TARIKH PEMBAYARAN BR1M 4.0 2015



Kerajaan terus menunjukkan keperihatinan terhadap rakyat apabila meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) malah jumlah bantuan itu dinaikkan dan akan dinikmati oleh golongan sasar mengikut syarat kriteria ditetapkan.

Kenaikan kadar BR1M bagi tahun 2015 diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2015 yang berlangsung di Parlimen pada 10 Oktober 2014.

Justeru itu, rakyat Malaysia yang berkelayakan terus menikmati nilai bantuan BR1M berdasarkan kriteria ditetapkan.

Bantuan Rakyat 1Malaysia pada tahun 2015 juga lebih dikenali sebagai BR1M 4.0 yang merujuk kepada sudah empat kali kerajaan memberi insentif ini kepada rakyat berkelayakan.




Kredit: mysumber.com

0 comments:

Post a Comment

AWEK MUKA TEMBAM FITNAH POLIS BELI iPHONE DARI DUIT 'TEPI'


Cakap kencang di twitter atau fb boleh la... klu betul ada bukti buat la report agar disiasat oleh pihak berkuasa. Ini silap hari bulan cik kak yang bermuka tembam ni pula yang akan disiasat kalau2 menabur fitnah.



Agaknya cik kak muka tembam ni dah takde kerja kot sbb asyik mempertikaikan kerja2 polis... jangan2 abg polis pernah menolak cintanya kot sbb itu asyik mencari pasal dgn abg polis hohoho....

Ambulan tak perlu di eskot la cik kak sbb dia dah ada siren nenong... nenong... memang cik kak la yang bodoh kalau tak reti2 nak ketepi kalau dengar bunyi tu... pastu polis pula disalahkn kalau kamu sendiri yang tak reti nak ketepi... hohoho... 










0 comments:

Post a Comment

Fatwa Melagukan Zikir Sambil Memukul Gendang Atau Peralatan Muzik Lain Dalam Masjid Atau Surau



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 - 22 Oktober 2014 telah membincangkan Kedudukan Perbuatan Zikir Sambil Memukul Gendang Atau Peralatan Muzik Lain Dalam Masjid Atau Surau. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

1. Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan Muzakarah menegaskan bahawa amalan berzikir adalah suatu tuntutan yang dianjur oleh Islam dan dianggap sebagai ibadah sunat bagi mengingati Allah dengan menyebut nama-Nya.
2. Muzakarah juga berpandangan bahawa amalan berzikir pada masa kini yang telah ditambah dengan cara memukul alat muzik seperti rebana, tabla (gendang) dan sebagainya di dalam masjid atau surau oleh sesetengah pihak, boleh mengganggu urusan ibadah orang lain yang datang untuk menunaikan solat, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Perbuatan sebegini adalah ditegah oleh Nabi SAW berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Malik :


أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ عَلَى النَّاسِ وَهُمْ يُصَلُّونَ وَقَدْ عَلَتْ أَصْوَاتُهُمْ بِالْقِرَاءَةِ فَقَالَ إِنَّ الْمُصَلِّيَ يُنَاجِي رَبَّهُ فَلْيَنْظُرْ بِمَا يُنَاجِيهِ بِهِ وَلاَ يَجْهَرْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ بِالْقُرْآن

Maksudnya: Baginda mendapati para sahabatnya sedang sembahyang dan mereka menguatkan (menyaringkan) bacaannya, lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya orang yang sembahyang itu bermunajat kepada tuhan-Nya, maka hendaklah engkau memerhatikan apa yang dia munajatkan itu dan janganlah menyaringkan suara sebahagian dari kamu atas sebahagian (mengatasi) yang lain dengan bacaan-bacaan al-Quran”.

3. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa melagukan zikir adalah harus jika ianya dilakukan dengan penuh adab dan boleh membawa kepada tercapainya matlamat berzikir. Tetapi jika majlis atau amalan berzikir tersebut dilakukan dengan penggunaan alat-alat muzik yang dilarang sehingga melalaikan dan menghilangkan tujuan sebenar berzikir atau dilakukan di tempat ibadah seperti surau atau masjid sehingga mengganggu urusan ibadah orang lain atau majlis yang bercampur antara lelaki dan wanita yang bukan mahram, maka perbuatan zikir sedemikian adalah dilarang oleh Islam.

Sumber: Portal Rasmi Fatwa Kebangsaan.

0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ