Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Model Estonia Dipercayai Mati Dibunuh Di Pulau Rawa, Johor



JOHOR BAHRU - 9/7/2014: Seorang model sambilan warganegara Estonia dipercayai dibunuh di Pulau Rawa, dekat Mersing, awal bulan ini dan mayatnya ditemui dalam laut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan, berkata wanita berkenaan, Regina Soosalu, 30, yang menetap di Kuala Lumpur tiba di pulau itu pada 1 Julai lalu sebelum ditemui mati lemas dalam laut pada hari yang sama.

"Pada peringkat awal, polis menyiasat kes berkenaan sebagai mati lemas tetapi kes kemudian disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh selepas hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan kecederaan di badan wanita itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Hasnan berkata, setakat ini polis menahan enam individu yang berada di pulau berkenaan untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, mayat wanita itu dibedah siasat di hospital di sini dan polis Johor telah menghubungi Interpol untuk memaklumkan kejadian.

Keluarga mangsa juga difahamkan sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu menerusi Kedutaan Estonia di Beijing, China. - BERNAMA


2 comments:

Kasihannya

10 July 2014 at 11:47 comment-delete

Semoga dipermudahkan segala urusan mengesan pembunuh itu

10 July 2014 at 11:48 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ