Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Kita Sebenarnya Selalu Sakit

Kita Sebenarnya Selalu Sakit

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan yang dirahmati Allah swt...

Betulkah kita sebenarnya selalu sakit?
Jarang sekali kita bertanya kepada orang, apa khabar jiwa awak? Tetapi sering kali kita bertanya, apa khabar awak hari ini? Mungkin sesiapa yang bertanya sedemikian, mungkin pelik bunyi dan loghatnya. Tetapi, itulah hakikatnya.



Sedar ataupun tidak, kita sebenarnya selalu sakit. Sakit dek emosi kita, jiwa kita, perasaan kita. Apabila kita sering sakit-sakit badan, kita akan terus pergi berjumpa doktor ataupun pakar yang boleh merubati sakit kita itu. Mungkin sakit gigi, demam, sakit urat ataupun sebagainya. Kerana sakit kita itu, kita nampak, kita sedar tentang sakit kita. Lantas kita pergi berubat. Mencari ubat yang sepatutnya untuk sakit kita itu.

Namun, jarang sekali apabila kita sakit emosi, sakit perasaan ataupun sakit hati, kita terus ingin berubat ataupun kita ingin mencari penawar sakit kita itu. Jarang. Kebanyakkannya akan memendam terlebih dahulu. Memeram biar jadi panas, lantas membakar diri sendiri.

Jadi, hendaklah kita cepat bertindak untuk mengubati hati kita yang resah, hati kita yang mati, hati kita yang tidak tenteram untuk terus segar dan bersemangat dalam menghadapi pelbagai masalah dan ujian.

Sebelum kita mencari ubat dan penawar hati kita yang sakit itu, hendaklah kita mengetahui dahulu kenapa hati kita itu sakit.

Antara masalah membuatkan hati kita sakit:

1) Terlalu banyak kerja – assignment, homework, kerja rumah, kerja pejabat
2) Suka berdengki dengan orang – dengki dengan sahabat, dengki dengan jiran, dengki dengan keluarga
3) Suka mencari masalah orang
4) Banyak bercakap, jadi banyak terguris hati orang
5) Suka berfikiran negative
6) Banyak angan-angan
7) Sangat malas
8) Orang yang sensitif

So...renung-renungkan lah...

Kerana itu, kelak di akhirat, banyak yang menyesal kerana salah pergaulannya. Allah berfirman:

"Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya seraya berkata, 'Aduhai (dulu) kiranya aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku, kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Qur'an ketika Al-Qur'an itu telah datang kepadaku."
(Al-Furqan: 27-29)

"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa." (Az-Zukhruf: 67)


Nak tambah pendapatan klik 8Share


4 comments:

yer ida, diam tak diam dalam kita tak sedar, kita sebenarnya sakit.. sakit yang kita tak nampak...

21 October 2013 at 12:48 comment-delete

Betullah. Sakit yang jarang kita sedar.

21 October 2013 at 12:58 comment-delete

selalu merenungkn siapalah sakitkan hati.. dan tak sedar kita pon ada sakitkan hati mereka yg berkenaan..

PCL
21 October 2013 at 13:03 comment-delete

betol 2..skit dalam xsedar yg memakan diri..

22 October 2013 at 02:48 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ