10 Bazar Ramadan 'TOP' Sekitar Lembah Klang
1). Bazar Kelana Jaya
Bazar Kelaya Jaya terletak di sebarang Mini Market Giant di Jalan SS6/1, Kelana Jaya dan antara juadah yang terkenal di sini adalah Nasi Kukus, Air Kelapa dan Tebu, Nasi Goreng dan Sotong Bakar.
2). Bazar Bangsar
Bazar Bangsar terletak di hadapan Masjid Bangsar dan Food Court. Ia terkenal dengan Ikan Bakar Portugis, Raja Murtabak, Rojak, Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Ayam Percik Rojala.
3). Bazar Taman Melawati
Bazar di Taman Melawati ini mempunyai keunikannya tersendiri kerana jika anda berkunjung ke sini, anda mungkin berpeluang untuk berjumpa degnan artis tempatan turut berniaga di sini. Ia popular dengan makanan seperti Ikan Bakar, Roti Boom, Dim Sum, Air Kelapa dan Kuih-Muih.
4). Bazar Kampung Baru
Bazar Kampung Baru ini terletak berdekatan dengan masjid yang memberi Bubur Lambuk percuma dan mempunyai kira-kira 150 gerai yang menjual pelbagai jenis juadah. Antara yang popular adalah Bubur Lambuk, Roti John, Putu Bamboo dan Air Tebu.
5). Bazar Jalan TAR
Bazar Jalan Tar ini terletak di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur dan ia popular dengan air Cendol dan Air Mata Kuching kerana harganya murah iaitu RM2 sahaja (Harga tahun 2013).
6). Bazar SS18
Bazar di SS18 ini dibuka awal iaitu pada pukul 3 petang, jadi bagi anda yang ingin mengelak kesesakan jalan raya dan masalah mencari tempat meletak kereta bolehlah pergi ke bazar awal. Makanan yang popular di bazar ini adalah Ayam Golek dan Kambing Golek Grill.
7). Bazar TTDI
Bazar TTDI ini terletak di Jalan Tun Mohd Fuad 3 dan juadah popular di bazar ini adalah Tepung Pelita, Nasi Tomato dengan Ayam Masak Merah dan Popiah.
8). Bazar Stadium Shah Alam
Bazar di Stadium Shah Alam ini merupakan bazar terbesar di Selangor dengan mempunyai ratusan gerai yang menjual pelbagai jenis juadah yang pasti akan membuat anda rambang mata. Antara juadah yang popular di bazar ini adalah Papa John Kambing, Ayam Golek, Nasi Khabsa, Jus Mango 'Oshin', Kebab Cucuk dan Kambing Golek.
9). Bazar Pantai Dalam
Bazar Pantai Dalam terletak berdekatan dengan stesen LRT University. Makanan yang popular di bazar ini adalah Roti Jala, Kuih Cara, Ayam Percik dan Air Keladi.
10). Bazar Seksyen 16 Bandar Baru Bangi
Bazar ini terletak di Seksyen 16 Bandar Baru Bangi dan juadah popular di sini adalah Ayam Golek, Nasi Ambang, Nasi Lemak Kukus dan Burger Bakar.
Sumber: my.entertainment.yahoo.com
5 comments:
macam2 bazaar best tapi makanan yang kadang2 tak best tu :)
best...hadiah dah sampai...thanks..selamat berpuasa.
Meriah..tapi ingat..mesti elakkan membazir ye,,
Wah rupanya tempt yg sellu pegi ada dalm list rupnya...ttdi mmg famous dgn popia basah...
cuma bazar tamN melawati x semeriah dulu..
Post a Comment