Pulau Lengkuas Indonesia

(Auto Publish) Pulau Lengkuas adalah salah satu pulau kecil dari ratusan pulau yang mengelilingi Pulau Belitung. Pulau yang luasnya kurang dari satu hektar ini posisinya berada di sebelah utara Pantai Tanjung Kelayang, Kecamatan Sibuk, Kabupaten Belitung. Untuk sampai ke Pulau Lengkuas, para pelancong boleh  menyewa sebuah perahu dari Tanjung Binga atau Tanjung Kelayang untuk setengah hari perjalanan. Dengan menggunakan perahu sewaan berdaya tampung 30-40 orang tersebut. perjalanan menuju tempat ini dapat ditempuh hanya dalam waktu 30-45 minit saja.

Faktor lain yang membuat Pulau Lengkuas layak untuk dikunjungi adalah keberadaan sebuah mercusuar tua yang didirikan tahun 1882 oleh pemerintah kolonial Belanda. Mercusuar tersebut masih berfungsi hingga saat ini dijadikan sebagai rumah api panduan kepada  kapal-kapal yang keluar masuk di wilayah Belitung. Para pengunjung pulau ini bebas keluar masuk menara tersebut yang memiliki 17 tingkat ini dengan terlebih dahulu membersihkan kaki dari air laut dan pasir. Tujuannya adalah agar tidak mempercepat proses perkaratan menara. Meski melelahkan menaiki ke 17 tingkat, namun saat sampai di atas, kita akan terpegun dan terpesona melihat pemandangan indah keliling pulau.

Waktu terbaik untuk mengunjungi Pulau Lengkuas adalah antara bulan Mac hingga November kerana pada ketika itu ombak lautan tidak begitu besar dan memudahkan untuk berlayar, berenang, snorkeling, dan berbagai aktiviti air yang lainnya. Di pulau ini juga ada beberapa buaian yang dipasang di bawah pohon-pohon besar dan kamar mandi juga disediakan. Apabila ke sini, anda dinasihatkan agar membawa bekalan air minum dan makanan secukupnya kerana tiada chalet ataupun restoren yang disediakan.  Jommm!!!

Pulau Lengkuas Indonesia

6 comments:

Post a Comment

Apa itu GST?








KUALA LUMPUR: Dalam ucapan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015.

Katanya, GST merupakan satu "sistem cukai yang adil dan menyeluruh yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia."

Jika anda masih tidak pasti apakah itu GST,Soal Jawabberikut mungkin boleh membantu:

Apakah pengumuman Kerajaan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)?
Kerajaan mencadangkan cukai jualan (5%) dan cukai perkhidmatan ( 10%) dimansuhkan. Kedua-dua cukai akan digantikan dengan GST.

Mengapa kerajaan melaksanakan GST?
Untuk memperbaiki sistem cukai sedia ada.

Kerajaan mengatakan bahawa cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan isu-isu harga pindahan.

Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak pengguna dan kerajaan.

Apa itu GST?
Gambar dari google


Baca selanjutnya..

2 comments:

Post a Comment

Indahnya Tetapi Tidak Tahu Dimana...

(Auto Publish)

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan yang dirahmati Allah swt...

Indahnya pantai ni tetapi tidak tahu dimana lokasinya. Ida hanya menerima gambar-gambar menarik ini di dalam emel... Jom layannn....

Indahnya Tetapi Tidak Tahu Dimana

Indahnya Tetapi Tidak Tahu Dimana

5 comments:

Post a Comment

Yang Terindah Milik Kita

(Auto Publish) Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan yang dirahmati Allah swt...

Semoga manafaat...

MATA yang Terindah adalah Mata yang mampu melihat Kebaikan orang lain.

BIBIR Terindah adalah Bibir yang sentiasa menyebut Asma ALLAH dan Bertutur kata Kebaikan..

HATI Terindah adalah Hati yang sentiasa Berprasangka Baik pada ALLAH dan sesama kita.

TANGAN Terindah adalah Tangan yang sentiasa berbuat Kebajikan..

KAKI yang Terindah adalah Kaki yang dilangkah kan di jalan yang diRidhoi ALLAH

Aamiin Yaa Rabbal 'Aalamiin.

Yang Terindah Milik Kita

5 comments:

Post a Comment

Azab Pedih Untuk Orang Yang Tidak Menghormati Azan

Azab Pedih Untuk Orang Yang Tidak Menghormati Azan


Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan yang dirahmati Allah swt...

(Auto Publish) AZAB PEDIH UNTUK ORANG YANG TIDAK MAHU DIAM PADA SAAT AZAN DIKUMANDANG KAN

Luangkan sedikit waktu Anda untuk membaca ini.

Renungkanlah ini sejenak … mengapa banyak orang kelu lidahnya di saat KEMATIAN? Kebanyakan orang yang nazak, saat hampir tiba ajalnya, tidak dapat berkata apa-apa … Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan SAKARATUL MAUT Ini sebabnya adalah kebiasaan remeh kita yang sering tidak mendiamkan diri saat Adzan berkumandang.

Diriwayatkan sebuah Hadis:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak ALLAH akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. ” Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri dan jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai seorang Muslim, kita wajib menghormati azan…azan itu Banyak Fadhilahnya (KEUNTUNGANNYA).

Sebuah Hadis Shahih berbunyi “Seandainya mereka mengetahui apa yang terkandung dalam Adzan dan barisan pertama (dalam Solat berjamaah), kemudian mereka tidak mendapatinya kecuali dengan cara mengundinya, pasti mereka mengundinya” (Bukhari dan Muslim).

Jika terhadap lagu kebangsaan saja kita diajari agar berdiri tegak dan diamkan diri, mengapa ketika azan yang merupakan panggilan ALLAH kita tidak mendiamkan diri? Itulah makanya, ALLAH mengkelukan lidahnya saat sakaratul maut datang.

Kita takut dengan kelunya lidah ketika ajal hampir tiba dengan tidak sanggup mengucap kalimah “Lailahaillallah”

Padahal barang siapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut ALLAH….dengan izin-Nya ALLAH Menjanjikan masuk Syurga.

Oleh kerana itu….marilah kita sama-sama Menghormati Azan dan mohon kepada ALLAH supaya Lidah ini tidak kelu ketika Nyawa kita sedang diCabut.

“Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim…..Anugerahkanlah KEMATIAN kami dengan Kematian yang baik lagi Mulia, lancarkan Lidah kami mengucap Kalimat “Lailahaillallah” ketika SAKARATUL MAUT Menghampiri kami.

Aamiin Yaa Rabbal ‘Aalamiin. - sumber fb

2 comments:

Post a Comment

Broadband Ada Kuota Malam?

(Auto Publish) Assalamualaikum wbt..
Salam ceria buat semua rakan-rakan yang dirahmati Allah swt...

Betul ke broadband ada kuota malam?


Al-kisah, Ida selalu merungut dengan seorang kawan Ida bahawa kuota broadband Ida selalu kehabisan sebelum masanya atau sebelum sampai tempoh tamat. Ida melanggan 6GB setiap bulan tetapi 10 atau 15 hari kuota broadband Ida sudah habis. Jadi apabila kuota broadband sudah mencecah hadnya dan kelajuan untuk berinternet akan semakin berkurangan serta Ida juga tidak boleh lagi mengupload gambar-gambar di blog ataupun di facebook.

Sebaik sahaja mendengar rungutan Ida, Si kawan pun memberitahu  bahawa setiap broadband akan diberi kuota siang dan kuota malam. Bermakna apabila Ida melanggan 6GB, Ida akan memperolehi 6GB siang dan 6GB malam. Beliau menyarankan Ida agar melayari internet selepas jam 1 atau 2 pagi dan kelajuan internet akan pulih seperti biasa. Sekarang sudah 3 hari Ida melayari internet dan update entri selepas jam 1 pagi. Memang benar kelajuan internet Ida pulih seperti biasa. Sebab itu kadang-kadang anda akan mendapati setiap entri Ida tertulis perkataan 'Auto Publish'

Ada sesiapa kawan-kawan yang boleh mengesahkan ini, bahawa pelanggan juga diberi kuota malam? Jika benar ada, alangkah ruginya jika ada sesiapa yang tidak mengetahuinya.

5 comments:

Post a Comment

Danau Tiga Warna Di Indonesia

Danau Kelimutu, Danau yang memiliki tiga warna air di Indonesia

Keindahan alam di Nusa Tenggara Timur memang tidak dapat diragukan lagi. Salah satunya adalah Gunung Kelimutu yang terletak di desa Pemo Kecamatan kelimutu, Pulau Flores. Gunung ini memiliki tiga buah danau kawah di puncaknya yang memiliki warna air yang berbeza-beza, iaitu merah, putih, dan biru. Tapi, seiring berjalannya waktu, warna-warna tersebut dikatakan sering berubah dan masing-masing warna ternyata memiliki legenda yang tersendiri.

Kononya  danau yang berwarna merah adalah tempat tinggal orang-orang yang semasa hidupnya sering melakukan kejahatan. Danau berwarna biru adalah tempat tinggal orang-orang yang mati muda. Manakala yang berwarna putih merupakan tempat tinggal orang-orang yang mati di masa tuanya. Wallahualam.

Danau Tiga Warna Di Indonesia

5 comments:

Post a Comment

12 Kampung Paling Cantik di Dunia

12 Kampung Paling Cantik di Dunia
Popeye Village di Anchor Bay  barat laut pulau Mediterranean Malta

12 Kampung Paling Cantik di Dunia
Kampung di tepi sungai NigerMali

3 comments:

Post a Comment

Muliakanlah orang yang membaca status ini

Muliakanlah orang yang membaca status ini



Dari Titisan Air Mata...Kita Belajar Mengerti.
Dari Perselisihan...Kita Belajar Memahami.
Dari Pengkhianatan..Kita Belajar Kesetiaan.

Dari Rasa Bersalah....Kita Belajar Memaafkan.
Dari Rasa Khawatir..Kita Belajar Percaya.
Dari Rasa Kehilangan. Kita Belajar Menghargai.

Dari Sebuah Harapan...Kita Belajar Berjuang.
Dari Sebuah Perjuangan...Kita Belajar Berkorban.
Dari Sebuah Pengorbanan..Kita Belajar Ketulusan.

Ya ALLAH...Ya Rahman...Ya Rahheem

✔ Muliakanlah orang yang membaca status ini

✔ Entengkanlah kakinya untuk melangkah ke Masjid ✔
✔ Lapang kan lah Hatinya
✔ Bahagia kan lah Keluarganya
✔ Luaskan Rezekinya seluas Lautan
✔ Perudahkan segala Urusan nya
✔ Kabulkan Cita-Citanya
✔ Jauhkan dari segala Musibah
✔ Jauhkan dari segala Penyakit….Fitnah….Prasangka… Sifat Keji…Berkata Kasar dan Mungkar.

"Semoga dengan Ketulusan kita dapat mengetahui erti dari sebuah Keikhlasan yang hanya berharap dari Redha ilahi. Aamiinn"….Aamiin ya Rabbal'alamin.

1 comments:

Post a Comment

Asyiknya Mengumpat Dan Memfitnah

Asyiknya Mengumpat Dan Memfitnah
Gambar dari google


Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan yang dirahmati Allah swt...

Semoga bermanafaat...

Mengumpat itu Asyik pada awalnya namun berpotensi besar menimbulkan keretakan hubungan persaudaraan.

Mengumpat itu Asyik pada awalnya….tapi Kecelakaan pada akhirnya…baik di Dunia dan di Akhirat

Mengumpat itu Asyik pada awalnya..namun kalau orang yang diumpat tahu….pasti sakit hati dan menjauhi kita……Jangan bergaul dengan orang yang suka mengumpat dan memfitnah kerana suatu ketika kejelekan kita pun akan diumpatnya juga…..Rasulullaah shallallaahu 'Alaihi Wasallam menerangkan tentang Umpatan atau Ghibah dalam sabda Beliau:

“Yaitu menyebut saudaramu dengan apa-apa yang ia tidak suka disebutnya....ada yang bertanya; "bagaimana jika itu memang yang sebenarnya??.....Rasulullaah menjawab; "Kalau memang sebenarnya itulah yang bernama Ghibah..tetapi jika engkau menyebut apa yang tidak sebenarnya….berarti engkau telah Menuduhnya dengan Kebohongan" (Fitnah). [H.R. Muslim]

"Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain…dan janganlah ada diantara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain….Apakah ada diantara kamu yang suka memakan Daging BUSUK saudaranya sendiri yang sudah mati?? Menghirup nanah busuk…Menjilat kudis bagaikan langau najis….Tentu kamu merasa jijik bukan? maka lebih baik kamu menghindarkan diri dari orang yang suka mengumpat"

Mengumpat (Ghibah)….adalah perbuatan yang sangat hina dan tercela dan ini sangat dilarang oleh ALLAH Subhaanahu Wa Ta'alaa……Mulai sekarang mari jaga LIDAH dan PERCAKAPAN dan jangan berkumpul dengan orang yang suka MENGUMPAT agar kamu Selamat didunia dan diakhirat…..Aamiin Yaa Allah Yaa Robbal'aalamiin…Azab ALLAH kepada orang-orang yang begini amat menakutkan selagi tidak mendapat kemaafan orang yang diumpat dan difitnah.

Sabda Rasulullah saw bermaksud:

“Awaslah daripada Mengumpat dan Memfitnah kerana mengumpat itu lebih besar dosanya daripada berzina.....Sesungguhnya orang yang melakukan Zina, apabila dia bertaubat, ALLAH akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang mengumpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat"

(Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Lihat apa kita baca dan masa yang digunakan di alam siber untuk ALLAH atau nafsu yang tidak baik….Gunakan FB untuk kebaikan.....Malu lah kepada ALLAH. Jaga tutur kata kita dan amalkan sunnah Rasulullah Saw dalam segenap aspek kehidupan kita….Alangkah rugi nya kita jika kita tidak mahu merapat kan diri kita dengan ALLAH

Mari lah kita saling berpesan dan sentiasa muhasabah diri kita kearah kebaikan....Disini untuk kita merapatkan silaturrahim sering bertanya khabar dan berbaik sangka...bertukar Ilmu dan menambahkan Ikatan Persaudaraan.

5 comments:

Post a Comment

Julie Dahlan Menderita Sakit Buah Pinggang

Julie Dahlan Menderita Sakit Buah Pinggang


(Auto Publish) Assalamualaikum wbt...
Salam ceria rakan-rakan yang dirahmati Allah swt..

Hari ini Ida nak kongsi cerita berkenaan Puan Julie Dahlan yang satu ketika dulu tersangat gah dan aktif di dalam dunia perfileman. Rupanya beliau sekarang sedang menderita sakit buah pinggang yang boleh dikatakan kritikal apabila 95% sudah tidak berfungsi. Patutlah dah lama tak nampak beliau muncul di media-media arus perdana mahupun dikaca tv. Marilah sama-sama kita mendoakan agar beliau cepat sembuh dan sentiasa di dalam perlindungan Allah swt hendaknya.

Sumber: Datuk Sharifah Aini menulis di facebooknya

Saya ingin memberi khabar duka setelah mendapat izin yang empunya diri…..dan saya mohon anda semua dengan ikhlas hati Mendoa kan kesejahteraan sahabat saya Puan Julie Dahalan yang sedang Uzur pada waktu ini kerana peyakit Buah Pinggang yang 95% sudah tidak berfungsi…Beliau berusia 60 tahun…Beliau juga menghidapi penyakit Kencing Manis yang teruk hingga penglihatan beliau menjadi kabur dan hampir tidak nampak lagi…..

Beliau pergi cuci buah pinggang 3 kali seminggu…dan itu memakan belanja yang agk besar..Jika ada diantara anda yang ingin menziarahi beliau sila private message saya….Ini hari Beliau…..kita semua belum tahu Hari & Habuan kita bagaimana pula…..Kalau ada diantara anda yang berkemampuan..apa salah nya jika kita beramai2 membantu beliau…Beliau tidak punya suami…Apa pun mari lah kita doa kan semoga ALLAH memberi beliau kekuatan dan dipermudah kan semua urusan beliau dunia & akhirat…Waktu begini lah sebenar nya ALLAH sayang kan beliau dan menjalani process pembersihan. Ini bukan masa untuk kita menuding jari dan menyorak kan Musibah oran lain….kita sepatut nya menjadi hamba yang lebih Insaf…apa yang berlaku pada orang lain bolih berlaku kepada kita dengan kehendak ALLAH yang Maha Agung.

"Yaa ALLAH… Yaa Salaam… Yaa Mukmin… Yaa Muhaimin...
Jika Engkau berkenan mengangkat penyakitnya, berilah Kesembuhan dan Limpahkan baginya kesihatan sebagaimana sebelumnya…Namun, jika Engkau berkenan menjadikan penyakitnya sebagai Penghapus dosa-dosanya di masa lalu, Yaa ALLAH……….KAU Hilangkanlah segala rasa Sakitnya & Ringankan Penderitaannya….dan gantikanlah dengan keinginan untuk selalu Berzikir menyebut namaMU Yaa ALLAH.....Jadikan Lidah dan Bibirnya slalu basah menyebut AsmaMU Ya AlLLAH…..Jadikan hatinya selalu sadar mengingatMU ……Yaa ALLAH.

Berikan kesempatan baginya untuk selalu Mengucap Laa ilaaha illallaah di sepanjang akhir hidupnya Yaa ALLAH...
KAU Kurniakanlah Husnul Khootimah baginya, Ya ALLAH... Dan jauhkan darinya Shu'ul Khootimah......Amiiiin Yaaaa ALLAH”

Salam Teramat Sayang untuk semua.
Kak Pah @ Ummie Sharifah


Julie Dahlan Menderita Sakit Buah Pinggang
Gambar Terkini Julie Dahlan


4 comments:

Post a Comment

Baju Daripada Curahan Susu (18SX)

Baju daripada curuhan susu ini dihasilkan oleh Jaroslav Wieczorkiewicz. Beliau mencurahkan cecair susu ini ke atas tubuh badan model-model kemudian beratus-ratus gambar diambil dan menyatukannya dengan teknik-teknik kamera dan photoshop untuk mengasilkan gambar-gambar kalendar.  Menarikkan?


9 comments:

Post a Comment

CASTLES AROUND THE WORLD

Apabila terlihat saja castles yang tersergam indah ni (indah ker?), Ida teringatkan filem-filem seram dan ahli sihir seperti Harry Potter ataupun Drakula... ishh...ishhh. Kalau di suruh Ida bermalam walaupun satu malam di dalamnya, tidak ku sanggup!!

CASTLES AROUND THE WORLD
Manzana Castle

7 comments:

Post a Comment

Kita Sebenarnya Selalu Sakit

Kita Sebenarnya Selalu Sakit

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan yang dirahmati Allah swt...

Betulkah kita sebenarnya selalu sakit?
Jarang sekali kita bertanya kepada orang, apa khabar jiwa awak? Tetapi sering kali kita bertanya, apa khabar awak hari ini? Mungkin sesiapa yang bertanya sedemikian, mungkin pelik bunyi dan loghatnya. Tetapi, itulah hakikatnya.

4 comments:

Post a Comment

Sarang Labah-Labah Pun Indah!!

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan yang dirahmati Allah swt...

Tauladan dari seekor labah-labah yang sedang membuat sarang. Walau berapakali sarangnya dimusnahkan oleh anasir-anasir pesosak terutamanya angin, dia tetap mula membangunkan sarang semula. Ini kerana dia tahu sarangnya itulah rezekinya bagi menangkap mangsa. Sikap gigih seekor labah-labah membuatkan dia tidak mati kelaparan.

Air yang menitik berterusan itu mampu menghakis batu. Belakang parang yang diasah berterusan juga bakal menjadi tajam. Begitu juga dengan manusia, jangan sesekali berputus asa dalam usaha. Anda tidak akan gagal walau atas apa juga alasan sekalipun. Jadikan setiap kegagalan itu satu pengajaran bagi memperbaiki diri, mengubah perancangan, menjadi lebih fleksibel dan lambat laun kejayaan itu akan menjadi milik anda kerana kuasa usaha gigih itu ada pada anda. Jom layan gambar-gambar sarang labah-labah yang menarik di bawah:-

Sarang Labah-Labah Pun Indah!!

Lagi gambar-gambar menarik dibawah

7 comments:

Post a Comment

Jawapan Untuk Saravanan Dan Isu Sembelihan Korban

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan yang dirahmati Allah swt..

Awal minggu lepas di laman sosial facebook, kita semua dikejutkan dengan audio rakaman perbualan seorang Guru Besar SK Puchong Jaya, Selangor dengan seorang lelaki India berkenaan dengan isu sembelihan korban di sekolah.

Jawapan Untuk Saravanan Dan Isu Sembelihan Korban



Saravanan tiada niat nak dengar jawapan guru besar sekolah tapi asyik mencelah dan cari salah. Dia hanya mahu orang dengar cakapnya, syarahannya dan soalannya saja. Dia memang cari gaduh. Itu jelas ...namun kita pula tidak boleh emosi saja dalam memberi reaksi. Perlu beri jawapan.

Jawapan utk isu ini:-

1) Dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara 3 mengatakan Islam agama rasmi Malaysia,tetapi agama lain bebas diamalkan.Dalam perkara 11,tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4).

Baca selanjutnya:

3 comments:

Post a Comment

Tanda-Tanda Hati Telah Mati




(Auto Publish) Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat semua rakan-rakan yang dirahmati Allah swt...

Tanda-tanda hati telah mati - untuk renungan kita bersama...

Dalam sebuah kisah, Ibrahim b. Adham sedang berjalan-jalan di negeri Bashrah. Penduduk Bashrah melihatnya segera datang, dan bertanya, "Ya Ibrahim, mengapa doa kami tidak dimakbulkan, padahal Allah telah berfirman, 'Apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka katakan bahawa aku dekat. Aku memakbulkan doa orang yang berdoa, apabila ia berdoa kepadaKu...'2:186."

Lantas Ibrahim menjawab, "Wahai penduduk Bashrah, hal itu adalah kerana HATI kalian TELAH MATI dengan 10 perkara. Jika begitu, bagaimana ALLAH akan memakbulkan doa kalian?" "Ya Ibrahim, apakah 10 perkara itu?" Tanya penduduk Bashrah....

1) Kalian kenal ALLAH tetapi tidak menunaikan hak-hakNYA.
2) Kalian membaca ALQURAN tetapi tidak mengamalkan isi-isinya.
3) Kalian mengakui cintai RASULULLAH tetapi tidak amalkan sunnahnya.
4) Kalian mengakui membenci SYAITAN tetapi menuruti ajakannya.
5) Kalian mengakui ingin masuk SYURGA tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya.
6) Kalian mengakui ingin selamat dari api NERAKA tetapi kalian menjerumuskan diri ke dalamnya.
7) Kalian meyakini kepastian KEMATIAN tetapi kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
8) Kalian sibuk membicarakan KEBURUKAN ORANG tetapi kalian mengabaikan keburukan sendiri.
9) Kalian MENGUBURKAN orang mati tetapi kalian tidak mengambil pengajaran daripadanya.
10) Kalian mendapat NIKMAT ALLAH tetapi tidak pernah mensyukurinya. - Sumber



Nak tambah pendapatan klik 8Share

4 comments:

Post a Comment

Zanzibar Restaurant Atas Batu

(Auto Publish) Datang bersantap di laut:  Restoran bertenggek atas satu batu di Zanzibar, Afrika Timur dengan pemandangan yang mengagumkan Lautan Hindi.

Dibuka tahun lalu, The Rock Restaurant boleh menempatkan 45 orang dalam satu masa dan sementara menunggu hidangan anda akan dibawa bersiar-siar dipersisiran pantai menggunakan perahu. Ketika makan anda akan menikmati hidangan makanan laut segar dan enak serta pemandangan yang mengagumkan juga udara laut yang nyaman. Tetapi jangan risau apabila air pasang anda akan dipindahkan balik ke tanah besar dengan bot. Menarik kan? Jom lahhh....

Zanzibar Restaurant Atas Batu

Lagi gambar2 menarik dibawah

2 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ