KISAH CINTA DATUK SHARIFAH AINI BERSAMA BEKAS SUAMI DIDEDAHKAN
Perkahwinan penyanyi terkenal Sharifah Aini dengan penganjur konsert Ali Bakar telah berlangsung dalam tahun 1981. Sebelum itu mereka telah menjalinkan hubungan cinta selama hampir 6 tahun iaitu ketika Sharifah Aini baru berusia awal 20-an.
Sharifah Aini berkahwin pada usia beliau 28 tahun, dan perkahwinan pertama tersebut hanya bertahan selama 10 bulan! Sharifah Aini mengandungkan anak sulungnya Aliff sebulan selepas berkahwin. Tidak lama selepas Aliff dilahirkan, Sharifah Aini dan Ali Bakar telah bercerai.
Dalam satu temubual pada 1999, Sharifah Aini memberitahu bahawa perceraian tersebut terjadi kerana "kita melanggar pilihan keluarga Ali. Jadi perkahwinan tak ada restu... bila perkahwinan tak ada restu... ia menimbulkan berbagai-bagai masalah".
Beliau juga membayangkan satu lagi punca perceraian tersebut dengan berkata, "I takkan maafkan seseorang yang menyebabkan I bercerai dengan Ali. Dia harus bertanggungjawab di atas keruntuhan rumah tangga kami", dan "Sampai hari ini saya masih marah dengan seseorang yang menjadikan kami bercerai"
DI sebalik kegembiraan menerima Anugerah Tertinggi Biduanita Negara daripada Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanah Air (Papita) pada majlis Anugerah Kecapi 2006, di ibu negara baru-baru ini, tersembunyi sejuta kesayuan di hati penerimanya, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar.
Bekas suami Sharifah Aini tersentuh hati
SHARIFAH AINI membisikkan sesuatu kepada bekas suaminya, Ali Bakar sebelum bercerai dahulu Dia akur dengan jodoh yang sudah ditetapkan oleh Allah.
Hakikat ini kerana sesudah lebih 20 tahun tidak bertentang mata dengan bekas suaminya, Ali Bakar, promoter dan pejuang rock tanah air, mereka akhirnya kembali bertemu dalam sebuah majlis bersejarah lalu bertanyakan khabar berita masing-masing. Disebabkan begitu terharu, kedua-dua mereka menitiskan air mata.
Pertemuan manis itu berlaku selepas Sharifah menerima trofi utama pada malam terbabit. Seperti ramai tetamu lain, Ali datang menemui penyanyi Seri Dewi Malam itu untuk mengucapkan tahniah. Ramai tetamu yang berada berhampiran mereka turut tergaman melihat pertemuan antara bekas pasangan suami isteri itu.
"Memang selepas bercerai, kami tidak berhubungan lagi kerana mahu mengelak timbulnya sebarang masalah. Tapi bagi saya, Ali tetap seorang sahabat yang baik dan karyawan seni yang gigih. Saya sedar dunia seni ini kecil saja dan satu hari kami mungkin akan bertemu semula. Jadi tidak pernah ada pun sekelumit dendam di hati saya terhadap apa yang berlaku dalam perkahwinan kami dulu kerana semuanya sudah takdir.
"Masyarakat pun tahu, saya pernah berkahwin dengan Ali dan dia juga ayah kepada satu-satunya anak kami, Aliff Omar. Selama ini, setiap kali memandang Aliff, saya pasti akan terkenangkan wajah Ali memandangkan rupa kedua-dua mereka seakan-akan sama. Kata pepatah air yang dicincang, tidak akan putus malah saya sentiasa meminta Aliff mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Ali," katanya kepada Bintang Popular, baru-baru ini.
Dengan wajah menguntum senyuman, Sharifah berkata lagi: "Saya harap usahlah isteri dan keluarga Ali gundah dengan pertemuan kami itu kerana saya berpijak di bumi nyata. Apa yang berlaku dulu menjadi satu sejarah dan kenang-kenangan.
Aliff disamping bapanya..Ali Bakar dihari pengkebumiannya ibunya,.anak yg baik'(Alif),adalah anak yg sentiasa mendoakan kesejahteran ibunya baik dunia mahupun akhirat..insyaAllah
Tak mungkin kami akan kembali bersama tetapi antara kami tetap ada penyambung kasih iaitu Aliff. Baik saya mahupun Ali, kami masing-masing ada tanggungjawab terhadap keluarga dan biarlah kita hidup dalam berbaik sangka dan menjauhi prasangka."
12 comments:
Begitu mulianya hati arwah sharifah
Semoga arwah dimasukkan ke dalam syurga
Alhamdulillah..moga Aliff sentiasa menghadiahkan apa yang sewajarnya untuk ibu tersayang..
Sudah lama...sekarang 2020
Siapa baca lagi ....2020
Malam ni tengok tv1 Istimewa Bersama Sharifah Aini...Allah semoga diberkati diampunkan dosa dan ditempatkan kalangan solehin Mu ya Allah utk kakpah
Sy pun baca juga.
Betul. Dan dah hampir 6 tahun datuk sharifah aini meninggalkan dunia ini dan kita semua. Tp ramai yg merindui arwah. Moga roh nya tenang di sisi pencipta nya. Aaminn
Saya 🙂✋🏼. 23.6.2020.sebab minat kt datuk sharifah aini la sampai kt artikel ni.
Aaminn³x yra
2021 tetap merindui...
Saya ke sini selepas terbaca rumah Allahyarham Datuk Sharifah Aini dijual dan dirobohkan baru-baru ini, sesungguhnya dunia ini sementara Al fatihah.
Post a Comment