Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Gadis Melayu Dibuang Kerja Kerana Bertudung




Kuala Lumpur – Seorang gadis Singapura mendakwa menjadi mangsa diskriminasi sebuah syarikat pengeluar pakaian terkemuka kerana memakai tudung.

Kecewa dengan layanan yang diterima, kakak mangsa, Zafirah Edwards meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap pihak pengurusan PUMA di cawangan ISETAN, Wisma Atria di republik itu.

Menurut Zafirah, adik perempuannya telah diterima bekerja namun diarahkan meninggalkan premis berkenaan selepas sejam memulakan tugas kerana memakai tudung.

“Sejam kemudian dua pengurus ISETAN datang dan berbicara dalam bahasa Mandarin sambil menunjukkan tudung yang dipakai olehnya menggunakan isyarat tangan, seterusnya kakitangan PUMA datang dan dimaklumkan bahawa dia terpaksa meninggalkan premis itu kerana bertudung.

“Saya terkejut mengapa stigma sebegini masih wujud di Singapura hari ini,” tulisnya.

Dia yang berang dengan tindakan dua pengurus dari ISETAN itu turut mempersoalkan hak individu untuk melaksana tuntutan agama di Singapura.

“Adik saya meninggalkan premis berkenaan sambil menangis. Ia tidak adil kerana ianya tidak melambangkan perikemanusiaan,” tambahnya.

Tambahnya, ISETAN harus meletakkan etika perniagaan yang betul dengan melayan sama rata setiap individu sama ada pelanggan atau kakitangan.

“Perkhidmatan pelanggan yang baik datang dari hati dan ikhlas, penuh hormat tanpa berdasarkan penampilan fizikal mereka.

Sebelum mengakhiri surat berkenaan, Zafirah juga menggesa pihak ISETAN memohon maaf kepada adik perempuannya kerana telah mencalar maruah adiknya.


2 comments:

tindakan yang wajar terhadap pihak majikan..

12 July 2014 at 22:48 comment-delete

ambik jer tindakan terhadap majikan tu..huhu

13 July 2014 at 10:31 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ