Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



SIAPA KULSOOM ABDULLAH??





Warga Amerika kelahiran Pakistan, Kulsoom Abdullah, telah menjadi Weightlifting di kedua-dua negara dan peringkat antarabangsa sejak 2010 tambahan kepada Crossfitting.

Seorang atlet angkat besi Amerika Syarikat, Kulsoom Abdullah adalah satu-satunya atlet wanita Amerika yang berjilbab. Akibat penampilannya ini, ia  kerap mendapatkan kritikan. Berbangsa Pakistan dan dibesarkan di Amerika Syarikat, ibu bapa Abdullah (dilahirkan di Pakistan; bapanya dari Tangi dan ibunya dari Charsadda). PADA 2005, bapa Abdullah meninggal dunia dalam Pakistan, meninggalkan isterinya dan lima anak di mana Kulsoom ialah yang sulung.

Namun berkat kegigihannya dan prestasinya di bidang angkat besi, Ia akhirnya berhasil menjadi atlet angkat besi wanita Amerika Syarikat yang terkenal.

Beberapa pihak pun telah menyokong keputusan Kulsoom untuk mengenakan jilbab saat bertanding. Di samping itu Kulsoom adalah wanita dengan pendidikan tinggi yang bergelar PhD untuk teknik komputer dari Universiti Georgia.


Di peringkat kebangsaan, Kulsoom Abdullah menghadiri National Competition AS pada 2011 , dan pada tahun yang sama dia mewakili Pakistan (di peringkat antarabangsa) di World Weightlifting Championships 2011. Untuk itu Kulsoon bukan sahaja wanita pertama bersaing, tetapi dia juga wanita pertama memakai tudung. Dan tahun ini, Kulsoom mewakili Pakistan di Korea Selatan, di Weightlifting Championships Asia 2012.

Bagaimanapun , pada 2010 selepas berkelayakan untuk bersaing di Open Amerika, Weightlifting Committee AS melarang Kulsoom dari bertanding dalam pertandingan itu disebabkan pengubahsuaian pakaian dan dia  tidak dibenarkan. Peserta terpaksa berpegang teguh pada memakai pakaian tertentu seperti singlet kepada atlet yang mana agak seolah-olah sehelai baju mandi dengan seluar pendek.









*****

Dia mampu mengangkat berat 240 paun dan boleh melakukannya lebih 100 kali. Bagaimanapun, sebagaimana disedari Kulsoom Abdullah sendiri baru-baru ini, dia tidak boleh melakukannya lagi kecuali atlit itu sanggup tidak lagi menutup bahagian kaki dan tangan. Kulsoom, 35, seorang Muslim Amerika berkata mematuhi peraturan sedemikian bermakna dia terpaksa melanggar keperluan prinsip agamanya. Sebaliknya, daripada berputus asa dalam mencapai impiannya bersaing kejohanan mengangkat berat, Kulsoom mahu memperjuangkan dan bertarung agar peraturan antarabangsa sukan dapat dipinda. Kulsoom dilihat satu-satunya wanita di dunia yang mahu bersaing dengan mengenakan hijab — yang menutup bahagian kepala, tangan dan kaki.

Dilema Kulsoom adalah satu daripada antara isu yang tercetus dalam dunia sukan ini, membabitkan wanita Islam yang mahu bertanding, kemungkinan di kalangan mereka buat kali pertama bertanding. “Saya merasakan manis jika dalam mana-mana sukan, seorang wanita yang menutup kaki dan tangannya... (tetapi) masih boleh melibatkan diri (mengambil bahagian),” kata Kulsoom lagi. “Dengan kod pakaian ini, wanita Islam kemungkinan merasakan ia bukan sesuatu yang seharusnya mereka harus lakukan,” katanya dipetik laporan msnbc.com. Kulsoom, yang ibu bapanya berhijrah dari Pakistan, lahir serta dibesarkan di Georgia. Dia mengenakan hijab sejak dari kecil lagi. Pakaian Kulsoom tidak menjejaskan semangatnya. Ketika mengikuti pengajian ijazah Doktor Falsafah jurusan rangkaian komputer di Georgia Tech, dia memperoleh tali pinggang kategori hitam dalam tae kwan do. Dia mula menyertai sukan mengangkat berat empat tahun lalu, sebahagian daripada rejimen latihannya. 


Minatnya berterusan sehingga kini. “Saya sudah ketagi h... bukan sahaja secara fizikal, tetapi juga secara psikologi,” tambah Kulsoom. “Saya telah mencapai tahap yang secukupnya untuk melayakan diri saya ke kelas angkat berat di peringkat kebangsaan pada Oktober 2010,” kata Kulsoom, yang lazimnya menjalani latihan menggunakan pakaian longgar dan lengan panjang. “Itu kali pertama (isu) pakaian muncul,” katanya. Buat masa sekarang, peraturan memerlukan bahagian kaki dan tangan tidak ditutup bagi membolehkan hakim melihat kedudukan siku dan lutut “terkunci” dalam menentukan sama ada angkat berat berjaya ataupun sebaliknya. Kebanyakan pesaing mengenakan pakaian khas dengan lengan pendek dan seluar pendek, dikenali sebagai singlet. Kulsoom berhujah bahawa ada pakaian alternatif — kelengkapan sukan dengan lengan panjang dan seluar ketat — yang boleh memenuhi syarat kesederhanaan dan yang adil kepada semua.

Dia berhujah bahawa mereka juga akan memenuhi keperluan pertandingan. Tetapi apabila dia memohon untuk bersaing dalam kejohanan angkat berat kebangsaan AS tahun ini, yang dijadual diadakan bulan depan Council Bluffs, Iowa, menggunakan pakaian yang sudah diubahsuai, USA Weightlifting, badan penyelia kebangsaan sukan, mempertikaikan tindakan Kulsoom. “Oleh kerana USA Weightlifting ditadbir oleh peraturan International Weightlifting Federation, kita mesti mematuhi peraturan-peraturan itu dan oleh itu, permintaan anda ditolak iaitu mengubahsuai pakaian kejohanan,” tulis Ketua Pegawai Eksekutif John Duff dalam satu e-mel kepada Kulsoom. Kini, Kulsoom membawa kesnya kepada International Weightlifting Federation. Kulsoom telah menyediakan hujah 43 halaman, memperincikkan opsyen-opsyen pakaian yang menurutnya akan memerlukan keperluan kesederhanaan sebagai seorang Muslim dan seterusnya dibenarkan menyertai pertandingan.




0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ