Kebakaran Di Israel Bala Dari Allah - Imam Kanada



OTTAWA: Seorang imam di Kanada berharap kebakaran yang berlaku di Israel akan membakar seluruh tanah jajahan rejim Zionis sebagai balasan terhadap penindasan ke atas penduduk Palestin.
Mazin Abdul Adhim, seorang imam terkemuka berketurunan Iraq yang kini berada di London, Ontario, menerusi kenyataan dalam laman Facebook berkata, bencana itu juga merupakan balasan terhadap Israel kerana cuba mengharamkan azan di seluruh kawasan yang diceroboh.



Malah kata beliau, kebakaran yang merebak dengan cepat disebabkan angin kencang mungkin dilihat sebagai satu kebetulan tetapi beliau percaya bala tersebut diturunkan oleh Allah.
"Menarik apabila melihat kelemahan rejim Zionis dan mereka terpaksa bergantung kepada bantuan negara luar untuk menyelamatkan diri.

"Mereka tidak mengawal dunia, apatah lagi mengawal tanah kecil yang diberikan kepada mereka secara percuma oleh British selepas Perang Dunia Pertama.
"Tanpa boneka (negara sekutu) yang melindungi mereka serta kewangan yang disalurkan daripada AS, Israel tidak mampu bertahan walaupun untuk tempoh seminggu.

"Semoga Alla meningkatkan lagi tiupan angin untuk merebakkan lagi kebakaran sehingga tanah jajahan Israel hangus sebagai balasan merampas tanah penduduk asal di Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya," tulis Mazin.

Kebakaran besar di Israel berlanjutan sejak empat hari lalu menyebabkan puluh ribu pendatang haram Yahudi terpaksa menyelamatkan diri.

Rejim Zionis juga terpaksa merayu bantuan antarabangsa untuk memadamkan kebakaran tersebut yang sukar dikekang secara bersendirian.


0 comments:

Post a Comment

Kebakaran Dahsyat Di Israel - Allah Makbulkan Doa Umat Islam



Negara Haram Israel Dilanda Kebakaran Besar Dan Dijangka Semakin Dahsyat

Mimpi buruk Israel benar-benar menjadi kenyataan apabila negara haram tersebut sedang dilanda kebakaran yang sangat dahsyat sejak hari isnin yang lalu. Kebakaran besar ini hampir memusnahkan sebahagian daripada wilayah negara tersebut, manakala puluhan ribu daripada penduduknya terpaksa meninggalkan wilayah utara Israel dengan kadar segera.

Menurut ramalan cuaca, cuaca kering dan angin kecang dijangka akan memburukkan lagi keadaan dan akan merebak ke kawasan yang lebih luas. Di antara kawasan yang terjejas adalah termasuk kawasan penempatan haram Yahudi di Nataf, selain kawasan Karkom berdekatan Tiberias.



Sejumlah besar rumah dilaporkan musnah akibat daripada kebakaran tersebut, walaubagaimanapun setakat ini masih lagi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Israel yang dikenali dengan sifat angkuh akhirnya terpaksa menebal muka untuk meminta bantuan dari negara jiran bagi menangani krisis kebakaran besar ini.

Perkara itu disuarakan oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Keselamatan Awam, Gilad Erdan tentang rejim Zionis meminta Greece, Croatia, Cyprus serta Turki untuk menghantar pesawat pengebom air bagi memadamkan kebakaran.

Cyprus, Rusia, Itali, Croatia dan Greece antara negara yang menghulurkan bantuan untuk memadamkan kebakaran sebelum Tukri melakukan perkara sama.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh media Israel, Hareetz, pihak berkuasa Israel mempercayai kebakaran tersebut berpunca dari perbuatan khianat dan menuduh penduduk Palestin sebagai dalang memulakan kebakaran tersebut.

Mahkamah Israel sebelum ini pernah menahan empat penduduk palestin di Baitulmaqdis berhubung dakwaan melakukan kebakaran tersebut tetapi kemudiannya dibebaskan kerana kekurangan bukti.

Sekarang ini, berita Israel terbakar menjadi topik yang sangat trending di negara-negara Arab dan di negara islam.

Serangan kebakaran besar dan angin panas ini menyebabkan gedung-gedung Israel hangus terbakar termasuk bandar pencakar langit Israel dan sehingga kini kebakaran belum pasti puncanya beserta melenyapkan sebahagian Wilayah Israel selepas larangan azan Di Jurusalem Baitulmaqdis Dan Tebing Barat... Makbul juga akhirnya untuk menyaksikan yahudi israel di timpa bala...ALLAH AKBAR










0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ