Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Julie Dahlan Menderita Sakit Buah Pinggang

Julie Dahlan Menderita Sakit Buah Pinggang


(Auto Publish) Assalamualaikum wbt...
Salam ceria rakan-rakan yang dirahmati Allah swt..

Hari ini Ida nak kongsi cerita berkenaan Puan Julie Dahlan yang satu ketika dulu tersangat gah dan aktif di dalam dunia perfileman. Rupanya beliau sekarang sedang menderita sakit buah pinggang yang boleh dikatakan kritikal apabila 95% sudah tidak berfungsi. Patutlah dah lama tak nampak beliau muncul di media-media arus perdana mahupun dikaca tv. Marilah sama-sama kita mendoakan agar beliau cepat sembuh dan sentiasa di dalam perlindungan Allah swt hendaknya.

Sumber: Datuk Sharifah Aini menulis di facebooknya

Saya ingin memberi khabar duka setelah mendapat izin yang empunya diri…..dan saya mohon anda semua dengan ikhlas hati Mendoa kan kesejahteraan sahabat saya Puan Julie Dahalan yang sedang Uzur pada waktu ini kerana peyakit Buah Pinggang yang 95% sudah tidak berfungsi…Beliau berusia 60 tahun…Beliau juga menghidapi penyakit Kencing Manis yang teruk hingga penglihatan beliau menjadi kabur dan hampir tidak nampak lagi…..

Beliau pergi cuci buah pinggang 3 kali seminggu…dan itu memakan belanja yang agk besar..Jika ada diantara anda yang ingin menziarahi beliau sila private message saya….Ini hari Beliau…..kita semua belum tahu Hari & Habuan kita bagaimana pula…..Kalau ada diantara anda yang berkemampuan..apa salah nya jika kita beramai2 membantu beliau…Beliau tidak punya suami…Apa pun mari lah kita doa kan semoga ALLAH memberi beliau kekuatan dan dipermudah kan semua urusan beliau dunia & akhirat…Waktu begini lah sebenar nya ALLAH sayang kan beliau dan menjalani process pembersihan. Ini bukan masa untuk kita menuding jari dan menyorak kan Musibah oran lain….kita sepatut nya menjadi hamba yang lebih Insaf…apa yang berlaku pada orang lain bolih berlaku kepada kita dengan kehendak ALLAH yang Maha Agung.

"Yaa ALLAH… Yaa Salaam… Yaa Mukmin… Yaa Muhaimin...
Jika Engkau berkenan mengangkat penyakitnya, berilah Kesembuhan dan Limpahkan baginya kesihatan sebagaimana sebelumnya…Namun, jika Engkau berkenan menjadikan penyakitnya sebagai Penghapus dosa-dosanya di masa lalu, Yaa ALLAH……….KAU Hilangkanlah segala rasa Sakitnya & Ringankan Penderitaannya….dan gantikanlah dengan keinginan untuk selalu Berzikir menyebut namaMU Yaa ALLAH.....Jadikan Lidah dan Bibirnya slalu basah menyebut AsmaMU Ya AlLLAH…..Jadikan hatinya selalu sadar mengingatMU ……Yaa ALLAH.

Berikan kesempatan baginya untuk selalu Mengucap Laa ilaaha illallaah di sepanjang akhir hidupnya Yaa ALLAH...
KAU Kurniakanlah Husnul Khootimah baginya, Ya ALLAH... Dan jauhkan darinya Shu'ul Khootimah......Amiiiin Yaaaa ALLAH”

Salam Teramat Sayang untuk semua.
Kak Pah @ Ummie Sharifah


Julie Dahlan Menderita Sakit Buah Pinggang
Gambar Terkini Julie Dahlan




4 comments:

subhanallah..smoga Allah permudahkanlah urusannya..95% rosak..agak teruk tu..

25 October 2013 at 03:13 comment-delete

kita doakan semoga beliau diberikan kekuatan oleh Allah.. semoga beliau cepat sembuh..

25 October 2013 at 10:42 comment-delete

moga beliau di beri kesembuhan oleh Allah SWT..amin..

25 October 2013 at 13:00 comment-delete

amin, semoga Allah memberinya kesembuhan...

25 October 2013 at 19:31 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ