakit Memudahkan proses meditasi dan menenangkan fikiran

Pada tahun 1959, satu patent telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Patent Czech kepada Karl Drbal, seorang jurutera radio, untuk satu "alat bagi mengekalkan ketajaman pisau cukur dan alat pencukur". "Alat" itu adalah satu model skala 1:1000 Piramid Agung, diorientasikan dengan betul. Beliau meletakkan di bawah piramid itu - pada kedudukan satu pertiga dari ketinggian piramid - pisau-pisau cukur, yang mana paksi terpanjangnya menganjur dari Utara ke Selatan. Beliau menemui bahawa pisau-pisau itu kekal tajam walaupun selepas 50 kali bercukur. Ini membuatkan beliau memohon untuk mendapatkan patent tersebut.

Fail-X: Sebenarnya melalui pengkajian yang mendalam terhadap piramid, para pengkaji memang mengakui bahawa bentuk piramid mampu menghasilkan tenaga yang boleh membawa banyak kebaikkan. Makanan yang diletakkan di bawah piramid lebih tahan lama dan tumbuhan yang berada didalam piramid lebih subur. Ada sesetengah orang yang mereka piramid sendiri dan bermeditasi di dalam piramid tersebut. Dikatakan hasil dari meditasi di dalam piramid itu membawa banyak kebaikkan kepada orang tersebut.

Malah sebuah kajian juga pernah dilakukan di negara matahari terbit, Jepun berkenaan dengan struktur binaan model piramid yang dibuat dengan ketepatan yang jitu. Eksperimen itu dilakukan dengan menggunakan sepasang bangkai tikus putih dan dua buah epal segar. Eksperimen itu dilakukan pada 2 buah eksperimen yang berbeza tetapi bukan sekaligus. Ia dilakukan dengan meletakkan seekor bangkai tikus putih dan sebiji epal segar di tengah² binaan piramid yang dipercayai tempat terletaknya makam firaun di dalam piramid yang sebenar. Sementara seekor lagi bangkai tikus putih dan sebiji epal berkenaan diletakkan di luar bersebelahan binaan model piramid dan dibiarkan selama beberapa hari.

Hasilnya setelah dibiarkan beberapa hari adalah memeranjatkan kerana didapati bangkai tikus putih dan buah epal yang diletakkan di tengah² binaan piramid tersebut kelihatan lebih baik berbanding dengan bangkai tikus dan buah epal yang diletakkan di luar bersebelahan model piramid berkenaan yang dibina pada ukuran yang jitu dan tepat. Padahal bangkai tikus dan kesegaran buah epal itu telah ditetapkan kualitinya adalah sama sebelum ia diletakkan di dalam dan di luar model piramid.

Sebenarnya kelebihan sebuah piramid itu bukan terletak pada permukaan bentuk piramid, tetapi ketepatan sudutnya. Jika anda mereka sebuah piramid tetapi mempunyai sudut yang tidak tepat, hasilnya pasti menghampakan. Piramid sebenarnya adalah salah satu bentuk geometri dari banyak bentuk geometri lain yang diaktakan ajaib. Jenis bentuk geometri ini dipanggil sebagai 'sacred geometry'. Semua 'sacred geometry mempunyai suatu persamaan iaitu suatu ukuran sudut yang sama iaitu Phi 1.168 (Golden ratio). Jika anda berminat mengetahui tentang 'sacred geometry' ini, anda bolehlah cari di mana-mana enjin carian dengan menaip "sacred geomery".

PENETAPAN LOKASI PIRAMID

1. Mengikut unjuran Utara – Selatan. Gunakan kompas untuk penentuan

2. Jauh daripada sumber elektrik, medan magnet dan elektrostatik

3. Tempat yang tidak menjadi tumpuan ramai

 4. Tempat yang tenang dan bebas daripada kebisingan

5. Tempat yang kedudukan piramid tidak akan diganggu oleh orang lain.

6. Boleh diletakkan di luar rumah tetapi ada perlindungan daripada panas dan hujan

7. Di atas permukaan yang rata.

8. ’Bersihkan’ energi tempat untuk perletakan Piramid sebelum meletaknya di lokasi berkenaan kerana energi negatif yang sedia ada di lokasi berkenaan akan mempengaruhi energi yang akan dipancarkan oleh piramid berkenaan

9. Sebagai penambahan, letakkan beberapa kristal terpilih di sekitar piramid serta gunakan wangi wangian di sekitarnya untuk menambahkan lagi keberkesanan tenaga yang dipancarkan oleh piramid.

10. Sekarang, andaikan lokasi berkenaan adalah tempat yang istimewa dan jauhi daripada berkata sesuatu yang negatif, emosi yang negatif serta perbuatan yang tidak sepatutnya di lokasi berkenaan kerana semua ini akan mempengaruhi tenaga yang dipancarkan oleh piramid.

11. Seeloknya, lakukan solat dan aktiviti kerohanian seperti berzikir dan membaca al Quran di lokasi berkenaan.

12. Tenaga Piramid boleh digunakan mengikut kaedah yang akan diterangkan dan keperluan yang anda mahukan.  Apakah yang akan berlaku bila piramid telah berada di lokasi yang betul?  Setelah di tempatkan di lokasi yang tepat, maka anda akan dapati tidak ada apa apa yang akan berlaku. Ini samalah seperti mana anda meletakkan kedudukan antena TV di tempat yang betul, tidak ada apa apa yang akan berlaku pada TV anda.  Ingatlah bahawa piramid adalah sebuah alat seperti antena TV. Maka untuk mendapatkan hasil yang berkesan, anda perlu membuat penyelarasan gelombang iaitu dengan menggunakan kekuatan minda ataupun kekuatan daya pemikiran anda iaitu FOKUS MINDA terhadap kemahuan yang anda hajati.



RAHSIA PERMUKAAN PIRAMID 

1. Permukaan Utara – Kekayaan Kebendaan (Fizikal)

Permukaan Utara dapat dikaitkan dengan perkara-perkara yang boleh dilihat dan disentuh. Dengan membuat penyelarasan keserasian diri anda dengan gelombang tenaga yang dipancarkan oleh piramid berkenaan, maka anda dapat menggunakannya untuk mencapai kehendak anda berkaitan kebendaan atau material. Walau bagaimanapun perlu diingat bahawa tenaga piramid mematuhi hukum alam, maka anda tidak seharusnya mengambil sikap tamak dan takbur dalam mengejar impian keduniaan ini.

2. Permukaan Timur – Perasaan kasih Sayang & Kedamaian Jiwa ( Emosi )

Perasaan kasih sayang di sini tidak bermaksud atas dorongan nafsu seks tapi adalah nilai kasih sayang yang abadi serta semulajadi. Sebagai contoh untuk menguatkan hubungan kekeluargaan, meningkatkan ikatan rumah tangga, kedamaian dalam kehidupan dan seumpamanya.  Jangan disalahgunakan Tenaga Permukaan Timur ini dengan berhajat agar sesaorang yang tidak sukakan anda akan menjadi sebaliknya hingga ke tahap sukar melupakan anda. Ini menyeleweng dari tujuan sebenarnya pengunaan tenaga piramid yang berkaitan dengan hukum alam.

3. Permukaan Selatan – Perlindungan dan Penyerangan

Permukaan Selatan mempunyai daya tenaga yang kuat. Ini kerana Permukaan Selatan mewakili simbul API. Jesteru itu tenaga permukaan ini dapat digunakan bagi tujuan kebaikan dan kejahatan. Perlu diingatkan bahawa di dalam hukum karma dan alam, setiap perbuatan ada balasan serta kesannya kepada diri kita sendiri. Maka berhati hatilah dalam menggunakan Tenaga Permukaan Selatan ini dalam kehidupan seharian.  Walaupun tenaga ini boleh digunakan untuk perlindungan dan penyerangan, penggunaan sebagai perlindungan adalah lebih baik. Penggunaan tenaga secara penyerangan hanya dapat digunakan secara defensif iaitu mengembalikan tenaga negatif yang dilakukan oleh orang lain terhadap kita dan bukannya memancarkan tenaga untuk merosakkan orang lain.

4. Permukaan Barat – Kesihatan & Kekuatan

Permukaan Selatan ini mewakili simbol AIR yang bersifat suci lagi menyucikan. Dengan Tenaga Permukaan Barat ini, anda boleh menggunakannya untuk tujuan rawatan dan juga menambahkan kekuatan tubuh badan. Perlu diingat, penggunaan Tenaga Penyembuhan ini hanyalah bersifat ”supplementary effort”, maka untuk itu ubat-ubatan dan makanan tambahan berkhasiat masih diperlukan untuk mempercepatkan lagi penyembuhan diri anda.

ATTUNEMENT TENAGA PIRAMID

Attunement atau penyelarasan tenaga piramid perlu dibuat untuk membolehkan tenaga piramid sebenar atau etheral mengalir ke dalam tubuh dan minda kita. Dengan gabungan kekuatan minda dan tenaga yang kita miliki, barulah segala program minda atau kemahuan kita dapat dijelmakan ke alam nyata ini. Jika tidak segala kemahuan akan menjadi impian semata mata.  Attunement hanya dibuat sekali sahaja. Pastikan anda telah membuat temujanji bagi menentukan masa dan tarikh attunement hendak dibuat. Attunement boleh dibuat secara hadir ataupun secara jarak jauh. Keberkesanan attunement adalah sama untuk ke dua kaedah ini.

Terjawap la sudah mengapa mereka membina piramid di seluruh dunia.

0 comments:

Post a Comment

KISAH SEORANG LELAKI YANG INGIN MEMUKUL RASULULLAH S.A.W.




 Tidak malu untuk mengatakan bahawa air mata ini menitis bila baca kisah ini..

Gambar di atas hanya hiasan.


"KISAH SEORANG LELAKI YANG INGIN MEMUKUL RASULULLAH S.A.W.

Kisah ini berlaku kepada Rasulullah S.A.W. sebelum baginda wafat. Rasulullah S.A.W. telah jatuh sakit yang agak panjang masanya. Hinggakan baginda tidak dapat berjemaah dengan para sahabat di masjid. Maka pada suatu hari, Rasulullah S.A.W. meminta beberapa orang sahabat membawanya ke masjid. Di dudukkan atas mimbar, lalu baginda meminta Bilal memanggil semua para sahabat datang ke masjid.

 Tidak lama kemudian, penuhlah masjid dengan para sahabat. Semuanya rasa terubat rindu setelah agak lama tidak dapat melihat Rasulullah S.A.W. Lalu Rasulullah S.A.W. mula berkata: "Wahai sahabat-sahabatku semua! Aku ingin tanya pada kamu semua.... apakah telah aku sampaikan kepada kamu semua, bahawa sesungguhnya AllahS.W.T. itu adalah Tuhan yang layak di sembah?"

Semua sahabat menjawab dengan suara bersemangat, " Benar! Engkau telah sampaikan kepada kami bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. adalah Tuhan yang layak disembah".

Rasulullah S.A.W. berkata: "Persaksikanlah ya Allah! Sesungguhnya aku telah sampaikan amanah ini kepada mereka".

Kemudian baginda berkata lagi.......dan setiap apa yang baginda perkatakan, akan dibenarkan oleh semua para sahabat.

Akhirnya sampailah kepada satu topik yang menjadikan para sahabat agak sedih dan terharu....

Rasulullah S.A.W. berkata: "Sesungguhnya! Aku akan pergi bertemu Tuhan.......dan sebelum aku pergi, aku ingin selesaikan segala urusan dengan manusia. Maka aku ingin bertanya kepada kamu semua...... siapakah dikalangan kamu yang aku ada hutang dengannya.....sila bangun.....aku ingin selesaikan hutang tersebut. Kerana aku tidak mahu bertemu Tuhan dalam keadaan ada hutang dengan manusia". Ketika itu semua sahabat diam.............

sedang dalam hati masing-masing berkata "Mana ada Rasullullah S.A.W. berhutang dengan kami..........sebenarnya kamilah yang banyak berhutang dengan baginda". Rasulullah S.A.W. mengulangi pertanyaan itu sebanyak 3 kali. Tiba-tiba bangun seorang lelaki yang bernama AKASYAH. lalu dia berkata: "Ya Rasulullah! Aku ingin ceritakan dulu perkara ini. Andai ianya dikira hutang, maka aku minta kau jelaskan. Andainya ianya bukan hutang, maka tidak perlulah engkau berbuat apa-apa".

Rasulullah S.A.W. berkata: "Ceritakanlah wahai Akasyah".

Maka Akasyah pun mula bercerita: "Aku masih ingat lagi ketika perang Uhud dulu, satu ketika engkau tunggang kuda, lalu engkau pukulkan cemeti ke belakang kuda. Tetapi cemeti tersebut tidak kena pada belakang kuda,...yang sebenarnya cemeti itu terkena pada dadaku kerana ketika itu aku berdiri disebelah belakang kuda yang engkau tunggang wahai Rasulullah".

Mendengar yang demikian, terus Rasulullah S.A.W. berkata: "Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Akasyah! kalau dulu aku pukul engkau, maka hari ini aku akan terima hal yang sama".

Dengan suara yang agak tinggi, Akasyah berkata: "Kalau begitu aku ingin segera melakukannya wahai Rasulullah!".

Akasyah seakan-akan tidak rasa bersalah bila mengatakan yang demikian. Sedangkan ketika itu sebahagian sahabat berteriak memarahi Akasyah.... "Sesungguhnya engkau tidak berhati perut wahai Akasyah! .....bukankah Baginda sedang sakit!"

Akasyah tidak menghiraukan semua itu. Rasulullah S.A.W. meminta Bilal mengambil cemeti tersebut di rumah anaknya Fatimah. Bila Bilal meminta cemeti tersebut dari Fatimah, maka Fatimah bertanya: "Untuk apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai Bilal?".

Bilal menjawab dengan nada sedih : "cemeti ini akan digunakan oleh Akasyah untuk memukul Rasulullah".

Terperanjat dan menangis Fatimah seraya berkata: "Kenapa Akasyah hendak pukul ayahku Rasulullah!......ayahku sedang sakit........kalau nak pukul, pukullah aku ini anaknya".

Bilal menjawab: "Sesungguhnya ini adalah urusan antara mereka berdua".

Bilal membawa cemeti tersebut ke masjid lalu diberikan kepada Akasyah. Setelah mengambil cemeti, Akasyah mara ke hadapan menuju mimbar. Tiba-tiba bangun Abu bakar menghalang Akasyah sambil berkata: "Wahai Akasyah! kalau kamu hendak pukul, pukullah aku....... aku orang yang mula-mula beriman dengan apa yang Rasulullah S.A.W. sampaikan. Akulah temannya di kala suka dan duka. Kalau engkau hendak pukul, maka pukullah aku".

Lalu dijawab oleh RasulullahS.A.W: "Duduklah kamu wahai Abu Bakar!....ini bukan urusan kamu. Ini antara aku dengan Akasyah".

Akasyah mara lagi kehadapan......lalu bangun pula Umar menghalang Akasyah seraya berkata:"Akasyah! kalau engkau hendak pukul, pukullah aku....... Dulu memang aku tidak suka mendengar nama Muhammad, bahkan aku pernah berniat untuk menyakitinya, itu dulu.........Sekarang jangan ada sesiapa yang berani menyakiti Muhammad. Kalau engkau nak sakiti dia, maka sakitilah aku dulu....".

Lalu dijawab oleh RasulullahS.A.W: "Duduklah kamu wahai Umar! Ini urusan antara aku denganAkasyah". Akasyah mara lagi kehadapan.......tiba-tiba bangun pula Ali bin Abu Talib sepupu Rasulullah S.A.W.Dia menghalang Akasyah seraya berkata: "Akasyah! pukullah aku wahai Akasyah. Darah yang sama ada pada tubuh aku ini wahai Akasyah".

Lalu dijawab oleh RasulullahS.A.W: "Duduklah kamu wahai Ali! ini urusan antara aku dengan Akasyah" .

 Akasyah mara lagi kehadapan......tiba-tiba tanpa disangka, bangunlah dua orang cucu kesayangan RasulullahS.A.W. iaitu Hassan dan Husin. Mereka berdua merayu dan meronta. "Wahai pak cik! pukullah kami wahai pak cik..........Datuk kami sedang sakit......pukullah kami wahai pak cik.....sesungguhnya kami ini adalah cucu kesayangan Baginda...........pukullah kami wahai pak cik".

Lalu Rasulullah S.A.W berkata: "Wahai cucu-cucu kesayanganku! duduklah kamu. Ini urusan aku dengan Akasyah".

Bila sampai di tangga mimbar, dengan tegasnya Akasyah berkata:"Macam mana aku hendak pukul engkau ya Rasulullah! Engkau duduk di atas dan aku di bawah. Kalau engkau hendak aku pukul engkau, maka turunlah ke bawah sini".

Rasulullah S.A.W. memang seorang insan yang baik. Baginda meminta beberapa orang sahabat memapahnya ke bawah. Baginda didudukkan pada sebuah kerusi, lalu dengan suara tegas Akasyah berkata lagi:"Semasa engkau pukul aku dulu, aku tidak memakai baju, Ya Rasulullah".

Tanpa berlengah, dalam keadaan lemah......Rasulullah membuka baju. Lalu kelihatanlah tubuh Baginda yang sungguh indah, sedang beberapa ketul batu terikat di perut Baginda.....ini menandakan Baginda sedang menahan kelaparan. Lalu Rasulullah S.A.W. berkata:"Wahai Akasyah! bersegeralah dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Nanti Tuhan akan murka padakamu".

Akasyah terus menghampiri Rasulullah S.A.W........lalu mula untuk menghayunkan tangan yang memegang cemeti untuk dipukulkan ke tubuh Rasulullah S.A.W. Rupa-rupanya sambil Akasyah menghayun cemeti, sambil itu juga dia membalingkan cemeti kearah lain.....dan sambil itu juga dia terus memeluk tubuh Rasulullah S.A.W. seerat-eratnya.

Sambil berteriak menangis, Akasyah berkata:"Ya Rasulullah, ampunkanlah aku...... maafkanlah aku......mana ada manusia yang sanggup menyakiti engkau ya Rasulullah........sengaja aku melakukannya agar aku dapat merapatkan tubuhku dengan tubuhmu.......kerana sesungguhnya aku tahu bahawa tubuhmu tidak akan dimakan oleh api neraka. Dan sesungguhnya aku takut dengan api neraka........maafkanlah aku ya Rasulullah".

Rasulullah S.A.W. dalam keadaan penuh hiba lalu berkata:"Wahai sahabat-sahabatku semua, kalau kamu ingin melihat ahli syurga, maka lihatlah kepada Akasyah".

Semua sahabat tidak dapat. menghalang titisan air mata yang mencurah di pipi masing-masing. Sambil itu semua para sahabat beramai-ramai memeluk Rasulullah S.A.W.

MENANGIS LAH SEPUAS-PUASNYA MOGA DGN TANGISANMU DAPAT MEMBUKTIKAN KECINTAAN KITA KEPADA KEKASIH KITA NABI MUHAMMAD SAW...AMIIN.

 SEBARKAN WALAU PUN SATU AYAT.

0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ