Kajian Captain Jack Sparrow Adalah Lanun Melayu?


 



 Ketika mula-mula menonton filem terbitan Walt Disney Pictures ini, saya sedikit tertarik pada beberapa corak yang terdapat pada senjata dan juga ukiran pada dinding kapal dalam filem ini. Ada sesetengah darinya hampir menyamai ciri-ciri Melayu. Namun, semua perhatian saya ini hilang begitu sahaja tidak lama selepas itu, hinggalah saya terjumpa artikel dari sebuah forum.




Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut, pedagang dan lanun-lanun Melayu. Ia juga tergolong diantara Senjata Api Melayu Yang Digelapkan Sejarah. {1} Tarkul atau Terakol ini pada awalnya menggunakan teknologi kancing roda di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’. Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari sebuah lagi senjata silama Melayu bernama Pemuras yang dikecilkan. Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina menentang Sepanyol, juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka. Selain itu, dalam Perang Naning, senjata ini turut digunakan. Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.



Dalam filem Pirates of Caribbean, Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock)

Ketua Lanun, Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.



Teknologi "flintlock" yang dicipta oleh Barat maka ketika itu bertukarlah namanya dari Terakol atau Tarkul menjadi pistol.

Mengenai Captain Jack Sparrow, dia adalah seorang Melayu. Lagenda lanun Melayu "the 19th Malay Regiments of British Royal Navy".

Kurang lebih 300 dokumen yang berkaitan kisah Captain Jack Sparrow yang berbangsa Melayu ini berada dalam simpanan kerajaan penjajah British.











19th Regiment of Malay Navy adalah bekas-bekas lanun yang bermaharajalela di Selat Melaka sebelum itu. Oleh kerana keberanian mereka dan kebolehan luar biasa yang dimiliki (ilmu kebal, ilmu batin, boleh menyelam 4, 5 jam dll) mereka diberi pengampunan dari dihukum gantung dan diambil berkerja dengan British Royal Navy - dibawah 19th Regiment yang diketuai oleh mat individu bernama Captain John Davie (Davvy Jones?)





Pada 1813, 19th Regiments ini melancarkan Mutiny ("pemberontakan dan rampasan/pengambilalihan kuasa" didalam military term or crew ship) keatas British India yang telah mengakibatkan kemusnahan harta benda dan nyawa di kalangan British.




Mereka telah merampas 12 buah kapal laut Royal Navy, mereka kemudiannya berpecah ke Britain, laut Arab dan benua Amerika.

Selepas itu, dari tahun 1813 hingga ke tahun 1842, saki baki kumpulan 19th Regiment inilah yang bermaharajalela pula di lautan Arab dan Lautan Utara di Britain, sehinggakan terdapat beberapa kes amukan lanun Melayu di Queen Dock London.






Separuh daripada anggota Curse Regiment ini juga telah diambilalih oleh Napolean Bonaparte untuk berperang melawan British.




Sejak itu 19th Regiment juga dikenali sebagai "the Curse Regiments" - bourne to sails at sea in eternity...

"Bourne to Sails at Sea for Eternity" bukan sumpahan, akan tetapi ia adalah satu pilihan...

These Cursed Regiments.. selepas mutinied menentang British India, kesemua mereka tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman kerana orang kampung, pembesar dan sultan akan membunuh atau menghukum mereka atas alasan 'bersubahat' dengan penjajah - dalam makna kata lainnya, mereka akan dianggap sebagai pembelot/ talibarut penjajah. {2}




Tidak hairanlah jika karekter Captain Jack Sparrow ini diinspirasikan daripada nama Raja Lanun Dunia yang berketurunan Melayu suatu ketika dahulu, kerana nama karekter Barbossa juga dikatakan diinspirasikan daripada seorang lanun asal Turki, Barbarossa. {3} Trivia, dalam filem Pirates of the Carribean : At World End (Di Penghujung Dunia), watak-watak lanun dalam siri kali ini dibawa menuju ke Selat Melaka (pangkalan Sao Feng - dalam filem ini, nama Selat Melaka tidak disebut, malah nama Temasik yang sepatutnya digunakan juga telah ditukar kepada sebutan 'Singapore'.




_____________________________________
1. Lihat artikel MacJay.Net, Senjata Api Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah
2. Lihat Samuel Nelson Dickinson, The Pirates Own Book, or Authentic Narratives of the Lives, Exploits, and Execution of the Most Celebrates, 1855,
3. http://en.wikipedia.org/wiki/Hayreddin_Barbarossa



0 comments:

Post a Comment

ADAKAH JACK SPARROW SEORANG MUSLIM?





ADAKAH JACK SPARROW SEORANG MUSLIM?

Dalam filem Pirates of the Carribean, watak Jack Sparrow lakonan Johnny Depp digambarkan sebagai seorang yang berseloroh, acuh tidak acuh dan licik. Lakonan cemerlang Johnny Depp menenggelamkan watak utama yang lain terutamanya watak Will Turner lakonan Orlando Bloom yang lebih macho dan serius. Disebabkan penonton turut sama menyukai watak Jack Sparrow lakonan Johnny Depp, ia kemudiannya diangkat menjadi watak utama untuk siri-siri seterusnya.
Namun, dalam meminati watak Jack Sparrow, ramai yang tidak menyedari bahawa watak Jack Sparrow diilhamkan daripada watak seorang lanun terkenal yang pernah hidup sekitar abad ke-16 dan abad ke-17. Tambah menarik, watak tersebut adalah seorang lanun yang bernama Yusuf Reis yang beragama Islam.

Dilahirkan sebagai Jack Ward

Yusuf Reis dilahirkan sebagai Jack Ward pada tahun 1553 di Feversham, Kent di tenggara England. Kehidupan awal Jack bermula sebagai seorang nelayan memandangkan kampung halamannya terletak berhampiran dengan laut. Kelebihan tersebut menjadikan beliau seorang panglima laut berkaliber suatu hari nanti.

Pada tahun 1588 ketika umurnya menginjak 25 tahun, Jack Ward nekad berjuang untuk England sebagai Privateer. Privateer adalah seseorang yang diberi kelulusan oleh kerajaan England berdasarkan letter of marque untuk menyerang kapal-kapal musuh terutama kapal armada Sepanyol. Sokongan sepenuhnya daripada Queen Elizebeth I memberikan semangat luar biasa kepada beliau. Karier beliau sebagai privateer berlangsung dengan cemerlang sehinggalah pada awal tahun 1600-an.


Queen Elizebeth I

Walaubagaimanapun, sekitar tahun 1603, King James I menaiki takhta. Kegiatan Jack Ward yang selama ini disokong oleh kerajaan England tiba-tiba terhenti selepas King James I memetarai penjanjian pendamaian dengan Kerajaan Sepanyol.

Akibatnya, ramai privateer memberontak dan menjadi lanun yang bertindak merampas kekayaan kapal-kapal dagang Sepanyol. Namun begitu, Jack Ward tidak terus menjadi lanun tetapi mencari rezeki menjadi nelayan.


Menjadi Lanun


Jack Ward mula menjadi lanun pada tahun 1603 apabila Jack dan 30 orang rakannya merampas kapal kecil di Perlabuhan Portsmouth. Jack kemudian sebulat suara dipilih menjadi kapten kapal yang mana ia kemudiannya tercatat sebagai antara ‘pilihanraya’ pertama di kalangan para lanun.

Berbekal kapal kecil tersebut, Jack dan 30 orang rakannya melanun sekitar tanah Britain. Hasil pertama Jack adalah sebuah kapal yang dikenali ‘Violet’ yang membawa harta pelarian penganut Kristian Katholik ke Isle of Wight.

Dengan kapal tersebut, Jack kemudian berjaya merampas kapal yang lebih besar di Laut Mediterranean. Kapal yang lengkap dengan tiga puluh dua meriam kemudian dikenali The Gift. The Gift kemudiannya digunakan oleh Jack Ward untuk melanun kapal kargo selama lebih dua tahun.


Perjanjian dengan Sultan Uthman Dey

Pada Ogos 1606, Jack Ward telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan pemerintah Tunisia ketika itu, Uthman Dey untuk menjadikan perlabuhan Tunisia sebagai pengkalan operasi. Melihat kepada kepentingan ummah dan kecenderongan Jack Ward kepada Islam, Sultan Uthman Dey bersetuju.

Di tapak operasi baru tersebut, Jack Ward dengan bantuan beberapa panglima yang berkaliber seperti Richard Bishop dan Francis Varney daripada England, Kara Osman daripada Turki Othmaniyyah, Simon Dangizer(Simon Reis) dan Jan Jansz(Murat Reis) daripada Belanda berjaya menghapuskan kekuatan Sepanyol dan Perancis di Laut Mediterranean.

Sebuah kapal yang terkenal besarnya dikenali dengan nama Reneira e Sodeira berjaya dirampas. Kapal tersebut serta merta ditukar menjadi kapal perang oleh Jack Ward. Malangnya, kapal ini karam pada tahun 1605 di sekitar laut di Greece sehingga memakan korban lebih 400 orang krew. 250 orang krew adalah muslim Tunisia dan 150 adalah warga Inggeris.

Berita ini mengundang kemurkaan Uthman Dey dan rakyat Tunisia turut sama marah kepada Jack Ward. Beliau kemudian mengambil keputusan untuk mendapat pengampunan daripada King James I. Walaubagaimanapun ia tidak berjaya malahan beliau telah diburu untuk dihukum.

Akhirnya beliau cuba memohon ampun kepada Uthman Dey. Kerana berpegang kepada prinsip amanah kepada perjanjian, Uthman Dey memberi pengampunan dan seterusnya suaka politik kepada beliau.


Memeluk Islam

Kemurahan hati Uthman Dey menarik minat Jack Ward untuk mendalami Islam secara mendalam. Tidak lama selepas itu, Jack Ward secara rasminya menganut Islam. Daripada detik itu juga, Jack Ward yang selama ini turut digelar Jack Birdy atau Jack Sparrow telah memeluk Islam dan diikuti oleh krew-krew kapalnya yang setia. Sepertimana Simon Dangizer yang menukar namanya kepada Simon Reis dan Jan Jansz kepada Murat Reis, Jack Ward turut menukarkan nama Kristiannya kepada Yusuf Reis. Jack Ward atau Yusuf Reis kemudian bernikah dengan seorang gadis berasal daripada Sicily, Italy yang bernama Jessimina.

Pada 1622, seorang dramatis bernama Robert Daborne mendapat inspirasi daripada kehidupan Jack Ward atau Yusuf Reis yang mana beliau kemudiannya menghasilkan novel bertajuk ‘A Christian Turned Turk’.


Selanjutnya..Jihad

Dahulunya, beliau seorang kapten lanun yang licik serta sering mabuk arak. Selepas menganut Islam, beliau lebih berdisiplin dan menggunakan kemahiran lautnya untuk berjihad menyelamatkan tanah masyarakat Muslim daripada terus diancam bahaya armada Sepanyol. Beliau turut direkodkan menyelamatkan ribuan masyarakat Muslim dan Yahudi Andalusia yang ditindas oleh kerajaan Kristian Katholik Sepanyol. Meskipun berdarah Inggeris, beliau tidak kekok untuk berpakaian sepertimana orang Turki berpakaian.

Beliau dalam satu rekod dinyatakan sebagai seorang yang tidak tinggi, rambut tidak lebat dengan uban serta botak di depan, wajah agak gelap dan berjanggut. Beliau turut memakai turban yang senonim dengan masyarakat Islam ketika itu. Beliau agak kecoh dan kadangkala agak melucukan. Peribadi dan tingkah laku ini kemudiannya melahirkan watak Jack Sparrow di dalam filem Pirates of the Carribean.


Kembali ke rahmatullah

Pada 1622, Yusuf Reis atau Jack Ward kembali ke rahmatullah selepas menderita terkena tempias wabak penyakit. Beliau meninggal dunia dalam beragama Islam tidak sepertimana rakan akrabnya, Francis Varney yang murtad di akhir hayatnya.


Jack Sparrow dalam Pirates of the Carribean

Sudah namapun mengadaptasi watak sebenar kepada watak dalam filem. Beberapa elemen telah diterapkan dalam pemakaian dan aksesori yang dipakai oleh Jack Sparrow lakonan Johnny Depp. Jack Sparrow dalam Pirates of the Carribean dilihat memakai aksesori bulan dan bintang(simbol Islam), kain lilit kepala berwarna merah (menggantikan serban merah ala Turki Othmaniyyah) dan janggut (Johnny Depp melilit janggut supaya kelihatan lebih ranggi ).

Samada kisah di atas dapat dipastikan benar @ tidak hanya Allah swt yang maha mengetahuinya.
Wallahu'alam.



0 comments:

Post a Comment

Awas ! Beras Tiruan Dari Plastik



Awas ! Beras Tiruan Dari Plastik

BANYAK produk tiruan yang dihasilkan dari China. Dari pakaian, mainan, barangan teknologi dan elektrik sehinggalah melibatkan bahan makanan. Tapi benarkah setelah pembongkaran mi palsu, telur palsu, dan susu bayi palsu mengandungi melanin, kini China dikatakan mengeluarkan pula beras tiruan yang diperbuat dari plastik ?


          Beras tiruan yang siap dibungkus


Laporan media dari Hongkong menyatakan bahawa beras palsu tersebut sedang dipasarkan di Taiyuan, wilayah Shaanxi, China. Beberapa syarikat media lain seperti dari Singapura dan Vietnam turut mendedahkan tentang pemalsuan makanan tersebut. Sebut fasal tiruan, bagaimanakah agaknya beras tersebut dipalsukan?

Beras tiruan plastik ini dikatakan dibuat dari campuran kentang dan keledek serta diadun dengan plastik supaya berkilat dan dapat dibentuk seperti beras asli, ditambah pula dengan pewangi beras tiruan ianya kelihatan seperti beras asli. Namun langsung tidak berkhasiat malahan merbahaya untuk kesihatan.


Bahan membuat beras palsu, Kentang dan                               keledek


    Bahan campuran utama, Resin plastik


       Hasilnya beras tiruan yang seakan-akan                             beras asli


Plastik umpama toksik di muka bumi, susah untuk reput dan dilupuskan.Begitu jugalah dengan beras tiruan. Sifat plastik itu telah membuatkan butiran beras menjadi keras dan sukar untuk patah. Bentuknya sentiasa sempurna iaitu bersaiz lebih panjang daripada beras biasa. Selain bersaiz panjang butiran beras ini juga sangat halus dan nipis. Malah, Warnanya jernih seperti lut sinar berbanding beras asli yang kelihatan seakan warna putih susu. Oleh kerana warnanya sebegitu rupa, air basuhan beras tetap nampak jernih walaupun pertama kali dicuci.

Penyelidikan yang dijalankan keatas kandungan kimia dalam beras tiruan itu turut menemukan suatu yang bahaya. Dikatakan, dengan hanya memakan sebanyak tiga mangkuk dari nasi bukan original itu, hasilnya boleh disamakan seperti menelan satu hingga dua beg plastik. Ditambah harganya yang terlalu murah dan sukar dibezakan dengan beras asli kegiatan penipuan ini sukar dibendung.



Memakan sebanyak tiga mangkuk dari nasi tiruan, hasilnya boleh disamakan seperti menelan satu hingga dua beg plastik

Dengan erti kata lain, beras tersebut hanya dilihat pada zahir atau bentuk saja.Tapi pada hakikatnya pengguna sebenarnya menelan plastik.Bayangkan jika beras tersebut dijamah pada setiap hari atau seumur hidup.Tentu saja bahaya kesihatan atau pelbagai penyakit kronik sedang menunggu mangsanya.


Sumber: alamcyber2020

0 comments:

Post a Comment

ANGGOTA POLIS TRAFIK YANG AKSIDEN DI JALAN TUN RAZAK KINI SELAMAT


Sekumpulan anggota polis trafik dikatakan sedang menjalani latihan telah dirempuh oleh sebuah lori simen keluar dari susur kiri dan merempuh 2 buah motorsikal yang dinaiki oleh sekumpulan polis trafik tersebut. Dua daripada anggota polis trafik itu terus terjatuh dan salah seorang terpersuk di bawah lori. 



Keadaan terkini melaporkan kedua2 anggota polis yang malang hanya mengalami sakit dibahu dan cedera ringan di tangan dan kaki. Alhamdulillah mereka selamat.



Kedua2 anggota trafik yang berpangkat koperal  tersebut bertugas di Trafik Ipd Mersing dan Trafik Ipk Johor sedang menjalani krusus pengendalian motorsikal berkuasa tinggi Motorked serta eskot orang2 kenamaan di Bukit Aman.



0 comments:

Post a Comment

IBU TIDAK SEMPAT KE HOSPITAL BERSALIN DI BALAI POLIS



Info yang baru admin terima sebentar tadi di whatsapp. Kejadian bersalin di dalam balai polis kira-kira jam 1.15 tengahari hari ini 13/05/2015 di balai polis Kg Tawas Ipoh. Seorang bayi selamat dilahirkan dan ibu pun selamat. Satu peristiwa yang membanggakan PDRM. Si Ibu dikatakan sudah tak sempat hendak bersalin ke hospital dan semasa dalam perjalanan masuk terus ke dalam balai polis kemudian bersalin dengan bantuan anggota polis wanita di balai tersebut. Tahniah PDRM kerana membantu orang awam tanpa mengira tugas....sekali lagi tahniah...





0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ