Tradisi Pinjam Isteri Orang di India




Tradisi Pinjam Isteri Orang di India


Kepercayan primitif India yang mengagungkan anak lelaki dan menafikan kelahiran wanita memberi kesan kepada ketidakseimbangan pada jumlah kedua-dua gender. Hal ini menyiptakan amalan yang bertentangan dengan moral, iaitu berkongsi isteri dengan para saudara.

Hal ini terjadi terutamanya di wilayah utara India, di daerah Baghpat, hanya sekitar dua jam dari kota metropolitan New Delhi. Munni, wanita pertengahan 40-an yang mengisahkan penderitaannya menjadi seorang isteri kepada seorang suami sekaligus pemuas nafsu adik-adik suaminya.

"Suami saya dan orang tuanya memberitahu, saya harus membahagikan diri saya (melayan) dengan adik-adiknya," kata Munni.

Dua adik suaminya adalah bujang terlajak yang tidak memiliki isteri. Antara lain disebabkan jumlah wanita yang kurang di perkampungan tersebut. Munni ketika ini mepunyai tiga orang anak, hasil hubungannya dengan suami, dan dua adiknya.

"Kedua-duanya (adik suaminya) menyetubuhi saya bila mana mereka mahu, tidak kira siang atau malam. Jika saya menolak, mereka akan memukul saya dengan apa saja. Kadang-kala mereka mengusir saya untuk tidur di luar, saya juga pernah disiram minyak tanah dan dibakar," tutur Munni.

Setelah tiga bulan menderita, Munni berjaya melarikan diri, setelah berpura-pura hendak pergi ke hospital. Tetapi, wanita yang telah memiliki tiga anak lelaki itu tidak membuat sebarang laporan polis.

Munni hanyalah satu dari puluhan wanita di Baghpat yang mengalami nasib yang sama. Kes-kes penyiksaan dan penyimpangan ini kebanyakan tidak dilaporkan kepada polis. Wanita-wanita ini jarang dapat keluar rumah bersendirian, mereka dilarang keluar rumah tanpa ditemani kaum lelaki sehingga sukar untuk berhubung dengan dunia luar.

Berbeza dengan wanita moden dan berdikari yang bekerja di kota besar seperti New Delhi, di desa tempat Munni tinggal, kaum wanita dikurung di dalam rumah. Mereka hanya berfungsi untuk melahirkan anak dan bertugas membuat kerja-kerja rumah.


Sementara kaum lelaki pula bekerja sebagai petani atau hanya menganggur dan duduk-duduk seharian di rumah dan di bawah pokok. Minum teh dan merokok, serta saling membandingkan isteri yang jumlahnya terhad.

Penduduk kampung mengatakan tradisi berkongsi isteri ini memiliki banyak kelebihan. Salah satunya adalah menghindari perpecahan akibat perebutan pusaka dan aset di antara para pewaris keluarga. Selain itu, ia juga membebaskan wanita miskin dengan mengawininya, mendapatkan nafkah dari banyak lelaki.

Menurut Bhagyashri Dengle, pengarah eksekutif Children"s Charity Plan India, mengatakan budaya ini terjadi akibat menurunnya jumlah wanita dibandingkan lelaki. Kebanyakan warga di India menggugurkan bayi perempuan kerana dianggap tidak berguna pada masa depan.

Menurut kajian populasi di India pada tahun 2011, hanya terdapat 858 wanita untuk 1000 lelaki di Baghpat. Dan jumlah ini terus menurun. Hal ini juga terjadi di daerah Haryana, Punjab, Rajashtan dan Gujarat.

"Di setiap kampung, terdapat lima atau enam lelaki bujang yang tidak dapat menemui isteri. Dalam satu keluarga, terdapat tiga atau empat lelaki yang belum berkahwin," lanjut Dengle.

Salah satu cara untuk mengatasinya adalah membeli pengantin dari daerah lain dengan harga 15000 rupee. Tetapi, ianya juga hanya membawa penderitaan kepada kaum wanita, kerana kebanyakan mereka harus berkahwin dengan lelaki yang berusia jauh lebih tua.

Sumber: dailymail.co.uk

1 comments:

Post a Comment

TANDA-TANDA LELAKI MERAJUK

TANDA-TANDA LELAKI MERAJUK ~~~ngeee BETUL KER?



Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar. Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.


Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar… nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan… )

Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)


Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram; ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain.

Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!

Matikan Telefon Bimbit
Satu lagi tabiat lelaki, dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat…

Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun…

0 comments:

Post a Comment

Jenis-jenis Boss.. - Mana satu boss anda?



Jenis-jenis Boss.. - Mana satu boss anda?

Hidup bekerja makan gaji memang tak dapat lari dengan perangai boss. Selagi kita bekerja dengan orang lain selagi tu la kita ada boss. Kalau jadi CEO pun ada boss jugak, pemegang saham la bossnya.

Lain la kalau kita ada bisnes sendiri, kitalah yang jadi bossnya. Macam-macam jenis boss ada. Ada yang ok tak kurang jugak yang tak ok. Selalunya yang tak ok tu jer yang kita nampak. Yang ok tu kita buat-buat tak nampak. Biasalah manusia.

Boss jenis "yes boss"
Boss jenis macam ni letih kita dibuatnya. Mana taknya, apa yang boss dia suruh, apa yang boss besar kata, CONFIRM dia akan kata "yes boss" walaupun benda tu tak betul. Yang buat kerjanya kita. DIa senang la, cakap "yes boss' lepas tu yang kena pulun buat kerja kitalah. Yang buat lagi boring, arahan yang dia "yes boss" kan tu semuanya merapu, mengarut, membazir dan takde makna.

Boss jenis tak percaya anak buah
Confirm letih. Mana taknya gila tak percaya tahap gaban punya. Benda-benda kecik pun nak disemaknya satu-satu. Kadang-kadang tu ada yang jenis duduk sebelah kita tengok kita buat kerja macam mana. Perghh stress....

Boss jenis manjang nak cepat
Memanglah kerja tu kadang-kadang nak cepat siap. Tapi lemas kalau kerja dengan boss jenis ni. Baru je bagi kerja, tak sampai 2 minit tanya kita dah siap belum? Lepas tu dia dok tanya-tanya sampai la kita siap kerja tu. Kot ya pun bagi la masa sikit. Kalau kerja yang perlu analysis etc. tak akan la seminit dua dah siap.

Boss yang kita tak faham apa yang dia nak
Haaa... bos yang jenis ni memang banyak. Bila time bagi kerja kat kita seolah-olah dia bagi freedom la kononnya You buatlah macamana you rasa elok. Waa macam ok jer bunyinya. Tapi bila kita tunjuk output kat dia, haa macam-macam la katanya. Bukan macam ni yang I nak. Ah sudah! cakap je la awal-awal yang macamana yang dia nak.

Boss jenis tak konsisten
Boss jenis ni memang letih kita. Memang tahan sabar je la. Suruh buat macam ni, jumpa dia sekali dia ubah lak tang lain. Jumpa dia lepas tu lain pulak yang disuruhnya. Aaaa kacau Boss macam ni elok dikurangkan aje berjumpa dengan dia. Baru aman hidup kita. Setiap kali jumpa, setiap kali dia ubah arahan dia.

Boss jenis yang elok dia dapat nama, yang tak elok?
Boss jenis ni pun ramai. Jenis nak selamatkan diri dia jer. Bila ada salah, kena tegur dengan orang atas, dia channel kat kita. Haa tu la you patutnya buat macam ni, bukan macam tu. Padahal semua yang kita buat semua dia dah approve. Ini jenis bos yang nak lari daripada tanggungjawab. Mati hidup balik dia tak kan pikul tanggungjawab dia. Yang elok atau dapat pujian memang dia yang kaut semua. Bab-bab negatif ni semua dia tala kat kita. Silap-silap depan boss besar dia tala kita. Bestt kan ....

Boss yang kerja tak buat tapi mengampu kuat
Boss yang macam ni kalau ikut kata dia, kerja biar strategik. Strategik tengkorak dia... Kalau dah kita jer yang asyik pulun. Dia lepas tangan terus, sibuk duk pulun kayu golf dengan orang2 besar. Orang macam ni memang cepat naik pangkat sebab dia pandai ampu boss besar. Yang dok pulun kerja tak mengampu hmmm.... duduk la kerusi yang sama sampai ke tua.

Boss yang tak nak dengar pendapat orang lain.
Mentang-mentanglah dia boss. Bila dalam meeting tu serupa takde meeting la. Orang start bagi pendapat, dia cantas. Penghabisnya meeting tu semua pendapat dia la yang betul. Orang lain ni pakat cukup syarat jer datang meeting. Dia nak suruh orang dengar dia bercakap, tu jer matlamat dia.


Jadi boss korang jenis yang macamana. Share di facebook dengan kawan-kawan satu ofis. Biar terbahak-bahak satu ofis. Opss jangan bagitau boss aaa.....

0 comments:

Post a Comment

10 Laluan Manusia



10 Laluan Manusia

1). LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji
b. Hindarkan perasaan iri hati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha’ hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)

2). LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu’min
c. Bayar semula kadha’ (solat dan puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Ta`ala

3). LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

4). LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

5). LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

6). LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta’ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara’
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

7). LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

8). LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

9). LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S. A. W.

10). LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i’tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya

0 comments:

Post a Comment

Tips Tidur Lena Diwaktu Malam



Tips Tidur lena diwaktu malam

Tidur yang paling sesuai untuk orang dewasa adalah selama 7-8 jam sehari.

Ikuti beberapa tips berkesan untuk mendapatkan tidur yang lena setiap hari!

Pemilihan tilam dan bantal
Pastikan anda memilih tilam dan bantal yang sesuai dan selesa. Jika anda ada duit lebih, apa salahnya laburkan untuk keselesaan di tempat tidur anda. Terdapat beberapa jenama pengeluaran bantal dan tilam diperakui keberkesanannya. Antaranya adalah Vono, Dreamland dan juga Kingkoil. Ikut keselesaan anda, saiz dan juga ketebalan kabusnya perlu diambil kira kerana ada sesetengah orang yang suka bantal lebih rendah dan lembut, ada juga yang gemarkan bantal ataupun tilam yang lebih keras dan tinggi untuk meletakkan kepala. Fahami kehendak sendiri sebelum anda membeli.

Elakkan tidur di waktu petang
Badan pasti terasa lesu setelah seharian bekerja dan memerah otak. Apabila sampai di rumah, elakkan daripada terus baring. Lebih elok jika anda bersihkan diri dan makan malam dahulu. Kerana jika anda sudah tidur di waktu petang kemungkinan besar, anda akan menghadapi kesukaran untuk tidur pada malam kerana anda tidak berasa mengantuk apabila anda tidur pada waktu petang.

Bersihkan diri
Sebelum tidur, pastikan keadaan diri anda sudahpun bersih dan segar selepas mandi sebelum anda tidur. Diri anda akan berasa lebih selesa untuk tidur dengan bauan kesegaran selepas mandi.

Jangan makan terlalu banyak 1 jam sebelum tidur
Waktu yang paling sesuai untuk makan malam adalah di sekitar jam 7 hingga ke 8 malam. Selepas dari masa yang dinyatakan, anda disarankan tidak mengambil makanan berat seperti nasi, mee goreng dan makanan berat yang lain kerana bukan sahaja tidak bagus untuk sistem pembakaran lemak, malahan badan anda akan terasa lesu keesokan paginya.

Minum segelas susu segar
Di dalam susu segar mengandungi satu bahan yang dipanggil tryptophan dimana berfungsi sebagai alat pembina protein yang akan menghasilkan hormon kegembiraan di dalam badan. Selepas meminum susu., badan anda akan berasa ringan dan lebih gembira untuk melelapkan mata. Jika kita dapat lihat, bayi kecil akan meminum susu mereka sebelum tidur dengan mudah.

Kosongkan fikiran
Masalah ini serinkali terjadi kepada mereka yang tertekan dengan kerja seharian. Untuk mengelakkan tidur anda terganggu, cuba tips ini, fikir perkara yang lebih seronok dari memikirkan masalah kerja dan sebagainya yang hanya akan menyukarkan tidur anda. Kosongkan fikiran, dalam 10 atau 15 minit selepas itu, anda pasti akan terlelap.

0 comments:

Post a Comment

Bayi Tidak Berkulit



New Delhi: Seorang bayi perempuan dilahirkan tanpa kulit di India dengan badannya hanya diselaputi lapisan keras yang merekah.

Mukanya juga tidak sempurna dengan hanya dua lubang hidung, kelopak mata terbalik, tiada telinga dan mulut seperti ikan.

Bayi itu yang menghidap apa yang dikenali sebagai ‘Harlequin Ichthyosis’ atau turut digelar ‘bayi Harlequin’ adalah yang pertama dilaporkan di India selepas kanak-kanak berkenaan dilahirkan secara pembedahan pada usia kandungan lapan bulan.

Pakar pediatrik Yash Banait berkata: “Bayi dilahirkan seperti ini amat mudah dijangkiti kuman kerana organ dalamannya terdedah.

“Kami hanya mampu memastikan ‘kulit’ bayi ini lembap dengan menggunakan jeli petroleum dan minyak kelapa. Buat masa ini kami masih belum memastikan sama ada dia mempunyai bebola mata.”



0 comments:

Post a Comment

Bayi Kembar 11 Antara Cerita Dongeng Terbaik Sepanjang 5 Tahun Lepas


Bayi kembar 11 antara cerita dongeng terbaik sepanjang 5 tahun lepas


Sepanjang lima tahun lepas, makin kecoh pasal seorang ibu di India melahirkan 11 bayi kembar, sekali gus! Kecoh benar laa di FACEBOOK. Siap letak gambar ibu dia sekali.. Peliknya, tak keluar pun dalam mana mana akhbar. Menariknya, siap dapat anugerah world record lagi. Siapa bagi pun tak pasti la. 

Bayi Kembar 11 Antara Cerita Dongeng Terbaik Sepanjang 5 Tahun Lepas


Gambar ini adalah di antara berita terawal yang tersiar di media sosial sejak tahun 2011 lagi. Dan di bawah pula adalah berita yang dikeluarkan di facebook sejak minggu lepas... bayi kembar 11 ini pula dikatakan lahir di Pakistan pula pada 1 Jun 2016 merujuk kepada gambar yang sama dan di sebarkan oleh facebook dari Indonesia. Dua berita yang bercanggah.

Bayi Kembar 11 Antara Cerita Dongeng Terbaik Sepanjang 5 Tahun Lepas



Bukanlah tak percaya dengan kuasa Allah tapi janganlah kita percaya bulat bulat terutamanya berita dari internet terutamanya dari Indonesia yang banyak menyiarkan berita-berita palsu (Hoax) tapi bukan semua. Kebanyakkan page-page dari Indonesia 'gilakan liker'.  Ambil berita dan gambar hanya tangkap muat tanpa asal usul kebenarannya... janji benda yang pelik pastinya mendapat sambutan dari para netizen yang dahagakan ilmu agama. Siapa yang tulis amin di komentar... siapa yang tulis Subhanallah... siapa yang like dan share diberi janji-janji manis "SEMOGA MASUK SYURGA" atau "SEMOGA MENDAPAT REZEKI". Apakah  dengan hanya menulis Subhanallah, amin serta like dan share itu boleh masuk syurga semudah itu?


   
Dan hari ni, admin cari  maklumat pasal ini dan terjumpa satu artikal yang logik dari blog popular Ben Ashaari

“ About 11 babies in India On 11.11.11 a special day, 11 women who had conceived with IVF (Invitro fertilization-Test Tube Baby Treatment), at 21st Century Hospital &Test Tube Baby Centre, Station Road, Surat, Gujarat, INDIA were delivered by elective caesarian section by Dr. Purnima Nadkarni, Dr. Pooja Nadkarni, Dr. Aditi Nadkarni & Dr. Kishore Nadkarni. In all 11 babies delivered from 11 mothers, 9 singleton pregnancies and 2 twins. This is the “World Record” for the date and all were test tube babies.”Sumber


Secara logiknya bayi ini bolehlah dikatakan kembar 11 kerana lahir pada hari yang istimewa pada 11.11.11 tetapi mempunyai ibu yang berlainan dan bukanlah dari satu ibu seperti yang digempar gempurkan oleh orang yang tidak bertanggjungjawab.



************


Berkenaan dengan gambar si ibu pula, beliau ialah Nadya Denise Doud-Suleman Gutierrez atau Nadya Suleman ataupun lebih dikenali sebagai 'Octomom' di kalangan media adalah seorang rakyat Amerika yang telah dengan tiba-tiba sahaja menjadi perhatian dunia setelah dia melahirkan bayi kembar lapan pada Januari 2009.

Nadya ketika menghamilkan anak kembar lapan


Kembar lapan kelahiran Nadya ini ialah kembar lapan yang kedua yang telah berjaya dilahirkan dalam keadaan hidup dan setelah seminggu, telah berjaya mengatasi rekod sebelumnya untuk kadar hidup yang tinggi bagi satu set pasangan kembar lapan dan mengatasi kembar Chukwu pada tahun 1998.

Reaksi orang ramai menjadi negatif setelah mengetahui bahawa kelahiran Nadya itu bukanlah yang pertama sebaliknya dia telahpun mempunyai seramai 6 orang anak sebelum kelahiran 8 kembar tersebut.

Dan pada masa dia melahirkan anak juga, dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Kesemua anak-anaknya diperoleh dengan cara IVF (In-Vitro-Fertilization).


Nadya bersama anak kembar Lapannya

0 comments:

Post a Comment

Penjelasan Kenapa Kita Harus Berhati-Hati Dengan Cicak Yang Ramai TAK TAHU



Inilah Penjelasan Kenapa Kita Harus Berhati-Hati Dengan Cicak Dirumah Yang Ramai TAK TAHU !!

Cicak adalah salah satu binatang yang tidak asing lagi bagi kita. Bahkan Binatang kecil ini sering kita jumpai melekat di dinding rumah kita. Keberadaannya dirumah kita memang tidak terlalu mengganggu, namun kita harus tetap waspada, kerana menurut maklumat yang saya baca ternyata cicak termasuk binatang yang berbahaya dan boleh membahayakan kita juga.

Dalam dunia ruqyah, setiap Roqy memahami bahawa cicak itu adalah salah satu makhluk pembawa sihir dan harus dibunuh. Didalam sahih Muslim disebutkan: Barangsiapa yang membunuh cicak pada satu kali pukulan maka baginya seratus kebaikan. Dan jika pada pukulan kedua maka baginya (kebaikan) berbeza dengan itu (yang pertama), dan jika pada pukulan ketiga maka baginya (kebaikan) berbeza dengan itu (yang kedua).

Dalam hadis lain:
Ibnu Majah meriwayatkan didalam “Sunan” nya dari Saibah Maulah al Fakih bin al Mughiroh bahawa dirinya menemui Aisyah dan melihat di rumahnya terdapat sebuah tombak yang tergeletak. Dia pun bertanya kepada Aisyah, “Wahai Ibu kaum mukminin apa yang engkau lakukan dengan tombak ini?” Aisyah menjawab, “Kami baru saja membunuh cicak-cicak. Sesungguhnya Nabi saw pernah memberitahu kami bahawa tatkala Ibrahim as dilemparkan ke dalam api tak satu pun binatang di bumi pada masa itu kecuali dia akan memadamkannya kecuali cicak yang adalah untuk menyemarakkan apinya. Maka Rasulullah saw memerintahkan untuk membunuhnya. “Kitab” az Zawaid “menyebutkan bahawa hadis Aisyah ini sahih.

Pada saat melakukan ruqyah rumah, biasanya apabila dibacakan surat Al Baqarah dengan anehnya ada cicak tiba-tiba jatuh dan mati atau kadang-kadang mencari cicak mati dengan tubuh hangus. Anda boleh percaya atau tidak, yang jelas kita harus tetap waspada. Kerana cicak sering dijadikan media pembawa sihir. Banyak dari golongan jin yang malih rupa menjadi cicak (haiwan melata) untuk meletakkan racun sihir dirumah

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah menghabarkan kepada kami bahwasannya jin itu terdiri dari tiga kelompok. Pertama, jin yang selalu beterbangan (melayang) di udara, kedua, jin dalam wujud haiwan melata dan ketiga, jin yang mempunyai tempat tinggal dan suka bepergian “(HR. Thabrani, Hakim, Baihaki dengan sanad yang sahih).

Sahabat .. selain cicak sering dijadikan media sihir, perlu diketahui pula ternyata cicak itu mengandungi bakteria berbahaya iaitu Bakteria Escherichia Coli atau E Coli. Escherichia Coli telah dikenali sebagai mikrob yang boleh menyebabkan sakit perut dan boleh membahayakan kesihatan tubuh. Tahi cicak juga ternyata boleh menembusi plastik, sebuah kajian pernah menunjukkan bahawa kotoran Cicak merosakkan skrin handphone.

Jadi .. daripada keterangan diatas, inilah bukti bahawasanya kita harus berhati-hati dengan cicak di rumah. Semoga bermanfaat .. sila di share ..

Sumber: wassap group

0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ